Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PPISMP) ___________________________________________________________

LAPORAN
PERKHEMAHAN DI PULAU PERHENTIAN KECIL

UNIT AMBILAN SUBJEK

: 3 PPISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 3 : JUN 2011 : PENDIDIKAN JASMANI (PJ3311P4)

PENSYARAH : TUAN HAJI YAKCOB BIN MAMAT TARIKH : 11 OKTOBER 2012

Laporan Perkhemahan Di Pulau Perhentian Kecil

Pada 24 hingga 27 September 2012 yang lalu, unit 3 PPISMP PSV 2 dan unit 3 PPISMP PSV 3 telah mengadakan satu program perkhemahan di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu. Perkhemahan ini telah berlangsung selama 4 hari tiga malam. Berikut merupakan laporan tentang empat hari tiga malam perkhemahan ini. Pada hari yang pertama iaitu 24 September 2012, semua guru pelatih unit PSV 2 dan unit PSV 3 telah berkumpul di hadapan Gimnasium IPGKSM pada jam 7.45 pagi untuk membuat persediaan untuk bertolak ke Pulau Perhentian Kecil. Semua guru pelatih yang terlibat bekerjasama memasukkan bahan-bahan dan peralatan ke dalam bas seperti khemah, tong gas, banana boat, makanan-makanan dan sebagainya. Kami bertolak pada jam 8.30 pagi dengan bas IPG Kampus Sultan Mizan.

Setelah tiba di Jeti Kuala Besut, semua guru pelatih turun dari bas dan mengeluarkan barang-barang yang dibawa. Semasa kami menunggu bot datang, sebahagian guru pelatih telah membeli cenderahati yang dijual di sekitar jeti tersebut. Apabila bot telah tiba, kami pun memasukkan barang-barang ke dalam bot tersebut dan bertolak ke Pulau Perhentian Kecil. Sebanyak 2 bot telah digunakan untuk menghantar semua guru pelatih ke Pulau Perhentian Kecil.

Setelah tiba di Pulau Perhentian Kecil, kami yang menaiki bot besar tidak dapat berlabuh di tepi pantai kerana air cetek. Oleh itu, kami terpaksa menaiki bot kecil untuk sampai ke daratan dengan membawa barang-barang. Setelah memindahkan barang-barang dan beg-beg kami ke pulau tersebut, maka kami pun berehat sebentar. Setelah itu, Encik Roshaimi telah mengarahkan kami untuk memasang khemah pusat dan khemah kumpulan masing-masing supaya kami boleh bermalam di dalam khemah. Khemah pusat pula dibina untuk menjalankan sebarang aktiviti seperti solat berjemaah, makan bersama-bersama, sesi refleksi dan sesi taklimat. Kami telah diagihkan kepada 5 hingga 6 orang dalam satu kumpulan. Kumpulan pelajar perempuan mempunyai 6 kumpulan manakala kumpulan lelaki pula mempunyai 4 kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu dan Cina. Oleh itu, semangat 1 Malaysia yang kuat dapat dipupuk. Berikut merupakan gambar mengenai proses pemasangan khemah.

Selepas memasang khemah pusat dan khemah kumpulan masing-masing, kami pun bersedia untuk menyediakan hidangan makan tengah hari. AJK makanan bekerjasama untuk mencuci beras, menanak nasi, memasak ayam serta memasak sup ayam kepada semua guru pelatih. Pensyarah yang terlibat iaitu Encik Jefri turut membantu kami menyediakan hidangan tersebut.

Disebabkan cuaca pada hari tersebut kurang baik, mendung dan berangin, Tuan Haji Yakcob telah memberi keizinan kepada kami untuk berehat. Kami berpeluang untuk berjalan-jalan di sekitar Pulau Perhentian Kecil (DLagoon) sambil menikmati alam semula jadi, udara segar serta batu karang yang cantik. Kami beruntung kerana dapat menikmati keindahan sedemikian. Pada jam 5 petang, keadaan cuaca semakin baik. Oleh itu, Tuan Haji Yakcob mula mengajar kami tentang keselamatan dalam air. Beliau telah mengarahkan kami untuk memakai Buoyancy Aid (B.A.) dan mask yang telah disediakan lalu berkumpul di pantai.

Pada mulanya, Tuan Haji Yakcob membawa kami berjalan di laut pada bahagian yang cetak untuk melahirkan keyakinan kami semasa di dalam air. Beliau telah mengajar kami tentang bagaimana untuk mengapungkan diri dengan menggunakan Buoyancy Aid (B.A.). Pelbagai kaedah dan cara telah kami pelajari untuk mengapungkan diri di permukaan air.

Atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan, kami diarahkan supaya naik ke daratan. Setelah itu, guru pelatih yang bertanggungjawab untuk memasak makan malam mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Manakala guru pelatih yang lain pergi membersihkan diri serta mandi. Guru pelatih yang muslim pula pergi menunaikan solat sebelum makan malam. Selepas bersolat, kami bersedia untuk menikmati makanan yang telah dihidangkan.

Selepas makan malam, Tuan Haji Yakcob telah memberi sedikit taklimat rasmi mengenai aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan sepanjang perkhemahan ini serta mengarahkan kami supaya dibahagikan kepada 2 kumpulan dan memilih AJK kumpulan masing-masing. Beliau juga telah memberi pandangannya tentang sikap kami yang kurang memuaskan dan menasihatkan kami supaya berubah dan jangan mementingkan diri sendiri. Pada jam 11 malam, kami pun bersurai dan masuk ke dalam khemah untuk tidur. Hanya guru pelatih yang berjaga malam sahaja yang menjalankan tugas mereka.

Pada hari yang kedua, kami yang muslim bangun awal pagi untuk bersembahyang pada waktu subuh dan membuat sarapan pagi. Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan sarapan pagi telah menyediakan menu nasi goreng.

Setelah selesai sarapan pagi, maka aktiviti snorkeling dan abseiling akan dijalankan. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 akan menjalankan aktiviti snorkeling dahulu sebelum menjalankan aktiviti abseiling. Manakala, kumpulan 2 akan menjalankan aktiviti abseiling dahulu sebelum menjalankan aktiviti snorkeling. Sebelum kumpulan 1 menjalankan aktiviti snorkeling, Tuan Haji Yakcob telah memberikan sedikit taklimat supaya kami dapat menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam air. Manakala sebelum kumpulan 2 menjalankan aktiviti abseiling, Encik Mhd Asri telah memberikan sedikit taklimat mengenai keselamatan, peralatan yang digunakan dan cara pemasangan yang betul.

Kumpulan 1 telah menjalankan aktiviti snorkeling dahulu, kami telah memakai Buoyancy Aid (B.A.) dan mask yang telah disediakan untuk memudahkan kami terapung di permukaan laut. Kami nampak pelbagai bentuk batu karang dan ikan-ikan yang cantik semasa menjalankan aktiviti ini. Tuan Haji Yakcob telah membantu serta membimbing kami sepanjang aktiviti ini berlangsung. Manakala Kumpulan 2 pula menjalankan aktiviti abseiling dahulu, mereka diberi taklimat oleh Encik Mhd Asri terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti ini. Staf-staf IPGKSM telah membantu dalam menjayakan aktiviti ini. Mereka telah menggunakan cara ikatan tali iaitu tindih kasih untuk tali keselamatan. Semasa dua-dua aktiviti ini berlangsung terdapat beberapa orang guru pelatih cedera ringan.

Pada waktu tengah hari, semua aktiviti telah selesai dijalankan dengan lancar. Guru pelatih yang bertanggungjawab memasak telah menyediakan makanan. Guru pelatih muslim pergi menunaikan solat secara berjemaah. Selepas makan kami berehat sebentar kemudian meneruskan aktiviti yang kedua. Semasa kumpulan 1 menjalankan aktiviti abseiling dan kumpulan 2 menjalankan aktiviti snorkeling, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Semua guru pelatih terpaksa berhenti daripada melakukan aktiviti dan balik ke kawasan perkhemahan. Terdapat beberapa orang guru pelatih telah tercedera dalam perjalanan balik ke kawasan perkhemahan. Pada jam 6 petang, guru pelatih yang bertanggungjawab menyediakan makan malam bekerjasama untuk memasak.

Semasa ini, para guru pelatih mengambil masa ini untuk mandi dan membersihkan diri. Selepas solat maghrib dan isyak secara berjemaah, kami bersama-sama menikmati makan malam. Lauk hidangan makan malam kami ialah ikan masak kari. Sebelum tidur, satu sesi laporan rasmi telah dijalankan. AJK laporan pada setiap kumpulan akan melaporkan aktiviti yang telah dijalankan. Antara AJK yang terlibat ialah AJK aktiviti, AJK kerohanian, AJK makanan, AJK peralatan, dan AJK penjaga malam. Selepas selesai laporan rasmi, kami pun pergi masuk tidur kecuali guru pelatih yang bertanggungjawab untuk berjaga malam.

Pada hari yang ketiga, bagi yang muslim kami bangun awal pagi untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Guru pelatih yang bertanggungjawab memasak menyediakan sarapan pagi. Selepas menunaikan solat subuh, semua guru pelatih diminta untuk membuat senaman pagi di tepi pantai. Ketika itu, Encik Mhd Asri datang untuk memberi denda kepada kami kerana kami tidak bekerjasama sepanjang 2 hari yang lalu. Kami telah didenda dengan cara mengambil pasir halus untuk disapukan ke bahagian muka, merendamkan diri di dalam laut, merangkak di pasir, dan menjunjung segenggam pasir di kepala ibarat betapa beratnya amanah yang perlu dijunjung. Kami sedar atas kesalahan kami, kami akan buat lebih baik lagi pada hari yang seterusnya. Setelah itu, kami bersarapan di tepi pantai. Menu sarapan pagi ialah bihun goreng.

Selepas taklimat sedikit daripada Encik Mhd Asri tentang jungle tracking, maka kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kami dikehendaki membawa 3 cawan beras, 3 bekas mestin, dan bahan-bahan masakan ke Long Beach. Kami bertolak pada jam 10 pagi dan diiringi oleh staf-staf IPGKSM. Pada masa itu, kami tidak mementingkan diri serta melahirkan semangat tolong-menolong agar perjalanan kami selamat tiba di destinasi tepat pada masanya.

Akhirnya kami telah tiba di Long Beach Island, kami mula mencari bahan-bahan yang boleh menyala api seperti ranting-ranting kayu. Kami mula menanak nasi dengan menggunakan mastin dan memanggang ikan yang ditangkap oleh Encik Asri. Selepas makan, kami mencuci mestin kami dengan menggunakan pasir dan air laut. Cuaca ketika itu semakin buruk, kami berkemas dengan cepat dan bertolak balik ke kawasan khemah.

Hujan masih lagi turun ketika kami semua sampai di kawasan perkhemahan. Guru pelatih yang bertanggungjawab masak untuk makan malam mula menyediakan makanan, sementara itu guru pelatih yang lain pergi mandi dan membersihkan diri. Guru pelatih yang muslim pergi menunaikan solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Beberapa orang guru pelatih melakukan aktiviti flying fox dan bermain banana boat. Selepas bersolat maghrib dan isyak berjemaah, kami pun makan malam bersama-sama. Pada pukul 10 malam, kami dikehendaki membuat persembahan kepada pelancong-pelancong yang datang dari luar negara di kafe DLagoon. Selepas semua kumpulan telah membuat persembahan masing-masing kami menjemput para pelancong untuk berdikir barat bersama dengan kami. Kami tutup persembahan kami dengan nyanyian lagu 1 malaysia dan Guru Malaysia.

Selepas persembahan ini berakhir, Encik Mhd Asri dan Encik Roshaimi telah memberi sedikit taklimat dan rumusan tentang perkhemahan tersebut. Encik Mhd Asri telah memuji kami kerana telah berjaya menjayakan program perkhemahan ini dengan jayanya. Selain itu, Encik Roshaimi telah memberi keterangan mengenai kewangan perkhemahan kami. Akhirnya, kami amat bangga dan bersyukur kerana berjaya melaksanakan kesemua aktiviti yang telah disediakan untuk kami semua. Setelah itu, guru pelatih boleh pergi berehat dan tidur kecuali guru pelatih yang bertanggungjawab berjaga malam pada malam itu. Pada hari yang terakhir, kami yang muslim bangun awal pagi untuk solat Subuh secara berjemaah dan menyediakan sarapan pagi. Pada waktu pagi itu kami diberi peluang dan kesempatan untuk menaiki banana boat. Menu sarapan pagi ialah jemput-jemput. Selepas sarapan, kami berkemas dan bertolak balik ke IPG Kampus Sultan Mizan. Pada jam 10 pagi kami menaiki bot untuk pulang. Kami telah singgah di perkampungan Pulau Perhentian selama 15 minit untuk melawat kawasan di sana.

Pada jam 12.30 tengah hari, kami telah sampai di Jeti Kuala Besut. Kami bekerjasama mengangkat barangan serta beg-beg ke atas daratan. Pada jam 1.30 petang, kami telah tiba di IPG Kampus Sultan Mizan dengan menaiki bas. Setelah tiba di IPG, kami mula membersihkan, membasuh, mencuci, dan menjemur khemah-khemah yang telah digunakan. Makanan tengah hari disediakan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu nasi ayam.

Kesimpulannya, kami telah berjaya menjalankan dan melaksanakan program perkhemahan ini dengan lancar. Kami telah belajar pelbagai teknik dan cara tentang snorkeling dan abseiling. Kami amat gembira dan bangga kerana kami tidak berputus asa untu menamatkan program perkhemahan ini. Terima kasih kepada kawan-kawanku dari unit PSV 3 dan PSV 2, tidak lupa juga kepada pensyarah dan para pembantu semasa perkhemahan ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Yakcob bin Mamat, Encik Mhd Asri bin Ismail, dan Encik Roshaimi bin Mohd Yusoff, kerana memberi tunjuk ajar dan penerangan semasa aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Jasamu tetap dalam kenangan. Sekian terima kasih.

AJK PERKHEMAHAN DI PULAU PERHENTIAN KECIL

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

: : : : : :

Yong Ching Kim Norhanizah Binti Samod Lin Xin Ru Darran Wong Ja Peng Mohamad Hilmi Bin Md Zaion Kuek Yong Ai

AJK Peralatan AJK Makanan AJK Keselamatan AJK Dokumentasi

: : : :

Aminoor Ridhwan Bin Azman Muhammad Hanif Bin Ismail Muhammad Shafiq Aiman Bin Sabri Muhammad Shafiq Bin Badrul Hisham :

You might also like