Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Mikroorganisma ialah Hidupan

1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan. Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil). 2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan di dalam badan kita. 3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism. 4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jenis Mikroorganisma 1. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama: (a) bakteria (b) virus (c) fungi (d) protozoa

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eR7lYwGGUcU

Page 1

Gambar foto 1.1 Jenis-jenis mikroorganisma 2. Bakteria (a) Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. (b) Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).

(c) Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga. (d) Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi. (e) Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor. (f) Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya. (g) Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eR7lYwGGUcU

Page 2

bacteria

3.Virus (a) Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. (b) Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria. (c) Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

virus

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eR7lYwGGUcU

Page 3

4. Protozoa (a) Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. (b) Protozoa ialah organisma akuatik. (c) Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malariaadalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

protozoa 5. Fungi (a) Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma. (b) Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita. (c) Fungi membiak daripada spora. (d) Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi. (e) Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop. (f) Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eR7lYwGGUcU

Page 4

bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

fungi 6. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eR7lYwGGUcU

Page 5

You might also like