Kerja Kursus Kenegaraan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS HNS 2013 KENEGARAAN KERJA KURSUS 2 ESEI TAJUK: JELASKAN PROSES KEDATANGAN IMIGRAN

CINA DAN INDIA KE NEGERI-NEGERI MELAYU

Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara . Parameswara merupakan seorang puttera raja dari Palembang yang telah tiba ke Singapura ( Temasik) dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka.Pada peringkat awalnya, Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan dan penduduknya terdiri daripada OrangLaut dan Orang Asli. Menjelang tahun 1403M, Melaka muncul sebagai emporium yang terkenal di dunia. Pada peringkat awal, Parameswara telah menghadapi saingan daripada dua entrepot yang wujud lebih awal iaitu Samudera-Pasai dan Aru di bahagian utara Sumatera. Kedua-dua pelabuhan itu telah menarik lebih ramai pedagang asing . Namun begitu, Melaka telah berjaya mengatasi persaingan daripada kedua-dua pelabuhan tersebut dan muncul sebagaipelabuhan entrepot yang terkemuka di Asia Tenggara.Hal ini kerana, kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Negara India dan Negara China.Pelabuhannya juga terlindung daripada angin monsun Timur- Laut dan BaratDaya menjadikan Melaka sebagai tumpuan utama pedagang-pedagang asing yang melintasi Selat Melaka terutamanya dari China dan India. Sejak abad ke-15, orang-orang Cina telah datang ke Tanah Melayu.Pembukaan Melaka serta hubungan perdagangan di antara Melaka dan China menggalakkan kedatangan lebih ramai pedagang yang ingin menjual barangan dari Negara China seperti kain sutera, porselin, tembikar dan banyak lagi.Namun, pada awal abad ke-19 , penghijrahan orang-orang Cina ke negeri-negeri Melayu yang lain, semakin bertambah akibat daripada perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British . Pada tahun 1458, Sultan Mansur Shah telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara China serta berkahwin dengan puteri raja China iaitu Puteri Hang Li Po. Pada pertengahan tahun1409 M , Maharaja Dinasti Ming iaitu Maharaja Yung Lo telah menghantar utusan melalui Laksamana Cheng Ho ( Zheng He).

Hasil daripada lawatan tersebut, Melaka diiktiraf oleh Maharaja China serta diberi perlindungan daripada serangan Negara Siam. Dengan ini, pedagang-pedagang dari Negara China telah mula berdagang di Melaka serta memperkembangkan ekonomi mereka. Pada masa yang sama, pedagang-pedagang Cina mula menetap di Melaka serta berkahwin dengan masyarakat tempatan dan hasilnya wujud masyarakat Peranakan yang baru yang dikenali sebagai masyarakat Baba dan Nyonya. Kemasukan imigran-imigran dari Negara China telah bermula dengan negeri Melaka dan mereka menetap di negeri-negeri Melayu yang lain. Walaupun pada masa itu, bilangan mereka adalah kecil, namun ada juga di antara mereka yang menetap di bandar-bandar.Proses kemasukan imigran-imigran ini ke negeri-negeri Melayu telah meningkat apabila Tanah Melayu dijajah oleh British. Walaupun orang-orang Cina datang ke Melaka sebagai pedagang, namun, kemasukan mereka berlaku secara besar-besaran semasa pemerintahan British.Bermula pada tahun 1874, pihak British telah menggalakkan ramai orang Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu . Hal ini kerana, dasar British adalah untuk mengaut keuntungan hasil bijih timah , telah memaksa mereka untuk mengimport buruh dari luar iaitu dari Negara China. Imigran-imigran China pula terpaksa meninggalkan negara asal mereka kerana pada waktu itu mereka terpaksa berdepan dengan keadaan huru-hara , kekejaman serta pembunuhan oleh Kerajaan Manchu.Perkara sebegini berlaku kerana Kerajaan Manchu telah mengenakan pelbagai jenis ke atas petani-petani negara itu.Petani-petani tersebut amat miskin dan mereka terpaksa menjual tanah mereka untuk membayar cukai-cukai kerajaan.

Kesannya, mereka menjadi pemberontak dan menentang niat jahat kerajaan mereka. Pada tahun 1857, usaha kumpulan pemberontak iaitu Kumpulan Taiping, Boxer dan Revolusi Cina untuk menentang pemerintahan Manchu telah gagal da mereka terpakasa berhijrah ke negara-negara lain untuk mencari rezeki dan keuntungan. Kebanyakan petani ini adalah daripada kelas bawahan dan buruh-buruh miskin yang berasa dari selatan China iaitu Gwangdong , Gwangxi dan Fujian.Mereka berhijrah juga atas desakan agensi buruh dari negara mereka serta pengaruh ahli keluarga mereka yang telah berhijrah ke negara lain. Ramai imigran datang ke Tanah Melayu melalui Sistem Kredit.Ini bermaksud, imigran-imigran ini yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh seorang ketua dan mereka akan dibawa ke pelabuhan . Ketua ini dibayar dengan sejumlah wang oleh agen yang akan membawa imigran-imigran ini. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi sesuatu tempoh untuk menjelaskan hutang tambang mereka. Apabila selesai menjelaskan hutang tambang ini, mereka bebas berkhidmat untuk sesiapa dan di mana sahaja. Kemasukan imigran -imigran dari Negara China diluluskan oleh undang-undang imigresen yang juga telah memperkenalkan 'The Chinese Immigrants Ordinance' dan ' The Crimpling Ordinance'. Imigran-imigran in juga diawasi dan dilindungi ole Jabatan Pelindung Orang Cina. Ramai orang Cina yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu juga mula menetap di pantai barat semenanjung. Mereka datang sebagai buruh dan ada yang datang sebagai peniaga serta pekerja mahir . Buruh-buruh yang dibawa oleh British bekerja sebagai pelombong di lombong-lombong bijih timah serta emas yang baru dibuka pada masa itu.

Negeri Melayu pertama yang menerima kemasukan imigran -imigran Cina adalah Negeri Perak pada tahun 1820, di mana perlombongan bijih timah telah bermula. Sejurus selepas itu, perlombongan Bijih timah bermula di Selangor dan kegiatan ini dikendalikan oleh kaum Hakka. Selain kaum Hakka, terdapat juga kaum Hokkien (Minnan) , Kantonis , Teochew, Mandarin , Hainanese , Min Bei dan Foochow. Kemasukan orang-orang Cina secara beramairamai ke Negeri Sarawak yang berada di bawah pemerintahan Kapten James Brooke pada abad ke -19 . Pada tahun 1841, James Brooke telah memerangi kegiatan lanun di perairan Sarawak dan hasilnya, aktiviti perniagaan saudagar-saudagar Inggeris dan Cina berkembang pesat. Peniaga-peniaga Hokkien juga mula menetap di Sarawak bersama-sama dengan orang-orang Melayu apabila lombong emas dibuka dan perniagaan emas bekembang dengan pesat . Lebih 4,000 orang Cina telah menetap di Sarawak kerana keuntungan ekonomi yang meningkat dengan adanya lombong emas, tanah gambir serta penanaman lada hitam. Dari segi pendidikan pula, orang-orang Cina mendapat pendidikan mereka di sekolahsekolah aliran Cina yang didirikan untuk mereka oleh pengusaha-pengusaha lombong . Sukatan pelajaran serta buku-buku bacaan yang digunakan dibawa dari negara asal. Namun, ada juga orang Cina yang pilih untuk mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris dan seterusnya berkhidmat untuk kerajaan Inggeris. Perkara yang membezakan orang-orang Cina yang berpendidikan Inggeris dengan yang berpendidikan dari sekolah Cina adalah bahasa yang digunakan oleh mereka serta cara pemikiran yang berbeza.Hal ini menyebabkan komuniti orang Cina terbahagi kepada dua iaitu, orang-orang Cina yang berpendidikan Barat dan oarang-oarang Cina yang berpendidikan aliran Cina sahaja.

Selain daripada kemasukan imigran -imigran , berlaku juga penghijrahan oleh imigran imigran dari negara India. Orang-orang India telah memasuki Melaka kira kira 2,000 tahun yang lalu, semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Meraka datang sebagai saudagar dan mereka menjual rempah ratus kepada masyarakat Melaka serta yang lain . Kaum Chitty dan Mamak merupakan rakyat India yang terawal datang ke Tanah Melayu . Seperti orang Cina , orang-orang India juga terpaksa berdepan dengan masalah populasi penduduk yang semakin meningkat serta sumber makanan yang semakin berkurangan. Hal in telah menyebabkan petani-petani hidup menderita dan mereka terpaksa menjual tanah mereka untu mendapat wang dan perkara ini telah menyebabkan ramai penduduk di India mati kebuluran. Selain itu, sistem kasta yang wujud di Negara India telah menjadi penghalang besar kepada kaum-kaum India yang berkasta rendah untuk memperkembangkan ekonomi serta mencari pekerjaan . Kebanyakan imigran India yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan kaum Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, Selatan India , kaum Ceylon dan Sindhi dari Sri Lanka, kaum Punjabi-Sikh dari Punjab, kaum Malayalee dari Kalabar serta kaum Gujerati dari Gujerat. Terdapat tiga jenis sitem yang diwujudkan untuk membawa imigran-imigran keluar dari negara mereka iaitu, Sistem Buruh Bebas, Sistem Kangani dan Sistem Kontrak. Terdapat segelintir orang India yang dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu melalui Sistem Buruh Bebas yang bermaksud , mereka bebas bekerja atau memilih pekerjaan di tanah Melayu. Ada juga yang terikat dengan Sistem Kontrak di mana mereka perlu bekerja untuk suatu tempoh sehingga dapat menjelaskan hutang tambang mereka.

Kepentingan imigran-imigran dari Negara India dilindungi oleh pertubuhanpertubuhan bercorak sosial dan kebajikan.Pada tahun1906, Persatuan India Taiping ditubuhkan dan diikuti dengan penubuhan Persatuan India Selangor pada tahun 1909. Persatuan -persatuan ini ditubuhkan bagi membincangkan masalah imigrasi, upah buruh serta tempat kediaman imigran-imigran yang datang ke Tanah Melayu. Pada tahun 1786 hingga 1824, ramai imigran dari Negara India dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu untuk bekerja sebagai buruh, pedagang, tentera , polis dan ad juga yang melibatkan diri dalam bidang pertanian, perdagangan dan pertahanan.Orang-orang Sikh, Pathan serta Punjabi Muslim telah dibawa dari Punjab untuk berkhidmat sebagai polis dan tentera British.Perkara ini menjadi titik permulaan bagi kaum-kaum dari Punjab untuk berkhidmat sebagai polis atau tentera serta kemasukan komuniti Punjabi ke Tanah Melayu. Pada tahun1870-an , Kapten James Speedy di Perak, telah membawa seramai 95 orang dari Punjab untuk menyelesaikan pertelingkahan kongsi gelap Cina atau dikenali sebagai 'PerangLarut' oleh kumpulan Ghee Hin dan Hai San berkenaan dengan lombong bijih timah di Larut ,Perak. Imigran-imigran India yang dibawa sebagai buruh bekerja di ladang-ladang getah atau teh yang dibuka oleh pihak British. Namun, terdapat sebahagian kecil yang berkhidmat di jabatan perkhidmatan awam.

Pembahagian kerja dibuat oleh pihak British mengikut kaum India Selatan seperti, kaum Telegu bekerja sebagai buruh ladang getah, kaum Malayalee bekerja sebagai pentadbir ladang atau bekerja di bandar, manakala, kaum Tamil dan Ceylon pula, dibawa bertugas sebagai kerani kerajaan . Bagi kaum India Utara pula, seperti kaum Punjabi-Sikh , mereka berkhidmat sebagai polis dan tentera. Kaum Gujerat dan Sindhi pula , merupakan peniagapeniaga tekstil dan mereka juga mempunyai beberapa buah syarikat tekstil di Tanah Melayu pada masa itu. Dari segi pendidikan pula , masyarakat India menerima pendidikan mereka dari sekolah Tamil serta sukatan dan buku-buku di perolehi dari negara asal mereka. Bahasa yang dipertuturkan adalah Bahasa Tamil. Kemasukan imigran-imigran Cina dan India ke negeri-negeri Melayu telah mengubah komposisi penduduk Tanah Melayu serta wujud tiga kaum yang besar iaitu Kaum Melayu, Kaum Cina dan Kaum India, Namun, ketiga-tiga kaum ini tidak dapat hidup bersatu-padu semasa pemerintahan British. British telah mengamalkan dasar 'Pecah' dan 'Perintah'. Ini bermaksud bahawa imigran-imigran Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu diasingkan mengikut pengkhususan pekerjaan seperti Orang-orang Melayu ditempatkan di kawasan pertanian luar bandar, manakala orang Cina di bandar atau lombong dan India , di ladang-ladang getah . Disebabkan perkara ini, masyarakat Tanah Melayu tidak dapat hidup bersama atau bersatu padu. Pengasingan kaum juga telah dibiarkan oleh puhak British dari segi pendidikan, Ini bermaksud bahawa , kaum Melayu, Cina dan India mendapat pendidikan dari sekolah-sekolah aliran kaum masing-masing. Wujud perasaan tidak menghiraukan kaum lain serta tiada perpaduan antara semua kaum dan ini telah memudahkan British memerintah Tanah Melayu tanpa halangan atau penentangan dari ketiga-tiga kaum ini.

Apabila pihak Jepun mula menduduki Tanah Melayu pada 1941, telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati serta kebencian di kalangan orang-orang Cina terhadap orang-orang Melayu . Ini kerana, orang-orang Cina amat membencikan pihak Jepun disebabkan oleh peperangan China dengan Jepun. Kaum Cina ditindas dan diseksa oleh pihak Jepun dan mereka terpaksa melarikan diri ke hutan manakala, kaum Melayu dilantik menjadi polis serta askar bagi menentang orang-orang Cina yang menganggotai Malayan Peoples Anti Japanese Army(MPAJA) yang diasaskan oleh komunis. Selepas Jepun menyerah kalah, pihak British telah mengambil alih semula pemerintahan Tanah Melayu. Namun, perasaan tidak puas hati kaum Cina terhadap Kaum Melayu masih berterusan sehingga menyebabkan berlakunya tragedy 13 Mei 1969 selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 30 Ogos 1957. Peristiwa ini merupakan pergaduhan yang terburuk antara kaum Cina dengan kaum Melayu . Peristiwa ini berlaku kerana terdapat rasa tidak puas hati anatara kaum di atas perkara yang berkaitan dengan ekonomi, politik, kebudayaan , kerakyatan, ketaatsetiaan dan sebagainya yang telah diperkatakan di dalam kempen pilihanraya . Namun, pengajaran yang dipelajari oleh semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin daripada peristiwa hitam tersebut, berlaku kerosakan harta benda serta kehilangan nyawa, kerajaan terpaksa memngumukan perintah berkurung , keuntungan yang berpikahk kepada musuh iaitu pihak Komunis, perlunya ada perpaduan nasional serta keadilan ekonomi antara kaum dan bahasa kebangsaan yang perlu dijadikan sebagai alat perpaduan.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan antara semua kaum iaitu, memeperkenalkan Rukun Negara. Rukun Negara merupakan panduan yang mengandungi prinsip-prinsip hidup yang telah wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia serta dapat mengukuhkan perpaduan. Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk menyusun semula masyarakat. Usaha kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dari segi keadilan , moral , ekonomi, kualiti hidupserta kecekapan pentadbiran . Kerajaan juga telah menggalakkan perpindahan penduduk melalui rancangan kebudayaan , dasar pendidikan Negara, kemakmuran ekonomi,peranan media massa , peranan ahli-ahli politik dan pentadbir. Dari segi perpaduan ekonomi, perkongsian ekonomi di bahagikan sama rata antara kaum . Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Perpaduan Negara telah digubal untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat Malaysia. Dari segi pendidikan pula, semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama dan mewujudkan perpaduan antara semua kaum melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kaum Cina telah mendominasi ekonomi Malaysia sejak sekina lama. Namun, sejak DEB diperkenalkan untuk membahagikan ekonomi antara kaum dengan sama rata dominasi kaum ini telah berkurangan. Namun mereka masih merupakan golongan yang terkaya di Malaysia. Kaum Cina memiliki 90% kedai komersial dan mereka lebih cenderung untuk mejalankan perniagaan mereka sendiri serta bekerja di sektorsektor swasta . Orang-orangCina yang lebih bekerja di sektor swasta lebih gemar memilih bidang komputer, automobil , perumahan serta jualan. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam.Masyarakat Cina merupakan masyarakat kelas pertengahan yang mempunyai populasi yang tinggi di Malaysia.Kaum ini turut menjadi penjana perkembangan ekonomi yang tinggi di negara ini. Masyarakat India juga tidak ketinggalan sebagai penjana ekonomi serta peningkatan populasi rakyat Malaysia. Kerajaan telah banyak memberi sokongan kepada kaum India untuk membangunkan bangsa mereka dari segi sosial, pendidikan serta ekonomi.Anak-anak kaum India diberi peluang untuk mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan serta latihan dalam bidang atau kemahiran teknikal. Terdapat kaum India yang memilih untuk bekerja di sektor swasta serta berniaga seperti perniagaan tekstil, permaidani. Namun ada juga yang memilih untuk berkhidmat untuk kerajaan serta bidang professional . Terdapat 16%kaum India yang merupakan profesional. Walaupun orang-orang Cina dan India pernah datang ke Tanah Melayu sebagai saudagar-saudagar dan imigran , namun, mereka adalah sebahagian daripada negara Malaysia . Kedatangan mereka telah mengubah dan meningkatkan komuniti serta populasi penduduk negara ini. Kini Malysia terkenal dengan tiga kaum utama yang hidup bersama dengan harmoni serta toleransi antara agama dan kaum masing-masing.

Rujukan:
1. http://telecentre.my/sungaimenyan/index.php/ms/sejarah.html

(Kekayaan Dan Keamanan Punca Penghijrahan)


2. http://www.facebook.com/note.php?note_id=492206190349

( Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orangCina berhijrah dari negara asal mereka) 3. http://zanas.wordpress.com/ pembinaan-bangsa-dan-negara-Malaysia-yangberdaulat/faktor-faktor-kemunculan-maysrakat-majmuk-dan-perkembangannya-di Tanah Melayu/ 4. http://www.google.com.my/search?hl=en&source=hp&q=proses+kedatangan+ imigran+India+ke+negeri-negeri+Melayu/ (Sejarah kedatangan Orang Sikh Ke Malaysia)
5. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan.2003.Tamadun

Dunia.Selangor Darul Ehsan:Fajar Bakti


6. K.Ratnam.1999.STPMSejarah Kertas 940/2(Malaysia,Asia Tenggara , Asia Selatan

&Asia Timur).Selangor Darul Ehsan:Pustaka Sarjana SDN BHD

You might also like