Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK: Kepentingan Dalam Pertanian 1) Huraikan kepentingan pertanian kepada Malaysia. Banyak kepentingan pertanian kepada Malaysia.

Antaranya ialah untuk pengeluaran bahan makanan. Pengeluaran makanan adalah disebabkan untuk memenuhi keperluan bahan makanan penduduknya disamping mengurangkan kos mengimport bahan makanan. Selain itu,memenuhi keselamatan Negara. Di samping itu, pertanian penting kerana sektor ini menjadi pengeluar bahan mentah. Hal ini kerana bahan mentah yang akan dihasilkan akan diproses oleh industri-industri lain. Antara contoh bahan mentah yang dihasilkan oleh Malaysia ialah

padi,getah,kopi,teh,daging, dan sebagainya. Namun begitu, masalah sering dihadapi oleh kilang-kilang yang memproses hasil pertanian. Hal ini disebabkan oleh bekalan bahan mentah yang tidak menentu. Selain itu, hasil pengeluaran pertanian merupakan punca pendapatan eksport Negara yang penting. Jualan hasil koko,getah,kelapa sawit, dan sebagai kepada Negara-negara luar membolehkan Negara kita menambah pendapatan wang asing. Pertanian juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.Hal ini kerana sector pertanian melibatkan bilangan tenaga yang banyak.Kumpulan pekerjaan utama dalam bidang ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu pengeluaran, perkhidmaan, dan pembuatan. Kumpulan pengeluaran seperti pengusaha ladang dan pengurus ladang terlibat secara langsung dalam pengeluaran hasil pertanian. Kategori perkhidmatan pula seperti jurutera dan juga pengawai penyelidikan memberi perkhidmatan kepada pengeluar Manakala pembuatan pula memproses hasil pertanian dengan menghasilkan barang yang lebih berguna.

2) Terangkan usaha yang dilaksanakan

oleh Kementerian Pertanian untuk

meningkatkan pengeluaran bahan makanan. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan pengeluaran makanan.Kerajaan telah mengatur beberapa langkah bagi memperkembangkan pertumbuhan sektor pertanian. Antaranya ialah memasukkan industri pertanian dalam rancangan Malaya dan rancangan Malaysia.melalui rancangan tersebut pelbagai pembangunan telah dibuat. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA),Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Agrobank dan sebagainya. Disamping itu, kerajaan juga turut memberi bantuan dari segi pusat pengumpulan dan pengedaran,kemudahan gudang pembungkusan, bilik sejuk,pasar borong, perkhidmatan pengangkutan dan feedlot.

Tajuk :trend pertanian Malaysia

1. Huraikan faktor-faktor yang boleh mengembangkan perniagaan eksport buahbuahan keluaran Malaysia. Pertanian mempunyai potensi yang besar, khasnya untuk memenuhi permintaan eksport dan komersial. Hal ini kerana banyak usaha yang telah dijalankan bagi mengembangkan perniagaan eksport buah-buahan keluaran negara. Anataranya ialah FAMA turut berperanan membantu mengeksport beberapa jenis buah dan sayuran sebagai usaha promosi untuk menggalakkan sektor import dan penerokaan pasaran. Antara buah yang telah dieksport melalui cara ini ialah belimbing dan jambu batu termasuklah sayur-sayuran, iaitu petola segi, keledek, dan serai. Pasaran antarabangsa yang ditembusi ialah Negara-negara Eropah, United Kindom, Timur Tengah, Dan Hong Kong. Selain FAMA, MARDI turut memainkan peranan memajukan sektor eksport buah-buahan tempatan. Buah-buahan tersebut dapat disimpan segar untuk jangka masa yang lama. Melalui program penyelidikan dan pengembangannya, MARDI telah Berjaya memperkenalkan beberapa kaedah untuk mengeksport buah-buahan dalam bentuk yang telah diproses. Selain agensi-agensi kerajaan pusat, kerajaan Negara memainkan peranan yang positif. Jabatan pertanian Sarawak misalnya, juga bergiat menggalakkan penanaman limau manis secara besar-besaran di bahagian Samarahan. Matlamat rancangan ini dalah untuk menampung keperluan negeri di samping tujuan eksport.

Tajuk: Isu Pertanian di Malaysia 1. Sektor pertanian menghadapi masalah produktiviti yang kurang memuaskan. Bincangkan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil oleh pengusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Langkah-langkah untuk mengatasi kekangan di dalam produktiviti adalah melalui ladang kelompok. Jabatan Pertanian telah melancarkan pendekatan Ladang Kelompok untuk meningkatkan produktiviti iaitu dengan mengabungkan kebunkebun kecil agar kos yang diusahakan dapat dikurangkan. Di samping itu, cara lain untuk mengatasinya ialah ladang campuranlembaga getah Malaysia yang merupakan sebuah agensi bawah kementerian perusahaan utama yang menggalakkan usaha perladangan campuran untuk membantu para pekebun kecil getah meningkatkan pendapatan masing-masing di samping meningkatkan produktiviti tanah.antara contoh perladangan campuran ialah menanam pisang di dalam kebun kelapa dan menanam koko di kebun kelapa sawit. Penggunaan teknologi juga turut membantu menangani masalah ini. klon-klon tanaman boleh dihasilkan melalui cara kultur tisu. Melalui cara ini, lebih banyak bahan penanaman dapat dihasilkan dalam masa yang singkat. Melalui cara ini juga, anak pokok yang bebas daripada penyakit virus dapat dihasilkan.

You might also like