Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teori Transformasi generatif

Aliran Transformasi Generatif muncul selepas aliran struktural pada tahun lima puluhan. Teori Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Noam Chomsky merupakan seorang ahli psikolinguistik yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau telah dilahirkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat ijazah pertamanya pada 1945 dan sarjana pada 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky kemudianya menjadi pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada 1955 dan kemudiannya menjadi professor dalam bidang bahasa asing dan linguistik pada 1976 di MIT. Chomsky telah memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif. Beliau telah menerbitkan buku yang bertajuk Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax pada 1965 yang mengandungi teorinya yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif. Analisis Transformasi Generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu mengenai bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumusrumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Bagi penutur asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasa ini

iaitu competense. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitu dinyatakan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan. Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu. Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. Struktur dalaman penutur asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai ketaksaan. Dua struktur ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata,

menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula. Pendekatan huraian bersifat deduktif dan kaji diri. Teori ini juga menunjukkan kajian berbentuk hipotesis

tentang bagaimana bahasa bertugas. Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu. Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Devise). Menurut beliau, secara semula jadi, sewaktu dalam lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasi-generatif (iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) tidak dipelajarinya secara formal. Kebolehan itu dipelajari kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa. Chomsky telah membezakan antara kebolehan bahasa dengan pengetahuan bahasa. Menurutnya, kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak

menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang didengar dalam bahasa yang digunakannya. Pengetahuan tersebut tidak diajar secara formal tetapi ditiru, dipelajari dan difahami iaitu dengan mendengar dan bertutur. Menurut Chomsky, sungguhpun kanak-kanak memang tidak dapat menerangkan rumus-rumus tatabahasa yang telah diserapinya, dia bagaimanapun dapat

menggunakannya dengan betul. Dengan kata lain, daripada perlakuan bahasa kanakkanak, kita boleh menilai sejauh mana dia telah memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang dituturnya. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan semulajadi untuk menyerap pengetahuan tersebut, termasuk pengetahuan tentang tatabahasa bahasa yang didengar atau dituturnya. Alat pemerolehan bahasa atau LAD yang dikatakan oleh Chomsky itu dipercayai berada di dalam otak manusia. Alat dan kebolehan semulajadi untuk mempelajari dan memahami bahasa itu dinamakan language universals, yang terdapat pda semua manusia dan boleh digunakan untuk mempelajari semua bahasa di dunia. Misalnya, semua bahasa memerlukan subjek dan predikat dalam sebaris ayat. Bentuk ayat itu mungkin berbeza. Ada yang berbentuk biasa dan ada yang berbentuk songsang. Ada kata adjektif yang terletak sebelum kata nama dan ada yang terletak selepas kata nama. Sungguhpun demikian, manusia boleh mempelajari pelbagai bahasa, dan ini

boleh berlaku pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan dan belajar secara formal. Maka oleh itu, Chomsky pernah mengatakan bahawa Grammar is caught and not taught. Maksudnya, aspek tatabahasa itu diserap oleh kanak-kanak dan tidak diajarkan kepada mereka secara formal. Ciri-ciri Teori

Penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan

pelbagai keadaan.

Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif. Penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi.

Kesimpulannya, teori Chomsky yang tergolong dalam kumpulan mentalis cuba menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Chomsky telah mengaitkan pemerolehan bahasa itu dengan alat pemerolehan bahasa semulajadi (LAD). Teori Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teorinya menekankan sifat semulajadi atau keaslian yang terdapat hanya dalam diri manusia. Sifat asli itu ialah potensi berbahasa yang secara semulajadinya sudah pun wujud apabila kanak-kanak dilahirkan dan pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran formal yang terdapat di sekolah.

Teori Transformasi - Generatif ( Chomsky ) Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology, USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul Syntactic Structures. Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori TransformasiGeneratif

sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori inidikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model Teori Struktur Sintaksisyang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi. Peringkat kedua,menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri daripada komponensintaksis, semantik dan fonologi.

Perbezaan antara kedua-duanya ialah pada semantik.Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata sematamata berdasarkan perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai (competence). Keadaan ini ditafsirkansebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali danmemahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitifseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yangpunyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainanstruktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama. Contohnya;

a) anjing mengejar kucing b) kucing dikejar anjing

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu iadinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaanialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebihstruktur dalaman. Contohnya :

a) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati. b) Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu strukturdalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadisebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujukrepresentasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri yang tatabahasa termasuk tranformasi-generatif mentalis. Aliran adalah berasaskan ini mempercayai

teori psikologi koda kognitif

dalam aliran

bahawa pembelajaran danpenguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat PemerolehanBahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini

menggunakansistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaituperaturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Leksikal Rajah 1.1 Komponen SintaksisDalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatuucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-duaini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu,bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi.

Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukknhubungan gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al.(1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan

kecekapan bahasa penutur naf .Pendekatan yang digunakan oleh ahli- ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan kaji diri. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah untuk dijadikan teknik pengajaran

You might also like