Falsafah Amalan Etika Perguruan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1

KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PENGENALAN Perkataan etika (ethic) adalah berasal dari bahasa Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al Quran dan ketakwaan kepada Allah. Dalam Kamus Oxford, 1994 etika pula bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Etika perguruan merujuk kepada etika orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sebuah institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendididkan. Oleh itu, etika

perguruan dapat didefinisikan sebagai satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Etika perguruan sebagai garis panduan atau amalan bagi guru menyempurnakan profession perguruan kerana guru merupakan elemen yang penting dalam sistem pendidikan negara. Guru merupakan agen moral yang terlibat secara langsung dengan manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk memenuhi tuntutan JERI bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keadaan ini sudah

tentunya memerlukan satu tatasusila atau etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagai panduan tingkah laku setiap ahli. Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan kod etika perguruan. Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru sangat memerlukan etika bagi

melahirkan insan yang seimbang dari semua segi seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu negara memerlukan guru-guru yang mempunyai

keseimbangan dalam semua aspek bagi membangun insan dan guru seharusnya mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

2
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Etika perguruan duwujudkan bagi melahirkan guru yang mempunyai amalan yang murni selaras dengan melahirkan murid dan masyarakat yang berilmu, beriman dan bertakwa. Asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Abdul Shukor (1999). Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

3
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KOD ETIKA PERGURUAN Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga guru Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap

profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi. Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral. Berpandukan kepada kod etika profesion

perguruan ini guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Guru merupakan individu yang berada pada garisan hadapan pembangunan negara. Setiap inci pada tubuh guru, gerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kepada murid-muridnya. Pada pandangan murid-murid guru adalah orang yang sentiasa benar dan betul. Untuk menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Perguruan Malaysia telah digubal. Maka Kod Etika Perguruan mengandungi : 1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau

persendirian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

4
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. 13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

5
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. 22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Selain itu, tanggungjawab yang besar untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka guru-guru ini telah menerima tatasusila sebagai panduan untuk membolehkan guru-guru menyempurnakan profesion ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. Berikut adalah Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia: 1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

6
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga dan menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya . Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat setempat ditempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan,

kecendekiawanan masyarakat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

7
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN PERGURUAN. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

8
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------PELAKSANAAN AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN OLEH GURU-GURU 1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah

mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Selain itu. seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap muridmuridnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru juga tidak seharusnya membezakan murid mengikut taraf Setiap pelajar adalah sama dan tidak perlu diberi

kebolehan dan kepandaian seseorang.

keutamaan kepada mana-mana pelajar. Di Jepun contohnya semua pelajar diberi makanan yang sama semasa rehat supaya tahap pemakanan pelajar di sekolah adalah seimbang dan kecerdasan pelajar adalah sama. Projek program susu sekolah yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat yang sama. Pelajar

mestilah dilayani sama rata. Di samping itu guru hendaklah membimbing dan mengajar murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga diamalkan supaya murid memperolehi model yang baik. pelajarnya. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh Oleh yang demikian, perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya

mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA. Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini terdapat ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi jika anak-anak mereka belajar di sekolah asrama sejak Tingkatan Satu lagi, maka tanggungjawab ini lebih diberikan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

9
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------kepada guru-guru. Oleh yang demikian, guru berperanan untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan ini. Selain itu, guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti mengadakan aktiviti gotong royong, sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Keluarga, Hari Terbuka dan lain-lain lagi. Semua guru haruslah melibatkan diri dan ibu bapa juga seharusnya turut dijemput hadir. Keadaan ini adalah untuk mengukuhkan silaturahim antara kedua belah pihak dan dapat diterapkan nilai moral secara menyeluruh. Dalam hubungan ini segala maklumat seperti keputusan peperiksaan dalaman, aktiviti ko-kurikulum perlulah dihantar kepada ibu bapa supaya mereka juga dapat mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah dan kadangkalanya perbincangan perlu dilakukan dengan ibu bapa/penjaga bagi mereka mengetahui kedudukan anak-anak mereka di sekolah. Kesempatan ini patut digunakan oleh guru untuk mendapat latar belakang pelajarpelajar supaya boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kelemahan pelajar. Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga. Faktor latar belakang keluarga merangkumi unsur seperti harapan ibu bapa, kemodenan, kelebihan kemudahan ibu bapa, status sosioekonomi, jarak dari sekolah dan daerah tempat tinggal. Ee Ah Meng (1989) Kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin juga merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata maka sudah tentulah pencapaian mereka akan terjejas. Motivasi yang rendah memang akan menjejaskan dorongan kanak-kanak untuk belajar dengan tekun dan dengan ini pencapaian persekolahan akan juga terjejas. Oleh itu guru berperanan untuk memberi dorongan dan motivasi kepada murid-muridnya. Guru mestilah bersifat natural dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya. Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka membesar menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan negara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

10
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA. Sebagai seorang guru, hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru

mendidik, mencorak, membimbing disamping memberi ilmu supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan harmonis. Seorang guru juga haruslah dapat memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tua dan menghormati

adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Perkara ini biasanya dibentuk

melalui kegiatan ko-kurikulum di sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua. Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong menolong, melakukan amal kebajikan, menjauhi perkara keji dan merupakan etika yang mulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum. Semua pelajar dari

pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan, unit beruniform, sukan dan olahraga. Dengan ini semangat bersama, toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipupuk. Guru-guru dan pelajar memahami antara satu sama lain dan dengan ini dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan pelajar berbilang kaum dan perpaduan akan dapat dipupuk. Guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dalam setiap program sekolah sepatutnya masyarakat setempat tidak dilupakan dan mereka haruslah dijemput untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan. Contohnya jika diadakan majlis rasmi sekolah seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Hari Keluarga masyarakat setempat harus dijemput sama. Faktor lain yang menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah mewujudkan kerjasama melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sepatutnya PIBG dan masyarakat sama-sama memainkan peranan dalam memajukan sekolah. Sebagai contoh sambutan Hari Guru setiap tahun ianya dijalankan sendiri oleh warga pendidik. Sepatutnya pihak ibu bapa harus terlibat sama bagi menghargai pengorbanan guru-guru mendidik anakanak sehingga berjaya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

11
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru sememangnya memainkan peranan cergas dalam meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat guru haruslah bertindak bersama-sama dengan masyarakat. Sebagai contoh masalah merokok yang semakin tinggi di kalangan pelajar sekarang ini pihak sekolah harus berganding bahu bersama masyarakat seperti ibu bapa, badan NGO dan pihak berkuasa seperti polis untuk mengatasinya. Sekolah sepatutnya rapat dengan masyarakat dan dari semasa ke semasa sekolah sepatutnya memberi pertolongan kepada masyarakat dan sebaliknya. Ini adalah kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakat dan melatih mereka untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan negara. Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalam hubungan ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya

memperlihatkan norma-norma, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atau ceramah yang menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-penyakit bahaya dan lain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan maklumat kepada ahli-ahli masyarakat. Guru sepatutnya menjadi rujukan umum dan perlu berada dalam keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat.

4. TANGGUNGJAWAB PERGURUAN.

TERHADAP

RAKAN

SEJAWAT

DAN

PROFESIOAN

Guru haruslah meluaskan ilmu pengetahuan dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang di ajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi

pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursuskursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. dilakukan Ini

dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi

mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

12
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supaya peningkatan kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai. Dalam hubungan ini guru perlu menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas, memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang pelajaran, set induksi yang baik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di

peringkat perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudah kepada kompleks. Dalam hubungan ini ke arah persediaan memasuki alaf baru, maka kita perlu melihat kembali struktur dan mekanisme pelaksanaan secara total ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang efisyen, efektif dan bertaraf dunia. Guru sepatutnya berusaha meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing. Guru dilarang daripada terlibat dalam aktiviti lain seperti berniaga, ejen insuran, ejen jualan langsung kegiatan politik, dan kegiatan luar yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru. Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Biasanya pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru-guru kanan banyak menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, seminar dan guru-guru baru kurang didedahkan tentang perkara ini. Oleh yang demikian selepas mengikutinya mereka bertangunggjawab untuk mengadakan kursus dalaman bagi mendedahkan kepada guru-guru lain terutamanya guru-guru baru. Kementerian

sehinggalah ke peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah hingga kepada guruguru dan kakitangan sepatutnya mereka saling membantu antara satu sama lain. Kita perlu bantu membantu antara satu sama lain supaya sistem pengajaran dan pembelajaran kita bukan sekadar berkesan tetapi mampu memenuhi keperluan sebenar untuk membentuk masyarakat yang berdaya cipta dan mampu menyumbang kepada peradaban dunia. Seorang guru juga harus sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Sebagai seorang yang profesional maka guru hendaklah tidak perguruan. Segala

melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik profesion

tingkah laku guru mestilah dijaga kerana ianya menjadi ikutan orang lain. Guru haruslah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh menjejaskan nama baik. Selain itu, guru mestilah menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Guru mempunyai

beberapa pertubuhan yang besar untuk menjaga kebajikan mereka serta meninggikan mutu profesion perguruan. Jika timbul rasa ketidakadilan, maka pertubuhan akan berusaha
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

13
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------mengatasinya. Antara kesatuan guru ialah National Union Of Teaching Profession (NUTP), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMMB). Sekarang ini banyak koperasi guru ditubuhkan untuk membantu guru seperti Yayasan Guru Malaysia Berhad.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

14
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------HUBUNGAN AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab , berketrampilan dan juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita dan negara. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK adalah pendidikan ialah satu usaha berterusan. Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang

bermula dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Ini dapat diselaraskan dengan kod etika perguruan iaitu tanggungjawab terhadap pelajar yakni membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar. Dalam

konteks pendidikan ialah satu usaha berterusan seorang guru berperanan untuk mengajar, membimbing dan mendidik murid-muridnya tidak semestinya di dalam kelas sahaja. Guru harus bersedia setiap masa untuk menyampaikan ilmu yang ingin diketahui oleh muridmuridnya sama ada secara formal atau tidak formal. Selain itu, seorang guru juga haruslah memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar agar pengajaran yang di ajar mencapai mutu yang baik. Oleh itu guru bukan sahaja mendidik tetapi guru juga harus menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Jika dilihat pada masa kini ramai guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambah ilmu dan kemahiran yang sedia ada kerana pendidikan itu adalah secara berterusan. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang

memperkembangkan lagi potensi individu. Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Pendidikan berperanan

memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

15
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------cemerlang. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam amalan etika perguruan, ia dapat diterjemahkan melalui tanggungjawab terhadap pelajar. Guru harus lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada halhal lain dan bersikap adil terhadap setiap orang pelajarnya. Guru sepatutnya dapat

mengenal pasti potensi setiap pelajarnya dan guru tidak boleh memilih pelajar berdasarkan potensi yang ada. Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan Seseorang guru yang

dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang.

bertanggungjawab tidak seharusnya mengutamakan pelajar yang mempunyai potensi intelek yang tinggi berbanding pelajar lain yang mempunyai potensi intelek yang rendah. Guru berperanan untuk adil dan saksama ke atas semua pelanggannya (murid). Contohnya guru yang mengajar kelas yang pandai dan baik biasanya diberi penekanan yang lebih supaya palajar dapat prestasi yang cemerlang berbanding kelas yang kurang pandai dan terkebelakang penekanan kurang dibuat. Jika dilihat situasi ini, maka guru tidak mengikut kod etika yang betul. Jika benar guru bertanggungjawab terhadap pelajarnya maka guru dapat mengembangkan potensi intelek pelajarnya seperti mempunyai kemahiran asas 4M (menulis, membaca, mengira, menaakul) dan memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Dari segi rohaninya pula, guru dapat membentuk pelajarnya berakhlak mulia, membina disiplin diri dan mensyukuri pemberian Tuhan. Sudut emosinya pula dapat dilihat dengan tingkah laku yang terkawal dan memiliki semangat perpaduan. Dari jasmani pula pelajar itu dapat melakukan riadah dan menjaga kesihatan. Konsep insan yang seimbang dan harmonis dalam FPK juga dapat dilihat dalam amalan kod etika perguruan. Ia dapat dimaksudkan dengan keempat-empat tanggungjawab dalam kod etika. Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang

sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, guru boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Individu yang seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut. Gurulah yang

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

16
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Seterusnya mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas,

menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika Keguruan. Guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah Seorang guru yang berkualiti jasmaninya ialah mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang berkualiti juga harus memiliki kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga hendaklah memiliki sikap akauntabiliti
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

17
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Perkara ini boleh dilihat dalam amalan etika perguruan iaitu tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Seorang guru haruslah bertanggungjawab untuk mendidik pelajar untuk mematuhi Prinsip Rukun Negara. Guru-guru juga berperanan mendidik, mencorak, membimbing

pelajar-pelajarnya dengan nilai-nilai, kepercayaan dan fahaman yang benar. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah berpaksikan kepada ketuhanan iaitu mengakui wujudnya Pencipta, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan serta meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Dalam amalan etika perguruan empat

tanggungjawab tersebut telah menekankan aspek yang dinyatakan. Setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahaja mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan ini termasuklah para guru dan pelajar. Seseorang yang berakhlak mulia merupakan seorang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Sebagai guru

sememangnya menjadi model utama dalam pembentukan sahsiah yang baik. Dalam kod etika perguruan, tanggungjawab terhadap pelajar ada dinyatakan bahawa menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar. Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan pelajar seperti kata pepatah Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan watak guru biasanya akan diikuti oleh pelajar. Dalam keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum pelajar. Dia dianggap sebagai individu yang yang ideal, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan orang ramai menaruh harapan terhadap guru untuk
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

18
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------menonjolkan tingkah laku yang unggul bagi pelajarnya. Dalam keadaan ini guru perlu menunjukkan penampilan diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Selain itu berusaha agar amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar serta menampilkan diri sebagai orang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong seseorang berkelakuan baik. Pendidikan juga berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Dalam amalan etika perguruan selari dengan FPK seorang guru haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang negara, menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah, berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta ,menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna. Dari sudut berketrampilan pula, ia adalah merujuk kepada orang yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ini merujuk kepada guru ia harus mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas, melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna serta memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas. Oleh yang demikian, dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang berketrampilan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara dan di sini guru memainkan peranan penting. Dalam mencapai kesejahteraan diri, seseorang itu haruslah mewujudkan hubungan baik dengan orang lain, fikiran waras, jiwa tenang dan badan yang sihat serta mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Dalam amalan etika perguruan ini telah jelas menyatakan bahawa guru mempunyai hubungan baik antara pelajar, ibu bapa, masyarakat serta rakan sejawat. Konsep terakhir yang terkandung dalam FPK adalah warganegara Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang terdidik dengan sifat dan perwatakan yang unggul pasti sudah pasti berkemampuan untuk membina keluarga yang harmoni dan makmur.

Dalam hal ini, pendidikan yang berkesan dapat melahirkan individu pelajar yang baik. Individu yang baik akan membantu mentransformasi keluarganya menjadi lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial ataupun ekonomi. Oleh itu guru berperanan tinggi dalam

melaksanakan amalan etika perguruannya. Pendidikan juga sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat yang harmoni. Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan menimbulkan perasaan kasih

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

19
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat menghormati. Dalam amalan etika perguruan, perpaduan dapat di tonjolkan apabila guru itu melaksanakan semua tanggungjawabnya dengan penuh keihklasan tanpa mengira bangsa, agama, jantina, keturunan, budaya dan sosial sama adaterhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan rakan sejawat. Keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara

dihasilkan oleh masyarakat yang harmoni dan makmur. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

20
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN DALAM PENDIDIKAN Kod Etikan Perguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri. penting kerana: 1. Garis Panduan Kod Etika Profesion Perguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk bertingkahlaku dan bertatasusila yang selayaknya dalam profesion perguruan. Dalam perkhidmatan pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh setiap guru. Terdapat juga perkara yang samarsamar atau kabur untuk tindakan dilakukan. Oleh itu kod atika daapt menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tinngkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya. 2. Peranan dan Tanggungjawab KEPK menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap pelanggannya dalam bidang pendidikan. Dengan ini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. 3. Keunikan Kandungan KEPK di sesebuah Negara adalah berbeza. Dengan membuat Kod etika dianggap

perbandingan, guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing. 4. Semakan KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari semasa ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmana kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Tingkatkan imej Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar di

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

21
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan negara. 6. Nilai Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan

perhubungan antara ahli organisasi. 7. Kualiti guru Amalan etika perguruan ini dapat dilihat dari segi kualiti guru. Kualiti guru merujuk

kepada darjah kecemerlangan di kalangan guru dalam tingkah laku, tanggungjawab dan amanah dalam meningkat martabat profesionnya. Kualiti guru adalah suatu agenda yang utama dalam pendidikan dan bertepatan dengan persediaan negara menghadapi tuntutan cabaran pendidikan era globalisasi abad ke 21 yang menuntut anjakan paradigma dan perkembangan minda guru. Tidak dapat dinafikan ia juga adalah faktor penting yang boleh mempengaruhi pencapaian kualiti pembelajaran pelajar. Maka dengan itu tugas dan Aspirasi

tanggungjawab seseorang guru itu amat berat dan harus dipandang serius.

wawasan 2020 adalah mewujudkan sebuah negara yang maju. Sejajar dengan itu pelajar yang berkualiti dan cemerlang adalah satu asset yang amat penting dan berharga. Justeru itu, guru-buru yang berkualiti memainkan peranan utama dalam melahirkan pelakar ini dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

22
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KESIMPULAN Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masingmasing. Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat serta negara. Oleh yang demikian Kod Etika Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertawakal, berakhlak mulia serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion perguruan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

23
KPF 4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUJUKAN Abdul Rahim Abd Rahsid, 2007. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim, Quantum Books

Mok Soon Sang, 2008. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Pengajaran dn Pembelajaran Untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran. Selangor, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd

Mok Soon Sang, 2011. Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Selangor, Multimedia Sdn Bhd

Zaini Abdullah, 2011. Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia Siri Nota Pembelajaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris

---------------- 1991. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AMALAN KOD ETIKA PERGURUAN

You might also like