Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP LINGGIU PETI SURAT 56, 81907 KOTA TINGGI

KERTAS KERJA Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah

Oleh : NORISHAM BIN SHADAT

Program Internship 2012, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

1.0 Pendahuluan Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah saya kenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek ini diberi nama Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah yang melibatkan saya sendiri iaitu Pelajar PGSR semester 8 dalam menanam pokok-pokok bunga, bagi menghias dan mengindahkan kawasan Sekolah Kebangsaan LKTP Linggiu ini.

2.0 Objektif Melalui projek keceriaan ini, saya berharap akan dapat :i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.

iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.

v. Menunjukkan inisiatif ke arah keguruan secara berterusan bagi meningkatkan nilai profesionalisme

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa Tarikh Tempoh : 03 Sept 29 Sept 2012 : 4 minggu

4.0 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi Penyelaras Projek Timbalan Penyelaras Projek Pelaksana / AJK : Puan Marhamah bt Jais : Encik Hashim bin Md Nor : Puan Rahmah bt Awang : Norisham bin Shadat

5.0 Pelaksanaan Saya akan memulakan Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah ini dengan perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat akan diadakan bermula pada 14 hingga 21 Sept 2012 bertemakan Program Sekolah Lestari Alam Sekitar ( Sekolahku Indah ) Saya akan mula merangka pelan yang sesuai untuk aktiviti menanam pokokpokok bunga agar bersesuaian dan dapat mendatangkan suasana atau pemandangan menarik apabila dipenuhi dengan beraneka jenis bunga-bungaan kelak. Seterusnya, saya akan mencari beberapa jenis bunga-bungaan dari nurseri bunga yang berdekatan seperti di Bandar Kota Tinggi dan Bandar Tenggara . Ia bertujuan untuk memilih jenis bunga-bunga yang betul-betul sesuai ditanam di kawasan sekolah, mudah tumbuh, mudah dijaga dan mudah diselia serta mengambil kira faktor yang utama iaitu pokok-pokok tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya dan kemudaratan kepada murid-murid khususnya. Selepas semua bahan-bahan yang diperlukan cukup, kami akan mula menanam pokok-pokok bunga tersebut mengikut peringkat dan kawasan. Perkara ini agak sukar kerana memandangkan saya seorang diri yang harus menyempurnakan projek ini. Saya terima sebagai satu cabaran untuk menyiapkan tugasan ini kerana hanya seorang diri yang menjalani internship di sekolah ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang lebih ramai jumlahnya di sekolah masing-masing. Akhir sekali, setelah selesai proses menanam pokok-pokok bunga tersebut, jika berkesempatan, saya akan meletakkan sempadan bagi setiap jenis bunga tersebut bagi menambahkan lagi seri atau pemandangan dengan menggunakan batu bata atau batu sungai yang besar.

6.0 Anggaran Perbelanjaan Anggaran belanjawan projek saya adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 4 Pokok Bunga Tanah Tanah Kompos Baja Jumlah Besar 7.0 Lokasi Tapak Penanaman Bunga Berhadapan parkir kereta pentadbir hingga ke pintu pagar masuk sekolah RM 5 x 10 Bungkus RM 10 x 2 Bungkus Perkara Kuantiti 50 pokok Jumlah RM 150.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 20.00 RM 270.00

8.0 Penutup Di harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru dan pelajar PGSR di sekolah ini. Saya juga berharap agar dapat mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga untuk terus menjadi guru yang berdidikasi dan bertanggungjawab terhadap sekolah. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan Projek Tanam Bunga Untuk keceriaan Sekolah ini. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

. ( NORISHAM BIN SHADAT) Setiausaha Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Sekolah Program Internship, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru.

.... ( EN HASHIM BIN MD NOR ) Mentor Program Internship, SK LKTP LINGGIU Peti Surat 56, 81907 Kota Tinggi.

Ulasan Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

.. ( PUAN MARHAMAH BT JAIS ) GURU BESAR SK LINGGIU KOTA TINGGI

You might also like