Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Technical Foundation Unit

MPW 2133 Pengajian Malaysia

3. KEMERDEKAAN
1. Pengenalan Secara umumnya, kemerdekaan membawa maksud bebas - iaitu bebas daripada kongkongan atau cengkaman sesuatu. Apabila seseorang itu dikatakan merdeka, beliau bebas untuk memilih cara gaya sendiri dan tidak lagi dikuasai orang lain dalam tindak-tanduknya. Bagaimanapun, pada hakikatnya kemerdekaan sebenar bukanlah bermaksud sedemikian. Seseorang yang merdeka semestinya juga tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Malaysia yang merdeka telah memilih corak dan sistem pemerintahan yang berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berperlembagaan, dan sistem ini didasarkan kepada konsep Federalisme. Pada kebiasaannya, kemerdekaan dicapai berlandaskan kepada semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan merujuk kepada taat setia dan perasaan cintakan tanah air (negara), keinginan melihat kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara dan kerelaan untuk berkorban demi mempertahankan negara.

2. Latarbelakang Penjajah Sejak kedatangan kuasa Portugis pada tahun 1511, orang Melayu sudah mula menentang kemasukan kuasa asing itu. Negeri-negeri Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa barat dan timur lebih kurang 446 tahun dahulu - iaitu daripada tahun 1511 sehingga 1957. Kuasa-kuasa barat tersebut ialah Portugis, Belanda dan Inggeris. Sementara kuasa-kuasa timur pula adalah Jepun dan Siam. jangka waktu dijajah selama 446 tahun merupakan satu tempoh yang lama. Dalam tempoh tersebut, pihak penjajah sentiasa mendapat tentangan daripada penduduk negara ini. Ini jelas menggambarkan bahawa penduduk negara ini tidak rela bumi tercinta ini dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Kuliah ini membincangkan perjuangan rakyat negara ini dalam usaha mereka menghalau penjajah. Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian pertama akan membincangkan perjuangan berdarah dan bahagian kedua membincangkan perjuangan mencapai kemerdekaan melalui tiupan semangat kemerdekaan yang diikuti dengan kaedah diplomasi dan secara bertikam lidah.

3. Perjuangan Berdarah Untuk Kemerdekaan Bahagian ini seterusnya cuba membincangkan sejarah bagaimana rakyat di negara ini berjuang menghalau penjajah. Sebelum kemasukan kuasanya di Tanah Melayu, orang Siam telah beberapa kali cuba menjajah Melaka dan Pahang, tetapi usaha itu tidak berjaya kerana tentangan orang-orang Melayu. 3.1 Penentangan Terhadap Penjajah Portugis Portugis menakluki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 sehingga 1641. Walaupun negeri Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, namun kerajaan Melaka masih wujud. Dari tahun 1515 hingga 1524, sejarah telah menunjukkan bahawa Sultan Mahmud telah berusaha untuk menawan semula Melaka sebanyak lima kali.
Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 1

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Serangan terhadap Portugis untuk membebaskan Melaka bukan sahaja dilakukan dalam tempoh pemerintahan Sultan Mahmud. Pada tahun-tahun selepas kemangkatan baginda, pemerintah-pemerintah kerajaan Melayu seterusnya iaitu Kerajaan Johor dan Acheh telah berkali-kali menyerang Portugis di Melaka.

3.2 Penentangan Terhadap Penjajah Belanda Orang-orang Belanda telah menyerang Melaka dan berjaya menaklukinya pada tahun 1641. Belanda telah menguasai Melaka kira-kira 180 tahun. Seperti Portugis, penjajah Belanda juga mendapat tentangan orang-orang Melayu yang mendapat bantuan daripada orang-orang Bugis. Misalnya, Sultan Ibrahim dari Selangor telah menentang orang-orang Belanda di Melaka. Dalam beberapa serangan, orang-orang Sultan Ibrahim telah membakar rumah-rumah orang Belanda. Begitu juga , Raja Haji yang ketika itu menjadi Yam Tuan Muda Johor telah turut menyerang kapal-kapal Belanda di Selat Melaka.

3.3 Penentangan Terhadap Penjajahan Inggeris Secara rasmi, Kerajaan Inggeris mula menjajah negara ini melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 apabila Inggeris telah mengambil alih atau menguasai Melaka daripada pihak Belanda. Sebelum tahun 1824, Inggeris telah menguasai Pulau Pinang yang dikatakan telah diberikan kepada Francis Light sebagai "anugerah" daripada Sultan Kedah pada tahun 1786, dan menguasai Singapura yang dianugerahkan kepada Stamford Raffles oleh Tengku Husin pada tahun 1819. i. Naning Penjajah Inggeris mendakwa bahawa Naning yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka adalah di bawah takluk Melaka. Naning juga dikehendaki untuk membayar cukai kepada Penjajah Inggeris. Namun demikian, Naning yang diketuai oleh Datuk Dol Said enggan berbuat demikian, sebaliknya mendakwa bahawa Naning bukanlah sebahagian daripada Melaka. Akibat daripada pertelingkahan itu, Inggeris menyerang Naning pada tahun 1831 dan tahun 1832. Selangor Penentangan penduduk tempatan terhadap Inggeris di Selangor telah dipimpin oleh Raja Mahadi dan pembesar-pembesar tempatan. Perak Akibat daripada rasa tidak puas hati di kalangan penduduk dan pembesar-pembesar tempatan terhadap tidak tanduk Birch, maka pada November 1875 Birch telah dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela dan penyokong-penyokongnya di Pasir Salak. Antara faktor penentangan ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Kebebasan Sultan Abdullah disekat. Inggeris telah memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa. Inggeris melarang pembesar-pembesar Perak memungut cukai. Inggeris telah cuba menghapuskan sistem perhambaan. Inggeris cuba melaksanakan pembaharuan secara mendadak. Keangkuhan Residen dan kurang pengetahuan tentang adat resam orang-orang Melayu.

ii.

iii.

iv.

Negeri Sembilan
Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 2

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Sekitar tahun 1875-1876, Inggeris telah mula campur tangan di Negeri Sembilan. Inggeris mendapat tentangan daripada Tengku Antah, akibat daripada sokongan Inggeris kepada Datuk Kelana. v. Pahang Penentangan orang Pahang terhadap penjajah Inggeris berlaku di sekitar tahun-tahun 1891 hingga 1895. Masalah penentangan terhadap Inggeris bermula apabila Inggeris melantik J.P. Rodger sebagai Rresiden Pahang pada tahun 1888, dan apabila beliau memperkenalkan jawatan "Pemungut dan Majistret". Akibat daripada pentadbiran baru ini, para pembesar tempatan telah kehilangan mata pencarian daripada cukai. Antara pembesar yang tidak puas hati dengan Inggereis ialah Tok Gajah. Pada tahun 1891, beliau bersama anaknya, Mat Kilau dan Datuk Bahaman telah menyerang Inggeris. Kelantan Penentangan terhadap penjajah Inggeris di Kelantan sering dikaitkan dengan peristiwa penting iaitu Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915. Tok Janggut (atau nama sebenarnya Haji Wan Hassan) merupakan seorang ulama dan dihormati oleh penduduk di kawasan Jeram. Pemberontakan Tok Janggut bermula apabila pihak Inggeris melantik Encik Latif sebagai Pegawai Daerah Pasir Putih pada tahun1914. Perlantikan ini telah mengancam kedudukan Engku Besar Tun Ahmad yang berkuasa di Jeram. Terengganu Satu pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Tani berlaku dalam tahun 1928 yang diketuai seorang ulama bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya mengajak penduduk di Hulu Terengganu bangun dan menentang Inggeris.

vi.

vii.

viii. Sarawak Pada tahun 1853, James Brooke telah cuba menguasai kawasan Sungan Rejang. Usaha ini telah menggugat kedudukan seorang pemimpin tempatan iaitu Sharif Masahor yang membuat pakatan dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur dan menyerang kubu Brooke di Kanowit dan Kuching pada tahun 1860. Seorang tokoh yang mengetuai masyarakat Iban di hulu Sungai Skrang yang bernama Rentap (atau nama sebenarnya ialah Libau) marah dengan kemaraan kuasa Brooke di Skrang. Bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya, beliau telah menentang kemaraan orang-orang Inggeris yang cuba mencerobohi kawasan orang Iban di Sarawak.. Faktor penting tentangan ialah kerana pemerintahan Brooke cuba menghapuskan adat dan tradisi yang menjadi amalan penduduk tempatan. ix. Sabah Orang-orang Inggeris di Sabah juga mendapat tentangan daripada penduduk tempatan yang diketuai oleh Mat Salleh (atau nama sebenarnya Mohammad Salleh). Antara tahun 1894 hingga 1900, beliau telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap Kompeni Berpiagam Inggeris. Pada tahun 1897, Mat Salleh berjaya memusnahkan pelabuhan Kompeni di Pulau Gaya. Pada tahun 1915,orang Murut telah menentang Kompeni Berpiagam di Sabah dan pemberontakan ini dinamakan sebagai Kebangkitan Rundum. Pemimpin utama mereka ialah Antanum.

Secara ringkasnya sebab-sebab penentangan di negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak adalah:
Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 3

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia i. ii. iii. Pertama, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pemerintahan barat yang menggugat sistem pemerintahan tradisional. Kedua, pada waktu yang sama, penjajah Inggeris memperkenalkan juga pelbagai jenis cukai seperti cukai hasil tanah dan cukai kepala. Ketiga, penduduk tempatan dikehendaki mendapatkan pas kebenaran daripada kerajaan sebelum dapat membuka tanah, bercucuk tanam atau memungut hasil hutan.

3.4 Penentangan Terhadap Penjajah Jepun Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa tindakan. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Orang Melayu telah menubuhkan Tentera Wataniah Pahang. Bekas pegawai-pegawai British telah menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101. Di Sabah dan Sarawak pula, orang-orang Cina bekerjasama dengan kaum bumiputera menentang Jepun.

4. Perjuangan Kemerdekaan Melalui Semangat Kebangsaan Menjelang abad ke-20, perjuangan mencapai kemerdekaan adalah berasaskan kepada semangat kebangsaan (nasionalisme). Semangat kebangsaan di kalangan penduduk negara ini adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu pengaruh luar negeri dan hasil karya.

4.1 Pengaruh Luar Gerakan kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia II banyak menerima pengaruh daripada kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun, perjuangan nasionalis Indonesia menentang Belanda, Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal dan Gerakan Pemulihan Islam di Mesir.

4.2 Perjuangan Melalui Karya Pada awal abad ke-20, media menjadi alat bagi orang ramai menyuarakan pendapat dan alat penyalur atau penyebar berita daripada tokoh-tokoh pemimpin kepada rakyat. Antara akhbar-akhbar terawal ialah: Al-Imam, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu dan Warta Sarawak. Antara tokoh yang penting dalam meniupkan semangat kebangsaan ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Rahim Kajai. Mereka juga banyak menyelar dasar-dasar penjajah Inggeris yang menyebabkan kemunduran orang Melayu dengan sindiran-sindiran sinis.

4.3 Perjuangan Melalui Persatuan

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 4

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Semangat kebangsaan juga ditiupkan kepada penduduk tempatan melalui persatuan-persatuan. Antara kelab dan persatuan tersebut adalah seperti yang berikut: i. Kesatuan Melayu Singapura (KM Singapura), Kesatuan Melayu Selangor (KM Selangor), Persatuan Melayu Perak (PMP), Kelab Putera Kelantan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Semenanjung, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) Di kalangan orang-orang Cina, semangat kebangsaan mereka didasarkan kepada pergolakan yang berlaku di negeri Cina, sementara bagi orang-orang India semangat kebangsaan mereka pula ditumpukan kepada perkembangan politik di India.

ii.

5. Perjuangan dan Persediaan Menuju Kemerdekaan Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945. Untuk mengukuhkan kembali tapak penjajahan di negara ini, kerajaan Inggeris telah mengemukakan beberapa corak pentadbiran, antaranya Pentadbiran Tentera British (BMA) dan Kesatuan Malaya (Malayan Union).

5.1 Kesatuan Malaya (Malayan Union) Pada 10 Oktober 1945, kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya di Tanah Melayu. Antara sebab Kesatuan Malaya diperkenalkan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu. untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan pentadbiran di Kesatuan Malaya. untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu. untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Antara ciri Kesatuan Malaya adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka pusat pentadbiran adalah di Kuala Lumpur kuasa raja-raja Melayu dihapuskan Singapura tidak dimasukkan ke dalam Kesatuan Malaya kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli

Walaubagaimanapun kesatuan ini mendapat tentangan hebat. Antara sebab utama Kesatuan Malaya ditentang oleh orang Melayu adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaumpribumi akan terhapus orang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac Michael ke atas raja-raja Melayu
Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 5

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia Pada 1 sehingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur dan menyeru agar masyarakat Melayu berkabung selama tujuh hari mulai 1 April 1946, memutuskan supaya masyarakat Melayu mengadakan tujuk perasaan di beberapa buah bandar utama dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu. Bantahan juga datang daripada beberapa bekas pegawai Inggeris di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith. Golongan wanita Melayu juga tidak ketinggalan menyuarakan bantahan mereka. Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya dilancarkan dengan rasminya. Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama. Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu, satu rundingan antara Edward Gent, raja-raja Melayu dan Datuk Onn telah diadakan. Perundingan itu memutuskan bahawa Kesatuan Malaya akan digantikan dengan satu sistem pemerintahan yang baru. Akhirnya pada bulan Julai 1946, Kesatuan Malaya dibubarkan.

5.2 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Pada bulan Februari 1948, Kerajaan Inggeris telah mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan Kesatuan Malaya. Dalam Persekutuan, Sultan diberikan semula hak-hak ke atas negeri masing-masing. Syarat-syarat hak kerakyatan diperketatkan dan hak istimewa orang-orang Melayu sebagai kaum bumiputera diperkukuhkan. Sebuah Jawatankuasa Kerja telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru. Kali ini golongan bukan Melayu pula telah menentang pembentukan PTM kerana tidak ada wakil bukan Melayu dalam Jawatankuasa Kerja. Mereka telah membentuk Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (All Malayan Council of Joint Action-AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Manakala golongan Melayu yang masih menentang melalui pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pertubuhan pertubuhan Melayu ini digabungkan menjadi Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). PUTERA mendakwa bahawa Jawatankuasa Kerja bertolak-ansur dengan Inggeris dan merugikan Melayu. PUTERA dan AMCJA telah bersatu dan mengemukakan "Perlembagaan Rakyat" tetapi ditolak oleh Inggeris kerana terlalu radikal. Satu perkara penting di sini adalah kesanggupan Melayu dan bukan Melayu berganding bahu menyuarakan pendapat dan menentang Inggeris.

5.3 Parti Politik dan Perjuangan Kemerdekaaan Beberapa parti politik yang terdapat di Tanah Melayu khususnya selepas Perang Dunia II telah cuba memperjuangkan kemerdekaan. Parti-parti tersebut adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Parti Komunis Malaya - April 1930 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - 11 Mei 1946 Malayan Indian Congress (MIC) - 8 Ogos 1946 Malayan Chinese Association (MCA) - 27 Feb 1949 Parti Malaya Merdeka (IMP) - 16 Sept 1951 Parti-parti Berhaluan Sosialis seperti API, AWAS dan PKMM - antara 1946 hingga 1947
Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 6

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Technical Foundation Unit


MPW 2133 Pengajian Malaysia vii. Parti-parti Berlandaskan Islam seperti PAS - 24 Nov 1951 viii. Parti Perikatan (asalnya gabungan UMNO dan MCA) pada 1952. Kemudiannya disertai oleh MIC pada tahun 1955. Parti ini mewakili 3 kaum terbesar di Tanah Melayu. Dalam pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parti Perikatan mendapat kejayaan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi Dewan Perundangan yang dipertandingkan. Kejayaan ini adalah berasaskan kepada sokongan daripada semua kaum di Tanah Melayu, perjuangan ke arah perpaduan yang mencerminkan aspirasi rakyat ketika itu. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.

5.4 Menuju Ke arah Kemerdekaan Kerajaan Inggeris nampaknya lebih berpihak kepada desakan daripada Parti Perikatan memandangkan parti berkenaan mendapat sokongan rakyat-iaitu oleh tiga kaum utama di Tanah Melayu. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan terdiri dari 4 wakil Parti Perikatan, 4 wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

5.5 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Lord Reid telah mengetuai satu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956. Dalam menggubal undang-undang, suruhanjaya ini telah mengambil kira pandangan penduduk Tanah Melayu. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan. Satu rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan ia mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Pengisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957.

6. Kesimpulan Banyak pengajaran boleh ditimba daripada sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan ini. Antaranya ialah semangat kental generasi lalu yang tidak rela tanah air mereka dijajah. Kemerdekaan hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara kaum. Rakyat pelbagai latar belakang kini seharusnya menumpukan usaha untuk mengisi kemerdekaan yang telah diperjuangkan dan dicapai oleh generasi lalu. Hanya dengan usaha-usaha yang gigih sahaja rakyatnya dapat meletakkan negara ini sebagai negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat serta disegani dan dihormati di mata dunia.

Semester: 2 Lesson/Duration: 120 min

Code: MPW 2133-SH03-02 Page: 7

You might also like