Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.

qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 2

Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia MOH/K/GIG/5.2006(BK)

http://ohd.moh.gov.my

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 4

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 6

Kesihatan pergigian yang optimum untuk penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 8

Tidak mengunyah sireh dan pinang atau tembakau


Sekiranya anda tidak mengunyah sireh dan pinang atau tembakau, gigi akan kelihatan lebih bersih kerana tidak berkarat. Risiko kejadian kanser mulut juga berkurangan.

Dapatkan rawatan untuk mulut kering


Mulut yang sentiasa kering boleh menyebabkan masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi dan sakit mulut. Anda boleh mencuba petua-petua berikut untuk mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut: Minum air sepanjang hari. Sapu sedikit vaselin pada mulut. Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula. Menggunakan air liur gantian yang boleh didapati dari farmasi.

Dapatkan nasihat doktor pergigian jika masalah masih berterusan.

11

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 10

Menjaga gigi palsu


Sekiranya anda memakai gigi palsu, pastikan anda: Membersih gigi palsu setiap kali selepas makan.

KANDUNGAN

Halaman

Pendahuluan

Kesihatan pergigian warga emas Menanggalkan gigi palsu sebelum tidur dan rendam di dalam bekas berisi air. Tidak membaiki gigi palsu sendiri sekiranya rosak. Bawa gigi palsu tersebut ke klinik untuk penilaian dan dibaiki atau diganti. Ganti gigi palsu sekiranya ia telah rosak atau longgar. Pelekat gigi palsu boleh digunakan untuk membiasakan diri anda memakai gigi palsu yang baru. Kerosakan gigi Gigi haus Penyakit gusi Mulut kering Kanser mulut

Penjagaan kesihatan pergigian

Tidak merokok
Merokok boleh menjejaskan kesihatan kerana ia mendedahkan anda kepada pelbagai masalah kesihatan seperti kurang bertenaga, sakit jantung dan mati pucuk. Gigi berkarat, penyakit gusi dan kanser mulut juga dikaitkan dengan tabiat merokok.

Menjaga kebersihan gigi Makan secara sihat Dapatkan pemeriksaan pergigian Menjaga gigi palsu Tidak merokok Tidak mengunyah sireh dan pinang atau tembakau Dapatkan rawatan untuk mulut kering

10

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 12

Dapatkan pemeriksaan pergigian

Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurangkurang sekali setiap tahun masih perlu dilakukan walaupun anda tidak mempunyai gigi. Pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan sekiranya dinasihatkan oleh doktor pergigian.

Angin bertiup cuacanya redup Duduk termenung hati tersayat Gigi sihat seumur hidup Harus dijaga sepanjang hayat
Pemeriksaan berkala dapat mengesan masalah pergigian di peringkat awal

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 14

Makan secara sihat

Bilangan penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas atau warga emas semakin meningkat. Peningkatan ini adalah kesan positif daripada taraf kehidupan yang lebih baik dan penjagaan kesihatan yang senang diperolehi. Perangkaan ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan.

Kesihatan pergigian juga turut bertambah baik di mana lebih ramai warga emas yang masih mempunyai gigi. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan seseorang itu makan dengan selesa, bertutur dengan jelas, bergaul dengan penuh keyakinan dan menjalankan aktiviti harian tanpa rasa sakit, tidak selesa atau segan silu yang mana menyumbang kepada kesejahteraan secara am.
Lazimnya, apabila usia seseorang itu meningkat, mereka turut mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan kurang upaya. Di samping masalah kesihatan yang dihidapi, mereka juga lebih terdedah kepada masalah pergigian. Keadaan ini menunjukkan penjagaan kesihatan warga emas perlu diberi perhatian. Ini meliputi penjagaan kesihatan pergigian yang baik.

Makanan yang seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan untuk kesihatan dan tenaga. Anda perlu: kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang manis. makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Baca label bungkusan makanan atau minuman yang dibeli. Teliti kandungan gula dalam makanan atau minuman.

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 16

Kesihatan pergigian warga emas

Penjagaan kebersihan gigi golongan kurang upaya

Mulut yang sihat, bebas daripada sebarang masalah pergigian.

Penjaga perlu menjaga kebersihan mulut warga emas yang kurang upaya supaya kesihatan pergigian mereka tidak terabai. Kaedah berikut boleh digunakan:

Antara masalah pergigian yang sering dialami oleh warga emas ialah kerosakan gigi, gigi haus, penyakit gusi dan mulut kering.

Kerosakan gigi (Karies gigi)

1. Sekiranya pesakit itu dapat duduk, penjaga hendaklah berdiri di belakang pesakit dengan sebelah lengan memaut dan menyokong kepala pesakit manakala tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memberus gigi.

Plak ialah selaput yang mengandungi bakteria dan sentiasa terkumpul di permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan kerosakan gigi jika tidak dibersihkan dengan teliti. Kerosakan gigi akan menyebabkan rasa ngilu dan sakit. Makanan juga mudah melekat pada gigi yang rosak. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, kebengkakan boleh berlaku. Paras rupa mungkin terjejas dan menyukarkan untuk mengunyah makanan serta melakukan aktiviti harian.

2. Sekiranya pesakit itu tidak boleh duduk, pesakit boleh dibaringkan di atas susuk dada (mengiring) supaya penjaga dapat melihat gigi di dalam mulut dan memberus dengan berkesan.

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 18

Penjagaan kesihatan pergigian


Kesihatan pergigian dapat dikekalkan dengan penjagaan dan amalan yang baik seperti berikut:

Gigi haus

Menjaga kebersihan gigi


Berus gigi dengan berkesan setiap hari. Menggunakan ubat gigi berfluorida dapat mencegah kerosakan gigi manakala ubat gigi khas untuk gigi sensitif pula dapat menghilangkan rasa ngilu pada gigi. Bagi mereka yang kurang upaya disyorkan mengguna berus gigi berkuasa bateri atau mengubah suai pemegang berus gigi.

Gigi menjadi haus apabila permukaan luar gigi menjadi semakin nipis. Ia ada kaitan dengan tabiat: Memberus gigi dengan kuat Pengambilan minuman berkarbonat atau makanan yang berasid Mengetap dan menggesel gigi

Permukaan gigi yang haus akan menyebabkan rasa ngilu atau sensitif terutama apabila mengambil makanan atau minuman yang manis, masam, sejuk atau panas dan ketika memberus gigi.

Penyakit gusi (Penyakit periodontium)


Bakteria dalam plak juga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak dan mudah berdarah. Jika penyakit gusi ini tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang dan lain-lain tisu yang menyokong gigi. Kerosakan tulang yang menyokong gigi akan menyebabkan gigi menjadi longgar, bernanah dan kesakitan.

Pemegang berus gigi diubah suai supaya lebih senang dipegang

Guna flos untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak di celah-celah gigi setiap hari.

Warga Emas & Kesihatan Pergigian.qxd

7/27/06

11:47 AM

Page 20

Mulut kering ( Xerostomia) Kajian yang dilakukan di Malaysia pada tahun 2000 mendapati 9 daripada 10 orang dewasa yang mempunyai gigi, mengidap pelbagai peringkat penyakit gusi
Penuaan, masalah kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berkurangan. Keadaan mulut yang sentiasa kering boleh menyebabkan masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau. Mulut juga mudah terluka dan pertuturan serta menelan makanan menjadi sukar.

Gusi kelihatan bengkak dan mudah berdarah

Kanser mulut
Mereka yang mempunyai tabiat merokok, mengunyah sireh dan pinang, mengunyah tembakau atau minum alkohol dalam jangka masa yang lama mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser mulut.

Gigi kelihatan panjang dan tidak rapat kerana gusi menyusut dan mendedahkan bahagian akar gigi

Bahagian lidah

Bahagian sebelah dalam pipi

Kehilangan gigi terlalu longgar

kerana

Antara tanda-tanda kanser yang perlu diawasi di dalam mulut (termasuk lidah dan lelangit): ulser/ kudis mulut yang tidak sembuh atau lambat sembuh. sebarang perubahan warna pada tisu mulut. benjolan atau ketumbuhan dalam mulut.

You might also like