Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 39

INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Institut Tadbiran Awam Negara Jabatan Perkhidmatan Awam

OBJEKTIF SESI
Sesi ini bertujuan untuk memberi gambaran secara keseluruhan hubungan Integriti dan Perkhidmatan Awam

SKOP SESI: Konsep Integriti Pengukuhan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Penekanan semasa kerajaan Kesimpulan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam


Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah; Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan; Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba mengugat integriti dan imej Pegawai Awam; Mematuhi sepenuhnya Kod Etika Jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Memahami Istilah INTEGRITI

Untuk memahami istilah Integriti, Fahami 2 konsep berkaitan:

Nilai Etika

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Memahami Istilah INTEGRITI


NILAI:
Sesuatu yang kita berpegang teguh kepadanya Kita jadikan ia panduan atau pandangan hidup Kita sanggup pertahankannya Kita akan pasti ia terus disanjung

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Memahami Istilah INTEGRITI


NILAI:
Apabila sebati dalam diri menjadi sifat individu Contoh: Bersih adalah nilai positif, apabila sudah sebati dalam diri, individu itu menjadi pembersih dan tabiatnya suka kepada kebersihan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Memahami Istilah INTEGRITI


ETIKA:
Kaedah menentukan sesuatu perkara baik atau tidak, betul atau salah dari kacamata masyarakat , atau agama Bukan undang-undang tetapi mirip kepada perkara yang dianggap betul dan diterima masyarakat Kod Etika

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

INTEGRITI
kejujuran, keadaan sempurna dan utuh
Kamus Dewan

Integriti adalah peribadi yang utuh, suci, unggul, tidak terjejas oleh sebarang kecacatan pada bila-bila masa, tempat atau keadaan
Prof Dato Dr. Syed Othman Alhabshi

Membuat sesuatu yang betul dan baik walaupun tidak dilihat orang lain.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Definisi Integriti
Pelan Integriti Nasional - Satu kualiti dan ciri positif yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ciri dan kualiti integriti mengandungi unsur wholeness (yakni kewujudan secara berpadu sebagai keseluruhan) pada diri individu ataupun organisasi. Oxford Dictionary mentafsirkan integrity sebagai quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided and the condition of being unified or sound in construction.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Definasi INTEGRITI

Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi.
Integriti berkait rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (PIN, 2004)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

INTEGRITI INDIVIDU
Integriti individu adalah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan umum. Apa yang dilakukan oleh individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkahlaku demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti (PIN, 2004)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

OBJEKTIF
Merealisasikan hasrat Wawasan 2020 iaitu menjadikan sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (PIN, 2004)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

AKAUNTABILITI

Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang samada berjaya atau gagal

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

AKAUNTABILITI (KEBERTANGUNGJAWABAN)
Contoh kes:

Seorang pekerja yang kebetulan berdekatan dengan tempat kerjanya selalu datang awal ke pejabat, punch kad kedatangannya dan rakannya dan kemudian balik ke rumah untuk berehat. Pekerja ini bernasib baik kerana dia juga mempunyai seorang bos yang tidak mengambil berat tentang orang bawahannya dan sentiasa menghabiskan masanya dalam pejabat dengan alasan sibuk.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Rasuah
Penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan untuk diri seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan
(Akta Pencegahan Rasuah, 1997)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

MAKAN SUAP DUIT KOPI TUMBUK RUSUK UNDER COUNTER DUIT PELINCIR TANGKAL PENGERAS

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Perkataan Arab Al-risywat KamusDewanPemberian Menumbuk Rusuk P.G. Osborne dalam A Concise Law Dictionarygiving or offering any reward to any person to influence his conduct Joseph J. Senthuria dalam Encyclopedia of the Social Sciences - the misuse of public power for private profit

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Corruption is the question of intention Corrupt means doing an act knowing that the act done is wrong, doing so with evil intentions
(PP lwn Datuk Harun Idris (2) 1977 MLJ 15)
Doing an act for private profit.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

Salahguna Kuasa Dan Kedudukan


Menggunakan kedudukan atau jawatan resmi untuk kepentingan diri. Membuat keputusan atau apa-apa tindakan untuk diri sendiri, saudara atau sekutu yang mempunyai kepentingan
(Seksyen 15, APR, 1997)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

FAKTOR YANG

MENJEJASKAN INTEGRITI
Kelemahan individu Kepimpinan

Sistem dan prosedur


Struktur dan institusi Budaya dan persekitaran

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

INDIVIDU
Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilainilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

KEPIMPINAN
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

SISTEM DAN PROSEDUR


Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender; Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas. Penguatkuasaan yang tidak berkesan. Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program; Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan; Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

STRUKTUR DAN INSTITUSI


Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

BUDAYA
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan boleh diubah.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

UNGKAPAN KEPIMPINAN MELAYU TRADISI


Memakai syarak lahir dan batin Imannya tebal adat pun kental Taqwanya nampak ilmu pun banyak Sepadan amal dengan iman Sepadan ilmu dengan kelakuan Sepadan lidah dengan perbuatan Sepadan takah dengan pakaian Bila pemimpin tak tahu diri Umat binasa rosaklah negeri
(Tenas Effandy, 2000)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

ISU INTEGRITI

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

INDEK RASUAH ANTARABANGSA


NEGARA

Finland Singapura Jepun Malaysia Korea S Thailand Philipina Indonesia

2002 2003 2004 9.7 9.7 9.7 9.3 9.4 9.3 7.1 7.0 6.9 4.9 5.2 5.0 4.5 4.3 4.5 3.2 3.3 3.6 2.6 2.5 2.6 1.9 1.9 2.0

2005 9.6 9.4 7.3 5.1 5.0 3.8 2.5 2.2

2006 9.6 9.4 7.3 5.0 5.1 3.6 2.5 2.4

2007 9.4 9.3 7.5 5.1 5.1 3.3 2.5 2.3

2008
9.2 7.3

3.5 2.3 2.6

KEUTAMAAN ASPEK DALAM GERAKAN PEMANTAPAN KEUTUHAN

- PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN - PENGURUSAN & KAWALAN BELANJAWAN - PENGURUSAN PUNGUTAN DAN TUNGGAKAN HASIL - PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

- PENGURUSAN KONTRAK DAN PEROLEHAN


- PENGURUSAN TANAH - PENYELENGGARAAN ASET DAN STOR

- PENGURUSAN PINJAMAN KERAJAAN

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

BIDANG BERMASALAH & BERISIKO Kontrak dan Tender:


Percanggahan kepentingan Pilih kasih terhadap kontrak dan berpakat Dengan sengaja tidak melaporkan apa-apa kecacatan dan kekurangan Kebocoran maklumat jabatan Memutarbelitkan fakta tentang spesifikasi kerja, barangan atau perkhidmatan Membuat variation order tanpa kawalan Penipuan dalam progress payment Menerima komisyen/habuan Salahguna kuasa untuk kepentingan sendiri dan/atau keluarga
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

BIDANG BERMASALAH & BERISIKO Pembelian/Pembekalan:


Belian secara berlebihan Barang-barang yang bermutu rendah dan tidak mengikut spesifikasi atau perjanjian kontrak Harga yang dinaikkan Jadual bayaran mengikut keselesaan dan berlarutan Menyebelahi/mengikut kehendak pembekal Bayaran bertindih ke atas barangan yang sama Pesanan dipecah-pecahkan (split orders) Menyalahgunakan peruntukan Kekerapan membuat pembelian secara tergesagesa tanpa perancangan Dengan sengaja mewujudkan keperluan sesuatu perkhidmatan/kerja/pembelian Pembayaran telah dibuat tetapi barang belum dibekalkan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

BIDANG BERMASALAH & BERISIKO Penguatkuasaan dan Penyeliaan:


Penggunaan budicara tanpa kawalan Kerja lebih masa yang palsu atau kerja lebih masa sengaja dibuat-buat Ponteng kerja Tidak mematuhi peraturan jabatan Mengambil kesempatan untuk berurusan dengan orang-orang yang terlibat demi kepentingan diri Tiada penyeliaan atau pengawasan ketika pegawai bawahan bertugas Salahguna kuasa dan mengugut orang-orang yang berkepentingan

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

BIDANG BERMASALAH & BERISIKO Harta dan Barang Pejabat Bilangan barang yang dihantar kurang Penerimaan barang yang bermutu rendah Kecurian/kehilangan barang dari setor yang tidak dilaporkan Menggunakan harta/barang pejabat untuk kepentingan sendiri Pengagihan barang pejabat yang tidak di rekodkan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

USAHA PENGUKUHAN INTEGRITI (Pembaharuan Struktur)

SPRM

PAC

BPA

IIM

AUDIT

PEMUDAH

MAMPU

SUHAKAM

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmatan Awam

USAHA PENGUKUHAN INTEGRITI OLEH KERAJAAN Penubuhan jawatankuasa seperti JKTU, Penubuhan pasukan petugas, Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional, Perlaksanaan PKPA, Pekeliling Am, dan Pekeliling Perbendaharaan

USAHA PENGUKUHAN INTEGRITI OLEH KERAJAAN


Rukunegara Teras Perkhidmatan Penerapan Nilai Islam/Murni Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Budaya Kerja Cemerlang Tonggak 12 Kod Etika

Tekad 2008 PIN (dilanjutkan 2013)


Sasaran

1
Sasaran

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;

2
Sasaran

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;

3
Sasaran

Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

4
Sasaran

Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Pendidikan Berterusan
Kepimpinan Berteladan Komunikasi berkesan

Kesediaan Individu untuk berubah

Faktor Kejayaan
Kerangka perundangan berkesan dan Kehakiman bebas

Persekitaran budaya yang kondusif

Kecukupan & Kecekapan sumber

Kerjasama jentera Politik & Pentadbiran

PENGHAYATAN
Penghayatan nilai murni boleh di kaitkan dengan agama dengan memberi contoh pengalaman kejayaan yang lepas (seeing is believing). Bagi penjawat awam yang Islam, perlu wujud sikap taqwa kepada Allah swt., samada ketika beribadat khusus atau umum seperti ketika bekerja.
(Arahan PM No.1 Siri 2 Tahun 2000)

You might also like