Refleksi Unit Pelajaran Unit 1-10 New

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.

MATRIK : D20102043121 PEMARKAHAN 1. 2. REFLEKSI ESEI: a) b) 3 FORUM JUMLAH

KPF 3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH )

TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH

KUMPULAN : EL W04
DISEDIAKAN OLEH

NAMA CHONG CHOON FONG

NO.ID D 20102043121

NO.TELEFON 012-9131402

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH : 13 NOVEMBER 2011

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN


UNIT TAJUK

Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara.

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada Perkembangan pendidikan era masyarakat tradisional. Pendidikan pada masa itu bercorak Warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.Bersifat ketimuran dengan ajaran agama Islam yang kuat .Pendidikan yang dijalankan berasaskan ibu bapa sebagai pendidik .Anak lelaki diasuh menjadi ketua rumah ,anak perempuan pula diasuh menjadi suri rumah yang baik .Dari segi keagamaan,anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama di sekolah pondok . Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana. Guru-guru yang khas diundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana. Bahagian kedua ialah pendidikan semasa era penjajahan. Masyarakat di tanah Melayu mula bersifat majmuk kerana ramai golongan india dan cina dibawa masuk kerja sebagai buruh. Inggeris memperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing.Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan India . Sekolah Inggeris dibuka untuk anak-anak pegawai kerajaan Inggeris pada masa itu.Tidak lama kemudian ,Peperangan Perang Dunia Kedua berlaku. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun.
2

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

Bahagian ketiga ialah pendidikan Era sebelum kemerdekaan . Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Razak Hussein dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun ordinan Pelajaran telah diwartakan pada 1957. Bahagian ke empat ialah pendidikan era selepas kemerdekaan . satu sistem pendidikan kebangsaan berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dikaji. Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman Talib sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib pada 1960. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Akta Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan dikuatkuasakan pada 1996. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. Bahagian kelima ialah pendidikan era milenium. Pada zaman era baru ini ,kita menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.oleh itu Pendidikan perlu ada pengubahsuaian. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yang sama tanpameninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa disebut sebagai glokal (global + local). Bahagian keenam ialah fungsi pendidikan .Fungsi pendidikan terbahagi kepada 3bahagian itu fungsi Pendidikan Untuk Pembangunan , Fungsi Pendidikan Ke Arah Pembangunan Insan dan Fungsi Pendidikan Ke Arah Pembangunan Negara.Melalui pendidikan ,Negara dapat membangun ,rakyatnya mempunyai akhlak yang baik ,mempunyai pekerjaan dan kehidupan yang sejahtera.
3

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep Penjelasan 1. Falsafah pendidikan falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan

Kebangsaan
2.

Penyata Razak

3. Sekolah vernakular

4. Perkembangan

pendidikan era masyarakat tradisional


5. Fungsi Pendidikan

atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Razak Hussein. dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Sekolah yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris .S ekolah ini adalah berlandaskan ajaran bahasa ibunda masing-masing setiap kaum.Tujuannya adalah memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk pada masa itu. Pendidikan pada masa itu lebih kepada pendidkan di rumah . ibu bapa menjadi guru .Ajaran agama diutamakan ,dijalakan di pondok sekolah .Golongan bangsawan mengaji guru dan belajar lebih berformal. Melalui pendidikan ,dapat memperkembangkan dimensi instrinsik seseorang. Iaitu pendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia. Pada masa yang sama fungsi pendidikan tidak boleh lari daripada untuk membangunkan dimensi sosial seseorang. Iaitu sumbangan seseorang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Tegasnya pendidikan adalah untuk pembangunan insan dan seterusnya pembangunan negara.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang betapa susahnya tokoh tokoh pendidikan seperti Tun Abdul Rahman Talib , Tun Mahathir Mohammed dan lain
4

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

lain yang terlibat dalam perjuangan dalam usaha membentuk pendidikan yang sempurna
untuk anak bangsa Malaysia .Saya berpendapat Melalui pendidikan ,semua kaum di Malaysia yang berbilang kaum dapat disatukan .Selain itu ,fungsi pendidikan ialah pembangunan Negara ,pembangunan insan dan pembangunan setempat .Melalui pendidikan ,Negara akan sentiasa aman dan harmoni .

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT 2 TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN Ringkasan Isi Kandungan Unit

1.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

Unit ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian pertama mendefinisikan Falsafah dan Falsafah Pendidikan. Falsafah berasal dari dua perkataan Yunani itu Philo dan Sophia. Seterusnya, bahagian kedua dan bahagian ketiga menghubungkaitkan antara ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan barat dan Islam yang menjelaskan asas falsafah Barat dan Islam dalam pembentukan FPK. Terdapat 4 cabang falsafah adalah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Oleh itu, terdapat empat mazhab utama yang akan dibincangkan. Keempat-empat mazhab ini dibahagikan dua aliran utama iaitu aliran traditional dan aliran idealism dan realisme. Perenialisme dan Esensialisme merupakan aliran traditional, manakala Progresivislime dan Rekonstruksionisme adalah aliran idealism dan realism. Bagi falsafah Islam, pendidikan adalah wajib. Bahagian keempat mengenalpasti kandungan dokumen FPK dari aspek yang tersurat dan tersirat. Hal ini demikian Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu, Cina dan India. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Negara telah digubal dan dimurnikan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi mewujudkan bersatupadu, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Seterusnya, bahagian kelima menghuraikan kandungan dalam FPK. Dalam FPK telah menghuraikan 10 elemen iaitu Pendidikan ialah satu usaha berterusan, memeperkembangkan lagi potensi individu, perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, insan yang seimbang dan harmonis, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat Malaysia yang berahklak mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Rakyat malaysia yang berketrampilan, rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. keseluruhannya, tujuan FPK menegaskan perpaduan amat penting bagi sesebuah masyarakat majmuk. Oleh itu, individu sewajarnya menerima pendidikan sejak kecil supaya menjadi warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berahklak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersepadu.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep 1. Falsafah 2. Falsafah Penjelasan

Dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi, dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berahklak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan kebangsaan Terdapat 4 mazhab dan dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran tradisional dan aliran moden

Pendidikan Islam

3. FPN 4. FBK 5. Falsafah Umum

Barat

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini memberikan saya mengetahui bagaimana falsafah pendidikan didirikan. Falsafah Pendidikan Negara dimurnikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membangunkan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berahklak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatupadu.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3 TAJUK KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK )

1.RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Setelah mempelajari unit ini, didapati unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan dan pemikiran dalam profesion keguruan. Dalam bahagian pertama member focus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering menyalahgunakan taksiranya. Bahagian kedua pula member focus kepada ciri-ciri kerjaya seorang profesionalisme keguruan bagi melengkapkan diri dalam sikap proaktif dan mampu mengangkat martabat diri ke tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Seterusnya pula member focus kepada pembinaan guru yang berkualiti pula berpandukan kepada FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan Model Konseptual Pendidikan Guru yang merangkumi akuanbiliti guru yang berteraskan kepada 3 dimensi utama dan 3 komponen yang digarap secara seimbang dan bersepadu yang perlu ada pada seorang guru.Bahagian terakhir pula member focus kepada Standard Guru Malaysia ( SGM ) digubalkan untuk membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam pelbagai aspek dan mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaikan sejajar dengan perkembangan dan cabaran semua dunia pendidikan. SGM mengandungi 3 komponen yang utama iaitu Asas Penentuan Standard dan Keperluan , Standard serta Keperluan.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

2.

5 KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT 3 DAN PENJELASANNYA Konsep Penjelasan Proses mennyediakan guru Keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau profesion guru Orang yang mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan

1. 2. 3. 4.

Perguruan Keguruan Profesion

kemahirannya) sesuatu bidang profesion Profesionalisme Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu, dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. peingintegrasian dari pengetahuan, keterampilan, dan sikap yang memungkinkan untuk melaksanakan satu cara efektif.

5.

Kompetensi

3. PANDANGAN KOMENTAR SAYA TENTANG KANDUNGAN UNIT 3 INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN . Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Dengan itu, pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah Negara dan bergantung kepada pencapaian system pendidikan Negara ini. Hal ini merupakan suatu perkara yang baru kepada saya untuk menyediakan diri kea rah peningkatan profesionalisme bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

UNIT

TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada tujuan penggubalan dasar di Malaysia untuk mengendalikan perjalanan hidup rakyat di Malaysia. Seterusnya bahagian kedua berfokus kepada perkembangan pendidikan di Malaysia dillakukan berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan mengikut era. Dengan ini pendidikan diperluaskan pada peringkat antarabangsa untuk melahirkan warganegara kelas pertama. Bahagian ketiga memberi fokus kepada faktor yang mempengaruhi dasar-dasar dan hala tuju pendidikan. Ia berfokus kepada teknologi dengan faktorfaktor sosial, ideologi, ekonomi dan politik. Dengan adanya keadaan sedia ada, desakan dan struktur pendidikan yang baru dilahirkan. Bahagian keempat berfokus kepada dasar-dasar yang berkaitan pendidikan di Malaysia. Dengan dasar-dasar tersebut pembangunan sistem pendidikan semakin berkesan.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan 1. Penggubalan Dasar Dasar-dasar digubal dikategorikan kepada 4 tujuan utama iaitu di Malaysia kawalan, solusi, kebajikan dan inovasi. Ia mendisiplin rakyat untuk mencegah, mengajar dan mengingat dengan mengenakan hukuman berat atau ganjaran. Dasar dibentukkan untuk menyelesaikan masalah dengan berinteraksi antara satu sama lain. Ia berfungsi memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan untuk membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. 2. Dasar-dasar dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia Masyarakat Melayu Tradisional berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam telah membentuk sifat-sifat baik dalam bidang pendidikan. Penjajahan asing menyebabkan kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin lenyap. Pemerintahan Inggeris memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu. Perubahan pendidikan dari cemerlang kepada era kemerdekaan membentuk KBSR dan KBSM diperkenalkan untuk
10

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi dijenamakan semula. 3. Dimensi Dasardasar Pendidikan Di Malaysia 4. Hala Tuju Pendidikan 5. Dasar-dasar Berkaitan Pendidikan di Malaysia Pendidikan di Malaysia dikembangkan dengan dimensi menegak dan dimensi mendatar dasar. Semua warganegara berpeluang memperolehi pendidikan mengikut peringkat. Taraf pendidikan dipertingkatkan supaya semua pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti dan menyebarkan pendidikan kepada peringkat global. Matlamat pendidikan berfokus kepada teknologi dengan faktorfaktor sosial, ideologi, ekonomi dan politik. Struktur pendidikan moden dibentukkan dengan keadaan sedia ada. Dasar Bahasa Kebangsaan mengatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pendidikan menyatukan semua bangsa dinyatakan dalam Dasar Perpaduan Nasional. Dasar Teknologi berfokus kepada memperkembangkan bidang teknologi. Dasar Guna Tenaga menyatakan guna tenaga banyak dapat membangunkan negara. Konsep glokal diperkenalkan di dalam Dasar Pengantarabangsaan. Dasar Pembangunan Insan menyatakan pembangunan insan dapat mewujudkan masyarakat yang mapan. Dasar Pembentukan Negara Bangsa membangunkan warganegara dari awal persekolahan. Dasar Pendidikan Holistik pula menyatakan pencapaian murid dinilai tanpa berasaskan peperiksaan malah melaksanakan pengumpulan mata dari penilaian psikometrik,kokurikulum, peperiksaan sekolah dan peperiksaan kementerian.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri perubahan pendidikan di Malaysia. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan peda peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah. Dasar-dasar pendidikan digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin, solusi, kebajikan dan inovasi. Ia bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan pendidikan di negara. Sebagai seorang guru, kita perlu akur dengan dasar yang telah dibuat dan melaksanakannya dengan sempurna. Dengan itu, masyarakat harmoni dan globalisasi dapat dibentukkan dan memacu kemajuan negara ke arah 2020.
11

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

UNIT 5

TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Ringkasan Isi Kandungan Unit

1.

Unit ini mengandungi 3 bahagian yang berkaitan dengan rancangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Dalam bahagian pertama menjelaskan perkembangan pendidikan di Malaysia melalui lima frasa yang utama, iaitu Zaman Pramerdeka, Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar Ekonomi Baru, Zaman Dasar Pembangunan Negara dan Zaman Dasar Wawasan Negara. Seterusnya, bahagian kedua berkaitan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua, serta mengenalpasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini. Bahagian ketiga pula menjelaskan tentang Teras Strategik PIPP. KPM telah mengenalpasti enam strategik untuk memperkukuh sistem pendidikan negara.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Pelan Induk Penjelasan Satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2. Penyata Razak 1956 3. Jawatan kuasa

Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956 Untuk mengkaji semula syor-syor yang dicadang dalam laporan
12

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

Rahman Talib 4. RM
5. KPM

Razak Rancangan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini memberikan saya mengetahui perkembangan pendidikan negara secara terperinci. Perkembangan pendidikan ini bukan sahaja tanggungjawab negara, malah guru sewajarnya sentiasa mempertingkatkan mutu P & P agar dapat bersaing di peringkat global kesan daripada dasar keterbukaan yang lebih komprehensif.

UNIT 6

TAJUK KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK )

1.RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Unit ini membincang secara terperinci tentang takrif , konsep dan pengertian kurikulum. Beberapa orang tokoh dan agensi terkenal telah memberi takrifan kurikulum secara jelas. Di antaranya ialah Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan ( 1992 ), Mohd Daud Hamzah ( 1993) dan Akta Pendidikan (1996 ). Secara ringkasnya kurikulum mengandungi mata pelajaran yang perlu diajar kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap pengajaran. Unit ini juga membincangkan ciri-ciri kurikulum kebangsaan , termasuk ciri-ciri persamaan dan perbezaannya, antara tokoh yang memberikan penyataan adalah Tyler (1949 ), Taba,H (1962), Beauchamp (1968), Oliva (1982 & 1997 ) ,Mohd Daud Hamzah ( 1993 ), Razali Arof (1996 ), Doll (1996), Yusup Hashim (2000) dan Marsh & Willis (2003).
13

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

Kurikulum kebangsaan telah menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. LIMA KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT 6 DAN PENJELASANNYA 1 KONSEP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) KURIKULUM FORMAL KURIKULUM TIDAK FORMAL KO-KURIKULUM KURIKULUM TERSEMBUNYI PENJELASAN Reka bentuk KSSR berasaskan enam tunjang utama dengan penggunaan ( Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ) , memberi fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis,mengira dan menaakul ( 4M ) Kurikulum yang tersurat, boleh dilihat ,tersedia , terancang dan berturutan. Kurikulum Formal berfokus kepada : Matlamat, Objektif , Subject matter dan Struktur. Kurikulum yang tidak dapat dikawal / dirancang . Kurikulum Tidak Formal melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara guru dan pelajar. Aktiviti di luar kuliah yang menyokong kurikulum. Bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Sesuatu yang dipelajari oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis. Kurikulum tersembunyi adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar.

3 4 5

3. PANDANGAN KOMENTAR SAYA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN . Setelah menghayati unit ini secara mendalam saya ingin memberi pandangan bahawa proses pendidikan yang dijalankan pada masa kini memang sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan setelah mengalami beberapa peringkat resolusi dan transformasi dalam sistem pendidikan Malaysia sejak kemerdekaan . Bermula sejak 2011, KSSR diperkenalkan ubtuk mengisi proses transformasi oleh KPM bagi memastikan sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa dan juga memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian,beberapa pemantauan dan pemerhatian dijalankan pada tahun 2011 untuk murid Tahun 1 , daripada hasil pemantauan ini telah menunjukkan kejayaan pelaksanaan KSSR dengan adanya bantuan dan maklumbalas dalam kalangan pentadbir,guru,murid dan ibubapa mengenai keberkesanannya. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai guru ialah KSSR menerapkan pendekatan modular banyak membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang . Di samping itu , KSSR melaksanakan pengajaran dan pembelajaran didik-hibur yang berpusatkan murid agar menjadikan suasana pembelajaran yang seronok. Saya amat berharap agar menerusi pelaksanaan KSSR mampu menjadi agen
14

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

perubahan bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi seperti yang dipaparkan dalam FPN.

UNIT 7 1.

TAJUK REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan reka bentuk kurikulum di Malaysia. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada peranan seorang pendidik dalam perkembangan kurikulum. Guru bertanggungjawab untuk memastikan kurikulum yang dibentuk disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-murid dan memaksimumkan kesan-kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Seterusnya bahagian kedua berfokus kepada langkah-langkah perkembangan kurikulum dan kelemahan model Tyler. Bahagian ketiga memberi fokus kepada pola dan orientasi reka bentuk kurikulum. Iaitu kurikulum yang berpusatkan akademik, pelajar dan masalah. Bahagian keempat berfokus kepada teori-teori pembelajaran objektivisme dan konstruktivisme. Ia terdapat perbezaan dari falsafah pembelajaran, keperluan pembelajaran, objektif dan isi pelajaran. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

15

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121 Konsep Penjelasan Guru sebagai pendidik yang menentukan pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah dipilih. Guru memainkan peranan sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Suatu model yang klasik dan melibatkan komponen matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian. Setelah menentukan matlamat dan hasil, pemilihan kandungan dan penyusunan kandungan akan dijalankan. Seterusnya diikuti dengan penilaian bagi menentukan pencapaian objektif. Pola berpusatkan akademik mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian tetapi peranan pelajar menjadi pasif serta pengajaran hanya focus pada pengetahuan. Pola berpusatkan pelajar berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman. Pengajaran mengikut minat pelajar memotivasikan mereka belajar tetapi tidak sesuai menghadapi realiti. Pola berpusatkan masalah membolehkan pelajar memahami masalah dan mewujudkan keharmonian dan kehidupan bermasyarakat. Walaupun pelajar telah memahami masalah, tetapi mereka masih bersikap ingin mencuba lalu menimbulkan masalah yang lebih besar. Pelajar dibentuk mengikut objektif dan kehendak pensyarah. Pensyarah menentukan keperluan, pengetahuan dan kemahiran pelajar berasaskan proses stimulus-respons,pemantauan dan pengukuhan. Pelajar mempunyai kehendak dan keupayaan sendiri dan pensyarah adalah pemudahcara sahaja. Pensyarah membantu pelajar mengenalpasti keperluannya dan kemudian membimbing pelajar mencapainya.

1. Peranan Guru 2. Prinsip Model Tyler

3. Pola dan Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

4. Teori Pembelajaran Objektivisme 5. Teori Pembelajaran Konstruktivisme

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks


profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia.Sebagai seorang guru yang berprofesional, saya mengetahui peranan saya kepada anak murid saya. Saya akan merancangkan aktiviti yang sesuai, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menilaikan hasil akhir yang diperolehi. Berdasarkan Model Tyler, 4 langkah pengembangan kurikulum dijalankan. Pada mulanya, matlamat atau objektif perlu ditentukan. Seterusnya memilih kandungan dan menyusun kandungan. Penilaian akan dijalankan pada langkah terakhir. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan di dalamnya seperti menetapkan objektif pada awal telah menghadkan bilangan objektif di samping mengekang kreativiti. Saya tetap percaya kita sebagai guru yang berprofesional dapat menyelesaikan masalah ini dan menghasilkan generasi yang berkualiti pada masa depan negara.

16

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

dalam Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan. Bahagian yang pertama


8 menyatakan Kurikulum KebangsaanKURIKULUM KEBANGSAAN yang berada pada landasan dan Kurikulum Sekolah PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN

UNIT

Selepas mengkaji unit ini,unit ini dibahagikan kepada 5 bahagian yang utama
TAJUK

yang sama tetapi Kandungan Unit 1. Ringkasan Isi pada peringkat yang berbeza bagi merealisasikan matlamat FPK untuk mengembangkan potensi pelajar, asas untuk pengetahuan lanjutan, melahirkan insan yang sempurna berpandukan JERI. Manakala dalam bahagian yang kedua pula memberikan penekanan dalam Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan. Dalam bahagian ini mempunyai satu siri proses yang melibatkan empat komponen yang berantai iaitu asas pertimbangan pembinaan kurikulum, peringkat pelaksanaan kurikulum, amalan kurikulum bilik darjah serta hasil pelaksanaan kurikulum. Bahagian yang seterusnya ialah Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Menerusi Pengajaran dan Pembelajaran yang menyatakan amalan pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan pengetahuan kepada anak murid kita dengan berkualiti. Bahagian yang keempat
17 memberi fokus kepada Penterjemahan Kurikulum Sekolah Kepada Proses Pengajaran

dan Pembelajaran. Bahagian ini merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah dengan sistematik supaya dapat meningkatkan kualiti

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit 8 dan berikan penjelasannya Konsep 1. Kurikulum Kebangsaan 2. Kurikulum Sekolah Penjelasan Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum

Penawaran mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan 3. Penterjemahan Satu siri proses yang melibatkan empat komponen yang berantai Kurikulum Kebangsaan 4. Pengetahuan deklaratif 5. Pengetahuan prosedural Intipati yang mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan Berkaitan dengan proses, metologi dan prosedur

3. Pandangan komentar saya tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan saya. 18

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

Kandungan unit ini banyak memberi manfaat kepada saya tentang matlamat dan objektif Kurikulum semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya supaya lebih berkesan dan sistematik.Hal ini membolehkan saya mengubahsuai kaedah, strategi dan teknik pengajaran agar keberkesanan proses Pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan pada sesi berikutnya. Secara ringkasnya matlamat dan objektif Kurikulum adalah membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga , masyarakat dan negara serta menjadikan pelajar kita boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.

UNIT
UNIT

TAJUK

9 ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Unit ini mengandungi 3 bahagian yang berkaitan dengan dengan perkembangan profesion keguruan.Dalam bahagian pertama memberi fokus terhadap kepentingan etika perguruan di Malaysia . etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Dua belas nilainilai tersebut adalah : ikhlas ,tekun,dedikasi,penyayang, taat setia benar,bersyukur,bijaksana,bekerjasama dan amanah Bahagian kedua memberi focus terhadap tatasusila profesion keguruan Malaysia .Tatasusila profesion adalah sebagai panduan untuk menyempurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya . Ia dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu Tanggungjawab kepada murid , Tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion keguruan , Tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Bahagian ketiga memberi focus terhadap peraturan dalam pendidikan .Ia bertujuan menjaga imej kerajaan dan perkhimatan awan amnya.Selain itu ,memastikan penjawat awam melaksanakan tugas dengan cekap ,amanah dan bertanggungjawab.Pegawai yang bersalah akan dikenakan hukuman .

19

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121 1. Konsep peraturan-peraturan pendidikan Penjelasan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah bertujuan semata-mata untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada: Pencegahan, Pengajaran dan Peringatan Kod Etika Keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri. Kod etika tersebut dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap ahlinya. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956.

2.

Kod Etika Profesionalisme Keguruan Penyata Razak 1956.

3.

4.

Tanggungjawab profesion guru

Tanggungjawab guru adalah kepada murid,ibu bapa,masyarakat dan Negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan .

5.

Akauntabiliti Guru Terhadap Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar dan dan menyertai seminar Profesion pendidikan . Keguruan
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang etika perguruan , tatasusila profesion keguruan dan peraturan dalam pendidikan . Hal ini bukan merupakan suatu perkara yang baru kepada saya lagi kerana saya telah mempelajarinya semasa dalam maktab perguruan.Etika perguruan memang sesuai untuk guru .Sebagai seorang guru ,kita haruslah mematuhi peraturan peraturan yang terdapat dalam pekeliling dan sentiasa sedia berkhimat untuk Negara . Walau bagaimanapun terdapat kelemahan/kekurangan di dalamnya seperti apabila pegawai pendidikan melakukan sesuatu kesalahan yang besar seperti mendera murid ,dia hanya dikenakan tindakan seperti tukar tempat kerja sahaja .Saya mencadangkan agar guru yang bertindak ganas ini dibuang kerja agar tidak memalukan profesionalisme keguruan ini .

20

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 10 TAJUK AKTA PENDIDIKAN 1996

1.RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT Unit ini menjelaskan asas pembentukan Akta Pendidikan 1996 secara terperinci dan menyatakan kandungan Akta Pendidikan 1996 serta menerangkan implikasi Akta Pendidikan 1996.Dengan jelas sekali peranan sektor pendidikan tidak boleh dipandang sepi jika negara ini ingin maju dalam bidang ekonomi dan mencapai perpaduan antara kaum.

2. LIMA KONSEP YANG TERDAPAT DALAM UNIT 10 DAN PENJELASANNYA 1 KONSEP WAWASAN 2020 PENJELASAN Wawasan 2020 ialah pandangan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menjadikan Malaysia negara membangun dengan corak negara Malaysia yang diingini menjelang tahun 2020. Pandangan ini dikemukakan pada persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 dalam kertas kerja bertajuk "Malaysia - The Way Forward". Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

DASAR EKONOMI BARU

mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

PENYATA RAZAK 1956

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. jawatankuasa ini

21

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Tujuan utama Penyata Razak 1956 adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan mengeratkan perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di tanah melayu. 4 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 19912000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
IPTS yang dikendalikan oleh pihak swasta menawarkan kursus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mendapatkan sijil. diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang. Secara amnya terdapat dua kategori IPTS mengikut status mereka iaitu : ~IPTS yang bukan bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan. ~IPTS yang bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan. Kumpulan IPTS yang perlu berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ialah institut pengajian tinggi swasta, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti swasta dan pusat pengajian jarak jauh.

AKTA PENDIDIKAN INSTITUSI SWASTA 1996

3. PANDANGAN KOMENTAR SAYA TENTANG KANDUNGAN UNIT INI DALAM KONTEKS PROFESIONALISME KEGURUAN . Saya ingin memberi pandangan tentang unit ini , di mana rakyat Malaysia seperti rakyat negara lain juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu menjadikan kita sama seiring dalam meneroka penemuan-penemuan baru yang mengharumkan nama negara di mata dunia. Malahan ramai rakyat negara kita yang telah mencipta nama di luar negara. Menjadi impian Kerajaan Malaysia untuk memberi segala yang terbaik untuk
22

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( DASAR DAN FALSAFAH ) CHONG CHOON FONG EL-W04 NO.MATRIK : D20102043121

semua rakyat. Pelbagai rancangan diatur dan pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan rakyat negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara lain. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula-formula baru bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Kemajuan pesat ekonomi negara turut menuntut kemajuan Selaras dengan pembangunan negara, kerajaan yang pesat dalam bidang pendidikan. .

telah membina institusi-institusi pengajian tinggi yang berteraskan sains dan teknologi. Oleh sebab tanggung jawab yang terlalu banyak kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pendidikan untuk semua rakyat. Bagi memperlengkapkan kekosongan yang perlu diisi, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya samasama berganding bahu memikul tanggung jawab memajukan rakyat dalam memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya. Saya turut berharap kerajaan akan teruskan usaha dalam membaiki mutu pendidikan di negara ini supaya dapat bertanding dengan negara yang kian maju di peringkat antarabangsa.

23

You might also like