Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1

Surah at-Tin.
-R--4 Q+-uCEO-4 ^
OQC4 4-RLOc ^= -EOE-4
R-4l^- --R`- ^Q ^
4L^UE =T=Oee"- EOT ^T=O^O
CQ^> ^ O +O4^u1E14O Ec
4-T-REc ^T T 4R~-.-
W-QNL4`-47 W-QURE4 ReETUO-
U vO^ +OOEN QN4^E ^R
E El+mONC u4 R".T
^_ "^1 +.- ^OT
4-O4^- ^l


1. Demi buah Tiin dan Zaitun,
2. dan Gunung Tursina,
3. serta negeri (Makkah) Yang aman ini, -
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
5. kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami
kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah,
6. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang
tidak putus-putus.
7. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta,
(berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang
membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?



2

1. Pengenalan.
Buah tin telah dikenali sejak sekian lama di banyak tempat dan negara-negara di dunia.
Pokok buah tin telah wujud dan mula ditanam sejak 4000 tahun dahulu di daerah-daerah beriklim
panas dalam benua Asia, Afrika dan Eropah seterusnya tersebar di wilayah Laut Putih.
1
Tokoh
falsafah seperti Socrates sendiri ada menggunakan perkataan tin dalam buku tulisannya
Dirasat An-nabat.
Dalam keadaan muda buah tin akan berwarna hijau cair manakala apabila menjadi buah
yang masak pula buah tin akan berubah warna menjadi merah gelap. Sebelum menjadi buah,
bunga tin tidak kelihatan kerana dilitupi oleh daun-daunnya. Keadaan buah tin pada dahannya
seakan-akan buah durian yang boleh kita lihat di Malaysia. Pendebungaan bagi buah tin adalah
seperti pokok-pokok buah yang lain iaitu melalui serangga yang hinggap pada debunganya. Buah
tin akan keluar dalam keadaan merimbun tetapi tidak berkongsi tangkai yang sama.
Pokok buah tin pula adalah jenis pokok yang mempunyai batang yang besar dengan daun
yang rimbun serta mengeluarkan getah yang beracun. Kebiasaannya pokok buah tin tidak terlalu
tinggi dan buahnya boleh dipetik dengan mudah. Manakala daunnya pula agak besar serta
mempunyai alur lurus yang banyak.
Buah tin yang terbaik ialah buah tin putih apabila masak dan telah dikupas serta dimakan
dalam keadaan yang masih segar. Ini adalah kerana ia dapat memanaskan badan serta kaya
dengan khasiat. Buah tin yang segar apabila dimakan akan mudah untuk dihadam dan melepasi
usus dengan cepat.
2







1
Mahir Hasan Mahmud(2007), Mukjizat Kedoktoran Nabi, Indonesia: Qultummedia.(h.129)
2
Ibnu Qayyim al-Jawziyah(1998), Medicine of The Prophet, The Islamic Text Society.(h.46)
3

2. Perbincangan Ulama.
Berdasarkan kitab tafsir yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Abduh, beliau telah
memasaukkan banyak pendapat ulama berkenaan dengan istilah-istilah yang digunakan dalam
surah at-tin ini.
Perkataan at-tin() sendiri terdapat pelbagai maksud menurut pendapat ulama-ulama
tafsir. Antaranya ialah at-tin yang merujuk kepada sebuah gunung yang terdapat di daerah
Damsyiq. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan perkataan tersebut merujuk kepada
sebuah masjid di Damsyiq.
Di samping itu, perbincangan lain yang berkaitan dengan surah At-tin ialah mengenai
tafsiran bagi perkataan Q+-uCEO- yang umumnya merujuk kepada buah zaitun. Selain
itu ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan tersebut merujuk kepada gunung zeta yang
terletak di Baitul Maqdis.
3

Dapat disimpulkan bahawa perkataan at-tin dan az-zaitun ini merupakan simbol yang
mempunyai perkaitan dengan tempat-tempat yang tertentu. Jika yang dimaksudkan oleh Allah
dalam sumpah dengan kedua-dua nama tersebut adalah merujuk pohon-pohon itu sendiri, maka
ia adalah kerana kepelbagaian kisah yang berlaku pada masa lalu berkaitan dengan pohon-pohon
tersebut dan bukanlah kerana khasiat atau manfaatnya.
4

Berkaitan dengan ayat pula merujuk kepada sebuah gunung iaitu tempat Allah
s.w.t berbicara dengan nabi Musa a.s. Frasa ini adakala disebut dengan sebutan yang pelbagai
seperti Thur Saina atau Thur Sina. Menurut al-Akhfasy, Sinin adalah kata jamak yang berasal
dari perkataan Sinah yang membawa maksud pohon-pohon.
5

Berdasarkan kitab tafsir al-Munir yang ditulis oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili, kedua-dua
buah yang disebut di dalam surah at-Tin ini adalah merujuk kepada kedua-dua buah itu sendiri.
Selain itu, ia menjadi perumpamaan bagi Baitul Maqdis disebabkan tempat tumbuhnya kedua-
dua pohon buah tersebut adalah di Baitul Maqdis.
6


3
Muhammad Abduh(1998), Tafsir Juz Amma(terjemahan), Indonesia:Penerbit Mizan.(h.241)
4
Ibid.(h.241)
5
Ibid.(h.240)
6
Wahbah Az-Zuhaili(1991), Tafsir al-Munir, Lubnan:Darul Fikr.(h.304)
4























3. Pokok Tin(Fig Tree) Dalam Kitab Agama Yahudi dan Kristian.
Matthew 21{19}Dia(Jesus) melihat sebatang pokok ara(tin) di pinggir jalan dan menghampiri
pokok tersebut tetapi mendapati tidak ada sebiji buah pun lalu Jesus berkata kepada pokok
5

tersebut, Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi! dan dengan segera pokok tin tersebut
pun layu.
Petikan ini adalah ayat yang tertulis dalam kitab Bible yang diimani oleh penganut
Kristian. Dalam ayat ini Jesus telah menyumpah pokok ara atau tin yang dilihatnya sehingga
manjadi layu kerana pokok tersebut tidak berbuah. Kejadian ini adalah berkaitan keajaiban yang
dilakukan oleh Jesus sepanjang hayatnya.
Apabila pengikut-pengikutnya bertanyakan tentang kejadian pokok tin tersebut menjadi
layu kepada Jesus, beliau menerangkan bahawa kejadian tersebut adalah berasaskan keyakinan
terhadap Tuhan. Dengan kata lain, segala doa yang diucapkan akan dimakbulkan oleh Tuhan jika
seseorang itu mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada-Nya.
Matthew 24{32}Biarlah pokok tin itu memberikan pelajaran kepadamu. Apabila dahan-
dahannya hijau, lembut dan mula bertunas, maka ketahuilah bahawa musim panas telah dekat.
Petikan seterusnya adalah ayat yang kononnya diungkapkan oleh Jesus untuk mengajar
pengikut-pengikutnya cara untuk menjangka musim panas. Hal ini kerana pokok tin
sememangnya hidup segar di kawasan yang beriklim panas atau sederhana.
7








4. Perbincangan Saintifik.
Buah tin yang dikeringkan mengandungi 73% karbohidrat, 3% protin dan 2% minyak.
Selain itu, ia juga mengandungi zat besi dan vitamin A, B, C dan K. Ibnu Sina juga pernah

7
Ia tumbuh di kawasan asia barat bermula di Balkan sehingga Afghanistan.
6

membincangkan secara panjang lebar berkenaan buah tin ini antaranya beliau mengatakan
bahawa buah tin yang paling berkualiti adalah buah tin putih, kemudian tin hijau diikuti buah tin
hitam dan buah tin yang telah matang.
Buah tin yang mengandungi banyak zat dan khasiat ini dapat memberi manfaat yang
pelbagai kepada tubuh badan manusia. Antaranya ialah buah tin dapat memberikan tenaga
kepada badan terutamanya kepada individu yang aktif seperti ahli sukan.
8
Selain itu, buah tin
juga boleh menjadi ejen pencerna serta boleh melancarkan sistem perkumuhan.
Di samping itu, buah tin juga dapat meningkatkan sistem pertahanan penyakit dalam
badan serta melancarkan perjalanan darah. Menurut kajian dari Jabatan Pertanian di Amerika
Syarikat, buah tin amat baik untuk dijadikan makanan utama bagi mereka yang mahu
menurunkan berat badan kerana kadar kalorinya yang tinggi.
Buah tin juga boleh bertindak sebagai pelawas serta boleh melegakan batuk yang kronik
dengan menghilangkan lendir yang terdapat pada tekak. Apabila dimakan dalam keadaan perut
yang kosong, khasiat buah tin dapat bertindak dengan sangat mujarab dalam melancarkan
saluran pencernaan terutamanya jika dimakan bersama kacang badam dan walnut.
9

Terdapat juga kajian dari Jepun yang mengatakan bahawa buah tin memiliki komposisi
kimia pewangi dan juga memiliki keupayaan dalam mencegah penyakit kanser. Selain itu,
mereka menemui di dalam buah tin terdapat komposisi zat tepung yang boleh memainkan
peranan yang efektif dalam mencegah penyakit.
10




5. Kesimpulan.

8
Mahir Hasan Mahmud(2007), Mukjizat Kedoktoran Nabi, Indonesia: Qultummedia.(h.130)
9
Ibnu Qayyim al-Jawziyah(1998), Medicine of The Prophet, The Islamic Text Society.(h.47)
10
Opcit.(h.132)
7

Buah tin sememangnya mempunyai khasiat yang banyak dan keutamaan buah tin ini
melebihi buah-buah yang lain dapat difahami melalui sebuah surah di dalam al-Quran yang
diberi nama surah at-Tin.
Terdapat juga dalam sebuah hadis di mana Rasulullah telah dihadiahkan dengan sebekas
buah tin. Sambil makan bersama-sama para sahabat baginda, Rasulullah bersabda bahawa buah
tin ini adalah buah syurga. Rasulullah juga menyebutkan bahawa buah tin ini boleh mengubati
penyakit buasir dan melegakan sakit-sakit pada badan.
Dengan khasiat yang banyak disertai dengan kelebihannya iaitu disebut di dalam al-
Quran dan hadis, maka sepatutnya buah tin ini menjadi makanan amalan harian terutamanya
bagi seseorang muslim. Apabila Allah dan Rasul-Nya menyebutnya tentang buah ini, sudah tentu
terdapat kebaikan yang mungkin tidak diketahui oleh manusia.
Pada masa sekarang, buah tin telah pun dikomersilkan penjualannya. Maka ia mudah
untuk didapati di mana-mana tetapi kebanyakannya adalah yang telah dikeringkan seperti juga
buah kurma atau tamar.

8

6. Bibliografi.
1. Mahir Hasan Mahmud(2007), Mukjizat Kedoktoran Nabi,
Indonesia: Qultummedia

2. Ibnu Qayyim al-Jawziyah(1998), Medicine of The Prophet, The
Islamic Text Society

3. Wahbah Az-Zuhaili(1991), Tafsir al-Munir, Lubnan:Darul Fikr

4. Muhammad Abduh(1998), Tafsir Juz Amma(terjemahan),
Indonesia:Penerbit Mizan

5. http://www.openbible.info/topics/fig_trees

6. http://www.perpuskita.com/buah-tin/335/








9

7. Lampiran.

You might also like