Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Teori Pembelajaran Behaviorisme Pengenalan Teori Teori merupakan perkara asas kepada semua bidang , termasuklah bidang psikologi

pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus-fokus kepada aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.

Menurut Pengertian Teori dari Stanovich (1992) telah memberi satu definasi tentang teori iaitu set konsep-konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang.

Cohen, R pula mendefinasikan teori sebagai satu set penyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definasi dan penyataan yang mengambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang mengambarkan peraturan bagi membentuk satu penyataan baru. Dalam erti kata lain kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian atau hipotesis-hipoptesis tentang sesuatu yamg berdokongkan kajian.

Manakala pengertian pembelajaran mengikut kamus inggeris-melayu dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka ia boleh diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Selain itu juga, pengertian pembelajaran bermaksud hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

Antara fungsi-fungsi Teori Pembelajaran ialah untuk mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik. Dengan menggunakan satu cara pendekatan kepada satu bidang pengetahuan memberi panduan kepada guru tentang apa yang harus dikaji olehnya, pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran, teknik kajian yang hendak digunakan dan juga cara untuk menghuraikan hasil kajian.

Selain itu juga, fungsi teori pembelajaran juga ialah menghuraikanperkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas supaya senang untuk difahami oleh para pelajar.

Kesimpulannya ia bertujuan untuk menghuraikan dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaiamana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

You might also like