Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERMAINAN TUJU TIN

Syarat penyertaan

Setiap persatuan hendaklah menghantar wakil seramai 5 orang (perempuan/lelaki). Perincian dan Cara Permainan

10 tin akan disusun dalam susunan menara iaitu 4 tin sebagai tapak diikuti 3 tin disusun diatas tapak, 2 tin pula disusun diatas susunan 3 tin dan akhirnya susunan 1 tin sebagai puncak (4:3:2:1). Permainan ini akan dimainkan oleh 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 1 selipar. Setiap kumpulan akan diundi untuk menentukan kumpulan mana yang akan memulakan permainan. Kumpulan yang memulakan permainan hendaklah membaling selipar yang disediakan untuk menjatuhkan susunan tin dan kumpulan lawan hendaklah menyusun semula tin-tin tersebut dalam susunan menara. Semasa kumpulan lawan menyusun tin-tin tersebut, kumpulan yang memulakan permainan hendaklah mematikan ahli-ahli kumpulan lawan dengan membaling selipar ke arah mereka. Jika kumpulan yang memulakan permainan berjaya mematikan ahli-ahli kumpulan lawan, mereka adalah pemenang tetapi jika kumpulan lawan berjaya menyusun tin-tin tersebut sebelum ahli-ahli kumpulan lawan dimatikan, kumpulan lawan adalah pemenangnya. Permainan ini hanya 10 minit tetapi dibahagikan kepada 2 masa iaitu masa pertama dan masa kedua. Jika kumpulan 1 yang memulakan permainan di masa pertama, untuk separuh masa kedua kumpulan 2 yang akan memulakan permainan. Jika dalam masa 10 minit permainan, kedua-dua kumpulan tidak dapat mengalahkan antara satu sama lain, pemenang akan ditentukan dengan mengambil kira jumlah tin yang disusun. Pemenang akan diberi 10 markah dah kumpulan yang kalah diberi 5 markah.

You might also like