Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Di dalam bab ini, penyelidik menjelaskan berkaitan bahagian-bahagian yang terkandung dalam kajian seperti rekabentuk kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif. Selain itu, di dalam bab ini ada juga diterangkan mengenai cara pengumpulan data, instrumen yang digunakan, sampel kajian dan bagaimana cara menganalisis data. Kajian merujuk kepada sejauhmana keberkesanan penggunaan Model Polya di dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian dijalankan kepada pelajar berpencapaian sederhana supaya pencapaian matematik di dalam kelas ini menunjukkan peningkatan cemerlang.

3.2

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah satu elemen yang perlu dirancang dan digunakan semasa membuat pemilihan dan pembahagian sampel. Ia meliputi keterangan berkaitan data dan bagaimana data dikutip. Reka bentuk kajian yang dipilih oleh penyelidik merupakan reka bentuk kuantitatif iaitu terdiri daripada reka bentuk kajian eksperimen tak-berkumpulan-kawalan yang melibatkan satu subjek sahaja dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra akan diberikan kepada murid sebelum peringkat

rawatan dijalankan. Manakala dengan menggunakan soalan yang sama ujian pos akan dijalankan selepas rawatan dilaksanakan kepada sampel.

3.3

Sampel Kajian

Kajian dijalankan di SK Pasir Gudang 4, Jalan Mawar 45, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Terdapat 66 buah sekolah rendah di zon Pasir Gudang. Sekolah ini merupakan sekolah kategori sekolah pendalaman yang mempunyai bilangan murid seramai 2840 orang. Murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban dan lain-lain. Sekolah ini juga terdiri daripada murid yang mempunyai status warganegara dan bukan warga negara.

Sampel dipilih seramai 40 orang murid Tahun 4 Amal yang terdiri daripada murid Melayu, India dan Iban. Di dalam kelas ini terdapat seramai 17 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan yang datangnya daripada latar belakang keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi dan persekitaran yang berbeza. Kajian dijalankan di sekolah tempat penyelidik berkhidmat untuk memudahkan pemantauan terhadap tahap pencapaian dan keberkesanan penggunaan Model Polya di dalam menjawab soalan penyelesaian masalah supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar. Sampel yang sama digunakan untuk menjawab soal selidik yang diberikan.

22

3.4 3.4.1

Instrumen Borang Soal Selidik

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A menjurus kepada pencarian maklumat latar belakang keluarga manakala bahagian B mengandungi 25 item yang bertujuan untuk mendapatkan persepsi murid terhadap matapelajaran matematik dan penyelesaian masalah serta yang berkaitan dengan objektif kajian.

3.4.2

Ujian Pra

Ujian pra dijalankan kepada murid sebelum menjalani proses pendedahan strategi pengajaran menggunakan Model Polya. Ujian ini merupakan satu set kertas ujian yang mempunyai 10 soalan penyelesaian masalah. Kertas soalan ini pula terdiri daripada langkah-langkah yang terdapat di dalam Model Polya dengan tujuan mengesan sejauhmana kemahiran murid menjawab soalan tersebut. Murid perlu menjawab berdasarkan format yang disediakan pada kertas soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ujian ini adalah 40 minit.

Pengiraan skor markah adalah berdasarkan peratusan dengan menggunakan formula seperti di bawah :

% skor = Jumlah markah yang diperoleh x 100% Jumlah markah penuh 23

Setiap markah yang diperoleh dikategorikan mengikut gred yang sama seperti yang digunakan oleh unit peperiksaan sekolah iaitu :

Gred A B C D E

Markah 80 - 100 79 - 60 59 - 40 39 - 20 19 - 0

3.4.3

Ujian Pos

Ujian pos pula diberikan selepas murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan penggunaan empat langkah di dalam Model Polya. Kertas soalan yang sama diberikan dan meminta murid menjawab soalan berdasarkan langkah yang terdapat di dalam Model Polya. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah sama seperti ujian pra iaitu selama 40 minit. Kaedah peratusan yang sama seperti ujian pra digunakan untuk mendapat skor sampel.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

24

Sampel Ujian Pra Ujian Pra Proses Pendedahan Ujian Pos Data Analisis Data Laporan

Rajah menunjukkan prosedur ringkas proses pengumpulan data semasa kajian dijalankan. Langkah pertama ialah pemilihan sampel seramai 40 orang murid tahun 4 Amal yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Seterusnya, ujian pra dijalankan untuk meninjau sejauhmana keberkesanan murid di dalam menjawab soalan penyelesaian masalah menggunakan Model Polya sebelum proses rawatan dilaksanakan. Melalui ujian pra ini, satu data akan diperolehi dan dinilai dari aspek kebolehan murid menjawab soalan berdasarkan Model Polya.

Peringkat ketiga merupakan peringkat rawatan dijalankan ke atas murid-murid dengan memberikan pendedahan satu persatu langkah yang terdapat di dalam Model Polya bagi membolehkan murid memahami dengan jelas bagaimanakah model tersebut dapat membantu mereka menjawab soalan penyelesaian masalah matematik. Apabila peringkat rawatan selesai diberikan, maka ujian pos diberi kepada murid. Murid sekali lagi akan diberikan soalan yang sama dalam tempoh masa yang sama menjawab soalan tersebut dengan menggunakan empat langkah di dalam Model Polya. Ini bertujuan untuk menilai sejauhmana keberkesanan Model Polya di dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah. 25

3.6

Analisis Data

Pengumpulan data berdasarkan borang soal selidik berbentuk skala Likert yang terdiri daripada lima mata skala.

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5

Amat tidak setuju Tidak setuju Sederhana setuju Setuju Amat Setuju

Murid dikehendaki menandakan di ruang yang disediakan pada borang soal selidik tersebut. Maklumat yang diperolehi boleh membantu di dalam mengesan kelemahan murid menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

Tujuan analisis data dibuat adalah mencari nilai skor yang tertinggi dan terendah. Jika nilai angka yang diperolehi dari pernyataan yang terdapat pada borang soal selidik murid adalah rendah menunjukkan sikap yang negatif tetapi jika mempunyai skor tinggi maka murid menunjukkan sikap yang positif.

Data yang diperolehi akan diproses untuk melihat kelemahan murid di dalam menjawab soalan penyelesaian masalah sekiranya tidak mahir menggunakan Model

Polya, sikap murid itu sendiri dan latar belakang ibu bapa yang tidak peka dan prihatin terhadap anak mereka. Skor yang diperolehi dianalisis mengikut kiraan peratusan. 26

Penganalisisan data yang diperolehi hasil daripada soal selidik memberikan gambaran dan maklumat berkaitan masalah sebenar yang dihadapi murid terhadap mata pelajaran Matematik terutama di dalam subtopik penyelesaian masalah harian. Dengan ini, langkah yang tepat dan sesuai boleh dirancang dan dilaksanakan supaya objektif kajian ini tercapai.

3.7

Rumusan

Di dalam bab ini metodologi kajian yang dijalankan telah dinyatakan. Ianya meliputi reka bentuk kuantitatif, sampel pilihan, instrumen yang digunakan, prosedur pengumpulan data serta cara data dianalisis. Peringkat rawatan yang dijalankan diharapkan dapat membantu mengatasi masalah kajian yang dikemukan. Dengan adanya metodologi kajian ini, secara tidak langsung akan membantu prosedur kajian berjalan dengan lancar .

27

You might also like