Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MATLAMAT

DASAR

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

ADALAH

UNTUK

MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN STRATEGI STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA Pelajaran, memenuhi dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan agama,

1957 adalah

untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat

keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,

ekonomi dan politiknya....... Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pcngantar yang utama. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi scmua jenis sekolah. Mewujudkan sistem peperiksaan yung sama bagi semua. Melicinkan tatacara pcngurusan pcndidikan. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Mengadakan peluang Pendidikan Asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KJBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyaimoral serta nilai etika yang kukuh; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978 dan mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang Sastera gunaan dan Sains Gunaan; Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan Iain-lain.Mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang lerlalih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

Masyarakat Malaysia adalah majmuk terdiri daripada pelbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza, perbezaaan penempatan kawasan seperti bandar, luar bandar, estat, kampung petani dan kampung nelayan. Perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum kaum ini amat ketara. Jurang perbezaan dan ketidakseimbangan kaum - kaum dalam

masyarakat Malaysia di anggap tidak sesuai dan mungkin menghalang perpaduan di kalangan rakyat. Jesteru atas kesedaran ini Malaysia telah merangka rukun negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama a. kepercayaan kepada tuhan b. kesetiaan kepada raja dan negara c. keluhuran perlembagaan d. kedaulatan undang undang e. kesopanan dan kesusilaan berlandaskan rukun negara ini Malaysia berazam untuk: a. Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat. b. Memelihara satu cara hidup demokrasi c. Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama d. Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak e. Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden Semangat keazaman ini telah menjadi dorongan asas untuk jawatankuasa kabinet dalam merangka kurikulum baru sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah menengah serta sistem pendidikan persekolahan Malaysia dan dilaksanakan dalam tahun 1980an Pekembangan sistem pendidikan dalam rancangan Malaysia kedua ( 1971 1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan keperluan perkembanagan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai pekerja mahir bagi perlaksanaan dasar ekonomi baru. Selain itu sistem pendidikan dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi mengalakkan perpaduaan dikalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat daripada konflik perkauman yang berlaku pada 13hb Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang sesuatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan yang boleh menyatukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan mengulang lagi tragedi konflik perkauman itu.

Sebagai hasil kajian, objektif objektif serta strategi strategi baru telah dikenalpasti dan ditentukan dalam rancangan Malaysia kedua (1971 1975). Perpaduan negara menjadi matlamat yang penting sekali dalam rancangan ini. Adalah disarankan bahawa perpaduaan negara hanya boleh dicapai dengan wujudnya perseimbangan yang lebih memuaskan antara kumpulan kumpulan masyarakat dan kaum -kaum di Malaysia dengan penyertaan mereka di dalam semua bidang pembangunan negara, supaya bersama sama menikmati feadah faedah daripada pembangunan dan kemajuan negara. Bagi mencapai matlamat ini , semua rakyat terutama rakyat yang miskin, akan di beri peluang peluang pekerjaan yang mencukupi untuk memenuhi kehendak - kehendak tenaga buruh negara. Kemiskinanan boleh menghancurkan perpaduan negara. Oleh sebab itu pembentukan dasar ekonomi baru merupakan ideologi positif untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Bagi mencapai matlamat ini, adalah wajar bagi kerajaan berusaha menambahkan pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa membilang kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia dengan mempertingkatkan kualiti penghidupan diluar bandar, mewujudkan satu masyarakat perniagaan dan perusahaan dikalangan kaum bumiputra supaya keadaan ekonomi tidak seimbang dapat dikurangkan dan seterusnya menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi fungsi erkonomi. Rancangan rancangan pendidikan dan latihan akan memberi sumbangan penting dalam proses menggalakkan perpaduaan negara. Di samping itu, rancangan - rancangan ini juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan pembandaran kaum - kaum bumiputra dengan menambahkan bilangan penyertaan mereka dalam kegiatan - kegiatan ekonomi moden di negara Malaysia. Dibawah rancangan Malaysia kedua, rancangan pendidikan dan latihan akan ditumpukan kepada empat bidang utama, a. menyatukan sistem pelajaran bagi mengalakkan percantuman dan perpaduan negara. b. Menyesuai dan meluaskan -rancangan pelajaran dan latihan bagi mencapai keperluan - keperluan negara mengenai tenaga rakyat

c. Membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden. d. Membaiki keupayaan untuk menjalankan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai tujuan - tujuan yang tersebut di atas. Untuk melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama tersebut di atas strategi- strategi yang dicadangkan dalam rancangan malaysia kedua ialah a. Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penganatar yang utama disekolahsekolah secara berperingkat peringkat. b. Mengurangka jurang perbezaan dalam peluang peluang antara kawasan kawasan dan kaum kaum dengan pembinaan sekolah sekolah baru dan kemudahan kemudahan asrama, mengantikan sekolah2 buruk dan membekalkan alat2 mengajar dan kelengkapan makmal serta menambah bilangan guru terlatih untuk sekolah sekloah di luar bandar. c. Membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas, membuat penilaian serta membaiki sukatan - sukatan pelajaran, teknik mengajar, kemudahan kemudahan nisbah antara guru dan murid serta menyeimbangkan di antara mata matapelajaran am dengan sains dan teknologi. d. Membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan matlamat matlamat sistem pendidikan dengan menubuhkan sebuah pusat pengajian sains yang bertanggungjawap membaiki sukatan sukatan pelajaran, pengajaran sains dan matematik, menyediakan bahan bahan untuk kerja kerja dan ujian ujian makmal serta berbagai bagai alatan untuk digunakan dalam pengajian sains. Pada keseluruhannya , perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1971 hingga tahun 1975 adalah menuju ke arah matlamat matlamat pendidikan di bawah rancangan Malaysia kedua. Kebanyakan sekolah di Sabah dan sarawak pula mulai dari tahaun 1970 hingga 1977 masing masing mengantikan bahasa pengantar mereka kepada bahasa Malaysia di semua sekolah rendah SRJK (I) darjah 1. Sistem latihan guru dibaiki melalui program intergrasi

dengan menaikan syarat pengambilan guru pelatih dari lulusan Peperiksaan SPM. Program Sains Panduan dan Matematik Moden diperkenalkan sebagai sukatan baru untuk membina masyarakat yang maju berasaskan kepada sains dan teknologi moden. Lebih banyak sekolah teknik dan vokasional ditubuhkan untuk melatih tenaga mahir yang akan memberi sumbangan dalam pelaksanaan Dasar ekonomi baru. Peluang peluang untuk belajar di institusi pelajaran tinggi ditambah dengan penubuhan beberapa buah kolej dan universiti baru di bawah rancangan Malaysia Kedua. Dasar pendidikan negara sebagaimana dalam akta pelajaran 1961 menjadikan perpaduan sebagai matlamat terakhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah kaedah berikut a. kokurikulum yang sama i. kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa pengantarnya ii. semua sekolah rendah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan semua sekolah menengah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). iii. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke dalam semua matapelajaran. Dengan cara ini semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada negara dapat dipupuk. iv. Oleh sebab penekanan dibuat ke atas keadaan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya , maka sifat sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah mastarakat yang bersatupadu b. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama i. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai tahun 1970. ii. Matapelajaran Bahasa Melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah aliran bahasa cina dan tamil. Penggunaan satu bahasa ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini. c. Kegiatan Ko-Kurikulum

i. Aktivitiko-kurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga ketagori iaitu aktiviti berpersatuan, unit beruniform dan sukan atau olahraga. Dengan cara ini usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah di capai. d. Satu sistem peperiksaan yang sama i. Peperiksaan yang sama dan seragam telah imulakan oleh kerajaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dengan cara adanya peperiksaan yanag seragam dan sama ini maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu identiti yang sama dan sepadu dapat dibentuk.

You might also like