Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

SULIT* 922/2 SULIT*

922/2 KESUSASTERAAN MELAYU (KESUSASTERAAN MELAYU MODEN) ) MODEN)2 KERTAS (Tiga jam)

PERTENGAHAN TAHUN 2012

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG 16390 BACHOK, KELANTAN.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

SULIT* 922/2 Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 1. Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Huraikan (a). (b). (c). perihalkan latar kehidupannya, huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu keistemewaan karya-karyanya [5] [16] [4]

2. Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935. Berdasarkan penyataan ini. (a). (b). (c). (d). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4]

Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan. [6] Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan [6] [9] Melayu

SULIT* 922/2 Bahagian B: CERPEN Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 3 . Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah Sepi dengan jiran-jiran. Ah, pedulikan. Tapi, Islam tidak membenarkan kita berlaku begitu. Sekurang-kurangnya empat puluh buah rumah mesti diambil berat. Dan, yang dakwah sendiri tidak mahu menegur dan mengambil tahu hal jiran, bagaimana you nak baiki itu semua? Isterinya diam. Dia segera teringat kepada jiran depan yang tidak pernah mengambil tahu hal jiran. Malah ketika dia dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di atas pokok didepan rumah ustaz dakwah itu, ustaz itu tidak menjengokkan mukanya. Tapi amat garang dan banyak nasihatnya sewaktu membaca khutbah Jumaat. Suaranya amat lantang: berjiran, bertakwa, mengambil berat hal fakir miskin, tolong-menolong, ribu-ribu lagi. (Cerpen Kesementaraan, S.Othman Kelantan, Mutiara Sastera Melayu Moden, hal. 55.) (a). (b). (b). Apakah pekerjaan watak dia dan berikan tiga sikapnya berdasarkan cerpen di atas. [4] Nyatakan teknik penceritaan cerpen dalam petikan di atas dan kesannya terhadap penceritaan. Berikan tiga citra masyarakat beragama yang dipaparkan dalam cerpen [9] [12]

4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya. Aku tunduk menghadap ayah tiriku. Orang sini semua tahu! Sama ada kau betul atau salah, mereka tidak persoal lagi.Mereka sudah tahu yang kau sudah mencemarkan nama aku dan nama ibumu Aku hanya menitiskan air mata.Ibu hanya merenungku sahaja.Dan,apbila wajah ibu yang aku sayang kucuba perhati, dia tidak mengalihkan pandangannya kea rah lain.Aku gembira sekali.Aku tahu yang ibu tetap di sebelahku.Kasih-sayangnya padaku tidak pernah berganjak.Dan, kejadian itu memang sekali adalah suratan nasibku. Tiba-tiba ibu mahu bersuara.Tentu ibu mahu membelaku agaknya.Tetapi, ayah tiriku cepat memotong. Sudahlah! Kau sudah siap dengan segala barang-barangmu? (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2003,

SULIT* 922/2 Cerpen Perjalanan yang Tak Direncana dalam Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahsa dan Pustaka, hal 133) (a). (b). (c). (d). Nyatakan nama Aku dan latar tempat dalam petikan di atas Apakah pesanan ayah tiriku sebelum petikan di atas Jelaskan perbuatan Aku yang mencemarkan nama aku dan nam ibumu. Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan negatif Aku dalam cerpen ini. [3] [4] [6] [12]

Bahagian C: Drama Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

SUARA GHAIB: Larut malam. Udara sejuk menghembus perlahan. Embun mula gugur ke bumi. Suasana alam sunyi-sepi. RAHIMAH: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. (Bangun berjalan pergi balik) Betina mana yang tahan dibuatnya macam ini ? Tiap-tiap malam macam ini, balik jauh-jauh malam...jantan tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan. Lupakan rumah tangga. (Mengesat-ngesat mata dengan sapu tangan). Habis semua barang-barang kemas digadainya. Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah tangga sial itu. (Suara di luar sebeng mengetuk) Tiap-tiap malam orang disuruhnya menjengkal mata. (Suara orang mengetuk di luar sebeng dengan memanggil nama Rahimah). DAHLAN: Rahimah...Rahimah...(Mengetuk dengan kuat) Rahimah... (Rahimah terkejut dan bangun berjalan ke sebeng) Rahimah...aku balik. (Rahimah membuka pintu. Dahlan masuk dengan berpakaian tali leher). Kau belum tidur, Rahimah. (Membuka baju dan tali lehernya dicampakkan di atas meja). (Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm 175) (a). (b). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [9]

Galurkan tiga peristiwa yang berlaku keatas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [6]

SULIT* 922/2 (c). (d). Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [6] [4]

6. Malam Ini Penyu Menangis karya Noodin Hassan merupakan sebuah drama yang dipaparkan dalam bentuk dokumentari tentang biografi J.M.Aziz (a). (b). (c). Bincangkan penggunaan unsur-unsur dokumentari tentang biografi J.M Aziz yang terdapat dalam drama ini. [9] Puisi merupakan elemen penting dalam teknik penulisan drama. Jelaskan peranan puisi dalam drama berkenaan [8] Kemukakan empat persoalan dalam drama [8]

SULIT* 922/2

Bahagian D: SAJAK Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. 7). Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Kunci T. Alias Taib May verse be like a key That opens a thousand doors - Vicente Huidobro Dengan seberkas kunci di tangan kubuka seribu liang luka yang sekian lama tertutup kubiarkan seribu gabus duka yang mengapung di dalam dada berkumpul di depan matamu agar kau mengerti: makna makmur di tengah lapar makna harmoni di tengah inflasi makna mewah di tengah gundah. Dengan seberkas kunci di kaki kumasuki seribu pintu berliku yang berisi pula seribu ratap dan harap yang tak terjawab umpamanya seorang buruh suatu petang yang sedang membersihkan longkang sebagai ganti daun kering dan kotoran ia menyapu potongan-potongan nasib serpihan-serpihan masa depan dan doa teman-temannya yang bertaburan. Dengan seberkas kunci di mata kulihat seribu keajaiban seribu teka-teki dan misteri hidup yang cukup sulit dan berbelit bagai jalan ke puncak Kinabalu kadangkala ada mula tak ada akhir

SULIT* 922/2 kadangkala ada akhir tak ada mula kadangkala tak ada mula tak ada akhir. Dengan seberkas masalahku di kepala kubaling jauh-jauh kunci di mataku. Dewan Sastera, April 1980 Dewan Bahasa dan Pustaka. (Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.],2003Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 290 291) (a). (b). (c). Jelaskan mesej yang terdapat dalam sajak di atas Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas Jelaskan harapan penyajak terhadap masyarakat dalam sajak di atas [12 ] [9] [4]

SULIT* 922/2

8. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya Sewaktu Melintasi Kundasang Lim Swee Tin Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah sekali gus meresapkan rindu damai dengan warnanya tak terusik Aku telah dihimpit bising peradaban kasih dan cinta manusia yang luput ketika kau tetap abadi menatap alam menyaksi kejadian serba takjub sepi namun sentosa bahagia sekalipun purba. Kabus menipis di puncak Kinabalu jalan di bawah berliku angin dingin mengusap pohon-pohon longgokan batu dan serpihan tebing sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap melupakan aku sedetik, pendatang terasing kali ini akan ku ambil lembutmu untuk melentur keras watakku. (Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2003, Mutiara Sastera Melayu Moden.hlm. 300 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (a). Jelaskan gaya bahasa rangkaikata berikut dan kesannya i. ii. iii. (b). Matahari melimpahkan sinar mutiaranya Angin dingin mengusap pohon Menyentak celaru kehidupan yang kupapah

[9] [8]

Jelaskan perubahan sikap aku setelah melintasi Kundasang

SULIT* 922/2 (c). Huraikan DUA persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas

[8]

SULIT 922/2 Kesusasteraan Melayu Kertas 2 Pertengahan Tahun 2012 3 Jam JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) SKEMA PERMARKAHAN KESUSASTERAAN MELAYU KERTAS 2 (Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)

Kertas Skema ini mengandungi 18 halaman bercetak

SULIT* 922/2

Skema Jawapan: Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Soalan 1 1. Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden. Huraikan (a). (b). (c). perihalkan latar kehidupannya, huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu keistemewaan karya-karyanya [5] [16] [4]

Skema jawapan: (a). perihalkan latar kehidupannya, F1: F2: F3: F4: F5: F6: F7: F8: F9: F10: F11: F12: Nama penuhnya Abdullah Hussein Dilahirkan pada 25 Mac 1920b/ di Sungai Limau Yan, Kedah Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai limau hingga darjah V/ 1932-1933 meneruskan persekolahan di Sekolah St. Michael. Pada zaman Jepun pernah belajar di Syonan Koa Kunrenzo / Sekolah latihan pegawai-pegawai Tinggi Singapura. Pernah menjadi polis selepas tamat perang di Sumatera. Pernah menjawat jawatan sebagai penjaga stor dalam perusahaan lombong bijih timah di Pahang Terlibat sebagai wartawan suratkhabar Sahabat / pembantu pengarang majalah Saudara. Pernah juga menjadi kerani Gunseibu. Pernah memenangi hadiah ke-3 dalam sayembara mengarang roman sejarah dengan judul Darah Pembalasan Tempat ke-2, mengarang cerpen di Acheh dengan judul Manusia Baru 1943 Penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-8 (1996) Penerima S.E.A write Award pada tahun 1981.

Pilih 5 isi 1 isi = 1 markah fakta 5 isi x 1 markah = 5 markah. b). huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu F1: Terlibat dalam penulisan genre novel

10

SULIT* 922/2 H/C1: genre novel yang dihasilkan oleh beliau banyak memuatkan elemen perpaduan yang disampaikan menerusi bahasa. Antara novel beliau ialah Terjebak, Peristiwa dan Interlok.

F2:

Terlibat dalam penulisan genre cerpen H/C2: Kebanyakkannya menyentuh pengalaman peribadi beliau sendiri, antara cerpen yang ditulis oleh beliau ialah Hadiah, nagasaki serta koleksi Cerpen-cerpen Malaysia. F3: Terlibat sama dalam penulisan Esei / Kritikan H/C3: Semasa bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau turut menghasilkan esei dan kritikan antaranya ialah Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman F4: Beliau turut melibatkan diri dalam penulisan biografi H/C4: Antara biografi yang pernah beliau tulis ialah Biografi P.Ramlee dan Pendeta Zaba.

F5: Menterjemah karya-karya Sastera Dunia H/C5: Angin Timur Angin Barat dan Bumi Bertuah karya asal Pearl S.Buck / Mutiara karya Steinbeck / Orang Tua dengan laut Hemingway serta Lorong Midaq karya Mahfouz F6: Bergiat aktif dalam GAPENA H/C6: Beliau merupakan antara orang kuat dalam GAPENA dan beliau merupakan Bendahari. F7: Membuat sorotan / kritikan cerpen H/C7: Kebanyakan tulisan sorotannya banyak tersiar dalam Dewan Sastera antara tahun 1972 hingga 1972. F8: Membimbing bakat-bakat baru dalam penulisan kreatif H/C8: ketika beliau menjadi editor dan penerbit majalah Penulis ketika menganggotai PENA. Pilih 4 isi 1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh) 4 isi x 4 markah = 16 markah (c). keistemewaan karya-karyanya

F1: Karyanya banyak memuatkan elemen perpaduan H/C1: Penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaumdan bangsa dengan orang melayu sebagai pribumi memberi idea kepada beliau menulis karya terutama novel seperti novel Interlok

11

SULIT* 922/2 Berjaya merakamkan pengalaman peribadi dalam kebanyakkan karya sasteranya H/C2: Novel-novelnya seperti Interlok, Peristiwa dan Aku Tidak Minta merupakan rakaman pengalaman-pengalaman berunsur seram, tragis dan lucu sewaktu Abdullah di Indonesia dan di Thailand. F3: Memenangi banyak sayembara utama negara H/C3: Penulis yang kaya dengan pengalaman membolehkan beliau merakamkan pengalamannya dalam karya kreatif terutama novel dan cerpen membolehkan beliau memenangi banyak sayembara antaranya novel Imam telah terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/1995. Pilih 2 isi 1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh) 2 isi x 2 markah = 4 markah. Soalan 2 2. Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935. Berdasarkan penyataan ini. (a). (b). (c). (d). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4] Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan. [6] Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut [9] Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu [6] F2:

Skema Jawapan a). Penulis dan tajuk kritikan: F1: F2: b). Keris Melayu / Muhammad Yasin Maamor Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi 2 markah 2 markah

Faktor tulisan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan F1: Menganalisis secara kritis, mengikut kemampuan ilmiah dan zaman H/C1: Keris Melayu telah menganalisis secara kritis tentang isi dan gaya bahasa Sejarah Melayu

F2: Mengupas hal-hal yang tersirat H/C2: Keris Melayu cuba menyelami dan mengupas hal-hal tersirat di sebalik dua buah karya Abdullah Munsyi iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. F3: Pemusatan tulisan adalah teks

12

SULIT* 922/2 H/C3: Pemusatan tulisan Keris Melayu adalah teks, iaitu Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Soal luaran seperti biografi sangat sedikit diberi perhatian. F4: Menilai/mengulas dan membandingkan teks H/C4: Keris Melayu telah melakukan penilaian dan membuat penilaian terhadap teks Kisah Pelayaran Abdullah dan Sejarah Melayu. c). Isi kandungan tulisan kritikan.

F1: Pemerian keseluruhan teks / teknik penulisan H/C1: Memulakan tulisannya dengan pemerian keseluruhan teks Sejarah Melayu dan kemudian membahagikan sistem perwatakan kepada golongan tertentu seperti raja, pembesar istana, hulubalang dan orang kebanyakan. F2: Penilaian terhadap watak H/C2: Memberi penilaian terhadap watak-watak yang terdapat dalam Sejarah Melayu walaupun secara dangkal dan emosional. F3: Memberi pandangan terhadap gaya bahasa H/C3: Memberi pandangan terhadap gaya bahasa teks Sejarah Melayu yang dikatakan bahasa Melayu Tun Seri Lanang adalah asli, jelas serta sedap pula didengar kalau dibaca. F4: Mengupas makna tersirat H/C4: Mengupas makna tersirat disebalik beberapa buah pantun yang terdapat dalam karya itu. Pilih 3 isi 1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh) 3 isi = 9 markah d). Kesan F1: Kesan melahirkan kritikan yang bersifat ilmiah / membina H/C1: Berfokus kepada teks, contohnya, Hikayat Pelayaran Abdullah dan Hikayat Abdullah. F2: Kesan tulisan berbentuk analisis H/C2: Menghurai sesuatu aspek karya dengan lebih mendalam. F3: Kesan melahirkan pembaca yang lebih kritis H/C3: Terhadap pembaca, contohnya, Anak Negeri menentang hebat cara penulisan Munsyi Abdullah yang memberi gambaran keburukan masyarakat Melayu dalam Hikayat Abdullah dan Kisah pelayaran Abdullah. Tulisan Kabha lebih condong untuk membela Munsyi Abdullah.

13

SULIT* 922/2 F4: Kesan polemik / perdebatan / pertentangan H/C4: Menimbulkan reaksi dan polemik daripada pembaca. Mengundang tulisan berkaitan daripada intelek lain seperti Anak Negeri dan Kabha Batu Pahat. F5: Melahirkan ramai pengkritik H/C5 Antara pengkritik yang lahir pada era tersebut ialah Anak Negeri, Kabha Batu Pahat . F6: Menghasilkan lebih banyak tulisan kritikan H/C6: Kesan daripada tulisan Keris melayu menyebabkan lebih banyak tulisab kritikan tersiar di akhbar / majalah. Pilih 2 isi 1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian / contoh) 2 isi = 6 markah Soalan 3 Ceraian (a) Apakah pekerjaan watak dia dan berikan tiga sikapnya berdasarkan cerpen di atas. [4] Pekerjaan dia sama ada pensyarah/guru/ pendakwah / kakitangan kerajaan. 3 sikap dia: i. ii iii iv v Penyayang prihatin bertanggungjawab amanah/jujur tabah/cekal/gigih

1 markah untuk pekerjaan 1 markah bagi setiap sikap (3 isi x 1 markah = 3 markah + 1 markah = 4 markah) ceraian (b).Nyatakan teknik penceritaan cerpen dalam petikan di atas dan kesannya terhadap penceritaan. F1 : Teknik dialog H/C : Percakapan atau pertuturan yang terlaksana antara 2 watak atau lebih dalam sesebuah karya. Sepi dengan jiran-jiran. Ah, pedulikan. kesan: Dapat menjadikan watak-watak dalam cerita lebih hidup atau realistik. F2 : Tenik imbas kembali H/C : Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku Dia segera teringat kepada jiran depan yang tidak pernah mengambil tahu hal jiran.

14

SULIT* 922/2 Kesan: Berupaya menguatkan perkembangan cerita, pembaca dapat mengetahui peristiwaperistiwa sebelumnya F3 : Teknik perulangan H/C : Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang) Perkataan jiran Kesan: meninggalkan kesan penegasan F4 : Teknik pemerian / naratif H/C : Gambaran tentang sesuatu keadaan peristiwa, kejadian tentang seseorang watak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang. Suaranya amat lantang: berjiran, bertakwa, mengambil berat hal fakir miskin, tolongmenolong, ribu-ribu lagi. Kesan: Dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa yang lebih luas Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/contoh dan kesan) 3 isi x 3 markah = 9 markah. Ceraian (c) Berikan citra masyarakat beragama yang dipaparkan dalam cerpen [12 ] F1 : Citra masyarakat Islam yang prihatin hal jiran H/C : Agama Islam amat menitik beratkan hal-hal kejiranan sehingga meletakkan sehingga 40 buah rumah adalah jiran yang terdekat.Dalam cerpen watak dia dan isterinya amat prihatin terhadap jirannya seperti peristiwa dia bersama sama jiran indianya membakar sarang tebuan di depan rumah seorang ustaz. F2 : Citra masyarakat islam yang lantang bersuara / berdakwah tetapi tidak mempraktikkannya. H/C : Terdapat sesetengah pendakwah ataupun ustaz yang hanya tahu menyeru orang ramai untuk melakukan sesuatu perkara yang baik walhal diri sendiri tidak pernah melakukannya. Hal ini dapat dilihat seorang ustaz dalam cerpen yang sentiasa berceramah tentang kejiranan tetapi apabila jirannya ( watak dia) membakar sarang tebuan di depan rumahnya, dia tidak menjengokkan mukapun. F3 : Citra masyarakat islam yang tidak mengambil tahu hal jiran. H/C : Terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak prihatin pada jiran tetangga, ini terbukti menerusi watak ustaz yang tidak keluar rumah membantu jirannya berbangsa India ketika dia membakar sarang tebuang di hadapan rumahnya. F4 : Citra masyarakat islam yang hipokrit / bermuka-muka. H/C : Terdapat sesetengah pendakwah ataupun ustaz yang hanya tahu menyeru orang ramai untuk melakukan sesuatu perkara yang baik walhal diri sendiri tidak pernah melakukannya. Hal ini dapat dilihat seorang ustaz dalam cerpen yang sentiasa berceramah tentang kejiranan tetapi apabila jirannya ( watak dia) membakar sarang tebuan di depan rumahnya, dia tidak menjengokkan mukapun

15

SULIT* 922/2 F5 : Citra masyarakat islam yang suka mengambil kesempatan. H/C : Menggunakan agama untuk tujuan tertentu, sepertimana peristiwa yang berlaku keatas isteri aku yang dijemput jiran tetangganya menghadiri majlis bacaan yasin tetapi sebaliknya majlis tersebut bertukar menjadi parti alat-alat make-up. Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh) 4 isi x 3 markah = 12 markah Soalan 4 Skema Pemarkahan
a) Nyatakan nama Aku dan latar tempat dalam petikan di atas

[3] [2 markah] [1 markah] [4]

Aku Latar tempat

Jarah rumah / kampung / rumah ibu bapa Jarah

b) Apakah pesanan ayah tiriku sebelum petikan di atas

F1- kerja baik-baik dan pergi ke sana buat seperti orang yang hendak bekerja F2- Jangan conteng arang di muka orang tua/ ibu bapa Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 2 markah 2 isi x 2 markah = 4 markah
c) Jelaskan perbuatan Aku yang mencemarkan nama aku dan nama ibumu.

[6]

F1: F2: F3: F4: F5:

Aku pergi ke pesta Main Pantai seorang diri Pada malam itu, Aku ketinggalan bas, lalu menumpang tidur di bilik seorang bujang Malam itu juga orang dari pejabat agama datang Mereka dituduh melakukan perbuatan jahat dan akhirnya mereka ditangkap Ayah tiri dan ibu Aku merasa malu terutama apabila orang kampung tahu Aku telah diperiksa oleh doktor

Pilih 3 isi 1isi =2 markah 3 isi x 2 markah = 6 markah

16

SULIT* 922/2 (d) Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan negatif Aku dalam cerpen ini. [12] Perwatakan positif F1: H/C: Penyayang Aku menyayangi keluarganya terutama ibu yang sentiasa mempercayai kejujurannya

F2: Rajin H/C: Aku rajin melaksanakan kerja-kerja rumah bagi mebantu meringankan bebanan kerja rumah Kak Ngah. F3: H/C: tidak F4: H/C: F5: H/C: F1: H/C: F2: H/C: F3: H/C: F4: H/C: Mengambil berat/prihatin Menjaga anak-anak Kak Ngah dengan baik sehingga mereka dapat membesar dengan sihat membiarkan mereka kelaparan atau tercedera. Patuh kepada orang tua Aku patuh kepada arahan ayah tiri supaya meninggalkan kampung dan bekerja di rumah Kak Ngah Ikhlas Jarah ikhlas untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah Kak Ngah . Perwatakan negatif Mudah percaya kepada orang ramai Jarah mempercayai Abang Soh yang baru dikenalinya dan terus mengikut lelaki itu pulang ke rumah. Tidak matang Tidak dapat memikirkan kesan daripada perbuatan tidur di bilik orang bujang Terburu-buru Bertindak terburu-buru melarikan diri dari rumah Kak Ngah tanpa mempedulikan katakata abang Ngah yang berjanji akan menghantarnya pulang pada bulan depan Keras hati / Degil Jarah tetap dengan keputusannya untuk kembali semula ke Kelantan walaupun telah dinasihati Makcik Timah sedangkan dia tak pernah pulang seorang diri.

Pilih 4 sahaja ( 2 isi perwatakan positif dan 2 isi perwatakan negatif) 1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/ contoh) 4 isi x 3 markah = 12 markah Soalan 5

17

SULIT* 922/2 5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya ke

SUARA GHAIB: Larut malam. Udara sejuk menghembus perlahan. Embun mula gugur bumi. Suasana alam sunyi-sepi.

RAHIMAH: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. (Bangun berjalan pergi balik) Betina mana yang tahan dibuatnya macam ini ? Tiap-tiap malam macam ini, balik jauh- jauh malam...jantan tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan. Lupakan rumah tangga. (Mengesatngesat mata dengan sapu tangan). Habis semua barang-barang kemas digadainya. Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah tangga sial itu. (Suara di luar sebeng mengetuk) Tiap-tiap malam orang disuruhnya menjengkal mata. (Suara orang mengetuk di luar sebeng dengan memanggil nama Rahimah). DAHLAN: Rahimah...Rahimah...(Mengetuk dengan kuat) Rahimah... (Rahimah terkejut dan bangun berjalan ke sebeng) Rahimah...aku balik. (Rahimah membuka pintu. Dahlan masuk dengan berpakaian tali leher). Kau belum tidur, Rahimah. (Membuka baju dan tali lehernya dicampakkan di atas meja). (Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm 175 a). b). c). d). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [ 9 ] Galurkan tiga peristiwa yang berlaku keatas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [6] Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [6] [4]

Skema Jawapan a). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [ 9 ]

Fakta 1 : Persoalan tidak mengenang budi kepada golongan pekerja bawahan Huraian / Contoh : Golongan pekerja yang memberi sumbangan seharusnya diberi penghargaan sebagai tanda mengenang budi mereka. Dahlan sebagi majikan tidak mengenang budi pekerja bawahannya malah mengugut pekerjanya agar menyerahkan sebahagian gaji mereka kepadanya jika tidak mereka akan dibuang kerja. Fakta 2 : Persoalan tidak mengenang budi terhadap isterinya Rahimah yang sentiasa mengambil berat

18

SULIT* 922/2 Huraian / Contoh : Nasihat dan teguran isteri ke arah kebaikan seharusnya diterima untuk kebaagiaan rumah tangga, namun Dahlan telah hilang pertimbangan di mana telah menceraikan Rahimah yang cuba untuk mengajaknya kembali ke pangkal jalan. Fakta 3 : Persoalan tidak mengenang budi dan jasa serta pengorbanan Pak Hamid yang telah menjaganya Huraian / Contoh : Kita seharusnya menyanjung tinggi jasa dan budi serta pengorbanan orang yang telah mendidik dan memberikan kasih sayang kepada kita. Tapi sebaliknya Dahlan telah menghalau Pak Hamid yang cuba menasihatinya supaya menerima kembali Rahimah. Fakta 4 : Persoalan tidak mengenang budi Rahimah kepada ibu kandungnya Huraian / Contoh : Perbuatan seorang anak yang tidak mengakui ibu kandungnya sendiri dan sanggup menghalau ibunya adalah perbuatan anak derhaka yang tidak mengenang budi. Rahimah yang berkahwin dengan Dahlan menjadi sombong dan angkuh sehingga sanggup menderhaka dan menghalau ibu kandungnya sendiri. Fakta 5 : Persoalan tidak mengenang budi terhadap pihak kerajaan yang telah menyediakan biasiswa pelajaran / bantuan kewangan Huraian / Contoh : Bantuan biasiswa yang diberikan seharusnya dikenang dan disanjung dengan cara menabur bakti serta berkhidmat dengan kerajaan. Dahlan pula tidak mengenang budi pihak kerajaan yang telah memberinya biasiswa untuk meyambung pelajarannya di luar negeri sebaliknya menubuhkan syarikat sendiri semata-mata inginkan inginkan pendapatan lumayan. Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh) 3 isi x 3 markah = 9 markah b). Galurkan tiga peristiwa yang berlaku ke atas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [6]

Peristiwa 1: Rahimah menyindir Dahlan dengan mengatakan, Dahlan sering pulang lewat ke rumah sebagai sebahagian kerja Dahlan. Peristiwa 2: Rahimah menempelak Dahlan mengatakan Dahlan keluar berjalan-jalan dengan perempuanperempuan pisau cukur, berdancing serta bersukaria hingga lupa diri dan asyik minum saja. Peristiwa 3: Rahimah menunjukkan bukti lipstik yang ada pada baju Dahlan. Peristiwa 4: Rahimah menasihati Dahlan, dengan mengatkan yang rumahtangga mereka sudah diambang kehancuran namun Dahlan masih tidak sedar dan insaf asyik bersukaria dan mengabaikan rumahtangga.

19

SULIT* 922/2 Peristiwa 5: Rahimah melahirkan rasa tak puas hatinya kerana menganggap Dahlan menyimpan wanita lain. Peristiwa 6: Rahimah menyatakan yang dia sudah hilang sabar dengan apa yang dilakukan oleh Dahlan kerana mengabaikan rumahtangga asyik mabuk dan leka dengan perempuan-perempuan pisau cukur. Peristiwa 7: Rahimah menyatakan keinsafannya kerana hidup dengan car yang berlawanan dengan kehendak agama, adat dan juga masyarakat. Peristiwa 8: Rahimah dihalau keluar oleh Dahlan kerana Dahlan rasa tercabar apabila dia dinasihati supaya kembali ke pangkal jalan. Peristiwa 9: Rahimah kemudiannya telah diceraikan dengan talak satu oleh Dahlan. Peristiwa 10: Rahimah kemudian memohon maaf kerana bukan niatnya hendak menasihati Dahlan tetapi dia berniat baik untuk mengingatkan Dahlan agar kehidupan mereka lebih selamat. Pilih 6 persitiwa sahaja 1 peristiwa = 1 markah 6 peristiwa x 1 markah = 6 markah c). Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. [6]

Fakta 1 :Berubah menjadi kasar dan angkuh Huraian/Contoh: Perubahan sikap Rahimah semakin ketara setelah pulang dari England, dia bersikap kasar dengan orang gajinya dan terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan dan sumbangan daripadanya. Fakta 2 : Derhaka kepada ibunya Huraian/Contoh: Rahimah juga tidak mengaku ibunya sebagai ibu kandungnya kerana dia malu kepada kawan-kawan suaminya serta jiran-jiran disekelilingnya kerana ibunya datang dari kampung dan miskin pula. Dia bertindak menghalau ibunya yang datang ke rumahnya kerana malu kepada jiran-jirannya. Fakta 3 : Mengamalkan cara hidup barat Huraian/Contoh : Rahimah mula berubah sikap dalam cara berpakaian, makanan, pertuturan dan pergaulan. Misalnya semasa berbual dia menggunakan perkataan bahasa Inggeris dan begitu juga semasa ibunya membawa makanan dari kampung dia memberitahu bahawa dia tidak mahu makan makanan tersebut kerana rasanya pahit sedangkan ibunya membawa makanan kegemarannya

20

SULIT* 922/2 Fakta 4 : Lupa asal usulnya dari kampung Huraian/Contoh : Tidak mahu mengaku Mak Midah sebagai ibu kandungnya kerana Mak Midah asal dari kampung dan berpakaian kotor pula, selain itu dia kini tidak lagi menggemari makanan dari kampung sedangkan dulu sayur-sayuran tersebut menjadi kegemarannya. Dia menghina orang kampung dan sayur-sayuran dari kampung sedangkan dia sebenarnya berasal dari kampung . Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh) 2 isi x 3 markah = 6 markah. d). Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [4]

F1 : Suami harus melaksanakan tanggungjawab ke atas rumahtangga H/C1 : Suami sebagai tonggak rumahtangga sewajarnya memastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik bagi menjamin rumahtangga sempurna. Dahlan yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sering pulang lewat dalam keadaan mabuk menyebabkan rumahtangganya hancur apabila dia menceraikan Rahimah. F2 : Perbuatan tidak mengenang budi merupakan perbuatan yang terkutuk. H/C2 : Tidak mengenang budi orang yang banyak berjasa, merupakan satu tindakan yang kurang bermoral. Dahlan tidak mengenang budi Rahimah yang sanggup berjaga menunggu kepulangannya dengan menghalau Rahimah dan menceraikannya. F3 : Perbuatan menghabiskan wang ringgit untuk aktiviti tidak bermoral H/C3 : Gaji yang diperolehi adalah untuk kegunaan rumahtangga, jika ianya digunakan untuk tujuan yang tidak bermoral pasti akan menimbulkan masalah. Dahlan sering menggunakan wang gajinya untuk berfoya-foya dengan perempuan pisau cukur menyebabkan dia terpaksa mengadaikan barang kemas kepunyaan Rahimah. F4 : Jangan mudah lupa daratan setelah berjaya H/C4 : Walaupun kita berjaya kita seharusnya mengingati asal-usul kita, Dahlan setelah berjaya bergelar sebagai seorang Lawyer dia mula lupa daratan dan sering menghabiskan masanya dengan berfoya-foya sehingga kehidupannya musnah. Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 2 markah (1markah Fakta dan 1 markah Huraian/Contoh) 2 isi x 2 markah = 4 markah. Soalan 6 a. Unsur dokumentari F1 :Penjelasan tujuan pementasan H/C1 : Watak Sofea Jane menjelaskan tujuan pementasan drama adalah untuk menggambarkan kehidupan J.M.Aziz yang begitu romantic dan lirikal serta pengalaman hidupnya yang

21

SULIT* 922/2 sebati dengan laut, ombak, gelombang, angin, kepedihan hidup dan kepekaan terhadap budaya. F2 :Watak-watak menceritakan biodata J.M.Aziz H/C2 : Halimi menceritakan pada tahun 1965 J.M.Aziz jatuh sakit dan tidak dapat melihat keadaan sekeliling ( Rujuk hal 236 240) F3 :Penggunaan sumber rujukan H/C3 : kisah kehidupan J.M.Aziz di kaitkan dengn kisah dalm buku Qisasul Anbia mengenai kisah nasib Nabi Allah Ayub dan kisah benar yang ditulis oleh Hugh Clifford semasa bertugas sebagai Residen British di Pahang F4 :Penggunaan tayangan slaid / video /gambar/ foto H/C4 : Tayangan slaid / gambar menayangkan gambar J.M.Aziz apabila jatuh sakit / Gambar Cik Lijah sewaktu muda ditayangkan /tayangan video J.M.Aziz dipimpin oleh isterinya di pantai. F5 :Watak melakonkan kisah hidup J.M.Aziz dan Cik Lijah H/C5 : Watak Nik, Perempuan dan Shamsinar me;lakonkan watak J.M.Aziz dan Cik Lijah. Watak tersebut menggambarkan kisah kehidupan mereka berdua F6 :Penggunaan puisi-puisi J.M.Aziz H/C6 : Puisi-puisi ciptaan J.M.Aziz digunakan sebagai bahan / sumber untuk menggambarkan emosi, pemikiran dan penghayatan J.M.Aziz mengenai kehidupannya F7 :Keseluruhan drama berkaitan riwayat hidup J.M.Aziz H/C7 : watak Cik Lijah dan J.M. Aziz meriwayatkan sendiri kehidupan mereka. J.M.Aziz menceritakan penglibatannya dalam politik dan cik Lijah menjelaskan J.M.Aziz bertugas sebagai wartawan Pilih 3 isi 3 isi x 3 m (2 markah fakat , 1 markah H/C) 3 isi x 3 m = 9 markah b. Peranan puisi

F1: Berperanan sebagai kepelbagaian / variasi penulisan drama H/C1: Selain menggunakan diolag, isi drama disampaikan dalam bentuk puisi. Ia bertujuan melahirkan variasi penyampaian isi F2: Berperanan melahirkan kekaguman dalam drama H/C2: Puisi dideklamasi atau dinyanyikan dalam drama. Penggunaan puisi dapat melahirkan unsur kekaguman dalam drama F3: Berperanan menjelaskan unsur kejiwaan watak / emosi watak

22

SULIT* 922/2 H/C3: Puisi Inang Rodat menjelaskan perasaan cinta J.M.Aziz terhadap Cik Lijah. Puisi Bersinat Sumur menjelaskan perasaan hiba dan simpati J.M.Aziz terhadap kematian Jaafar dan Ibrahim F4: Berperanan sebagai symbol/riwayat J.M.Aziz seorang penyair / seniman H/C4: Puisi J.M.Aziz menggmbarkan kehidupannya yang sentiasa berdampingan dengan ombak, pantai dan Seberang Takir di samping tema nelayan, kebudayaan, agama dan kebesaran Tuhan F5: Berperanan menjelaskan falasafah / pemikiran watak H/C5: Perempuan menjelaskan bahawa puisi J.M.Aziz tidak mengandungi peraan dendam dan kecewa F6: Berperanan menggambarkan kegigihan J.M.Aziz H/C6: J.M.Aziz tetap menghasilkan puisi meskipun tidak dapat menulis selepas ditimpa penyakit kusta Pilih 4 isi 1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh) 4 isi x 2 markah = 8 markah c. Empat persoalan

F1. Persoalan kasih sayang H/C1: J.M.Aziz mencintai Cik Lijah. Perasaan cinta dijelaskan melaui ciptaan puisinya seperti Inang Rodat dan Puisimu Buah Hatiku F2. Persoalan kesetiaan seorang isteri H/C2: Cik Lijah sentiasa bersama-sama J.M.Aziz selepas J.M.Aziz ditimpa penyakit kusta/ Cik Lijah bekerja untuk menanggung keluarganya / Minah tidak mahu berpisah dengan Mamat F3: Persoalan ketakwaan H/C3: J.M.Aziz tidak pernah merintih atau kecewa dengan penyakit yang dialaminya. Sebaliknya puisi-puisi yang dihasilkan masih memuja keindahan alam dan mengaungkan kebesaran Allah F4: Persoalan kesabaran / ketabahan H/C4: Cik Lijah tabah menghada[I cabaran hidup. Cik Lijah bekerja mengambil upah menjahit dan membuat badang bulu / Nabi Allah Ayub tabah menghadapi kematian anak-anaknya, kehilangan ladang dan ternakan, anak-anaknya serta isterinya melarikan diri F5. Persoalan cintakan tanah air / nasionalisme H/C5: Ibrahim dan Jaafar meninggal dunia kerana cuba menghalang perahu pelarian Vietnam yang mahu mendarat di Seberang Takir Pilih 4 isi

23

SULIT* 922/2 1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh) 4 isi x 2 markah = 8 markah

Soalan 7 Skema Jawapan: a. Jelaskan mesej yang terdapat dalam sajak di atas F1: F2: F3: F4: F5: Penyajak ingin menyuarakan tentang perlunya sikap tabah dalam menjalani kehidupan. Penyajak juga ingin menyatakan tentang perlunya kita berdoa kepada tuhan dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan. pengalaman hidup masa lalu merupakan bekalan untuk menghadapi dugaan hidup. Penyajak juga ingin menjelaskan tentang nasib golongan bawahan yang perlukan pembelaan. Usaha gigih perlu ada demi untuk mencapai cita-cita. [4]

Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 2 markah (2 markah Fakta) 2 isi x 2 markah = 4 markah. b. Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas F1 H/C1 [12 ]

: Asonansi : Perulangan bunyi huruf-huruf vocal dalam baris yang sama, penggunaan nya meninggalkan kesan keindahan/kemerduan bunyi. contoh: kubiarkan seribu gabus duka : Aliterasi : Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam baris yang sama, penggunaanya meninggalkan kesan keindahan bunyi dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan. Contoh: makna harmoni di tengah inflasi : Anafora : Perulangan perkataan di awal baris yang berulang secara berurutan, penggunaanya meninggalkan kesan penegasan maksud yang hendak disampaikan.

F2 H/C2

F3 H/C3

24

SULIT* 922/2 Contoh: makna makmur di tengah lapar makna harmoni di tengah inflasi makna mewah di tengah gundah. kadangkala ada mula tak ada akhir kadangkala ada akhir tak ada mula kadangkala tak ada mula tak ada akhir F4 H/C4 : Perulangan frasa / rangkaikata : Frasa / rangkaikata yang sama diulang beberapa kali dalam rangkap tertentu. Penggunaanya adalah bagi menegaskan maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak. Contoh: Dengan seberkas kunci : Perulangan perkataan di tengah baris Perulangan perkataan yang sama pada tengah baris pada satu-satu rangkap sajak. Kesan keindahan dari segi penyebutan dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan. Contoh: makna makmur di tengah lapar makna harmoni di tengah inflasi makna mewah di tengah gundah. : Perulangan kata di dalam baris : Kata yang sama diulang pada baris yang sama. Penggunaanya meninggalkan kesan menegaskan maksud yang hendak disampaikan. Contoh: kadangkala tak ada mula tak ada akhir

F5 H/C5:

F6 H/C6

Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 1 markah kesan dan 1 markah contoh) 4 isi x 3 markah = 12 markah. c. Jelaskan harapan penyajak terhadap masyarakat dalam sajak di atas F1 F2 [9]

:Penyajak mengharapkan masyarakat agar tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. :Penyajak mengharapkan masyarakat bersyukur dengan apa yang ada.

F3 :Mengharapkan masyarakat turut memberi perhatian dan pembelaan terhadap golongan bawahan. F4 F5 : Masyarakat sedar akan kepayahan kehidupan sebenar. : Harapan penyajak agar masyarakat bersedia bedepan dengan kehidupan penuh misteri. yang

25

SULIT* 922/2

Soalan 8 Sewaktu Melintasi Kundasang Lim Swee Tin a). F1 C1 H1 F2 C2 H2 Nyatakan dua bentuk gaya bahasa imejan yang terdapat dalam sajak di atas : Imejan objek alam : Kabus menipis di puncak Kinabalu : Menggambarkan tentang tempat yang paling tinggi / suatu tempat yang sukar untuk dicapai. : Imejan objek benda : jalan di bawah berliku : Jalan adalah gambaran tentang kehidupan yang terpaksa ditempuhi dan dilalui oleh setiap manusia

1 isi = 3 markah 2 isi X 3 markah = 6 markah. b). Jelaskan maksud pada baris-baris sajak di bawah i. ii. iii. i. ii. iii. c). matahari melimpahkan sinar mutiaranya menyentak celaru kehidupan sepi namun sentosa

Maksud (2m) : Cahaya matahari yang menyinari / sinaran cahaya matahari yang memancar Maksud (2m) : Menarik pergi segala kekalutan/permasalahan hidup / Hilang segala kekusutan yang dialami Maksud (2m) : Kedamaian yang menenangkan / kesunyian yang mendamaikan perasaan. Huraikan mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak di atas

F1 : Paparan tentang keindahan alam sekitar H/C1 : Keindahan alam di kawasan kaki gunung Kinabalu yang masih belum terusik dek pembangunan dan masih mengekalkan warisan alam.

26

SULIT* 922/2 Sewaktu melintasi Kundasang matahari melimpahkan sinar mutiaranya F2 : Kesibukan kota membuatkan warganya tertekan. H/C2 : Kehidupan di kota yang sibuk menimbulkan rasa tidak senang dan tertekan kepada penyajak. Aku telah dihimpit bising peradaban F3 : Ketenangan dan kedamaian Kundasang H/C3 : Suasana keindahan alam yang dipenuhi dengan bukit-bukau, hutan serta kebunan kubis menjadikan suasananya tenang dan damai. matahari melimpah sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis menyentak celaru kehidupan yang kupapah. F4 : Warisan alam yang perlu dipertahankan H/C4 : Warisan alam yang tidak ternilai di kawasan kaki gunung Kinabalu seharusnya dipertahankan agar kedamaian dan ketenangannya boleh diwarisi oleh anak cucu kita nanti. ketika kau tetap abadi menatap alam menyaksikan kejadian serba takjub sepi namun sentosa Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh) 3 isi X 3 markah = 9 markah d). atas Dengan mengemukakan contoh yang sesuai bincang intuisi yang terdapat dalam sajak di

F1 : Perasaan tenang / damai H/C1 : Tenang di kawasan kaki gunung Kinabalu iaitu di daerah Kundasang damai dengan warnanya tak terusik F2 : Perasaan rindu H/C2 : Rindu dengan suasana keindahan alam yang boleh dinikmati di daerah Kundasang mengundang kerinduan kepada penyajak. menyentak celaru kehidupan yang kupapah sekali gus menresapkan rindu. F3 : Perasaan kagum H/C3 : Kagum dengan keindahan alam semulajadi yang masih tidak terusik di kawasan Kundasang.

27

SULIT* 922/2 sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh) 2 isi X 2 markah = 4 markah

28

You might also like