Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.

MATRIK : JM/9525/08

Alam memanifestasikan Puisi. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai bincangkan kenyataan ini.

Pendahuluan

Puisi merupakan satu bentuk kesusaseraan Melayu tradisional yang terdiri daripada pelbagai genre atau bentuk. Ia meliputi pantun, syair, nazam ,gurindam, seloka, talibun, teromba, peribahasa, teka-teki, dikir, mantera dan prosa berirama.Pada umumnya puisi merupakan suatu bentuk karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang terikat. Pengertian sebenar puisi amat luas kerana ia dikatakan hidup mengikut perkembangan masyarakat dan manusia. Dari segi etimologinya, puisi dikatakan berasal daripada perkataan Belanda poezie yang membawa maksud pantun dan syair hasil daripada pancaran perasaan dan fikiran. Manakala dalam bahasa Inggeris, ia ditulis sebagai poetry. Dalam bahasa Melayu pula, perkataan puisi berasal daripada bahasa Indonesia. Pendita Zaba dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu menterjemahkan puisi sebagai karangan berangkap. Ia dapat dilihat dalam bukunya itu, di mana Zaba mengatakan:

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Dalam bahasa Melayu adalah beberapa karangan berangkap itu dinamakan pantun, shair, bait, gurindam dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk termasuklah pantun, shair, gurindam dan seloka yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menunjukkan keindahan warisan tradisional orang Melayu . Mohd Taib Osman ( 1975 ) dalam Warisan Puisi Melayu menyatakan bahawa puisi Melayu tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu lama yang mempunyai maksud yang begitu mendalam walaupun penggunaan kata dan perbendaharaannya agak terhad dan sering kali dianggap beku. Alwi Salim ( 1983 ) dalam Puisi Melayu menganggap dunia puisi Melayu penuh dengan fantasi dan misteri. Ia merangkumi ke semua aspek kehidupan masyarakat Melayu termasuklah adat istiadat, perundingan, perdukunan, hiburan dan gurau senda. Pada masa yang sama, beliau turut mengaitkan puisi dengan perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban masayarakat. Shanon Ahmad ( 1978 ) pula dalam Penglibatan Dalam Puisi menegaskan puisi adalah satu cirri perabadan manusia sejak mula dan terus menjadi titik pusat dalams etiap bangsa. Ia bukan sekadar satu hiburan tetapi juga merupakan satu media bagi melahirkan perasaan individu, idea-idea kepercayaan agama dan juga prinsip-prinsip moral.

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Menurut Kamus Dewan ( 1994 ) pula, puisi merupakan karangan yang berbentuk sajak yang digunakan untuk mengekspresi pemikiran dan perasaan. Sarjana-sarjana Barat turut berminat dalam kajian warisan puisi turut memberi pelbagai pengertian yang berbeza tentang pengertian puisi. Taylor Coleridge misalnya mengatakan puisi itu adalah kata-kata yang terindah dalam susunan yang terindah. Carlyle pula beranggapan bahawa puisi merupakan pemikiran yang muzikal sifatnya.

Alam Memanifestasikan Puisi

Corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Telah diterima umum bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam iaitu alam tumbuhan, alam haiwan dan alam cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang daripada alam raya

perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat. Berikut adalah contoh pantun yang memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi : Buah Cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan.

Penggunaan unsur

alam semulajadi seperti cempedak digandingkan

dengan galah yang menjadi alat kebiasaan digunakan untuk menjolok buahbuahan. Pemilihan kata untuk kedua-dua baris pembayang dihasilkan dengan teliti sehinggakan dengan hanya menyebutnya sahaja, khalayak dapat mengetahui dan memahami bahagian maksud yang diujarkan pada baris ketiga dan keempat. Misalnya dengan hanya menyebut :

Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Secara tidak langsung telah memperlihatkan unsur-unsur menyedari akan kelemahan dan kekurangan diri dengan harapan memohon bantuan daripada pihak lain yang lebih mampu. Buah cempedak sepertimana lazimnya, bercambah dari pangkal pokok hinggalah ke dahan yang tinggi. Buah yang berada di bahagian luar pagar sudah pasti tumbuh pada bahagian yang tinggi sehingga sukar untuk dicapai menggunakan tangan. Apatah lagi sekiranya buah tersebut berada di halaman atau bahagian kebun orang lain, maka perlu meminta keizinan terlebih dahulu untuk mengambilnya. Bantuan yang diminta bukan dengan tangan kosong tetapi dengan huluran galah untuk memudahkan orang yang menolong itu melaksanakannya.

Falsafah yang tersirat di sebalik pantun tersebut secara tidak langsung membawa amanat tentang peri pentingnya sifat merendah diri yang perlu ada dalam diri setiap insan. Selain itu, pantun tersebut memancarkan pemikiran masyarakat Melayu lama yang amat menekankan aspek kesantunan dan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Budi adalah berhubung erat dengan jasa kerana jasa adalah berbudi (Harun Mat Piah, 1989: 469). Tidak mungkin seseorang individu dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Ianya juga sejajar dengan tuntutan ajaran Islam yang menekankan hubungan baik antara sesama manusia.

Kebolehan seseorang pencipta pantun menggunakan lambang-lambang yang segar dan berkesan di dalam pantun amat mengkagumkan (Harun Mat Piah, 1989: 132). Tidak dapat dinafikan, hasil ciptaan pantun yang digunakan sehingga ke hari ini secara tidak langsung memperlihat keakraban penciptanya dengan alam

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

semulajadi. Mana mungkin pantun dapat dicipta dengan sebegitu indah sekiranya para penciptanya tidak menghayati unsur-unsur perlambangan yang digunakan.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, pujipujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Kerana alam itu indah, maka unsurunsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun. Sebagai contoh, masyarakat Melayu lama mengaplikasikan unsur-unsur alam seperti buah bidara, selasih, buah berangan di dalam pantun yang berkait rapat dengan luahan perasaan seseorang :

Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Buang emak buang saudara Kerana kasih hamba turutkan

Contoh lain:

Buah berangan masaknya merah Buah keranji dalam perahu Luka di tangan nampak berdarah Luka di hati siapa yang tahu

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Keakraban masyarakat Melayu dengan alam semulajadi turut dikesan dalam pantun berikut yang menggunakan latar alam sebagai objek dan perlambangan:

Sayang Hanuman membelah bukit Mencari ubat Seri Rama Kasih sayang bukan sedikit Jadi ingatan selama-lama

Pantun tersebut mengutarakan tema kasih sayang. Ianya secara tidak langsung menggambarkan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kasih sayang yang diterima pula terpahat dalam ingatan hingga ke akhir hayat. Di dalam Hikayat Hang Tuah umpamanya, digambarkan betapa kasihnya Sultan Melaka terhadap Hang Tuah. Hal yang demikian adalah kerana budi Hang Tuah dan sahabatnya yang melindungi nyawa baginda daripada angkara Patih Gajah Mada semasa berada di Majapahit. Kasih Sultan Melaka terhadap Hang Tuah digambarkan sebagaimana berikut :

Hatta berapa lamanya raja Melaka kembali dari Majapahit itu, maka Laksamana pun terlalu sangat amat kurnia raja dan kasih raja akan Laksamana. Barang kata Laksamana kata rajalah, dan jika raja hendak membunuh, maka sembah Laksamana. Tiada harus, tuanku dibunuh orang ini, tiadalah jadi dibunuh oleh raja. Hatta maka Laksamana pun terlalu karib kepada raja, keluar masuk tiadalah berpintu lagi.

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

(Hikayat Hang Tuah, 1966: 168)

Berdasarkan penelitian terhadap pantun-pantun masyarakat Melayu lama, tidak dapat disangkal bahawa penciptaannya memancarkan intipati pemikiran Melayu. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi. Ini diperkukuhkan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Francois Rene Daillie (1988: 6) sebagaimana berikut: this brief poem is an epitome of life and a universe in a grain of sand. It carried within itself all the elements of the Malay mans life: his land, his house, his garden, his paddy field; the river, the sea or the forest; the trees, fruits, animals, birds, fishes; the few simple things of everyday use, it expresses his customs and tradition, wisdom, beliefs and feelings of all sorts, his love of man, woman and god.

Didalam sebuah hikayat lain iaitu Hikayat Anggul Cik Tunggal terdapat juga penggunaan pantun-pantun yang menggunakan unsur-unsur alam sebagai suatu perlambangan. Hal ini dapat dilihat pada rangkap-rangkap pantun berikut:

Gunung Daik dipandang pentan Tampak dari Bukit Setanda

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Alangkah baik permata intan Sudah bercanai, tua tiada.

Gunung hijau tinggi mengawan Tempat nyiur pauh janggi Ayuhai kakanda muda pahlawan Intan belum bercanai lagi.

Di dalam pantun-pantun diatas dapat dilihat dengan jelas bagaimana penggunaan unsur-unsur alam seperti unsur gunung dan bukit. Begitu juga dengan penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan iaitu pohon nyiur pauh .

Kedua-dua rangkap pantun di atas sebenarnya adalah pantun yang menceritakan tentang kecintaan Raja Tunggal Junjungan keatas Tuan Puteri Kasa Terbentang, namun kehalusan penulisnya menggunakan unsur alam bagi menunjukkan keindahan percintaan dua pasangan diraja itu.

Selain daripada puisi yang bercorak pantun, terdapat juga penggunaan unsur-unsur alam dalam memanifestasikan sesuatu karya itu contohnya dalam penulisan sajak, gurindam serta seloka.

Didalam penulisan sajak contohnya, keindahan sesuatu sajak itu dikatakan terletak pada keseimbangan isi dengan bentuk-bentuk gaya bahasa yang digunakan. Dalam melahirkan suatu puisi, penyair bukan sahaja melontarkan

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

emosinya semata-mata malah menggunakan kemahirannya mengolah kata-kata bagi membentuk suatu sajak yang indah.

Di sinilah dapat dilihat bagaimana seseorang penulis sajak itu menggunakan segala sumber yang diperolehinya untuk menulis sajak.sumber-sumber ilham ini boleh lahir dari pelbagai aspek penilaian penulis, antaranya aspek alam.

Aspek-aspek alam semulajadi banyak menjadi bahan untuk dijadikan sebagai sumber penulisan sajak oleh penyajak serta penyair. Aspek-aspek alam ini ada yang digunakan secara langsung didalam sajak ataupun digunakan sebagai perlambangan.

Aspek-aspek alam ini digabungkan dengan dengan aspek-aspek lain contohnya aspek bahasa bagi menjadikan suatu sajak itu lebih indah dan menarik dari segi penyampaiannya.

Didalam sajak Senja Di Pelabuhan hasil karya Zurinah Hassan contohnya terdapat penggunaan unsur-unsur alam didalam bait-bait puisi. Perkara ini dapat dilihat pada baris berikut contohnya :

Senja begini adakah kau lihat perempuan itu

10

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Pada baris ini dapat dilihat bagaimana penulis menggunakan unsur alam semulajadi iaitu senja bagi menggambarkan keadaan ataupun saat ketika perkara tersebut terjadi.

Begitu juga pada baris berikut yang mana masih terdapat penggunaan unsur-unsur alam bagi mekahirkan hasrat penulis menyampaikan perasaan beliau. Contohnya dapat dilihat seperti berikut :

Di daratan pasir pun berbelang-belang tiba-tiba hujan kelabu rebah di batu-batu

Didalam baris ini penulis menggunakan unsur alam sebagai perlambangan dalam sajaknya. Unsur alam dapat dilihat pada perkataan seperti daratan, pasir, hujan serta batu-batu.

Penggunaan unsur-unsur alam dalam sajak seterusnya dapat dilihat pada baris-baris sajak tulisan penyajak J.M . Aziz yang bertajuk Laut. Di dalam sajak Laut nya ini J.M. Aziz menyatakan bahawa bagaimana laut itu adalah sebahagian dari hidupnya, dimana laut itu adalah tempat ia membina hidup dan mencari rezeki bagi membebaskan dirinya dari kesempitan hidup. Hal ini dapat dilihat pada rangkap pertama sajak Laut. Disini jelas penggunaan unsur alam iaitu laut di dalam sajak ini.

11

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Aku berkolek di dada laut dengan jala, jala jemala... ku tebarkan seluruh tenaga memburu hidup-memburu hidup

Seterusnya didalam sajak ini juga digunakan lagi unsur alam bagi menunjukkan keindahannya iaitu fenomena angin sebagai unsur yang menjadi sebahagian daripada alam. Perkara ini dapat dilihat pada rangkap ketiga sajak laut iaitu :

Aku berkolek dan aku bersajak dari pantai timur ke kuala seluk mencari penawar turunlah angin selatan soronglah kolek ku ke seberang takir...

J.M. Aziz banyak bermain dengan unsur alam iaitu kelautan dan angin dalam sajaknya yang berjudul laut kerana pengalamannya sebagai seorang nelayan yang bergelumang hidup dengan laut dan pantai.

Bagi J.M. Aziz walaupun gambaran laut, tiupan angin laut dan gelombang laut bagi sesetengah orang adalah sesuatu yang menakutkan, ianya tidak bagi golongan nelayan sepertinya malah unsur laut, angin dan gelombang laut itu merupakan satu irama dan lagu kehidupan serta sumber pencarian nafkah bagi mereka yang bergelar nelayan.

12

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Penggunaan ataupun penceritaan dalam sajak yang berunsurkan alam dapat dilihat juga dalam sajak yang bertajuk Keindahan Yang Hilang hasil nukilan Shamsuddin Jaafar. Di dalam sajak Keindahan Yang Hilang ini penulis ingin menceritakan bagaimana alam sekitar ataupun kosmos yang menjadi tempat tinggal bukan sahaja manusia ,malahan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah mengalami kemusnahan akibat daripada kerakusan manusia menjalankan pembangunan dan kemajuan teknologi.

Penggunaan unsur alam bagi mununjukkan keindahan alam semulajadi bumi ditunjukkan pada dua rangkap pertama sajak ini iaitu :

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba terbang beriring di rembang petang renik-renik mengirai bulu carik melayang satu-satu berbaur debu lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar kemilau danau disinar mentari kali tenang betapa lembut mengalir ke muara kedamaian melingkar rimba lalu tumpah kasih nan jernih erat bertaut cinta kasih.

13

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Didalam ianya melambangkan keindahan alam semulajadi, melalui sajak ini penulis menyatakan tentang kesedihan beliau akibat daripada kemusnahan alam atau kosmos yang menjadi habitat kepada manusia ,haiwan , flora dan fauna.

Perkara ini dinyatakan penulis dalam rangkap-rangkap berikutnya sajak Keindahan Yang Hilang ini :

Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya.

Orang bicara bulan bintang di makmal pada buku, data dan komputer lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan Suara siapa parau mendera di malam lara Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

Bulan kini bukan menara kasih jernih bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

14

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Dan jika dilihat pada keseluruhan sajak ini teserlah begitu bayak penggunaan unsur alam ataupun kosmos yang boleh diambil seperti undan tua (haiwan), daundaun menghijau(tumbuh-tumbuhan), mentari,rimba, air, bulan-bintang dan lain-lain lagi.

Kesimpulan

Penulisan puisi samada bercorak pantun, sajak ,gurindam dan lain-lain lagi adalah suatu usaha yang murni yang mana menjadi alat kepada penulis-penulis puisi untuk melahirkan idea-idea kritis,kreatif dan puitis untuk dikongsi bersama oleh masyarakat. Penyair yang berwibawa seharusnya mampu menggunakan segala aspek keindahan dalam puisi bagi melahirkan suatu hasil karya yang bukan sahaja kaya dan indah dengan gaya-gaya bahasanya malah mampu meninggalkan kesan ke dalam sanubari pembaca dan mampu membuat pembaca memahami maksud dan mesej puisi yang ditulis seterusnya menikmati hasil puisi tersebut.

15

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Bibliografi

Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.

Zainal Abidin Ahmad, Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2002.

Harun Aminurrashid, Kajian Puisi Melayu, Pustaka Melayu, Singapura, 1960.

Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Melayu Mutakhir, Langkah Keindahan dan Kebijaksanaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1992. Taib Osman & Wan Abu Bakar Wan Abas. 2004. Penghayatan Karya Pendeta Zaba: IlmuMengarang Melayu. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan PendetaZaba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd Taib Osman. Warisan Puisi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 1975

16

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Lampiran

Senja Di Pelabuhan

Senja begini adakah kau Lihat perempuan itu Berdiri menyepi Memandang ke luar feri Garis-garis suram jingga Mencalar-calarkan pipinya Tersipu-sipu dan perlahan-lahan

Kapal telah berangkat meninggalkan perempuan yang pucat semakin hari semakin bersatu dengan senja yang ditakutinya

Di daratan Pasir pun berbelang-belang Tiba-tiba hujan kelabu Rebah di batu-batu

Pelaut itu masihkah disini? mungkin berada di air berwarna pelangi atau datang bersama feri di hadapan

Senja begini adakah kau Temui pemuda itu

hujan runcing meraba bahu angin dingin turun menyapa

17

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Di atas kapal yang istirehat Tersandar pada tiang Sedang angin bermain Di rambutnya yang panjang

matanya yang lesu melihat ke pantai dan ingin menjadi batu Hasilan : Zurinah Hassan

Laut Aku berkolek di dada laut dengan jala, jala jemala... ku tebarkan seluruh tenaga memburu hidup-memburu hidup

Aku bersajak di tangga pondok dengan mata- mata si pena ku kisahkan hidup manusia di pintu maut- di pintu maut

Aku berkolek dan aku bersajak dari pantai timur ke kuala seluk mencari penawar turunlah angin selatan soronglah kolek ku ke seberang takir...

Hasilan : J.M. Aziz

18

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

Keindahan Yang Hilang

I Sayup-sayup undan tua berlagu hiba terbang beriring di rembang petang renik-renik mengirai bulu carik melayang satu-satu berbaur debu lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar kemilau danau disinar mentari kali tenang betapa lembut mengalir ke muara kedamaian melingkar rimba lalu tumpah kasih nan jernih erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya.

II Orang bicara bulan bintang di makmal

19

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

pada buku, data dan komputer lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan Suara siapa parau mendera di malam lara Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III Bulan kini bukan menara kasih jernih bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

Hasilan : Shamsuddin Jaafar.

20

AKMAR BIN MAT NAWI KP: 700831-08-5103 NO.MATRIK : JM/9525/08

21

You might also like