Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

7: WILDLIFE Bagaimana Hidupan Liar Dipelihara?

(boleh juga guna isi untuk pemeliharaan tumbuhan) 1) Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara. o Jabatan Perhutanan Malaysia telah mewartakan banyak kawasan hutan sebagai hutan simpan. o Hutan simpan ialah kawasan hutan yang dilarang menjalankan aktiviti pembalakan dan pemburuan. o Contoh hutan simpan di Malaysia ialah Hutan Simpan Hulu Gombak (Selangor), Hutan Simpan Tanjung Tuan (Negeri Sembilan), Hutan Simpan Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Bukit Air (Sabah) dan Hutan Simpan Bukit Lama (Sarawak). o Beberapa buah taman negara dan hutan lipur juga diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pelbagai jenis spesies tumbuhtumbuhan semulajadi dan hidupan liar. o Taman Negara dan hutan lipur ialah hutan simpan yang dibuka untuk menjadi kawasan tarikan pelancongan. Contoh Taman Negara, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu dan Hutan Lipur Gunung Berlumut.

2) Menghadkan Pengeluaran Lesen Di Malaysia. o Kegiatan pembalakan dan pemburuan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. o Permit pemburuan dihadkan untuk mengelakkan pemburuan secara tidak terkawal bagi melindungi hidupan liar. 3) Penguatkuasaan Undang-undang Beberapa akta. o Telah digubal oleh kerajaan untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. o Di bawah undang-undang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi hidupan liar di negara kita. o Sejarah ringkas jabatan Perhilitan: Ditubuh pada tahun 1937 di panggil jabatan mergastuaUsaha untuk perlindungan hidupan liar di semenanjung Malaysia iaitu bermula pada tahun 1889. o Contoh akta yang telah digubal ialah: a) Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta ini telah ganti dengan akta baru iaitu akta Pemuliharaan hidupan liar 2010 [akta 716] yang

telah diluluskan parlimen pada tahun 2010 dan Dikuatkuasakan pada 28 disember 2010) b) Akta Taman Negara. c) Akta Perhutanan Negara 1984 (pindaan 1993). d) Akta Perdagangan antarabangsa mengenai spesies terancam 2008 [akta 686]. o Di bawah akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, terdapat 70 spesies hidupan liar dan 551 jenis burung liar telah dilindungi. Hidupan liar yang dilindungi dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: a) Spesies yang dilindungi sepenuh - Boleh diburu, dibela dan dimakan - Terdapat 292 jenis haiwan dan 641 jenis burung dalam kategori ini, termasuk buaya, beruang, harimau, burung helang dan enggang. b) Spesies yang dilindungi - Terdapat 507 jenis haiwan dalam kategori ini yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu haiwan buruan seperti pelanduk dan musang dan haiwan yang tidak boleh diburu seperti gajah dan monyet.

4) Kempen Kesedaran. o Kempen kesedaran dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. o Pelbagai program kesedaran telah dijalankan oleh Persatuan Pencinta Alam dan Kelab Alam Sekitar di peringkat sekolah. o Orang Awam juga perlu diberi kesedaran agar mereka turut menghargai dan bertanggungjawab terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. o Kempen kesedaran diwujudkan melalui pelbagai kaedah seperti ceramah, tayangan slaid, video dan menerokai hutan. Kaedahkaedah ini telah dijalankan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan PERHILITAN, WWF (Worldwide Fund For Nature) dan Persatuan Pencinta Alam. o Pendidikan merupakan satu saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan alam sekitar. o Melalui pendidikan alam sekitar sama ada secara formal atau tidak formal boleh membantu menerapkan serta meningkatkan tahap kesedaran penduduk tentang kepentingan memelihara

dan memulihara alam sekitar demi mencapai kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik. o Pendidikan secra formal boleh diterapkan melalui KBSR, KBSM dan di institusi pengajian tinggi. Pendidikan secara tidak formal boleh disalurkan melalui programprogram atau seminar, forum, risalah dan penerbitan yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan sebagainya. o Program-program yang lazim dijalankan ialah projek wira alam, program kesedaran alam sekitar, pertandingan debat alam sekitar antara IPT, program sekolah bestari serta anugerah alam sekitar dan pertandingan menulis esei / cerpen alam sekitar. o Pelbagai prinsip boleh diterapkan untuk keharmonian alam sekitar seperti prinsip hidup seimbang, prinsip cintakan persekitarann, prinsip menghormati alam atau bumi dan lain-lain lagi. 5) Menubuhkan Taman Raya yang melindungi Hutan Hujan dan Hidupan Liar. o Pembentukan kawasan perlindungan seperti taman nasional adalah cara yang baik untuk menyelamatkan hutan hujan dan ekosistem yang lain.

o Kawasan yang dilindungi adalah lokasi yang menerima perlindungan kerana nilai alam sekitar dan nilai kebudayaan. o Secara umumnya, kawasan terlindung diuruskan oleh kerajaan dan penjaga serta pengawal taman berperanan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan taman raya untuk memerangi aktiviti haram seperti pemburuan haram dan penebangan haram. o Kini, taman raya melindungi kebanyakan spesies yang paling menghadapi kepupusan di dunia ini. Binatang seperti panda hanya didapati di kawasan perlindungan. o Taman raya adalah kaedah yang paling berjaya dan berkesan pada masa yang sama menerima sokongan daripada penduduk tempatan yang tinggal di dalam hutan dan di sekitar kawasan perlindungan. o Sekiranya penduduk tempatan mempunyai kepentingan dalam taman raya, mereka akan membentuk komuniti atau community watch yang melindungi taman daripada pemburuan dan pembalakan haram. o Satu cara yang berkesan dalam melindungi hutan hujan adalah melibatkan orang asli dalam pengurusan taman. Orang asli mengetahui lebih banyak perkara

mengenai hutan berbanding dengan orang lain dan mempunyai kepentingan untuk mlindungi hutan sebagai ekosistem yang membekalkan mereka makan, perlindungan dan air bersih.

4. Usaha pembiakan hidupan liar di kawasan yang lebih selamat - mewartakan lebih banyak hutan simpan - memastikan habitat haiwan liar selesa dan tidak diganggu.

Isi lebih ringkas lain/tambahan:


1. Tindakan undang-undang tegas oleh pihak kerajaan. - kepada pesalah yang memburu haiwan liar dikenakan hukuman tujuan mereka akan serik. 2. kerajaan menambahkan bilangan pegawai perhutanan. - pemantauan yang menyeluruh dapat dilakukan kerana cukup kakitangan - memastikan kawalan terhadap pemburu haram dapat dilakukan - dapat membanteras kegiatan memburu hidupan liar - proses pemuliharaan hidupan liar dapat dijayakan. 3. Peranan Jabatan PERHILITAN -mempertingkatkan penyelidikan saintitifik - mengawal kepupusan hidupan liar akibat penyakit dan wabak - menambah baik pengurusan zoo dan Taman Negara.

Kesimpulan:

Manusia harus menghargai hidupan liar dengan menyeimbangkan pembangunan dan memberi perlindungan terhadap hidupan liar agar generasi akan datang dapat melihat khazanah ini. Kita tidak mahu generasi akan datang hanya mengenali hidupan liar ini melalui buku dan gambar akibat daripada kerakusan generasi kini.

Tambahan Info:
Habitat Hidupan Liar Tumbuh-tumbuhan semulajadi menjadi habitat atau tempat perlindungan hidupan liar. Hidupan liar di negara kita termasuklah kumpulan mamalia, amfibia, reptilia, ikan, burung, dan invertebrata. Contohnya hutan hujan tropika di Taman Negara Semenanjung Malaysia melindungi tapir dan tenggiling. Haiwan memilih kawasan tumbuhtumbuhan semulajadi yang berlainan untuk kesesuaian masing-masing.

Harimau lebih sesuai di kawasan hutan tanah pamah dan badak sumatera pula hidup dalam hutan paya air tawar. Manakala Taman Negara di Semenanjung Malaysia telah dikekalkan sebagai habitat untuk rusa. Di samping itu, spesies hidupan liar dari kawasan lain juga dipelihara di habitat hutan yang disediakan. Contohnya Pusat Pemeliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor diwujudkan untuk memelihara Badak Sumatera. Hutan membekalkan makanan secara langsung dan tidak langsung kepada haiwan yang memakan daun, putik bunga, pucuk daun, buah-buahan, bijian dan pelbagai bahagian lain pokok. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan hidup dalam pelbagai cara dan saling bergantung antara satu sama lain. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan

memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu: lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

You might also like