MPW-SH02 2011

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Technical Foundation Unit

MPW 2133 Pengajian Malaysia

2. SEJARAH AWAL NEGARA


1. Pengenalan Skop perbincangan mengenai sejarah awal Tanah Melayu begitu luas. Ia boleh disusur galur sejak 40,000 tahun sebelum masehi lagi, dimana melalui bukti-bukti arkeologi, beberapa kawasan di negara ini telah pernah didiami manusia. Kuliah ini meninjau kembali secara ringkas latar belakang sejarah awal negara.

2. Penduduk dan Kerajaan Awal Sejarah Malaysia boleh dijejaki sejak Zaman Paleotik ( Zaman Batu Awal, kira-kira 35,000 tahun dahulu ), diikuti dengan Zaman Mesolitik ( Zaman Batu Tengah, kira-kira 11,000 tahun dahulu ), Zaman Neolitik ( Zaman Batu Baru, kira-kira 5000 tahun dahulu ), dan Zaman Logam ( Zaman GangsaBesi, kira-kira 25,000 tahun dahulu). Sejak zaman Neolitik lagi beberapa kawasan di Tanah Melayu ini khususnya telah menjadi tempat perdagangan. Pelabuhan-pelabuhan awal yang terdapat di tanah Melayu dan Negeri-negeri Borneo ialah Kuala Selinsing (Perak), Sungai Emas (Kedah), Pengkalan Bujang (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), dan Santubong (Sarawak). Sejak kurun pertama lagi, beberapa buah kerajaan telah muncul di kawasan nusantara ini, termasuk di Tanah Melayu. Antara kerajaan tersebut ialah Gangga Negara (Perak), Langkasuka (berhampiran Patani), Tan-Tan (Terengganu), Tun-Sun (Segenting Kra), Cih-Tu (Kelantan), dan Kedah Tua di Semenanjung Tanah Melayu; Funan dan Champa di Indo China; Kutei di Borneo; Srivijaya di Sumatra; serta Majahapahit dan Singgahsari di Jawa. Kawasan Nusantara atau Kepulauan Melayu ini telah didiami oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada keseluruhan penduduk nusantara.

3. Kerajaan Melayu Melaka Keunggulan Empayar Melaka dalam sejarah Malaysia memanglah suatu perkara yang benar dan bukannya suatu yang sengaja diperbesarkan. Sejarah Melayu yang dikarang dalam kurun ke-15 dan ke16, menceritakan tentang keindahan, kuasa dan luasnya empayar Melayu ini. Melaka telah dibuka lebih kurang dalam tahun 1403 atau kemungkinan lebih awal - di penghujung kurun ke-14. Jadi kita menerima tahun 1400 sebagai permulaan empayarnya. Antara faktor-faktor perkembangan dan keagungan adalah: i. ii. iii. faktor geografi faktor ekonomi faktor politik dan pentadbiran

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH02-02 Page: 1

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477). Namun selepas itu kerajaan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Faktorfaktor kemerosotan dikatakan berpunca dari: i. faktor dalaman (a) ketiadaan kepimpinan yang cekap (b) pemerintahan yang lemah (c) rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu faktor luaran (a) Penemuan perjalanan laut melalui Tanjung Harapan di Selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488 (b) Pedagang-pedagang mula mengalihkan pusat perdagangannya ke tempat lain

ii.

4. Penjajahan Asing 4.1 Penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris Dari segi sejarah, negara telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun, bermula dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu, penjajahan diikuti oleh Belanda, Inggeris, Jepun and Inggeris semula. Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utara tanah Melayu. i. Penjajahan Portugis. Penjajah Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka. Antara kesan peninggalan Portugis ialah kewujudan masyarakat Serani, pengenalan tulisan rumi, kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis. Penjajahan Belanda. Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka denagn matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Dalam tahun 1641, Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Penjajahan Inggeris. Kuliah ini akan memberikan tumpuan yang lebih kepada penjajahan Inggeris kerana penjajah Inggeris telah banyak meninggalkan kesan keatas negara ini. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Febuari, 1819 Stamford Raffles telah menduduki Pulau Singapura. Perjanjian Inggeris-Belanda antara British dengan Belanda pada 17 Mac 1824 telah meninggalkan kesan penting sehingga hari ini, antaranya ialah : (a) pembahagian Kepulauan Melayu kepada pengaruh British dan pengaruh Belanda (b) perpecahan Empayar Johor-Riau (c) persaingan kuasa antara Belanda dan Inggeris semakin bertambah sengit Untuk melindungi dan memperkembangkan perdagangannya, penjajah Inggeris pada 1826 telah menyatukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura ke dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.
Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min Code: MPW 2133-SH02-02 Page: 2

ii.

iii.

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia

4.2 Peluasan Kuasa Inggeris Di bawah ini adalah kronologi peluasan kuasa Inggeris: 1841 1874 1874 1874 1875 1878 1888 1909 1914 James Brooke mengambil Sarawak Campur tangan Inggeris di Perak Selangor menerima Penasihat Inggeris Campur tangan Inggeris di Sungai Ujung, Negeri Sembilan Raja Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris Campur tangan Inggeris di Pahang Mengikut "Perjanjian Bangkok", Siam serahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu) Johor menerima penasihat Inggeris Beberapa faktor dikenalpasti menyebabkan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah: i. ii. iii. faktor ekonomi kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing keadaan anarki

5. Sistem Pentadbiran Penjajah Inggeris Untuk tujuan mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris di Tanah Melayu, beberapa usaha telah dilakukan, khususnya di dalam bidang pentadbiran. 5.1 Sistem Residen i. ii. iii. iv. Antara usaha yang utama ialah memperkenalkan sistem residen, iaitu di Perak dan Selangor (1874), Negeri Sembilan (1876) dan Pahang (1888). Dari segi politik, walaupun keamanan dapat dipulihkan, namun sistem tradisi di negeri-negeri berkenaan telah terjejas. Di sebalik kejayaan dalam bidang ekonomi, berlaku pula ketidakseragaman dan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan antara negeri. Dari segi sosial, berlakunya kepesatan penyediaan infrastruktur seperti sistem perhubungan, kesihatan, telegraf, pos, bekalan air, elektrik, sekolah dan lain-lain. Tetapi kebanyakan infrastruktur disediakan di kawasan-kawasan yang terdapat kepentingan ekonomi Inggeris.

5.2 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH02-02 Page: 3

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Seterusnya, untuk mengukuhkan lagi kedudukan di negeri-negeri Tanah Melayu, pada tahun 1895 Inggeris menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan (1895). Negeri-negeri tersebut terdiri daripada Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Kesan daripada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah : i. ii. iii. iv. Kuasa di tangan Residen Jeneral Sultan mulai kehilangan kuasa di dalam negeri Kebanyakan jawatan dalam jabatan kerajaan dipegang oleh pegawai Inggeris Keadaan ekonomi menjadi stabil, seterusnya berlaku pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukan buruh-buruh daripada China dan India

5.3 Majlis Mesyuarat Persekutuan Kedudukan Inggeris diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Majlis tersebut memusatkan kuasa di tangan Pesuruhjaya Tinggi yang mempunyai kuasa dalam banyak bidang pentadbiran. Pada tahun 1925, Inggeris mengemukan cadangan dasar desentralisasi sebagai langkah untuk mengagihkan kuasa pusat (iaitu langkah berjimat cermat) kepada negeri-negeri. Bagaimanapun, rancangan pengagihan kuasa itu terpaksa dihentikan pada tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu.

6. Penjajahan Jepun 6.1 Kemenangan Jepun Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 Septamber 1945, iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah. Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan Singapura. Tanah Melayu diletakkan dibawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Kemenangan mudah ini berlaku kerana beberapa sebab : i. ii. iii. iv. v. Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan Kelemahan pertahanan laut Inggeris Persediaan peperangan oleh Jepun Kelebihan tentera Jepun Kekurangan tentera Inggeris

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH02-02 Page: 4

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia 6.2 Kesan Pendudukan Jepun Pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan banyak kesan negatif. Kesan-kesannya secara khusus ialah: i. Kesan sosial (a) Orang Cina ditindas oleh Jepun. Ramai orang Melayu dan India menjadi buruh paksa khususnya untuk membina Jalan Keretapi Maut antara Negeri Thai dan Burma. (b) Orang-orang Cina yang lari ke pinggir hutan bertembung dengan orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung tradisi. (c) Permusuhan berlaku antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina. (d) Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan. Kesan ekonomi (a) Kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali. (b) Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. (c) Ekonomi dan taraf kehidupan penduduk turut merosot. (d) Pada waktu yang sama, penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik. Kesan politik (a) Wujudnya kesedaran politik di kalangan penduduk Tanak Melayu. (b) Wujud keyakinan memerintah sendiri di kalangan orang Melayu. (c) Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. (d) Orang-orang Cina dan India lebih mengukuhkan ciri-ciri perkauman mereka. (e) Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu menjadi sebuah parti yang terkuat pada tahun-tahun 1945-1948.

ii.

iii.

6.2 Selepas Pendudukan Jepun Sebelum Inggeris kembali keTanah Melayu, negara ini telah dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (lebih dikenali sebagai Bintang Tiga) selama lebih kurang 14 hari. Sekembalinya ke Tanah Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). Pada waktu yang sama, Kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak Inggeris mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu. Tumpuan utama peristiwa yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua ialah usaha-usaha rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan.

7. Kesimpulan Negara ini telah wujud dan didiami oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Kepulauan Melayu ini telah diduduki oleh orang-orang Melayu sejak zaman lampau. Kedatangan penjajah ke negara ini telah mengeksploitasi sumber-sumber alam dari segi bahan-bahan mentah dan juga sumber-sumber lain. Kehadiran penjajah juga berperanan dalam mencorakkan negara pada hari ini. Selain daripada itu kita juga perlu sedar akan bentuk penjajahan moden, contohnya dalam bentuk budaya dan caragaya hidup yang boleh menjejaskan perkembangan dan pembangunan negara.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH02-02 Page: 5

You might also like