Brosur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

ISI KANDUNGAN TAJUK : BROSUR BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Pengenalan Sejarah brosur Apakah brosur Reka bentuk brosur Kelebihan brosur Kelemahan brosur Kesimpulan Refleksi Kolaborasi Bibliografi Brosur yang dihasilkan Lampiran - Contoh-contoh brosur PERKARA MUKA SURAT 2 2 2-3 3-4 5 5-6 7 8 9-10 11 12 13-17

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

PENGENALAN. Kini, seringkali kita melihat pelbagai jenis brosur yang digunakan oleh syarikatsyarikat swasta, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta orang perseorangan yang bertujuan untuk menghebahkan produk-produk atau maklumat kepada orang ramai. Persoalannya sekarang ialah apakah itu brosur ?

SEJARAH BROSUR Sebelum kita mengetahui apakah definisi brosur, terlebih dahulu kita ketahui sejarah kewujudan brosur. Menurut sejarah, di England, dari abad ke 16 hingga ke abad 18, istilah pamphlet digunakan untuk risalah ringkas dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, biasanya berkaitan dengan isu keagamaan dan politik. Di negara kita pula, brosur juga telah lama digunakan. Pada zaman penjajahan Jepun, brosur telah mula digunakan untuk menghebahkan agenda-agenda penaklukan Jepun dan juga semasa Jepun menyerah kalah kepada tentera British. Selain daripada itu, brosur juga digunakan semasa konfrantasi Indonesia-Malaysia pada 1962 hingga 1966. Sehingga kini brosur masih digunakan secara lebih meluas lagi.

APAKAH BROSUR? Menurut laman web Wikipedia.com, brosur merupakan sejenis helaian kertas yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak-pihak yang tertentu. Brosur juga dikenali sebagai pamflet atau buku kecil. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga pula, brosur bermaksud risalah yang memberi maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Secara terperincinya, brosur merupakan helaian kertas yang mengandungi beberapa maklumat ringkas tentang sesuatu sama ada yang berkaitan dengan pelancongan, tempat atau lokasi, kosmetik, makanan, ubat-ubatan, buku, majalah, aktiviti-aktiviti tertentu dan sebagainya. Biasanya brosur akan diedarkan dengan
2

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

percuma dan diedarkan secara terus kepada orang awam atau dipaparkan di tempattempat yang mudah dilihat oleh orang awam. Brosur banyak digunakan kerana ia sangat mudah dan agak menarik. Sebagai contoh pengusaha-pengusaha produk kecantikan banyak menggunakan pelbagai jenis dan saiz brosur. Mereka memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan produk mereka dan diedarkan kepada orang awam agar dapat menarik perhatian mereka untuk membeli produk.

REKA BENTUK BROSUR Ciri-ciri brosur yang boleh menarik minat pembaca ialah pereka brosur mestilah mempunyai daya kreativiti. Bukan sahaja dari segi rupa brosur, malahan isi kandungan brosur juga mesti digarap dengan baik, ringkas dan padat dengan maklumat yang berkaitan. Oleh itu, reka bentuk brosur yang akan diambil kira untuk menghasilkan brosur yang berkesan dalam menyumbangkan informasi kepada orang awan. Reka bentuk brosur ada bermacam-macam jenis. Biasanya brosur jenis helaian lebih kerap kita dapati kerana ianya sangat mudah untuk dihasilkan dan ringkas untuk direka dan diedarkan. Brosur jenis ini biasanya dicetak pada sehelai kertas yang memenuhi muka surat hadapan dan belakang. Ada juga brosur yang dibuat pada sehelai kertas yang dilipat dua. Hal ini membolehkan brosur tersebut lebih menarik dan banyak informasi yang boleh dipaparkan serta dapat diselitkan dengan maklumatmaklumat tambahan juga boleh dikongsikan bersama. Selain daripada itu, terdapat juga brosur yang terdiri daripada tiga atau empat, dan pelbagai lagi bergantung kepada jenis lipatan. Motifnya semestinya untuk menarik perhatian para pembaca. Perkara kedua yang harus dititik beratkan oleh pereka dan pemilik brosur ialah jenis kertas yang digunakan untuk mencetak brosur. Biasanya kertas yang digunakan oleh pemilik brosur adalah pelbagai jenis kertas. Antaranya ialah kertas jenis tebal dan nipis. Lazimnya pembaca akan lebih tertarik kepada brosur yang mempunyai kertas yang berkualiti berbanding kertas yang nipis serta brosur yang dicetak pada kertas yang
3

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

berkualiti lebih tahan lama dan disimpan oleh pembaca. Secara tidak langsung, maklumat yang akan dapat disampaikan akan dapat dijadikan sebagai panduan oleh pengguna dalam jangka masa yang agak panjang. Manakala, aspek warna juga paling penting. Brosur mestilah mempunyai warna dan gambar yang menarik. Adunan warna serta gambar yang digunakan oleh pereka brosur mestilah bertepatan atau bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, pereka brosur boleh menggunakan warna dan gambar yang agak terang bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan atau warna serta gambar yang agak gelap bagi menunjukkan sesuatu yang bersejarah. Maklumat yang hendak disampaikan juga mestilah mempunyai susun atur yang menarik. Susun atur sebegini penting bagi memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan melalui brosur tersebut kerana saiz dan kuantiti maklumat yang tidak sistematik akan mengelirukan pembaca.. Biasanya maklumat yang disusun mestilah daripada perkara yang mudah ke perkara yang agak susah untuk memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan menggunakan brosur tersebut. Di samping itu, bahasa yang digunakan oleh pemilik brosur mestilah bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Bahasa yang bercampur aduk atau bahasa rojak susah untuk difahami oleh segelintir masyarakat. Perkara terakhir yang perlu diambil kira oleh pereka dan pemilik brosur ialah jenis tulisan dan juga saiz tulisan yang digunakan. Jenis tulisan juga amat penting kerana ada sesetengah brosur mempunyai tulisan yang amat sukar untuk dibaca. Tulisan yang digunakan mestilah jelas supaya ia mudah dibaca. Di samping jenis tulisan, saiz tulisan juga amat penting kerana jika tulisan terlalu kecil, sesetengah pembaca tidak dapat membaca apa yang hendak disampaikan. Begitu juga jika sekiranya saiz tulisan terlalu besar, kemungkinan maklumat yang hendak disampaikan tidak mencukupi pada brosur tersebut atau membazir ruang.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

KELEBIHAN BROSUR. Terdapat beberapa kelebihan brosur. Kelebihan yang pertama ialah, brosur tidak mengganggu privasi individu. Jika individu berminat untuk membaca dia boleh ambil dan baca manakala jika tak berminat dia boleh abaikan sahaja. Justeru, tiada paksaan untuk orang awam. Seterusnya yang kedua, dengan adanya brosur kita boleh memahami sesuatu dengan pembacaan yang ringkas serta memperolehi informasi secara terperinci tentang sesuatu yang baru dan sekiranya berminat kita boleh menghubungi pemilik brosur berkenaan. Seterusnya dengan menggunakan brosur pemilik tidak perlu untuk pergi mempromosikan produk atau menyampaikan maklumat ke tempat-tempat yang agak jauh. Pemilik boleh mengambil inisiatif dengan menghantar ke tempat-tempat tertentu dan membiarkan pembaca memilih untuk membaca atau tidak. Secara tidak langsung ia akan menjimatkan kos perjalanan dan wang ringgit serta masa pemilik brosur berkenaan.

KELEMAHAN BROSUR Walaupun telah dibuat dengan rancangan yang teliti, brosur juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antaranya ialah pemilik brosur tidak boleh mengawal mesej yang hendak disampaikan. Maksudnya, seperti yang telah dibincangkan, brosur direka untuk memberi maklumat yang terbaik kepada pembaca. Jadi di dalam brosur mestilah mempunyai maklumat yang agak lengkap bagi memudahkan pembaca memahaminya. Selain itu pemilik brosur juga sukar untuk menetapkan sasaran secara khusus kepada siapa brosur tersebut direka. Apa yang kita boleh dapati ialah brosur boleh dibaca secara terbuka tanpa mengira umur dan jantina. Juteru, agak sukar bagi pemilik brosur untuk menentukan jumlan sasaran.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

Kelemahan seterusnya pula ialah ada kemungkinan brosur yang diterima oleh pembaca pada waktu yang kurang sesuai. Mungkin bakal pembaca akan mengambil dan selepas itu ditinggalkan di suatu tempat dan yang paling teruk ialah membuangnya ke dalam tong sampah. Hal ini, jelas menunjukkan bahawa motif brosur tidak dapat dicapai sepenuhnya dengan adanya penerimaan negative daripada orang awam.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

KESIMPULAN Secara keseluruhan, brosur merupakan media yang penting untuk menyampaikan maklumat. Jadi setiap brosur mestilah mempunyai ciri-ciri berikut: Gambaran brosur harus jelas dan rekaan harus menarik. Dibuat dengan tujuan memberikan maklumat, mempelawa dan memujuk atau mempengaruhi pembaca untuk membeli atau mengingati pesanan yang disampaikan. Boleh menarik minat dan perhatian pembaca. Memiliki sistem pengedaran yang tersendiri. Boleh diterbitkan sekali. Memiliki daya tarikan yang istimewa. Untuk tugasan, kumpulan kami akan menggunakan brosur yang mengandungi tiga bahagian iaitu sehelai kertas dilipat kepada tiga atau lipatan tiga sebagai cara kami memberi kesedaran kepada orang awam tentang aditif, pestisid dan pengawet dalam makanan. Kami memilih brosur jenis lipatan ini kerana ianya lebih menarik dari segi fizikal dan mempunyai banyak ruang yang digunakan untuk memaparkan maklumat atau info-info menarik yang ingin kami sampaikan atau kongsikan bersama orang awam.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami telah diberi ruang dan masa untuk menyiapkan soalan tugasan brosur ini. Namun demikian untuk menyiapkan tugasan ini bukannya sesuatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Belajar sambil bekerja merupakan cabaran yang paling utama harus kami tempuhi. Dalam hal ini memang yang paling utama adalah pekerjaan. Jadi kami terpaksa membahagikan masa yang secukupnya untuk bekerja dan belajar. Selain dari itu, cabaran dan dugaan yang harus kami tempuhi ialah masa untuk keluarga. Dengan anak-anak yang sedang membesar, kami mesti tahu membahagikan masa untuk keluarga dan pembelajaran. Masalah komunikasi juga menjadi cabaran kepada kami. Seorang berada dikawasan luar bandar manakala seorang lagi berada di kawasan pedalaman. Jadi untuk berhubung di antara satu sama lain sangat menyukarkan kami. Pada hujung minggu sahaja kami dapat berbincang melalui panggilan telefon, pesanan ringkas dan juga emel. Masalah untuk mencari maklumat merupakan cabaran kami yang seterusnya. Salah seorang daripada kami mengajar di kawasan luar bandar dengan kemudahan yang agak kurang dan seorang lagi mengajar di kawasan pedalaman. Untuk mencari maklumat brosur merupakan perkara yang agak sukar kepada kami. Sebagai usaha kami telah membuat rujukan Perpustakaan Desa untuk mencari maklumat yang diperlukan. Begitu juga dengan talian internet. Kami menghadapi masalah dengan penggunaan yang agak terhad disebabkan tiada jaringan yang begitu baik. Namun, semua masalah itu tidak mematahkan semangat kami dan akhirnya dapatlah kami menyiapkan tugasan ini.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : MOHAMMAD NORWIRA BIN JAWAWI (790706-13-5927) SAIFUL ABDULLAH SUKRI @ BENETTH (820615-13-5619) KUMPULAN SEMESTER MATAPELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH : PPG SAINS 1 : 1/ 2012 : WAJ3105 (LITERASI NOMBOR) : EN. GEORGE AK. BERUNDANG KOMEN NAMA DAN T/TANGAN Kami boleh memahami apa kehendak soalan. ___________ En. George Berundang 18.03.2012 Contoh/format laporan untuk tugasan brosur Kami telah tahu bagaimana contoh/format laporan 19.03.2012 Isi laporan Kami telah mendapat maklumat berkenaan isi laporan ___________ En. Ezhan b. Ibrahim 20.03.2012 Isi yang dimasukkan dalam brosur Kami telah mengetahui apakah isi di dalam brosur. ___________ En. Abdol Hamid b. Hj. Saiben ___________ En. Sharif Sylvia

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

17.03.2012

Perbincangan bagaimana menjawab soalan tugasan brosur.

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

22.03.2012

Format laporan

Memahami bagaimana format laporan ___________ En. Awang Muhd. Sharif

10

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

BIBLIOGRAFI Hjh Noresah bt. Baharom, Rusli Abdul Ghani, Mohd. Nor b. Abd. Ghani, Ibrahim b. Ahmad, Aziah bt. Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Mariam bt. Mahmud, Diarani bt. Mat Adam, Rahamah bt. Othman (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga cetakan ke tujuh 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ms.wikipedia.org/wiki/Brosur#cite_note-ALA-O dilayari pada Mac 18, 2012 jam 1550. www.kimia.gov.my/bm/fungsi-bahagian/kesihatan-alam-kesihatan/seksyenmakanan/125.html dilayari pada Mac 19, 2012 jam 2235. Apic.orst.edu/ingred/ptype/index.html dilayari pada Mac 19, 2012 jam 2305. www.prn.usm.my/old-website/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik12.html dilayari pada
Mac 20, 2012 jam 0005.

www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?id=426 dilayari pada Mac 20, 2012 jam 2025. www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/1995/penawar4.html dilayari pada Mac 20,
2012 jam 2130.

11

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

BROSUR YANG KUMPULAN KAMI BUAT

12

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

CONTOH BROSUR SEHELAI

13

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

CONTOH BROSUR SEHELAI

14

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

CONTOH BROSUR BERLIPAT DUA

15

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

CONTOH BROSUR BERLIPAT TIGA

16

TUGASAN BROSUR

WAJ3105 LITERASI NOMBOR

CONTOH BROSUR BERLIPAT EMPAT

17

You might also like