Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia

Persatuan Bahasa Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan sepanjang tahun ini. Pada bulan Januari 2009, ahli-ahli telah didedahkan teknik-teknik bersyarahan dan berpidato di khalayak ramai. Di samping itu, ahli-ahli diperkenalkan permainan tradisional seperti permainan congkak dan Sahibba pada bulan-bulan berikut. Kesemua ini dapat mencungkil bakat ahli-ahli dalam permainan tradisional. Selain itu, pertandingan mendeklamasikan sajak juga diadakan dalam kalangan ahli-ahli pada bulan Mac. Ahli-ahli persatuan dapat menghayati kesenian sajak. Pada bulan Mei dan Jun , ahli-ahli menyaksikan video tentang cerita rakyat. Ahli-ahli memperoleh nilai murni dan pengajaran daripada tayangan tersebut. Pada bulan Julai dan Ogos, ahli-ahli menyertai pertandingan membina kosa kata. Kumpulan yang menang diberi hadiah. Ahli-ahli persatuan berlakon di dalam bilik APD pada bulan September dan Oktober. Setiap ahli diberi peranan masing-masing. Mereka berkeyakinan ketika berlakon. Aktiviti-aktiviti telah berjaya dijalankan di samping membawa manfaat kepada setiap ahli. Semoga persatuan kami akan mengadakan aktivit tersebut pada tahun yang akan datang. Yang menjalankan tugas, (CHUA JIA WEN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, SJK Foon Yew 1. 31 OKTOBER 2009

You might also like