Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Harimau Kumbang Pandai Memanjat

HARIMAU kumbang atau Panthera pardus adalah antara satu daripada tiga spesies harimau yang terdapat di negara ini. Dua spesies yang lain, iaitu harimau belang (Panthera tigris) dan harimau dahan (Neofelis nebolusa). Saiz tubuh badan harimau kumbang lebih kecil jika dibandingkan dengan harimau belang. Berat maksimumnya boleh mencapai sehingga 100 kilogram. Harimau belang jantan dewasa boleh mencapai berat sehingga 150 kilogram. Ukuran tapak kakinya lebih kecil daripada harimau belang, iaitu tidak melebihi daripada 7 sentimeter panjang. Panjang keseluruhan badannya boleh mencapai sehingga 2 meter. Kulit badannya berwarna hitam berkilat. Jika diamati secara dekat, terdapat tompok berbentuk bintang di kulit badannya. Di benua Afrika dan India, harimau kumbang dikenali sebagai harimau bintang atau panther, tetapi di kawasan tropika, kulit badan harimau bintang bertukar warna menjadi hitam kerana cuaca lembap. Harimau kumbang ditemui di kawasan hutan pamah yang diteroka pada ketinggian hampir 1500 meter dari paras laut. Harimau kumbang aktif pada waktu malam, bermula dari senja hingga ke pagi. Biasanya ia mengikut denai haiwan besar yang lain, seperti denai gajah, tapir atau seladang bagi memudahkannya memburu mangsa. Harimau kumbang pandai memanjat pokok terutama pokok yang rendang dan condong. Ia menunggu mangsanya dari atas pokok atau berehat di dahan pokok yang condong. Ada kalanya ia menangkap mangsanya dari atas pokok. Mangsanya terdiri daripada rusa, babi hutan, kijang, pelanduk, burung liar dan haiwan reptilia. Mangsa yang dibunuhnya sama ada dimakan di atas tanah atau dimakan di atas dahan pokok tempat ia berehat.

Selincah Kijang
Kijang mempunyai warna bulu yang cantik. KIJANG (Mutiacus muntjak) atau barking deer merupakan mamalia bersaiz sederhana yang terdapat di hutan negara ini. Kijang berasal daripada keluarga Cervidea atau rusa. Kijang mempunyai warna bulu yang cantik merah kekuningan dan di bawah perutnya berwarna putih. Ekor kijang pendek dan berwarna putih di bahagian bawahnya. Jika terkejut, kijang pantas berlari sambil melompat-lompat dengan ekornya terungkit-ungkit ke atas sebagai tanda amaran kepada kumpulannya untuk melarikan diri daripada musuh. Kijang jantan dewasa mempunyai tanduk kecil yang bercabang satu dan kijang betina tidak mempunyai tanduk. Kijang jantan mempunyai gigi taring yang panjang terjulur keluar dari bahagian rahang atasnya. Taringnya digunakan untuk mencederakan lawannya ketika berlawan. Saiz tubuh kijang jantan lebih besar daripada kijang betina. Kijang jantan dewasa mampu mencapai berat sehingga 40 kilogram. Populasi kijang ditemui di kawasan tanah tinggi terutama di rentis permatang bukit pada ketinggian kira-kira 1000 meter atau 3000 kaki dari paras laut. Kamera inframerah yang dipasang oleh renjer Perhilitan di banjaran Gunung Bintang Hijau dan Bukit Larut di Perak membuktikan kewujudan spesies ini di kawasan tanah tinggi tersebut.

LALANG AGEN ANTIPEMBEKUAN DARAH

Lalang atau nama saintifiknya Imperata cylindrica (L) P. Beauv sejenis rumput yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau, panjang, dan lurus dengan urat daun selari serta runcing di hujungnya. Bahagian tepi daunnya agak tajam dan menyebabkan luka jika tidak berhati-hati semasa memegangnya. Bunganya berwarna putih, ringan dan berjambak halus. Lalang mempunyai batang khas yang dipanggil rizom yang bersisik dan tajam, serta tumbuh menjalar di atas tanah. Lalang dijumpai di sekitar kawasan Asia Tenggara, Afrika, India, Australia serta beriklim tropika, seperti Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Malah, lalang didapati tumbuh di beberapa kawasan bersuhu sederhana, seperti New Zealand dan Jepun. Lalang hidup subur di kawasan yang menerima taburan hujan yang melebihi 1000 milimeter setahun. Lalang juga hidup di kawasan yang kerap dilanda banjir dan tahan kebakaran. Oleh sebab itu, lalang mudah tersebar luas ke kawasan berpasir, seperti persisiran pantai, padang pasir serta habitat berair, seperti kawasan berpaya dan lembah sungai. Kadar pertumbuhan yang tinggi menyebabkan lalang cepat tersebar ke seluruh kawasan baharu sebagai perintis baharu sehingga mengancam sektor pertanian dan perladangan. Nama saintifik lalang diambil sempena mengingati jasa ahli farmasi berbangsa Itali, iaitu Ferrante Imperato (1550 1631). Beliau bergiat aktif dalam kajian sumber semula jadi dan penulis buku DellHistoria Naturale. Nama lain bagi lalang ialah alang-alang dan ilalang di Indonesia, kunai di Papua New Guinea, kogon dan gogon (Filipina),kyet-mei (Myanmar), co tranh (Vietnam) dan ya-kha (Thailand). Lalang juga dikenali dengan panggilan cogongrassdan satintail dalam bahasa Inggeris dan di Australia dikenali sebagai blady grass.

KECUBUNG BERACUN

KECUBUNG atau lebih dikenali sebagai terung pungar sejenispokok renek dalam familiSolanaceae yang berasal dari China. Nama saintifiknya,Datura metel merupakan sejenis tumbuhan beracun yang mempunyai nilai perubatan. Pokok kecubung boleh mencapai ketinggian sehingga dua meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya berumpun. Bunga kecubung berbentuk trompet dengan pelbagai saiz dan warna. Warna bunga kecubung yang biasa ditemui ialah ungu dan putih serta kuning dan jingga. Buahkecubung berwarna hijau dan bertukar coklat apabila tua dan mempunyai duri yang halus di bahagian luarnya, seperti kulit durian. Apabila masak, lenggai buah ini pecah dan mengeluarkan biji berwarna coklat dan berbentuk seperti buah pinggang. Kedua-dua buah dan biji kecubung beracun. Setiap buah mengandungi lebih kurang 500 biji. Pokok kecubung ditanam menggunakan biji benih atau keratan batang. Daunnya berselang-seli, berukuran antara 10 20 sentimeter panjang dan lebar, serta bahagian tepi daun bergerigi. Pertumbuhannya tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

You might also like