Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Johor Negeri Yang Tidak dijajah

Johor merupakan satu-satunya negeri Melayu yang terakhir dikuasai oleh British.Bincangkan faktor-faktor Johor dapat mengekalkan kemerdekaannya. Pengenalan Johor menjadi negeri Melayu yang terakhir menerima penasihat British iaitu Douglas Campbell pada tahun 1914. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kejayaan Johor mengekalkan kemerdekaannya isi penting faktor-faktor yang mendorong Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor dalam melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap dan sistematik terutamanya Temenggung Ibrahim dan Sultan Abn Bakar. Pembaharuan yang dilaksanakan: i) Tahun 1895 diperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Undang-undang Tubuh ini menjamin pemerintah yang teratur dan kuasa sultan diperkukuh. ii) Pentadbiran Johor mirip pentadbiran Barat

yang dilaksanakan di Singapura. Negeri Johor dibahagi kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan pentadbiran. iii) Menjadikan Johor Bharu (Tanjung Puteri) sebagai ibu negeri dan tempat semayam raja/sultan. iv) Golongan birokrasi Johor terdiri daripada kaum elit Melayu yang taat setia dan taat. Pembesar-pembesar menggabungkan ciri-ciri moden dan cirri-ciri pemerintahan Melayu tradisional. v) Pentadbiran Johor dibahagi kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah dan Kerja Raya, Sistem Kehakiman, Pasukan Polis, Jabatan Pendidikan Sekular, dan Jabatan Khazanah. vi) Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri dan Majlis Negeri. Di samping itu, baginda telah mengupah beberapa orang penasihat Eropah. Sistem pentadbiran Johor berbentuk ala Barat. Sultan Abu Bakar tidak memberi peluang kepada British untuk meluaskan kuasanya. (b) Kewibawaan dan kebijaksanaan pegawaipegawai kanan kerajaan Johor membantu

mengekalkan kemerdekaan Johor seperti (i) Dato Jaafar bin Haji Muhamad mengadakan beberapa pembaharuan: - Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Mengarah bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. - Menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu. (ii) DatoAbdul Rahman b. Andak - Mengawal hal ehwal luar negeri Johor untuk menghalang British menjajah Johor Contoh: Menghalang pembinaan landasan kereta api merentasi Johor ke Singapura. - Memastikan hubungan persahabatan terus terjalin dengan pegawai-pegawai British. (iii) DatoMuhamad Salleh b. Perang - Bertanggungjawab membuat perancangan pembangunan negeri Johor. Beliau telah melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor. (iv) DatoMuhamad Ibrahim b. Munsyi. - Bertanggungjawab memajukan pendidikan

moden di Johor. usaha gigih pemimpin-pemimpin kanan membantu mengekalkan kedaulatan Johor (c) Perhuhungan baik dengan British. i) Hubungan baik diwujudkan antara pegawai British di Ncgeri-negeri Selat dengan kerajaan British di London. ii) Hubungan baik amat menguntungkan kerana: - Temenggung Ibrahim mengukuhkan kedudukannnya. - Gelaran Maharaja dan sultan yang diberi kepada Sultan Ahu Bakar yang diiktiraf oleh British. (d) Tidak berlaku kekacauan di Johor. (i) Mengawal kemasukan penghijrahan orang China ke Johor melalui Sistem Kangco. Kerajaan Johor hanya membenarkan kongsi gelap Gee Hin sahaja masuk ke Johor. Dengan cara ini tidak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Cina dengan Johor. (ii) Tiada masalah perebutan takhta antara pembesar-pembesar Melayu dan perebutan takhta antara perwarisan takhta Sultan. Keadaan yang aman tidak memberi sebarang

alasan untuk British campur tangan di Johor. (e) Kurang potensi ekonomi (i) Negeri Johor tidak mempunyai bijih timah yang amat diperlukan oleh British. Kekurangan kepentingan ekonomi mengurangkan minat British untuk menguasai Johor. Kesimpulan Kejayaan British meluaskan kuasanya ke Johor membuktikan kejayaan British rnelengkapkan proses imperialisme di Tanah Melayu
Perincikan tahap-tahap perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara hingga tahun 1909.
Pengenalan Penguasaan Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu Utara pada dasarnya adalah untuk kepentingan perdagangan. Namun disebabkan kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menyebabkan Inggeris mula mengorak langkah untuk menguasai negeri-negeri Melayu yang terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Bagaimanapun pada ketika itu Siam telahpun menguasai negeri-negeri tersebut. Usaha ke arah perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara bermula daripada Perjanjian Burney 1826 hingga Perjanjian Bangkok 1909

Isi Perjanjian Burney yang ditandatangani pada 20 Jun 1826 merupakan kebimbangan Inggeris terhadap Siam dan juga Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU). Apabila raja Siam cuba memulihkan hubungan dengan NNMU, Siam telah memaksa Kedah untuk menawan Perak dan memaksa Perak menghantar bunga ufti. Siam juga telah menuduh Kedah berkomplot dengan Burma menentang Siam. Raja Siam juga telah mempersoalkan penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris tanpa izin daripada Siam. Sultan Ahmad Tajudin yang memerintah ketika itu tidak menghiraukan arahan Raja Siam. Keadaan ini menyebabkan Siam menyerang Kedah dan Sultan telah cuba meminta bantuan Inggeris. Bagi Inggeris hubungan perdagangan adalah penting sama ada Siam atau NNMU. Tekanan daripada Siam untuk memutuskan hubungan perdagangan telah menyebabkan Inggeris menghantar John Crawford untuk memulihkan hubungan tetapi gagal. Usaha ini berjaya apabila Henry Burney dihantar ke Bangkok dan satu perjanjian telah yang dikenali Perjanjian Burney telah ditandatangani

Apa yang nyata kesan daripada perjanjian ini telah membawa kepada kegagalan Sultan Kedah untuk mendapatkan takhtanya. Namun demikian baginda telah menghantar putera sulungnya Tengku Daik ke Bangkok untuk membuat rayuan dan Siam menerima pula rayuan tersebut. Bagaimanapun negeri Kedah semakin kecil kerana sebahagiannya telah diwujudkan negeri baru yang dikenali sebagai Perlis, namun Kedah dan Perlis tetap menjadi jajahan Siam. Bagi Inggeris perjanjian ini berjaya menyekat pengaruh Siam di Tanah Melayu

Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa-kuasa barat yang lain telah mendorong Inggeris menandatagani beberapa perjanjian bagi memastikan kepentingan mereka terjamin. Ini terbukti apabila Inggeris membuat perjanjian dengan Perancis pada 15 Jun 1896. Perjanjian ini sebenarnya bertujuan untuk melindungi kepentingan British di Siam dan Tanah Melayu serta menjamin kemerdekaan di Lembah Menam Chao Phrya yang paling kaya di Siam ketika itu dan penting untuk perdagangan British. Dengan adanya perjanjian ini, Inggeris Berjaya menyekat perluasan kuasa Perancis ke Siam dan menjadikan Siam sebagai Negara penampan untuk mengelakkan pertembungan kuasa antara Inggeris di Burma dan India serta Perancis di Indo China

Inggeris juga telah membuat perjanjian sulit British Siam pada 6 April 1897. Perjanjian ini dibuat bagi memastikan tiada kuasa Eropah lain menguasai NNMU. Ini memandangkan kuasa-kuasa Eropah yang lain sudah mula bertapak di beberapa tempat seperti Langkawi dan Lembah Menam. Melalui perjanjian ini Siam tidak boleh menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kuasa Barat yang lain. Siam juga berjanji tidak akan menyerahkan hak perdagangan dan wilayah kepada kuasa asing yang lain tanpa persetujuan British. Ini membuktikan bahawa perjanjian ini memperlihatkan satu dasar permulaan kearah penguasaan Inggeris ke atas NNMU. Frank Swettenham iaitu Gabenor NS dan PJT NNMB berjanji akan mempengaruhi Kerajaan Britain utk mengubah dasarnya ke atas NNMU. Menurutnya Siam tdk berupaya menguruskan NNMU dan kemungkinan meminta bantuak kuasa Eropah yg lain. Justru itu Inggeris perlu melindungi negeri tersebut agar tdk jatuh ke tangan kuasa Eropah yg lain. Frank juga tlh memberi kata dua kpd Siam iaitu sekiranya Siam enggan berunding dgnnyya, Inggeris akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri bebas. Ugutan tersebut telah membawa kpd pengisytiharaan Inggeris Siam 1902. Berdasarkan perjanjian ini Kelantan terpaksa menerima seorang penasihat British, iaitu W.A.Graham. begitu juga Kedah dan Perlis yang menerima penasihat British pada tahun 1905. Bagaimanapun Terengganu bukan sahaja tidak menerima Penasihat British malah tidak mengiktiraf peristiharaan 1902. Dengan peristiharaan ini pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

Pada tahun 1904 British dan Perancis telah mengadakan pakatan utk bekerjasama. Pakatan ini berjaya menamatkan perluasan kuasa dan pengaruh Perancis di NNMU. Pakatan ini membawa kesan negatif kpd Siam kerana British enggan membantu Siam ketika Perancis menyerang dan merampas wilayah Siam. Ini bermakna British tdk mematuhi isi perjanjian Sulit British Siam yg ditandatangani pada 1897. Siam ingin membatalkan perjanjian 1897 tetapi sedar British tdk akan sewenang-wenangnya menghapuskan perjanjian tersebut. Siam mula menyedari bahawa NNMU tidak senang dengan penguasaan Siam di negeri mereka. Bagi Siam menjalin hubungan dengan NNMU tidak membawa sebarang keuntungan, malah Siam terpaksa member pinjaman wang kepada Kedah sebanyak SP$2 juta bagi membiayai bagi upacara perkahwinan diraja yang boros. Ini menyebabkan Siam menghadapi masalah kewangan yang serius. Oleh itu Siam berhasrat untuk

menyerahkan NNMU kepada Inggeris dengan syarat Inggeris bersetuju memansuhkan hak wilayah asingan di Siam yang diperolihi dari Siam dalam Perjanjian Bowring pada tahun 1855

Rundingan telah diadakan di Bangkok. Satu perjanjian telah ditandatangani yang dikenali sebagai perjanjian Bangkok 1909. Menurut perjanjian ini, Siam bersetuju menyerahkan NNMU kepada Inggeris. Sebagai timbal balik, Inggeris bersetuju menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam. Siam juga bersetuju tidak akan menyerahkan atau memajak sesebuah wilayah ke Selatan Ratburi kepada kerajaan asing yang lain selain daripada Inggeris

Penutup Perjanjian Bangkok telah memantapkan lagi penguasaan Inggeris ke atas NNMU. Dengan ini kesemua NNMU telah menerima seorang penasihat British yang bertugas menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat istiadat. Perjanjian ini juga telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu dan menjamin monopoli perdagangan dan kuasa politk British di Tanah Melayu.

You might also like