Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TOKOH ATLET MUDA KU ANAS BIN KU ZAMIL

Ku Anas Bin Ku Zamil merupakan seorang tokoh atlet muda bagi sukan perahu layar. Dia dilahirkan pada 29 November 1991 di Kuala Lumpur. Ku Anas mendapat pendidikan yang awal di Sekolah Kebangsaan Seri Delima,Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004 dia telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Tinggi Port Dickson. Ku Anas, 14 tahun, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sukan perahu layar. Keterampilannya dalam bidang tersebut menyebabkan Majlis Sukan Negara telah memilihnya untuk menjalani Program Gemilang 2006, Sukan Asia dan Komanwel di bawah kelolaan Persatuan Pelayaran Malaysia. Berbekalkan semangat yang kental serta usaha yang gigih, dia telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Internsional Perdana Regatta 2003 Langkawi dalam Kategori Junior. Pada tahun 2004 pasukannya telah meraih pingat gangsa dalam Sukan Malaysia SUKMA ke-10. Dia juga menjuarai acara berpasukan dalam kejohanan asian Championship di Sathahip,Thailand. Pada bulan Ogos pula, namanya terus melonjak apabila muncul sebagai juara individu Asia Junior di Kejohanan IODA ASIAN CHAMPIONSHIP di Jepun. Seterusnya semasa menyertai pertandingan perahu layar perigkat Asia di Myanmar,pada bulan Disember 2004, Ku Anas telah menduduki tempat keempat acara individu. Kini, Ku Anas berazam untuk membuka mata dunia dengan merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik. Apabila ditanya tentang impiannya, Ku Anas memberitahu bahawa dia berhasrat untuk mengelilingi dunia secara solo.

You might also like