Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

HNS 3023 BUDAYA DAN WARISAN NASIONAL

RUMAH TRADISIONAL MELAYU MELAKA


Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Muhammad Firdaus Bin Shamsuddin Mohamad Ramadan Bin Mathusin Mohamad Najib Bin Awang Mahat Atekah Binti Amdan Suzana Resiun Cia Yee Anak Malasi Nur Hafizah Binti Ibrahim Preshia Tay Yusmimi Binti Yussof Nurul Hidayah Binti Mohamed Yusof Nombor Matrix D20111049116 D20111049109 D20111049095 D20111049051 D20111049053 D20111049121 D20111049097 D20111049062 D20111049086 D20111049057

11

Semester : 1 Kumpulan : B Nama Pensyarah : Dr. Mohammad Erman Mohammad Yasin

Senarai Kandungan :

Tajuk
1.0 Pengenalan 2.0 Sejarah dan latar belakang rumah tradisional Melayu Melaka 3.0 Faktor faktor pembinaan rumah tradisional Melayu Melaka 4.0 Nilai-nilai seni rumah tradisional Melayu Melaka 5.0 Sumbangan kepada Negara 6.0 Penutup 7.0 Bibliografi

Muka Surat

1.0 Pengenalan Asal usul nama Melaka?

Ada tiga pendapat atau cerita tentang asal usul nama Melaka .Menurut cerita sejarah,nama Melaka berasal berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok Melaka.Parameswara dikatakan telah mengambil nama negeri Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka kerana telah berlaku satu peristiwa luar biasa semasa parameswara duduk di bawah pokok Melaka tersebut.Semasa parameswara sedang berehat,dia telah melihat peristiwa luar biasa dimana anjing perburuanya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa itu dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.Maka bermula daripada peristiwa tersebut,nama negeri Melaka diambil sempena nama pokok Melaka yang digunakan oleh parameswara sebagai tempat berehat.Parameswara telah mendirikan sebuah kerajaan di kawasan kejadian pelanduk menendang anjing perburuannya.Selain itu, perkataan Melaka juga dipercayai berasal daripada istilah Arab.Pedagang Arab menyebut Melaka sebagai Mulaqah yang bermaksud pertemuan. Mereka juga menyebut Melaka sebagai malakat yang bermaksud perhimpunan segala dagang.Disampin itu ,dikatakan juga bahawa asal usul nama Melaka juga dipercayai berasal daripada bahasa Sanskrit.Perkataan Melaka dalam bahasa Sanskrit disebut sebagai Amalaka.Menurut mitos Hindu perkataan Amalaka merupakan pokok pertama yang hidup di alam semesta.Pokok ini dikaitkan sebagai tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan shiva. Buah pokok Melaka juga dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

Melaka terletak dimana?

Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri Sembilan dab juga Johor .Melaka terdiri daripada tiga daerah iaitu Alor Gajah, Melaka tengah dan Jasin.Negeri ini mempunyai keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di garisan lintangan 2 0 11 utara, dangarisan bujur 102 015 timur.

Apa itu rumah tradisional melayu?

Rumah tradisional melayu merupakan sebahagian daripada warisan seni bina Malaysia yang sangat berharga.rumah tradisional direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan kemahiran dan kekretifan mereka dalam bidang seni bina.rumah tradisional melayu juga memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa,pengadaptasian cuaca dan penggunaan bahan binaan.selain itu,rumah tradisional melayu juga melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang melayu itu sendiri.Secara amnya,rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang.Dinding yang diperbuat dari kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia.Tingkap-tingkap rumah mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.Ruang dalaman rumah tradisional mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang sangat kecil.

Definisi orang melayu dalam konteks Melaka

Siapakah itu orang melayu?.Mengikut Andaya dalam A History of Malaysia ,melayu adalah mereka yang beragama islam dan bertutur dalam bahasa melayu.Muhammad Yusoff Hashim dalam bukunya kesultanan melayu Melaka mengkategorikan orang Melaka kepada dua kumpulan,pertama bumiputera melayu,iaitu melayu tempatan dari Melaka dan dari nusantara.Ini bererti orang melayu tersebut termasuk juga yang berasal dari Kalimantan,kepulauan Indonesia dan filifina.Hal ini dijelaskan dengan menarik oleh Abdul maulud Yusof dalam majalahnya berjudul Commerce and Social Change Among Nusantara Malays. Menurutnya,
Nusantara Malays are the indigenous groups which have populated the present Malay Peninsula, Kalimantan, the island of Indonesia and the Philippines. Before the arrival of the Hindu, Islamic and Christian faiths ,the Nusantara a Malays were a cultural entity, Thriving in ports and inland settlements.

Rumah merupakan elemen yang penting kepada manusia. Sama seperti keperluan lain, rumah juga merupakan keperluan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.

2.0 Sejarah rumah Melayu Melaka

Setiap rumah adalah warisan seni budaya orang Melayu. Sebuah rumah orang Melayu ialah hasil kerja daripada gabungan kepakaran setiap individu dalam mengukir, bertukang,membelah kayu serta pawang. Kesenian yang ada pada rumah Melayu ini mempunyai gaya dan konsep pembinaan yang tersendiri.

Dalam membina rumah Melayu ini, dipercayai ilmu adalah sangat penting dalam pembinaan rumah .Ilmu-ilmu yang diperlukan adalah perbomohan, geologi, perkayuan iaitu pengetahuan tentang jenis rotan, rumbia,nipah dan sebagainya dan ilmu geometri. Rumah Melayu Melaka juga dikenali sebagai rumah Melayu atau rumah serambi adalah sangat unik dan mengandungi identiti yang tersendiri. Ciri-ciri yang ditonjolkan dapat memperlihatkan falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam masyarakat dahulu yang kini terpancar melalui asas pembinaan rumah Melayu Melaka. Hal ini juga dapat diperkukuhkan lagi dengan setiap konsep kesenian yang ada pada rumah Melayu Melaka. Sebagai contoh, fungsi setiap ruang yang terdapat dalam rumah ,ciri binaan dan motif ukiran yang ditonjolkan pada kayu dapat mencerminkan jati diri masyarakat Melayu yang amat mementingkan seni ukiran yang halus dan kemas.

Rumah Melayu Melaka dikenali sebagai rumah Serambi kerana bahagian bumbungnya yang panjang dan bahagian pembinaan tangganya yang unik iaitu diperbuat daripada batu konkrit serta dihiasi dengan hiasan jubin yang bercorak bunga.

3.0 Latar belakang rumah Melayu Melaka Seni bina rumah Melayu dapat dilihat lebih terperinci melalui rumah- rumah Melayu tradisional. Seni bina rumah Melayu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan senibina istana raja-raja Melayu. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477), keindahan sruktur istana dapat ditonjolkan. Ini merupakan catatan terawal sejarah orang Melayu dalam pembinaan pembangunan.

Selain itu, terdapat beberapa larangan yang diperintahkan kepada rakyat dalam hal pembinaan rumah. Larangan tersebut adalah seperti melarang rakyat supaya tidak membuat anjung di depan rumah dan juga mendirikan rumah bertingkat. Selain itu, rakyat juga dihalang dari membuat tiang yang bertiang gantung dan bertiang terus dari atap. Semua larangan ini dilakukan semasa zaman Sultan Muhamad Syah (1424-1444). Terdapat tujuan dalam larangan yang diperintahkan iaitu untuk membezakan istana raja dengan rumah rakyat.

Di Melaka, rumah tradisional dikenali sebagai Rumah Melaka, Rumah Bumbung Melayu,ataupun Rumah Serambi Melaka. Selain itu, rumah Melaka mempunyai serambi yang tidak berdinding dan tangga batu yang disalut dengan jubin.Semua konsep ini dapat memperlihatkan pengaruh seni bina cina.

3.1 Deskripsi Rumah Melaka atau Rumah Melayu Di Melaka, rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan rumah Melayu Melaka. Ianya masih terdapat di seluruh Melaka hingga kini. Sejak zaman dahulu lagi, rumah tradisional Melayu Melaka menjadi lambang kepakaran orang Melayu terutamanya dalam bidang seni bina. Bentuk istana Melaka dikatakan telah menjadi asas kepada rupa bentuk rumah tradisional Melayu Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, rumah tradisional Melayu Melaka telah menjadi contoh bentuk asli rumah Melayu yang lain di Malaysia. Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas seni bina rumah Melayu Melaka. Di Melaka, terdapat dua jenis rumah tradisional, iaitu jenis rumah Serambi atau rumah Melayu Melaka atau rumah Bumbung Melayu dan jenis rumah Perabung Limas atau rumah bumbung Limas. Reka bentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular dalam kalangan kebanyakan kerana keringkasan reka bentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan. Rumah Melaka terdiri daripada tiga jenis, yang paling kecil dinamakan Rumah Bujang, iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam batang tiang utama. Bentuk jenis sederhana dinamakan Rumah Berbandung Dua, terdiri daripada dua belas batang tiang utama, manakala jenis yang terbesar dinamakan Rumah Berbandung Tiga, terdiri daripada enam belas batang tiang utama.

Rumah Melayu Melaka mempunyai stuktur bangunan seperti tangga, pintu, tingkap, ragam hias dan bumbung. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Pembahagian ruangnya pula, terdiri dari ruang serambi di hadapan, ada kalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Manakala, di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan di antara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang. Rumah tradisional Melayu Melaka mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana ia melambangkan ketinggian peribadi dan jati diri pemiliknya. Kebanyakan rumah tradisional di Melaka dibina bertiang, berlantai tinggi dari tanah, berbumbung lipat kajang dan bertebar layar. Peredaran zaman telah mempengaruhi minda pemilik rumah tradisional untuk mengubah reka bentuk kepada yang lebih moden. Sementara itu, penggalan tiang bermula dari tiang sehingga aras lantai yang mempunyai tapak konkrit juga masih boleh dilihat. Bahagian selang rumah pula di dinding, berbeza dengan rumah

kutai Perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Batu alas juga yang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak. Bendul merupakan perhiasan pada bangunan. Ia merupakan kayu kerangka yang memberi ketahanan pada struktur bangunan. Bendul terdapat pada tepi keliling bangunan rumah. Bendul juga berfungi sebagai pemisah antara komponen atau unit rumah. Ia juga berfungsi sebagai penutup hujung lantai supaya nampak kemas. 3.1.1 Serambi (sengkuap) Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu, tempat meninjau aktiviti di hadapan rumah, tempat mengadakan perundingan atau permuafakatan yang penting terutamanya dalam menjalankan urusan adat istiadat seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga kematian. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini. Serambi dikenali juga sebagai sengkuap rumah ibu dan dapur panjang. Serambi melintang strukturnya dan selari dengan halaman atau jalan di depannya. Berbentuk memanjang di hadapan rumah ibu dan jika dibandingkan dengan rumah-rumah lain,sengkuap Melaka agak rendah,tipis, dan panjang. Umumnya bumbung yang menutup bahagian ini agak rendah kerana atap rumah ibu lebih tinggi iaitu hampir-hampir menjunam turun. Serambi Melaka biasanya didahului dengan anjung tetapi jika anjung tidak dibina,hujung serambi akan dipanjangkan untuk dibina tangga. Bahagian yang dipanjangkan ini sering dipanggil hujung serambi kerana bentuk dan tingginya sama dengan serambi. Hiasan yang berbentuk ukiran dan sebagainya banyak juga dibuat pada bahagian ini. Lazimnya serambi Melaka hanya dipagari di bahagian luarnya oleh kekisi yang rendah di antara 1 kaki 6 inci hingga 2 kaki tingginya. Kekisi ini terdiri daripada papan bunga yang tidak terlalu besar dan ukirannya agak halus dan lembut. Bahagian ini banyak menerima bayu.dipagari tumbuh-tumbuhan dan memberi persekitaran yang luas kepada orang yang berada di situ. Dinding penuh juga tidak dibina untuk tidak menghalang pandangan. Andai dinding dan tingkap dibina,ia biasa diletakkan pada hujung serambi.

Corak serambi juga diaplikasikan dengan bunga tebuk. Di masa bulan mengambang corak ini dapat ditafsir lebih lembut dan menarik. Lubang-lubang yang ditebuk akan membawa cahaya bulan ke dalam dan mengaturkan bayang-bayang bunga di tikar. Contoh corak bunga yang sering digunakan ialah bunga melur,melati,bunga raya dan sebagainya. Serambi digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk kegunaan rasmi dan adat istiadat. Selain itu,ruang ini juga digunakan untuk anak lelaki yang sudah besar sebagai tempat tidur terutama apabila mereka pulang melawat ibu bapa. Oleh sebab ruang ini tidak berkunci maka ia dapat dimasuki bila-bila masa tanpa menganggu orang lain. Serambi juga ialah wajah kepada rumah yang ditunjukkan melalui hiasan yang diaplikasikan. Selepas serambi, terdapat pintu yang menghubungkannya dengan bahagian rumah ibu. Rumah ibu sering menjadi tempat pelbagai upacara bagi kaum wanita berhubung dengan urusan perkahwinan. 3.1.2 Rumah Ibu Seterusnya ruang yang dipanggil bilik dalam dijadikan bilik pengantin apabila majlis perkahwinan berlangsung. Dari rumah ibu, terdapat sebuah pintu menuju ke pelantar yang menghubungkannya dengan rumah dapur. Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Sebelum sampai ke rumah ibu kita mesti melangkah bendul rumah yang biasanya bersaiz 1 kaki 3 inci lebih tinggi dari lantai serambi. Bahagian ini dibahagikan kepada 3 ruang iaitu bilik,tengah rumah dan loteng. Ruang pertama ialah bilik. Bilik ialah ruang tertutup dan berpintu untuk keliar ke tengah rumah. Pintu yang dibina tidaklah terlalu besar kerana rumah ibu juga tidak terlalu besar. Bilik boleh memuatkan sebuah katil dan almari kecil. Selain mempunyai pintu, bilik juga mempunyai tingkap .Tingkap sering diletakkan ukiran di atasnya untuk laluan udara apabila tingkap ditutup dan bertujuan untuk mencantikkannya.

3.1.3 Anjung Anak-anak tangga rumah Melaka dibina berdekatan anjung yang didirikan di hujung serambi dan memnjang ke kiri atau ke kanan. Kebiasaannya anjung agak rendah sedikit

lantainya dari lantai serambi di antara 6 hingga 12 inci. Bahagian-bahagian anjung dijadikan bertingkat-tingkat dan semestinya binaan ini akan memberi identiti dan ruang khas. Anjung tidak

terlalu luas iaitu lebih kurang 1 per 3 hingga 1 per 2 dari ukuran panjang serambi tetapi lebarnya dikekalkan sama seperti lebar serambi. leh itu,bentuk anjung lebih kepada bentuk empat segi. Terdapat juga anjung yang dibina menganjur keluar dan berbentuk bangku. Bentuk ini bukan sahaja cantik tetapi memperlihatkan kreativiti penukangnya. Anjung merupakan tingkat kedua dari tanah. Di anjung,jiran-jiran serta orang-orang tua kampung akan berkumpul.

3.1.4 Tangga Batu Penggalan tiang yang penting ialah tangga. Tangga bagi Rumah Melaka merupakan suatu perkara yang diambil perhatian. Rumah Melaka terkenal dengan tangga batunya yang bercirkan seni bina dari negara China dengan dihiasi jubin-jubin (tiles) yang berwarna-warni yang dimport dari Eropah seperti Holland, India dan Jepun. Tangga rumah tradisional Melaka sememangnya terkenal dengan ciri binaannya yang diperbuat dari batuan konkrit. Tangga adalah dibina daripada batu-bata yang ditutupi oleh simen yang agak tebal. Simen ini dicat dengan warna putih. Rumah Melayu Melaka juga dilihat satu kebanggaan bagi masyarakat Melaka dengan tangga baru yang menggunakan jubin pelbagai motif dan warna. Penggunaan jubin-jubin yang berwarna-warni ini menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah, dan ciri inilah yang menjadi identiti utama seni bina rumah Melayu Melaka. Tangga-Tangga batunya yang bersalut jubin menunjukkkan kesan-kesan pengaruh seni bina Cina. Jubin-jubin berwarna yang menjadi penghias tangga batu rumah Melayu Melaka. Pengaplikasian jubin-jubin ini menampakkan seri pada wajah tangga hinggakan fungsi tangga sebagai ruang naik-turun ke dalam rumah menjadi tempat bersantai. Tangga juga melambangkan status penghuninya suatu masa dahulu.

Di setiap anak tangga terdapat ukiran motif bunga yang memperlihatkan ciri-ciri negera China. Di bawah anak tangga yang bawah sekali dipanggil laman tangga dan ia agak luas serta berbentuk separuh bulatan.Laman tangga berfungsi sebagai tempat meletak

terompah,capal,sepatu dan lain-lain. Tangga batu juga ada yang dibuat dari batu merah yang dipahat dan seterusnya disusun hingga menjadi tangga. Tangga batu juga dibina agar tahan panas dan dibina supaya cantik. Tetapi tangga yang dibuat dari kayu sering ditutup dengan atap tangga. Atap ini menjadi sambungan dari atap serambi atau anjung. Selain tangga batu,tangga kayu juga selalu digunakan untuk rumah-rumah yang sederhana. Diingatkan juga bahawa

bilangan anak tangga yang ingin dibina mestilah berangka ganjil dan tidak genap. Lazimnya berjumlah 5, 7, atau 9.

3.1.5 Tingkap Terdapat pelbagai variasi dan gaya tingkap rumah Melayu Melaka. Ini mengikut citarasa dan kepandaian tukang-tukang rumah dahulu. Kebanyakan tingkap adalah jenisnya yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk. Ia juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil. Selain itu, bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang mempunyai motif flora dan geometri yang berbagaibagai.

3.1.6 Loteng Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan atas bilik yang dipanggil peran atau loteng. Digunakan untuk tempat penyimpanan.Terdapat juga tangga untuk sampai ke bahagian ini. Ini adalah merupakan satu keunikan yang dapat dilihat di rumah Melayu Melaka iaitu loteng yang dibina di bahagian atas rumah tersebut. Kegunaan loteng adalah sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis perkahwinan. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Loteng juga boleh menempatkan katil serta almari baju, pembinaan loteng tersebut dilihat satu perkara yang jarang dilakukan bagi rumah-rumah hari ini.

3.1.7 Kawasan Tengah Dirujuk sebagai ruangan pelantar(teres makna/selang).Kawasan ini disimen dan terdapat tangga konkrit di sebelah rumah.Kawasan ini juga berbentuk seperti rumah utama tetapi bilikbilik ini disusun secara berlainan.Sebagai contoh,ruangan gajah menyusu(bangsal),ruang makan dan lain-lain.Di sini, ukiran khas di dinding juga banyak.Contoh ukirannya termasuklah ukiran yang menggambarkan burung nasar yang panjang sedang menimbang mangsanya dengan hujung paruhnya.Ukiran ini amatlah unik kerana ia jarang berlaku dalam simbol ukiran Melayu yang menggambarkan haiwan.Ukiran juga sangat halus dan rumit boleh dilihat dalam panel kayu dan

gril rumah.Reka bentuk bunga,geometri,dan kaligrafi skrip islam adalah motif yang biasa dalam ukiran.Terdapat juga hiasan kayu dengan reka bentuk yang dikenali sebagai Awan Larat.

3.1.8 Beranda Kawasannya agak terbuka iaitu bersamaan dengan anjung.Pintu pula tidak dibina untuk menentukan sempadan antara luar rumah dan dalam rumah.Pada masa dahulu,dinding juga tidak wujud di bahagian atau kawasan ini.Apabila privasi diperlukan,tabir akan digunakan untuk memisahkan kawasan ini.

3.1.9 Bumbung Terjadi apabila lengkung logam digabungkan secara lurus.satu gabungan besi atap dan beralur digunakan sebagai bahan bumbung.Pusat bumbung dilitupi oleh atap yang tebal.Teknik ini memastikan bahawa rumah tidak terlalu panas pada waktu siang.

3.2 Proses mendirikan rumah Dalam proses mendirikan rumah Melayu, dipercayai terdapat beberapa aspek penting yang berkaitan dalam hal mendirikan rumah. Orang Melayu zaman dahulu menitikberatkan hal yang berunsur sihil. Semua perkara dalam pembinaan rumah adalah meliputi kepada pantang larang yang digariskan oleh bomoh,pawang, syarak dan pegawai adat di tempat masing-masing. Rumah Melayu yang didirikan juga berdasarkan kepada menitikberat dalam hal larangan kedudukan pintu, jumlah anak tangga,dan juga jumlah batang gelegar.Tapak pembinaan rumah juga sangat penting iaitu dari segi memilih tapak yang sesuai, memulih tapak dan menguji tapak.

Perkara penting yang berkaitan dalam proses pembinaan rumah ialah memilih tapak rumah. Sebelum suatu pembinaan rumah dilakukan, mereka terlebih dahulu akan memilih tanah berdasarkan kecuraman tanah,warna tanah, bau tanah, dan juga hala mata angin . Semua aspekaspek ini sangat penting dalam masyarakat melayu.Sebagai contoh, masyarakat zaman dahulu melarang untuk membina rumah di tanah yang ada perigi,di lidah tanah dan juga dekat dengan pokok yang sudah dipanah petir. Penjelasan bagi tindakan ini adalah mereka percayai bahawa ada makhluk halus yang akan mengganggu kehidupan.

Perkara kedua yang berkaitan dalam proses pembinaan rumah ialah menguji tanah. Menurut kepercayaan animisme, sesuatu pembinaan rumah perlu diuji dahulu tanahnya. Pengujian tanah ini dilakukan oleh bomoh. Sebagai contoh , mereka selalunya akan menggunakan kaedah menghalau, memujuk dan berdamai dengan penghuni yang masih menghuni. Selalunya, kawasan yang hendak dijadikan tapak akan dilakukan upacara seperti membakar gaharu dan juga mengisi air ke dalam mangkuk.

Perkara ketiga yang berkaitan dalam proses pembinaan rumah ialah memulih tanah. Tujuan sebenar memulih tanah ini dilakukan apabila tiada tapak lain yang hendak dipilih. Kaedah memulih tanah ini biasanya dilakukan dengan iringan jampi. Kaedah ini dijalankan dengan menanam beberapa jenis barang, Contoh barang yang ditanam ialah sarung tangan orang yang telah meninggal dunia, perca kain kapan, parang buruk, dan juga tahi besi.

Perkara keempat yang berkaitan dalam proses pembinaan rumah ialah memilih kayu. Contoh kayu yang digunakan adalah seperti kayu penak, cengal,seraya rambai,seraya bunga dan seraya Imeranti.Manakala pokok yang dilarang adalah pokok merbau berdarah, penjelasan bagi larangan menggunakan pokok ini adalah kerana berpenunggu. Selain itu, kayu rengas juga dilarang kerana dipercayai mempunyai alahan. Terdapat juga pokok-pokok lain yang tidak boleh digunakan iaitu pokok yang mempunyai pucuk yang mati dan kayu yang mempunyai kayu mata.

Perkara kelima yang berkaitan dalam proses pembinaan rumah ialah mendirikan rumah. Bagi masyarakat dahulu kala, adalah sangat penting untuk melih tarikh pada hari-hari tertentu. Perkara pemilihan tarikh ini juga boleh dikenali sebagai rejang. Terdapat juga kepercayaan bahawa hari yang paling baik untuk mendirikan rumah ialah pada hari Khamis.Manakal bulan yang terlarang dalam mendirikan rumah ialah bulam Muharram kerana dijelaskan sebagai bulan pencerai tahun. Salah satu perkara penting dalam proses mendirikan rumah ialah tiang seri dijadikan sebagai tunggak utama dalam membina rumah.

4.0 Faktor-faktor Pembinaan Rumah Melayu Melaka Rumah adalah merupakan satu warisan seni bina Melayu dan satu keperluan asas yang sangat penting. Bentuk dan gaya binaan bangunannya adalah berkait rapat dengan unsur alam persekitaran, ikilm, topografi, kebolehan teknikal tukang rumah, pengaruh kepercayaan agama, kemampuan ekonomi serta nilai-nilai hidup. Segalanya itu merupakan unsur dan faktor yang mempengaruhi bentuk, gaya dan seni bina rumah Melayu. Pembinaan rumah-rumah tradisional yang didirikan oleh orang-orang dahulu mengikut petua dan cara yang disesuaikan dengan faktor persekitaran, adat resam, kepercayaan dan Islam sebagai agama mereka. Selain itu, seni bina rumah Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat. Rumah Melayu Tradisional biasanya terdiri daripada jenis berpanggung.Jenis berpanggung ini ialah rumah yang mempunyai tiang ,berbumbung lipat kajang di mana di puncak pertemuan dua tutup bumbung itu dipasang kayu panjang, lantai tinggi dari tanah dab bertebar layar. Ciri- cirri ini biasanya dioengaruhi oleh factor iklim kawasan kepulauan Melayu. Hal ini kerana kepulauan Melayu didedahakan dengan hujan dan panas sepanjang tahun.

4.1 Faktor Ikilm Faktor cuaca atau iklim memainkan peranan dalam reka bentuk asas rumah Melayu Melaka. Ikilm sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah di rantau ini. Haba yang panas terjadi kerana bahang daripada pancaran matahari dan hujan yang lebat sepanjang tahun. Faktor ini menyebabkan sebahagian besar rumah tradisional di rantau ini memilih baya bentuk berpanggung atau bertiang dan binaan lantainya yang tinggi dari permukaan tanah. Kekerapan hujan menyebabkan tukang rumah membina reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Setiap kali hujan,air hujan yang jatuh akan menimpa bumbung yang curam. Seterusnya ia akan mengunjur ke bawah ke cucur atap dan terus ke tanah. Kedudukan lantai yang tinggi dapat mengatasi kelembapan tanah dan mencegah ruang di dalam rumah ditenggelami air. Kepanasan cuaca menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang yang dibina memberi laluan angin di bahagian bawah rumah. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Selain itu, ruang terbuka di bahagian atas tingkap dan

bumbung juga telah direka untuk memperbaik keadaan penghawaan dan mencegah panas. Bentuk bumbung terdiri daripada dua tutup bumbung yang dilipat dua menjadi huruf V terbalik. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungya dipisahkan oleh banir bumbung yang dinamakan tulang perabung atau tulang bumbung. Bentuk bumbung itu disebut sebagai bumbung lipat kajang atau lebih terkenali dengan nama bumbung panjang. Bentuk bumbung ini dapat melindungi penghuninya daripada hujan dan panas. Rumah ini mempunyai tebar layar yang membolehkan pengudaraan ke atas atap. Sistem pengudaraan adalah dengan menggunakan tebar layar. Tebar layar dihiasi ukiran mudah dan ia mempunyai papan pemuka yang bermotif bunga di keseluruhan tepi atap. Tebar layar berfungsi sebagai bahan yang mengeluarkan haba panas dari dalam rumah. Manakala bagi pengudaraan angin pula dapat masuk salur angin,kekisi tingkat,renggangan papan lantai dan juga renggangan yang lain.

4.2 Faktor Sumber Alam Di samping itu, bahan binaan rumah Melayu adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Pada masa dahulu, rumah orang Melayu diperbuat daripada papan dan kayu yang terbaik dan terpilih. Antara kayu yang sering digunakan adalah seperti meranti, cengal, belian, resak, tembusu, merang, dan sebagainya. Ini bererti orang Melayu dahulu sudah pandai menilai mutu kayu dari hutan untuk keperluan hidup mereka. Rumah Melayu Melaka dibina menggunakan sumber alam seperti Kayu Cengal, Meranti dan Damar Laut. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan dan daun rumbia atau nipah dijadikan untuk binaan atap. Bahagian rumah dapur yang menggunakan dinding pelupuh buluh.

4.3 Faktor Agama dan Budaya Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Agama banyak mempengaruhi cara hidup orang Melayu sama ada pada zaman kebudayaan Hindu-Buddha atau agama Islam. Bentuk fizikalnya, konsep dan fungsi ruang rumah tradisional Melayu disusun mengikut kehendak agama Islam. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Definisi ruang juga diatur mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4.4 Faktor Kebolehan teknikal tukang rumah Pemikiran masyarakat Melayu semakin maju dan telah menyumbang kepada perubahan teknologi dan perekaan alatan untuk memenuhi keperluan asas untuk hidup. Selaras dengan perkembangan ini, kaedah bertukang menjadi semakin baik melaui peralatan seperti kapak, beliung, gergaji, pepatil alat menebuk dan alat mengetam juga digunakan secara meluas. Dengan adanya peralatan itu, tukang rumah Melayu telah memperkenalkan sistem rangka rumah yang menggunakan teknik yang lebih baik. Di peringkat awal, sistem mendirikan rumah hanya dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Sistem tebuk kemudiannya diperkenalkan. Selain itu. satu cara lagi untuk menguatkan persendian rangka ialah penggunaan paku kayu yang dinamakan pemeting. Pementing ialah paku kayu yang boleh ditanggalkan bila-bila masa sahaja,apabila rangka rumah tersebut hendak dipindah dan didirikan semula di tempat lain. Pemindahan rumah yang telah didirikan merupakan suatu tradisi yang telah sekian lama wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan ini muncul disebabkan peperangan, perubahan mata pencarian dan perubahan selera yang memerlukan rumah dipindah dari satu tempat yang asal ke tempat yang lain. 4.5 Faktor Ekonomi Selain itu, pembinaan rumah Melayu juga disebabkan oleh faktor ekonomi .Sebagai contoh, bagi nelayan yang rumahnya berdekatan dengan pantai,sungai atau tasik, tiang-tiang perlu dipasang. Fungsi tiang adalah untuk mengelakkan air daripada membanjiri rumah.Bagi petani pula, tiang-tiang yang tinggi membolehkan meatahari membahangi bawah rumah. Fungsinya adalah untuk membolehkan mereka membuat jelapang menyimpan padi.

5.0 Nilai-Nilai Seni Yang Terdapat Pada Rumah Tradisional Melaka


Rumah Tradisional Melaka mempunyai nilai-nilai seni yang tersendiri. Konsep seni bina rumah tradisional Melaka yang sangat kreatif telah menyumbang kepada pelbagai hasil seni tampak yang terdapat pada setiap sudut rumah tersebut. Masyarakat Melayu dahulu dapat menghasilkan rumah tradisional yang kreatif dan menarik adalah kerana tukang rumah mereka yang selalunya terdiri daripada tukang Melayu dan Cina mempunyai daya yang kreativiti di samping hubungan mereka yang rapat dengan alam sekitar. Setiap aspek rumah tersebut mempunyai nilai-nilai seni yang menarik dan berbeza dengan rumah tradisional lain yang terdapat di Malaysia. Biasanya, seni yang terdapat pada rumah ini berkonsepkan flora. Antara bahagian rumah yang mempunyai nilai seni adalah merangkumi bumbung, anjung, serambi, ragam hias, tangga, pintu, tingkap, tiang, dinding dan sebagainya.

5.1 Anjung Anjung menurut Kamus Dewan ialah bahagian rumah yang ditinggikan di sisi atau pada tengah rumah. Anjung rumah di bina pada bahagian hadapan rumah dan menjadi tingkat yang kedua selepas tanah. Pembinaan anjung agak rendah iaitu 3 hingga 6 kaki dari paras tanah. Berdasarkan rumah Melaka ini anjung agak rendah sedikit lantainya berbanding lantai serambi. Saiz anjung pula sekitar 1/3 hingga sahaja dari ukuran serambi. Lebarnya pula kekal sama seperti lebar serambi menyebabkan bentuknya seperti empat segi. Anjung rumah Melaka tidak mempunyai dinding tetapi berpelebar dan berpagar. Anjung pada kebiasaannya terdiri daripada bahagian di antara tiang berempat yang didirikan dengan pelepar dan pelepar diketam berkumai. Seterusnya, kayu larik atau papan yang ditebuk berbunga-bungaan dimasukkan di bawah pelepar. Pada bahagian pagar anjung terdapat ukiran bercorak bunga dan ditambah dengan papan kembung dan mempunyai motif yang tertentu. Anjung ini biasanya dicat dengan warna yang pelbagai seperti kuning, coklat, dan warna yang gelap.

5.2 Serambi Serambi ialah bahagian yang terdapat pada belakang rumah. Di Melaka, serambi dikenali sebagai sengkuap yang memiliki bentuk yang agak rendah, tipis dan panjang. Bumbung yang menutup bahagian serambi ini agak rendah kerana atap rumah ibu yang agak curam ke bawah

manakala tiangnya disengkuit dan bumbung itu dibina agak sederhana curam. Di rumah- rumah orang yang berkemampuan serambi didahului dengan anjung. Hujung serambi dipanjangkan untuk menerima tangga dan bahagian ini dinamakan sebagai hujung serambi kerana bentuk dan tingginya yang sama dengan serambi. Pada bahagian ini terdapat hiasan kisi-kisi, ukiran, cermin dan sebagainya. Selain itu, serambi juga dipagari pada bahagian luarnya oleh kisi-kisi yang rendah yang berukuran di antara 1 kaki 6 inci hingga 2 kaki tingginya. Kisi-kisi ini terdiri dari papan bunga yang tidak terlalu besar dan mempunyai kesan yang agak halus dan lembut. Serambi biasanya dibina dengan menggunakan papan kembang, papan biasa yang diaturkan menjadi dinding tanpa ukiran lain. Reka bentuknya adalah harus selari dengan reka bentuk yang terdapat pada anjung rumah. Bahagian serambi dipagari dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau bunga-bungaan. Di samping itu, serambi juga mempunyai pelbagai ukiran Melayu Melaka yang diukir cantik yang bercorak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Serambi juga dicat dengan warna yang hampir dengan warna lama seperti pinang masak, coklat, putih serta biru muda. Rona yang dipilih seperti warna pastel bukan yang asli serta keras atau terlalu terang.

5.3 Pintu Pintu merupakan sebahagian daripada dinding rumah yang boleh dibuka dan ditutup. Terdapat beberapa pintu di rumah Melaka yang merangkumi ruang dalaman rumah seperti rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Pintu rumah Melaka mempunyai dua daun pintu yang boleh di buka dari dalam dan diperbuat daripada kayu serta mempunyai selak untuk keselamatan. Contohnya, rumah ibu, pintu biliknya mempunyai ukiran di antara jenangnya dengan palang pintu dan mungkin ditambah dengan siku keluang. Terdapat juga pintu pada bahagian serambi dan dilengkapi langsir.

5.4 Tingkap Tingkap pula bahagian yang hampir sama dengan pintu iaitu mempunyai dua daun pintu yang dilengkapi dengan selak. Tingkap terdapat di dalam bilik dan di setiap sudut dalaman rumah. Rumah Melaka mempunyai banyak tingkap yang di buka ke arah luar serta mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap untuk peredaran udara keluar dan masuk. Tingkap ini berbentuk bingkai dan diperbuat daripada kayu serta ditambah ukiran di atasnya untuk laluan udara di samping dapat mencantikkan tingkap tersebut. Jerajak tingkap diperbuat dari kayu yang

cantik dan tingkap ini juga dicat menggunakan warna sama seperti pintu iaitu warna lama seperti coklat, kuning gelap, serta warna yang menarik seperti biru muda, hijau dan sebagainya.

5.5 Tiang Tiang merupakan elemen penting dalam pembinaan rumah tradisional. Rumah Melaka mempunyai bilangan tiang yang berbeza mengikut jenis dan saiz rumah. Terdapat tiga jenis rumah Melaka, iaitu Rumah Bujang yang mempunyai 6 batang tiang utama serta paling kecil saiznya berbanding jenis rumah lain, rumah bersaiz sederhana ialah Rumah Berbandung Dua yang terdiri daripada 12 batang tiang utama dan rumah yang paling besar ialah Rumah Berbandung Tiga yang mempunyai 16 batang tiang utama. Jika dahulu tiang dibina dengan cara menanam ke dalam tanah untuk menstabilkan rumah, tetapi kini tiang rumah Melaka dibina dengan alas kaki yang dikenali sebagai lapik tiang atau alam tiang. Tiang rumah diperbuat daripada kayu keras manakala alas kakinya dibina daripada batu konkrit atau bahan yang keras.

5.6

Dinding Dinding merupakan bahagian yang membangunkan sesebuah rumah. Dinding rumah

Melaka dibina daripada kayu atau dinding papan. Dinding rumah ini dipasang secara menegak. Pemasangan dinding memerlukan bingkai kayu yang dikenali sebagai jenang. Dinding rumah ini dicat mengikut warna yang hampir sama dengan warna pintu dan tingkap.

5.7

Bumbung Bentuk bumbung rumah yang panjang amat terkenal di negeri pantai barat semenanjung

Malaysia seperti Perak, Selangor dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai tafsiran mengenai rumah tradisional di setiap negeri namun, sebenarnya ciri-ciri asas dan elemen utama setiap rumah tradisional adalah sama, cuma yang membezakannya ialah kesenian seni bina setiap rumah tradisional tersebut. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Bumbung Rumah Melaka terdapat nilai seni bina dari Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau. Rumah yang berbumbung panjang di Melaka lebih dikenali dengan Rumah Serambi Melaka.

5.8

Tangga Keunikan tangga batu yang bersalutkan jubin serta ukiran kayu di sekeliling Rumah

Melaka yang telah membezakan rumah tradisional ini dengan rumah tradisional yang lain. Pengunaan jubin yang berwarna-warni menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah dan ciri-ciri ini menjadi identiti utama seni bina Rumah Melayu Melaka. Nilai seni bina yang terdapat di Rumah Melaka dipengaruhi daripada seni bina Cina , Melayu dan Barat. Kebanyakan ukiran yang terdapat pada Rumah Melaka ini lebih bermotifkan flora dan fauna. Misalnya tangga batu di bahagian serambi, tangganya yang bersalut simen yang agak tebal. Warna pilihan adalah warna yang menarik yang masih kekal bagitu lama. Warna tiles yang menjadi pilihan adalah warna-warna yang memberikan keceriaan dan menambahkan nilai estatika kepada rumah dan penghuninya dan kebanyakan tangga di rumah-rumah tradisional dicat dengan warna putih tetapi terdapat juga warna lain selain putih seperti merah muda dan hijau zaitun. Selain itu, tangga ini, jelas memperlihatkan hasil daripada pengaruh seni bina Cina melalui susunan mozek pada anak tangga yang bermotifkan bunga yang memperlihatkan ciriciri seni bina Cina. Di tangga ini juga terdapat hiasan beraneka tebuk atau batu marmar di bahagian pelepar tangganya. Tangga Batu yang berukir dan lengkap dengan hiasan mam-mar atau tiles pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik hingga kini. Inilah tangga yang menjdi kebangaan orang-orang Melaka. Tangga yang menggembang dari bawah ke atas seolaholah mengucapkan Selamat Datang kepada seseiapa sahaja. Tangga yang terbuka seolah-olah tersenyum mengucap salam kepada semua. Lengkung pelepar tangga ini dilentur agak luas agar kelihatan molek dan dihujungnya diberi kepala. Laman tangga yang berada di bawah anak tangga terbawah sekali dibina secara terbuka luas serta berbentuk separuh bulatan dan fungsinya amat penting sebagai tempat meletak terompah, capal, sepatu dan sebagainya. Di samping itu, kadang-kadang di tepi pelepar kiri atau kanan pelepar terdapat sebuah tempayan air atau kolah yang bersaiz sederhana yang ditakung air untuk berwudhu' atau mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah. Tangga batu ini jarang ditutup kerana mempunyai daya tahan terhadap hujan serta panas. Namun begitu, selepas tahun lima puluhan hanya rumah yang baru dibina tangga batunya ditutupi dengan atap tangga. Atap ini telah disambungkan melalui atap serambi atau anjung. Tangga yang cantik ini menjadi kebanggaan masyarakat Melaka kerana ia adalah warisan seni

bina campuran dari pelbagai pengaruh seni bina turun temurun. Keunikan tangga batu ini semakin terserlah apabila diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping ukiran pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng.

5.9

Ragam hias

Keindahan dan keunikan Rumah Melaka ini semakin terserlah apabila diserikan lagi pelbagai lanskap yang menarik. Lanskap yang penuhi bunga-bungaan dan pohon-pohon yang boleh menyejukkan pandangan dan melahirkan suasana tenteram dan damai ketika berada di depan halaman rumah. Di kebanyakan Rumah Melaka pokok-pokok bunga yang khususnya menjadi pilihan utama masyarakat ialah pokok bunga kertas yang diletak dalam pasu beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah. Dilengkapi dengan kecantikan pada laman rumah berdasarkan keindahan flora menjadikan Rumah Melayu Melaka mempunyai identiti tersendiri malah memperlihatkan seni warisan yang tinggi nilai estetika ini telah dibina dan direka oleh masyarakat Melayu lama yang berkemahiran mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Di samping itu, boleh dikatakan Melaka bukan sahaja merupakan negeri yang dikenali dengan sejarahnya sahaja malah kaya dengan tinggalan seni ukiran kayu yang unik.

6.0 Sumbangan kepada Negara

7.0 Penutup Rumah Melayu Tradisional memperlihatkan cara hidup masyarakat Melayu yang sememangnya mempunyai pertalian dan perhubungan yang begitu erat sekali. Penyesuaian terhadap factor perkitaran memainkan peranan penting dalam perencanaan tataletak sesebuah rumah dan dari sinilah terletaknya kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam berharmoni terhadap objek-objek yang ada di sekeliling mereka. Bermula dari proses memilih tanah sehinggalah berfungsinya sebuah rumah itu sebagai ruanh social mencerminkan kita kepada dasar dan cara hidup masyarakat Melayu yang berlandaskan adat, peraturan dan larangan, sistem social dan juga pegangan agamanya. Rumah Melayu Melaka haruslah dijadikan seni warisan untuk dijadikan tarikan pelancong. Rumah Melayu Melaka haruslah dikekalkan kesenian dan dipelihara keaslian.

7.0 Bibliografi Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1996). The traditional Malay House. Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim wan Teh (1997). Warisan seni bina Melayu. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Bangi.

Ahmad Sanusi (2004). Issues in sustainable development of architecture in Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Gurupiah Mursib, Kamaruddin Mohd. Ali, Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Raalah Mohamad, Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin (2004). Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-Rumah Tradisional. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Lim Jee Yuan (1987). The Malay House: Rediscovering Malaysians Indigenous Shelter System. Institut Masyarakat.

Muhammad Haji Salleh, Farid Mohd Onn, Harun Mat PIah, Ramli Isin dan Shafie abu Bakar (1982). Jurnal budaya Melayu jilid 5. Selangor: Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mokhtar Haji Ismail dan Norazit Selat (2008). Rumah tradisional Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara.

Mokhtar Haji Ismail (2006). Himpunan Kertas Kerja Seminar Pengkisahan Melaka 2003-2006: Tema Senibina Melayu. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, Kompleks Warisan Melaka.

S Vlatseas (1990). A History of Malaysian Architecture. Singapore: Lomgman Singapore Publishers Pte Ltd.

You might also like