Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAH PENUBUHAN PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.

PENGASAS PENUBUHAN
Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri HajahHazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah keDarul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri PadukaBaginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum TengkuAbdul Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertandingpada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.b.

Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yangpertama

DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke BawahDuli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan bintiAlmarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail

Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Allaharyamah Y.A.Bhg. Datin Seri Endon MahmoodAllahyarhamah

Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin

Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan

Pengiktirafan Kerajaan
Pada 06 Mei 1980 - PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform diperingkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tanggal 08 Disember 1988 - PPIM diiktiraf dan didaftarkansebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telahmengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

PAKAIAN SERAGAM
BAJU PUTERI PEMIMPIN BAJU KAWAD

BAJU RIADAH

BAJU

BENDERA JOHOR

BENDERA MALAYSIA

NAIKKAN BENDERA
1.Ketua Puteri memanggil PENAIK BENDERA, SEDIA(Tiga orang penaik bendera keluar serentak). 2.Ketua Puteri menghadap bendera member arahan,NEGARAKU ,MULA. 3.Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri di tengah memberarahan:UNDUR ketiga-tiga undur serentak. 4.Ketua Puteri memberi arahan LAGU PUTERI, MULA 5.Penaik bendera (Puteri di tengah)mengarahkan KANAN, PUSING (Ketiga-tiga berkawat balik ke barisan. Puteri yang terakhir sampaiakan sebut SIAP)

ACARA TURUN DAN LIPAT BENDERA


.
1.Ketua Puteri memanggil PENURUN BENDERA SEDIA 2.Tiga orang penail bendera diikuti oleh 3 orang lagi (6 orang) berkawadke hadapan tiang bendera. 3.Orang pertama (penaik)berdiri di hadapan. Orang kedua berdiri dibelakang ke kanan sedikit. Kedua-dua buka ikatan/simpulan. 4.Lipat bendera mengikut kiraan Ketua Puteri: SATU -lipat dua kemudian regang semula DUA -lipat dua lagi, kemudian regang semula TIGA -ekor bendera dicantumkan ke kepala bendera EMPAT -bahangian ekor dicantumkan lagi ke kepala bendera LIMA -lipat kipas (3 kali)

5.Setelah selesai orang pertama pegang bendera (di tangan kanan, letak/bawake sisi)

LENCANA PPIM

LENCANA SEKOLAH

JATA MALAYSIA

JENIS JENIS NAJIS


1.Najis Mukhaffafah Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). 2.Najis Mughallazah Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. 3.Najis Mutawasitah Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu: Setiap yang cecair yang memabukkan Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing. Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

CARA MENYUCIKANNYA
1.Najis Mukhaffafah Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya. 2.Najis Mughallazah Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci. Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi. 3.Najis Mutawasitah Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang. Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu. Hukum arak yang jadi cuka Apabila arak atau tuak itu menjadi cuka dengan sendirinya, maka suci hukumnya, dan sucilah juga bekasnya.

PENJAGAAN RAMBUT YANG BERSIH


1. Amalkan gaya hidup sihat.

Kepada perokok, hentikanlah tabiat tersebut kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Kulit yang kering jika tidak dirawat boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok juga menyumbang kepada kerosakan dan keguguran rambut. 2.Tidur dengan nyenyak setiap malam Tidur yang nyenyak dan cukup akan melancarkan peredaran darah dan merehatkan minda. Ia mampu untuk mengelakkan rambut anda menjadi kusam. 3. Jika anda menggunakan produk untuk penataan rambut, pastikan ia tidak mengandungi alkohol yang tinggi. Juga elakkan dari menyapu bahan tersebut terus ke kulit kepala kerana ini akan menyebabkan pori-pori kulit kepala tertutup yang boleh mengakibatkan rambut rosak. 4. Sekiranya anda ingin mengunjungi kolam renang, pastikan anda membasahkan rambut terlebih dahulu dengan air biasa dan juga memakai pelindung kepala. Selepas keluar dari kolam renang juga anda harus terus membasuh rambut anda dengan air biasa. Ini kerana kebiasaannya air di kolam mandi mempunyai kandungan klorin yang tinggi yang tidak bagus untuk rambut anda. 5. Gunakan pengering rambut dengan setting yang sederhana. Udara panas dari alat pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Oleh itu jika anda ingin menggunakan alat pengering rambut, pastikan anda set ke tahap yang sederhana dan elakkan dari menghalakan pengering rambut tersebut terus menerus ke satu tempat.

Sebelum menggunakan pengering rambut, gosokkan rambut yang basah dengan tuala terlebih dahulu. 6. Gunakan sikat rambut yang bersih. Seeloknya bersihkan sikat anda dengan menggunakan sabun atau syampu secara teratur. Jika boleh gunakan sikat yang diperbuat dari kayu kerana sikat ini boleh mengelakkan rambut dari mudah putus. 8. Bagi yang mempunyai rambut panjang, elakkan dari menyikat rambut ketika ia basah. Uraikan dahulu hujung rambut, dan kemudian barulah bahagian atas. Jangan sesekali menguraikan rambut yang kusut dari atas ke

bawah kerana ia akan menyebabkan rambut banyak terputus.

You might also like