Elektronik Form2

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Diod Pemancar Cahaya (LED)

Diod pemancar cahaya adalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode. Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.

Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (). Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol Arus yang diperlukan hanya 10 mA dan bekalan voltan tidak melebihi 3 volt.

Perintang

Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar. Nilainya diukur dalam unit Ohm (). Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya. Nilai perintang ditandakan dengan kod warna Ada 2 jenis: 1. Perintang tetap jenis karbon dan dawai berlilit. 2. Perintang boleh laras meter upaya dan reostat

Perintang Tetap
Dibuat mengikut nilai rintangan yang ditetapkan contohnya100 , 200 , 330 dan 1k. Simbol: atau 2 jenis:

a) Perintang tetap jenis karbon b) Perintang tetap jenis berlilit dawai

Perintang Boleh Laras


Dikenali juga dengan nama reostat atau VR(Variable Resistor) Rintangan boleh dilaras antara 0 hingga nilai maksimumnya. Boleh digunakan untuk :
Radio untuk mengawal bunyi Televisyen untuk mengawal warna, bunyi dan kecerahan Kipas angin untuk mengawal suhu kepanasan Seterika elektrik untuk mengawal suhu kepanasan

Jenis perintang boleh laras:

Simbol:

Kod Warna Perintang


Kod warna terdiri daripada 4 lajur Lajur pertama menunjukkan nilai pertama Lajur kedua menunjukkan nilai kedua Lajur ketiga menunjukkan bilangan kosong Lajur keempat menunjukkan nilai toleransi

Warna
Hitam Perang Merah Jingga Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu putih

Mewakili nombor
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Cara Membaca Kod Warna


Kuning menunjukkan no. 4 Ungu menunjukkan no. 7 Perang menunjukkan bilangan sifar, iaitu 1

Emas menunjukkan 5% toleransi

Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm

Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm


Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm

Suis

Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar. Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar. Jenis suis:
1. Suis Togel untuk membuka dan memutuskan arus dalam litar elektronik. 2. Suis tekan digunakan pada hon kereta, loceng rumah. a) Suis tekan tutup b) Suis tekan buka

Transistor

Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa. Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan. 2 jenis :
1. 2. NPN PNP

Mempunyai 3 kaki:
1. 2. 3. Pemancar / Emitter (E) Pemungut / Collector (C) Tapak / Base (B)

Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.

Simbol Transistor

Kapasitor

Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan cas elektrik. Unit asas ialah FARAD (F) 2 jenis :
1. 2.

Kapasitor berkutub
Elektrolitik dan Tantalum.

Kapasitor tidak berkutub


Seramik dan Mika

Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.

Buzer
1.

2.

Sebagai penggera yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran untuk kereta. Terdapat dua jenis: 1. Buzer piezo mengeluarkan nada bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve). 2. Buzer elektromagnet mengeluarkan nada bunyi yang rendah, tidak berkutub.

Komponen Aktif dan Pasif


1.

2.

3.

Komponen Aktif Bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh : transistor dan diod.

1.

2.

3.

Komponen Pasif Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif. Contoh : perintang dan kapasitor.

Latihan / Nota Tambahan


Sila rujuk buku teks untuk latihan di bawah: 1. Apakah perintang tetap jenis karbon dan perintang tetap jenis berlilit dawai? 2. Apakah perbezaan antara perintang tetap jenis karbon dan perintang tetap jenis berlilt dawai? 3. Apakah suis yang dikenali sebagai suis satu kutub satu arah?

4.

5.

6.

Apakah faktor yang mempengaruhi jumlah amaun cas yang disimpan dalam kapasitor? Tuliskan ciri- ciri penting kapasitor. Bandingkan antara kapasitor nilai kecil dan kapasitor nilai tinggi. Tuliskan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan kapasitor dan transistor.

You might also like