Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI NAMA OPSYEN NO IC FADHILA BT HASBI PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4 911013-13-5738

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya saya dan ahli kumpulan Persatuan Bulan Sabit Merah akhirnya telah selesai dan berjaya mengikuti perkhemahan unit beruniform selama 4 hari 3 malam di Taman Etnobotani Gua Musang pada 27 Ogos sehingga 30 Ogos 2012 yang lepas. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh semua unit beruniform dan antaranya ialah pasukan kami iaitu Persatuan Bulan Sbit Merah. Selama 4 hari 3 malam saya di sini, banyak pengalaman baru dan pengetahuan yang telah saya perolehi. Pada mulanya, saya berasa agak tidak bersemangat untuk mengikuti perkhemahan ini kerana memikirkan tugasan kerja kursus yang masih banyak belum disiapkan. Namun, atas kewajipan saya menguatkan semangat untuk turut serta. Apabila saya berada di sini dan mengikuti program-program yang telah dirancang, saya mula berasa seronok dan bersemangat mengikuti aktiviti yang dijalankan. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan di sini kebanyakannya merupakan memberi pengetahuan baru kepada saya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengikuti kursus berkenaan belutan, rawatan kecemasan serta operasi menyelamat. Di samping itu juga, kami dikehendaki untuk melakukan praktikal cara membalut balutan dengan betul, melakukan bantuan CPR, dan juga bantuan bencana serta operasi menyelamat. Ini merupakan pengalaman yang begitu menyeronokkan dan bermakna buat saya kerana terdapat banyak pengalaman baru yang saya dapat melalui aktiviti-aktiviti ini. Kami turut menjalani ujian amali untuk setiap kursus yang telah diberikan. Seterusnya aktiviti kembara ke hutan dan gua yang dijalankan pada hari kedua juga merupakan salah satu pengalaman menyeronokkan ketika saya berada di sini. Walaupun penat mendaki di sepanjang perjalanan namun hasilnya saya dapat menjejaki gua di sini dengan selamatnya. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menjejaki gua dan terdapat banyak pengisian ilmu yang telah saya perolehi di sini daripada pensyarah yang terlibat.

Setiap apa yang dilakukan tidak selalunya berlaku dengan sempurna. Begitu juga dengan saya apabila berada di sini. Hari pertama perkhemahan ini, saya dan rakan-rakan mengalami masalah bas yang tidak mencukupi. Oleh itu, saya dan beberapa orang rakan terpaksa duduk di tempat berhampiran pemandu kerana tidak cukup tempat duduk. Namun begitu, ia mengajar diri saya untuk bersabar dengan setiap masalah yang berlaku. Pengalaman menyeronokkan dan mencabar sepanjang perkhemahan ini memberi beribu makna kepada saya. Ini kerana dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ini, saya boleh praktiskan di sekolah apabila saya dilantik menjadi seorang guru penasihat di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Selain itu juga, saya dapat menggunakan pengetahuan ini untuk membantu mangsa-mangsa di dalam kecederaan seperti kecederaan pelajar di dalam dan luar kelas serta dapat melakukan rawatan kecemasan dengan dengan segera. Aktiviti sepanjang ini juga mengajar saya untuk sentiasa bersabar dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi. Selain itu, saya juga dapat menguatkan mental dan fizikal saya sepanjang perkhemahan ini. Perkhemahan ini banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar dan realitinya menjadi seorang penyelamat. Oleh itu, saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi ini tidak akan hilang begitu sahaja. Saya harap saya dapat praktiskan pengetahuan ini setiap masa tidak kira ketika saya masih berada di maktab ini atau sehingga saya mengajar di sekolah kelak. Sekian terima kasih.

You might also like