Soalan Objektif

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN OBJEKTIF 1. D 2. D 3. B 4. D 5. B 6. C 7. D 8. B 9. C 10.

C SOALAN STRUKTUR 1 (a) Jelaskan Pengertian (i) Makna Denotasi (ii) Makna sebenar, dasar asli 11.A 12.D 13.D 14.D 15.A 16.A 17.C 18.C 19.D 20.A

Makna Referensial Makna yang mempunyai rujukan, referen, sesuai dengan konsep

(iii)

Makna Leksikal Makna yang terdapat dalam kamus dengan referen, makna sesuatu perkataan itu sendiri.

1 (b) 2 proses pembinaan kata dalam BM. Beri contoh perkataan bagi setiap proses tersebut i) ii) iii) Pengimbuhan pelari. Penggandaan rama-rama. Pemajmukan alat tulis

2 (a) Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, jelaskan konsep : i) Homonim perkataan yang sama mengandungi makna yang berbeza. a. Contoh : pacar (kekasih) , pacar (inai) b. Contoh : Perak (negeri) , perak (jenis logam) bunyi dan ejaan tetapi

ii)

Homofon perkataan yang sama bunyi tapi ejaan dan makna yang berbeza a. Contoh : bang (kata singkatan panggilan abang) bang (azan) , bank (atm) b. Contoh : masa (waktu) , massa (ala.. yang media massa tu)

iii)

Hiponim perkataan yang maknanya terangkum dalam makna kata lain yang lebih luas. a. Contoh : melur, mawar, cempaka, melati, tulip BUNGA b. Contoh : lori, bas, kereta, motosikal, van - KENDERAAN c. Contoh : Preve, Perdana, Persona, Waja, Satria, Saga PROTON (kihkih)

2 (b) Namakan istilah menerangkan hubungan kata-kata di bawah dan jelaskan konsep istilah tersebut. i) kurus-gemuk Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan.

ii) cerdik-pandai Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti.

3 (a) Prinsip-prinsip pembentukan istilah Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) Memilih perkataan atau istilah yang terdapat dalam Bahasa Melayu, bahasa klasik atau dialek. o Contohnya : gerak balas, garis pusat.

Memilih perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan Bahasa Melayu.

Contoh : gambut, awet

Memilih perbendaharaan kata asing. o Contoh : professional, electron

3 (b) Dasar Pembentukan Istilah Asing Sesuai makna Lebih singkat daripada terjemahan BM Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan sekiranya istilah BM mempunyai banyak sinonim. o Contoh : pencen, fisiologi, geran

4 (a) Jelaskan proses pembentukan istilah perkataan dibawah i) mendefinisikan proses pengimbuhan. ii) Kata akar / dasar diberi imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan definisi merupakan kata akar yang menerima imbuhan apitan men- . kan men + definisi + kan.

jejari proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa dibelakang kata dasar. boleh berlaku dihadapan atau

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. jari-jari jajari jejari

4 (b) Jelaskan 3 bentuk penulisan istilah melalui proses gabungan beserta contoh. i) Kumpulan yang terpisah model linear, ketua pengarah

ii) Kumpulan yang menggunakan tanda hubung

mesin kira tangan

iii) Kumpulan yang dirangkaikan menjadi satu kerana sudah mantap Contoh : wargnegara, bumiputera, jawatankuasa

SOALAN ESEI JAWAPAN DR PUAN SENDIRI SOALAN 1 Menurut R.Firth, Makna ditentukan oleh keperihalan keadaan, Huraikan maksud kenyataan ini. Nyatakan faktor-faktor yang menentukan makna serta contoh. Jawapan Makna ialah erti atau maksud. Makna juga diertikan sebagai idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada pemikiran penutur kepada pemikiran pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau bahasa lain. Makna dalam linguistik merupakan keadaan apabila penutur mengujar dan gerak balas yang dijangkakan pada pendengar seolah-olah terhubung erat. Keperihalan keadaan penggunaan merupakan faktor penting dalam menentukan makna sesuatu perkataan, frasa, klausa, atau ayat. Dengan kata lain, makna sesuatu ayat atau ujaran tidak semata-mata ditentukan oleh makna setiap perkataan atau pertalian strukturan antara perkara-perkara yang membina sesebuah ayat tetapi faktor-faktor lain seperti intonasi, pengucapan, keadaan penutur, tujuan sesuatu ayat yang diujarkan juga penting. Hal ini membawa maksud, keperihalan keadaan menentukan unsur dan cara bahasa digunakan. Unsur bahasa dan cara berbahasa akan berubah apabila keadaan keperihalan keadaan berubah. Terdapat beberapa faktor yang menentukan makna. Antaranya ialah faktor kebudayaan. Kebudayaan masyarakat yang menuturkan bahasa itu sendiri menentukan bentuk-bentuk ujaran penuturnya. Misalnya kata panggilan daripada orang muda kepada orang tua. Kebudayaan juga menentukan ujaranujaran tertentu dalam suasana atau tujuan tertentu. Contohnya, masyarakat Melayu mempunyai ungkapan seperti jemput duduk, minta diri sebagai katakata hormat kepada tetamu. Selain itu, konteks ayat atau tajuk perbincangan. Konteks boleh menentukan suatu perkataan atau ujaran. Konteks boleh dibahagi kepada dua iaitu konteks ayat dan konteks situasi atau latar ujaran. Contohnya, perkataan kaki boleh diertikan sebagai anggota badan manusia atau haiwanyang digunakan untuk berjalan dan berlari. Kaki juga membawa maksud ukuran, misalnya kaki bola, kaki judi. Selain itu, faktor konteks juga menentukan perubahan makna. Ciriciri seperti ekspresi muka, pergerakan tubuh badan, atau difahami sebagai

bahasa tubuh badan boleh menjadi penentu dalam menyampaikan makna ujaran. Ciri-ciri ini dikenali sebagai ciri-ciri paralinguistik. Contohnya, jika seseorang mengucapkan yalah dengan mimik muka masam, ujaran itu membawa maksud negatif, kecil hati dan merajuk. Faktor bukan linguistik yang lain seperti ciri-ciri prosodi, iaitu ciri-ciri tekanan, intonasi, dan nada juga mempengaruhi makna ujaran juga menjadi factor. Contohnya, sekiranya sesuatu ayat itu sopan, tetapi diucapkan dengan intonasi, takanan atau nada yang keras akan mengubah makna dan mendatangkan kesan yang negatif. Contohnya, kalau ujaranjangan buat begitu! Diucapkan dengan nada dan intonasi Faktor-faktor yang mengubah makna kata juga telah, sedang, dan akan terus berlaku akibat perkembangan bahasa yang tiada garisan ini. Antara faktornya ialah perkembangan bahasa itu sendiri akibat faktor peluasan, penyempitan, dan peranjakan. Selain itu, faktor tanggapan atau konotasi penutur juga boleh mengubah makna kata. Jika sesuatu kata itu mungkin dianggap membawa sial atau ada pantangnya, kata itu akan ditukar dengan istilah yang lebih sopan dan diterima umum.

SOALAN 2 Makna sesuatu kata akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi, dan hubungan sosial dalam masyarakat. Perubahan makna dapat berlaku daripada segi peluasan makna atau penyempitan makna. Huraikan Peluasan Makna dan Penyempitan Makna dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. Jawapan Perubahan berlaku atas beberapa faktor: 1) 2) 3) 4) Perubahan kerana perkembangan bahasa itu sendiri Perubahan tanggapan penutur. Perubahan kerana perluasan maksud Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud/makna

Penyempitan makna bermaksud sesuatu kata itu pada mulanya mempunyai makna umum tetapi kemudian berubah menjadi lebih khusus. Contohnya, makna kata-kata yang mengalami penyempitan makna ialah madrasah, khalwat, tuan,. Kata ini sudah berubah makna menjadi lebih khusus sekolah agama 5) Perubahan maksud kerana tujuan simbolik dan stalistik

Perubahan makna atas tujuan ini dapat dilihat dalam hasil-hasil sastera khususnya dalam puisi. Contohnya, perkataan kumbang dan bunga

mempunyai makna yang tertentu lelaki dan perempuan bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis binatang dan tumbuhan. Perluasan makna ialah perubahan makna dari yang lebih khusus atau sempit ke yang lebih umum atau luas. Cakupan makna baru tersebut lebih luas daripada makna lama. Contohnya, makna lama bagi perkataan bapak ialah orang tua laki-laki, manakala makna baru bagi perkataan tersebut ialah semua orang lelaki yang berkedudukan lebih tinggi. Penyempitan makna berkaitan dengan sesuatu perkataan yang membawa maksud yang lebih umum/luas kepada maksud yang lebih khusus dan sempit. Seperti yang diterangkan penyempitan ini akan mengkhususkan sesuatu perkataan itu kepada maksud yang lebih terperinci dengan ciri-ciri yang membawa maksudnya yang tersendiri. Seperti contoh yang dibawa oleh perkataan sarjana yang dahulunya membawa maksud cendikiawan dan setelah berlaku penyempitan makna, maksudnya diperincikan kepada lulusan perguruan tinggi yang mana maksudnya lebih terperinci. Bagi contoh berikutnya yang melibatkan perkataan pendeta yang maksud lama yang lebih umum iaitu orang yang berilmu kepada maksud yang lebih terperinci iaitu guru Kristian. Contoh berikutnya adalah madrasah yang maksud umumnya dahulu adalah sekolah dan setelah mengalami penyempitan makna ianya dikhususkan kepada sekolah agama Islam.

SOALAN ESEI 3: Kesalahan ejaan yang melibatkan kata pinjaman bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris masih lagi menjadi masalah kepada pelajar di Negara ini. Berikan pendapat anda tentang punca timbulnya masalah ini dan langkahlangkah untuk mengatasinya. Jawapan : 1) Pelajar dan penuntut tidak terdedah kepada penggunaan BM yang betul semenjak kecil. 2) Pengejaan dibuat berdasarkan lafaz atau bunyi istilah perkataan tersebut.

3) Pelajar sudah biasa dengan istilah BI dan menyebabkan sistem ejaan dan penulisan mereka turut sama terpengaruh. 4) Kekurangan pendedahan dan epitimologi. (asal-usul) kata pinjaman menyebabkan pelajar tidak faham akan aspek pinjaman mana yang diguna pakai dalam menyerap istilah sumber yang ada. Langkah mengatasi

1) Guru mestikah memainkan peranan dengan memperjelas panduan untuk menyesuaikan ejaan kata/istilah pinjaman berdasarkan aturan ejaan Bm dengan lebih sistematik 2) Factor latihan dan kebiasaan penggunaaan Bm sejak peringkat pendidikan rendah perlu diusahakan. 3) Pembudayaan Bm hendaklah dibuat semenjak sekolah menengah agar mereka dapat memahami buku rujukan akademik dengan lebih baik lagi 4) Para pelajar sendiri harus sedar dan beusaha untuk memantapkan penguasaan BM serta meningkatkan kemahiran dalam BI. Dewasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesankesan yang timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu dikenal pasti supaya langkahlangkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya. Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lamakelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu. Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.

Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkan pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar kita ambil contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama you kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati. Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa rojak. Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak. Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi. Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, programprogram television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program Gengstarz, One In A Million dan Akademi Fantasia yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih

dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa. Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus bekerjasama bak kata berat sama dipikut, ringan sama dijinjing untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.

You might also like