Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sajak : Asap

Maksud
Rangkap 1 : Asap menyebabkan mata berair kerana pedih. Rangkap 2 : Asap menyebabkan manusia lemas. Rangkap 3 : Asap menyebabkan jantung suka berfungsi. Rangkap 4 : Asap menimbulkan rasa hangat dan tidak selesa.

Tema
Keburukan dan kesengsaraan yang timbul akibat daripada menghidu asap atau menghisap rokok kepada manusia.

Persoalan
a) Persoalan tentang kesan jerebu dan pembakaran terbuka. b) Kebakaran yang membawa malapetaka. c) Bahaya merokok.

Bentuk
a) Sajak ini terdiri daripada 4 rangkap. b) Bilangan baris setiap rangkap tidak sama, rangkap 1 dan rangkap 2 mempunyai 5 baris, rangkap 3 dan rangkap 4 mempunyai 6 baris. c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara 1 hingga 4 patah kata atau 2 hingga 11 suku kata sebaris. Contohnya: Asap semakin lama semakin membesar d) Sajak ini berbentuk bebas. (1 patah kata/2 suku kata) (4 patah kata/11 suku kata)

Unsur-unsur Bunyi
a) Asonansi. Contohnya, semakin lama semakin membesar (pengulangan vokal a) b) Aliterasi. Contohnya, hanya satu jantungku ini (pengulangan konsonan n) c) Rima akhirnya bebas. Contohnya : Rangkap 1 : abccd Rangkap 3 : abcdec Rangkap 2 : abcde Rangkap 4 : abcdee

Unsur-unsur Bahasa
a) Personifikasi. Contohnya, kaurampas. b) Inversi. Contohnya, hanya satu jantungku ini. c) Sinkope. Contohnya, mu, kau, ku.

Nilai
a) Kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa asap membahayakan kesihatan. b) Prihatin. Contohnya, penyajak prihatin tentang kesihatan. dan rokok

Pengajaran
a) Janganlah kita menghisap rokok kerana asap yang terhasil itu membahyakan kesihatan semua pihak. b) Kita haruslah sedar bahawa maut boleh datang dengan tiba-tiba hanya kerana asap. c) Kita janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan alam.

You might also like