Dokumentasi BLK Terapi 2012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG, SEKSYEN U16, TAMAN

BUKIT SUBANG, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR. TEL: 03-7847 5581 / 012-989 1033 FAX: 03-7848 3552

DOKUMENTASI:
BILIK INTEGRASI SENSORI (SENSORY INTEGRATION ROOM)

TEMPAT: PENDIDIKAN KHAS, SK TAMAN BUKIT SUBANG, SHAH ALAM

PENGELOLA: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BERMASALAH PEMBELAJARAN SK TAMAN BUKIT SUBANG

1.0 PENDAHULUAN Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang telah diwujudkan pada bulan September 2007. Pada ketika itu, murid-murid berkeperluan khas ini hanya berjumlah 18 orang. Bilangan ini meningkat seramai 28 orang pada tahun 2012. Murid-murid PPKI sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori iaitu syndrome down, slow learner, autisme, cerebral palsy, attention deficit hyperactive disorder, Predder Willy, dan mental retardation. Pihak pengurusan PPKI sentiasa memikirkan pelbagai bentuk aktiviti yang sesuai untuk memperkembangkan potensi murid-murid di sekolah ini. Segala aktiviti yang dirancang adalah berpandukan Falsafah Pendidikan Khas. Pihak pengurusan PPKI telah merancang aktiviti yang berbentuk ilmiah, riadah, sosial dan terapi kepada murid-murid ini.

Projek Bilik Integrasi Sensori ini ditubuhkan untuk tujuan memberi peluang sama rata bagi kanak-kanak istimewa belajar dan turut melalui suasana persekolahan dengan bantuan guru-guru terlatih serta peralatan yang dapat memupuk kebolehan belajar mereka dan mengembangkan kemahiran serta kebolehan mereka. Oleh itu pihak F&N Beverages Marketing Sdn.Bhd dengan berbesar hati akan menyumbangkan peralatan terapi bilik Integrasi Sensori kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang. Maka dengan itu, Pihak Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Taman Bukit Subang perlu menyediakan bilik Sensori Integrasi yang lengkap dengan kemasan jubin dan penghawa dingin serta cat yang bersesuaian untuk bilik terapi.

2.0 RASIONAL Walaupun tidak sesempurna murid-murid biasa, insan istimewa ini tetap mengharapkan ada sedikit ruang bagi mereka di hati insan lain.Walaupun kelihatan berbeza dari segi paras rupa, mereka juga pandai ketawa, menangis, mengadu kepada orang jika sakit atau cedera.Tanpa betul-betul mendekati, bermesra dan melayan mereka, tidak ada sesiapa menyangka keistimewaan murid-murid OKU. Ketika mereka menunjukkan kebolehan, pasti ramai lupa mereka sebenarnya insan istimewa yang kadang-kala dipinggir oleh masyarakat. 2

Biarpun diketegorikan sebagai OKU, murid-murid ini tetap memerlukan kasih sayang daripada semua pihak. Kecacatan tidak menjatuhkan taraf kemanusiaan terhadap individu berkenaan. Murid-murid ini perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak, pendidikan akademik, dan terapi mengikut kemampuan masing-masing.Murid-murid OKU ini masih mempunyai potensi untuk berjaya seperti murid normal jika diberi latihan terapi dan pendidikan khas. Mereka sebenarnya mempunyai kemampuan mental, fizikal dan perasaan seperti muird normal. Kebanyakan daripada murid sekolah ini mempunyai masalah yang melibatkan perkembangan mental,emosi, dan kurang keyakinan diri. Murid-murid ini memerlukan terapi yang pelbagai dan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Kebiasaannya selepas menjalani terapi yang berterusan murid khas ini akan menjadi bertambah baik dan meningkat dari aspek mobility mereka.Ini akan sangat membantu murid menjalani kehidupan seharian yang lebih baik, berkualiti dan meyakinkan. Peralatan terapi yang moden dan canggih melibatkan kos yang terlalu tinggi. Kebanyakan ibu bapa murid tidak mampu untuk menyediakan peralatan terapi untuk anak-anak mereka, justeru Kementerian Pelajaran juga tidak mampu memenuhi permintaan semua sekolah untuk menyediakan peralatan terapi di setiap sekolah kendaliannya kerana kos peralatannya yang terlalu tinggi. Sehubungan dengan ini, kami daripada Program Pendidikan Khas Integrasi, Bermasalah Pembelajaran, SK Taman Bukit Subang Shah Alam berinisiatif

mengemukakan kertas cadangan ini kepada mana-mana pihak yang berkenaan supaya dapat membantu dengan memberi sumbangan kepada kami agar kami dapat merealisasikan impian murid-murid OKU sekolah kami dengan menyediakan bilik Integrasi Sensori seterusnya dapat memberi keyakinan yang lebih dalam diri murid kami.

3.0 MATLAMAT Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Khas, maka bilik Integrasi Sensori ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama. 3

4.0 OBJEKTIF 4.1 Meningkatkan mobiliti murid-murid pendidikan khas dari segala aspek seperti psikomotor halus, psikomotor kasar, lokomotor halus dan kasar serta aspek emosi mereka. 4.2 Memberi peluang kepada murid mendapat kemudahan terapi yang pelbagai dan terbaik secara percuma. 4.3 Menjadikan keupayaan yang dimiliki mereka adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. 4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

5.0 LOKASI BILIK INTEGRASI SENSORI DAN RELEVEN KEPERLUAN Lokasi bilik Integrasi Sensori ini adalah di bilik Pendidikan Khas, SK Taman Bukit Subang, Shah Alam. Lokasi ini dipilih kerana ianya berhampiran dengan kelas pendidikan khas dan memudahkan pergerakan murid.

Antara peralatan yang disumbangkan Oleh pihak F&N Beverages Marketing Sdn.Bhd adalah seperti (Gambar alatan-sila lihat Lampiran): a) Bolster Swing b) Curvey Wurvy Twizler c) Climbing Wall d) Scooter board ramp e) Trampoline with Front bar f) Resistance Tunnel g) Balance board h) Wavy Tactile Path i) Gymnic Ball j) Soft brush 6.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA. 5.1 Jumlah murid Pendidikan Khas SK Taman Bukit Subang : 28 Orang 5.2 Murid berkeperluan khas, sekolah-sekolah di daerah berhampiran. 4

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Pn. Radziah bt.Talhah (Guru Besar SK Taman Bukit Subang) Pengerusi Program : Pn. Hjh.Eshah Bt.Abdullah (Penolong Kanan Pendidikan Khas,SK Taman Bukit Subang) Timbalan Pengerusi : En.Saiful Yazan bin Abu Hassan (Yang Di Pertua PIBG SK Taman Bukit Subang) Penyelaras Program: Pn. Ima Nadia bt.A.Rahim Setiausaha: Pn.Salbiah bt.Muhammad Bendahari: Pn.Noraini bt.Md.Noor Lamin Ahli Jawatankuasa: Pn.Zalina bt.Zainal Abidin Pn.Noor Azura Jusoh Pn. Saraswathi K. Anthemuthu Pn. Siti Raozah AJK BIRO PPKI SK Taman Bukit Subang

Program-program yang dijalankan. A) F&N Sensory Integration Room (Facilitator Guide book Launch & Talk) Tarikh: March 2012

B) Kursus OT Guru-guru Pendidikan Khas Anjuran F & N Baverages Sdn. Bhd. Tarikh: 22/09/2012

C) Program Pendedahan Terapi Sensori Anjuran F & N Baverages Sdn. Bhd. bersama Ibu Bapa. Tarikh: 22/09/201

D) Majlis Perasmian Bilik Sensory Integration Room Tarikh: 04/10/2012

10

11

8.0 PENUTUP Setiap murid berhak mendapat pendidikan dan peluang yang sama. Aktiviti yang dirancang dan dijalankan sentiasa mengambil kira kepentingan dan keperluan mereka. Selain ini diharap dengan adanya program bilik Integrasi Sensori ini murid-murid akan rasa lebih dihargai dan bersemangat pada masa akan datang. Membiarkan murid kategori OKU tanpa usaha pemulihan dan pendidikan yang sewajarnya akan menjadikan keadaan lebih buruk. Jika mereka diasuh dan diberi latihan, sudah pasti sedikit sebanyak penggantungan terhadap ibu bapa dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental bertambah baik.. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan dan segala aktiviti yang dilaksanakan melalui program ini dapat

dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh murid-murid pendidikan khas demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharap kertas cadangan yang disediakan ini akan mendapat

pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan dengan memberi bantuan dari segi kewangan. semoga segala amal yang telah dilakukan akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Disediakan oleh, .

Disahkan oleh, .

(Pn.Hjh.Eshah bt.Abdullah)

(Pn.Radziah binti Talhah)

Guru Penolong Kanan, Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Taman Bukit Subang, Seksyen U16, Taman Bukit Subang, 40150 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan

Guru Besar, SK Taman Bukit Subang, Seksyen U16, Taman Bukit Subang, 40150 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan

12

AKTIVITI- AKTIVITI BILIK SENSORI INTEGRASI

LAMPIRAN

Flexion Swing

Bolster Swing 4

Scooter board ramp Linear Glider

Balance rocker Balance Beam 13

Trampoline

Step Board

Twin Walker

School ball set

Rainbow river stone

Wavy tactile path 14

Forever Up-Down

Circular/ maze Balancing Board

Pedal roller Rocking see-saw

15

LAMPIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK TAMAN BUKIT SUBANG

16

You might also like