Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERSATUAN PENGANUT DEWA ZHU LING JING SE, TELUK INTAN, PERAK NO.

148A, JALAN WAH KENG JOOI, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Minit Mesyuarat Agung Persatuan Penganut Dewa Zhu Ling Jing Se, Tahun 2012 Tarikh : 13.3.2012 Masa : 8.30 malam Tempat : Persatuan Penganut Dewa Zhu Ling Jing Se, Teluk Intan. Pengerusi : Encik Tan Ming Hua Kehadiran : Encik xxx Encik xxx Encik Puan Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Encik Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas. 3. Perkara Berbangkit. 4. Laporan Penyata Kewangan Tahun Lepas. 5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tahun 2012-2013. 6. Majlis Sambutan Hari Wesak 2012. 7. Hal-hal Lain. 8. Penangguhan Mesyuarat Agung. 1.Ucapan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Encik Tan Ming Hua mengucapkan terima kasih dan salam sejahtera kepada semua ahli persatuan yang hadir. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk melaksanakan semua aktiviti dan pembangunan persatuan ini.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas. Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan dicadangkan oleh Encik Teh Swee Soon dan disokong oleh Encik Wong Choo Hsien. 3. Perkara Berbangkit. 3.1 Majlis dengan sebulat suara bersetuju bahawa setiap satu sekuarga hanya dibenarkan untuk menerima satu sumbangan bantuan sahaja sempena Perayaan Hari Wesak. 3.2 Majlis dengan sebulat suara bersetuju agar yuran ahli seumur hidup sebanyak RM100 dikenakan ke atas ahli baru selepas 30.6.2012. Kemasukan ahli sebelum 30.6.2012 adalah percuma. 3.3 Pembersihan persatuan telah dijalankan oleh sukarelawan. 3.4 Menurut Pengerusi, pasukan tarian naga mestilah membuat penyata kewangan dan diluluskan oleh mesyuarat agung pada masa hadapan.

4. Laporan Penyata Kewangan Tahun Lepas. Encik Teh Swee Soon selaku bendahari membuat laporan bagi penyata kewangan sehingga 31-12-2011. Laporan kewangan tersebut diterima setelah dicadangkan oleh Encik Tan Chee Keong dan disokong oleh Encik See Ming Hui. 5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tahun 2012-2013. 5.1Majlis dengan sebulat suara bersetuju agar anggota AJK ditambah sebanyak 3 orang. Pemilihan AJK tahun 2012-2013 diadakan dan keputusannya adalah seperti berikut: JAWATAN *Penasihat 1 *Penasihat 2 *Penasihat 3 *Penasihat Undang-undang Pengerusi Timbalan Pengerusi Penyelaras Peolong Penyelaras Setiausaha ( BC ) Penolong Setiausaha ( BM ) Bendahari Penolong Bendahari Ketua Perhubungan Penolong Ketua Perhubungan Ketua Kebajikan Penolong Ketua Kebajikan Ketua Pemuda Penolong Ketua Pemuda Ahli Jawatankuasa NAMA En. Kang Soon Jing, PPT. En. Lee Chen Kang Dato Alan Chuah Chin Lai En. Chan Jian Shou En. Tan Ming Hua En. Teh Swee Lok En. Wong Choo Hsien En. Tan Chee Keong Pn. Chan Li Yung En. Eng Kok Leong En. Teh Swee Soon En. Tan Chee Fu En. Tan Yi Ann En. Lim Chan Mong En. See Ming Hui En. Tan Guay Pyang En. Tan Hoe Keat En. Beh Chee Hou En. Lee Soon Ching En. Mah Kok Leong

*Juru Audit 1 *Juru Audit 2 * Dilantik. 5.2 Majlis angkat sumpah akan dijalankan di Restoran Si Chuan pada 21.3.2012, jam 8.00 malam. 6. Majlis Sambutan Hari Wesak 2012. 6.1Jawatankuasa Kerja majlis sambutan Hari Wesak ditubuhkan dengan ahli-ahli berikut iaitu En. Wong Choo Hsien, En. The Swee Soon, En. Tan Yi Ann, En. Eng Kok Leong, En. See Ming Hui, En. Tan Guay Pyang dan En. Tan Chee Keong. 6.2 Sumbangan makanan sebanyak akan diberikan kepada golongan yangmemerlukannya. Pihak jawatankuasa akan berusaha mencari dermawan untuk menjayakan program ini. 7. Hal-hal Lain. 7.1 En. Johnson Ng akan mengetuai rombongan ke Hatyai untuk memberi sumbangan kepada rumah orang tua, rumah anak yatim dan tokong Buddha. Persatuan Penganut Dewa Zhu Ling Jing Se memperuntukkan RM 1500 untuk tujuan sumbangan tersebut. 7.2 Majlis dengan sebulat suara agar pihak penasihat memberi sumbangan kewangan kepada pihak persatuan. 7. Penangguhan Mesyuarat Agung. Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 malam.

En. Khor Boon Yung En. Tan Kah Seng En. Kuay Peng Hui Pn. Tan Hui Ching Pn. Wong Li Kuin

Minit Mesyuarat Disediakan Oleh,

Minit Mesyuarat Disahkan Oleh,

________________________ ( ENG KOK LEONG ) Setiausaha BM Persatuan Penganut Dewa Zhu Ling Jing Se

_________________________ ( TAN MING HUA ) Pengerusi Persatuan Penganut Dewa Zhu Ling Jing Se

You might also like