Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

SKRIP PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010, SK LIMPAKI, LIMBANG SELASA, 16 NOVEMBER 2010M / 09 ZULHIJJAH 1431H
Bil 1 Aturcara Majlis Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang. Hadirin dipohon berdiri. Nyanyian Lagu Negaraku Semua diminta duduk dan terima kasih diucapkan. Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang Pejabat Pelajaran Daerah Limbang, Yang Berusaha En. Samsudin b. Hj. Bakar, Guru Besar SK Limpaki, Yang Dihormati En. Sondit b. Hj. Mail, Naib Yang Dipertua PIBG SK Limpaki Yang Dihormati Ketua Kampung Limpaki Ayahanda Hj. Sahat b. Bagol. Yang Dihormati Ketua Kampung Patiambun Ayahanda Hj. Akit b. Kurus. Para Tetamu Jemputan, Para AJK PIBG, Penolong-Penolong Kanan Sekolah, Guru-guru, Para Ibubapa, Murid-murid Cemerlang SK Limpaki 2010 seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, S1Malaysia Selamat datang, ahlan wasahlan kami ucapkan kepada semua ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Limpaki, Limbang bagi tahun 2010M/1431H. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang yang sudi hadir melapangkan masa merasmikan majlis gilang gemilang ini. Untuk makluman Yang Berbahagia dan hadirin sekalian, saban tahun majlis ini diadakan bagi meraikan serta menganugerahkan penghargaan berupa sijil dan hadiah kepada murid-murid cemerlang sekolah ini dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga dengan adanya majlis sebegini, akan meningkatkan lagi daya saing dan motivasi di kalangan pelajar untuk berjaya. Bagi memberkati majlis kita ini marilah sama-sama kita menadah tangan memohon doa restu dari Allah Taala agar diberkati dan dirahmati majlis kita ini dari awal hingga akhir. Untuk itu majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Pengacara Majlis Tindakan AJK Protokol

AJK Siaraya, Pengacara Majlis

Pengacara Majlis

Ustaz Khairol

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

Khairol Anuar Kiraman bagi memimpin pohonan doa majlis. Dengan takzimnya dipersilakan. Amin. Syukran jazilan.

Anuar

SK Limpaki namamu dijulang, Sekolah ternama di Daerah Limbang, Hadirin dialukan selamat datang, Ke majlis gemilang Anugerah Cemerlang 6 SK Limpaki menemukan kita, Hati bertaut jalinan mesra, Adat majlis memulakan bicara, Ucapan diungkap buat semua. Hadirin yang dihormati, Majlis membuka bicara dengan menjemput Yang Berusaha En. Samsudin b. Hj. Bakar, Guru Besar SK Limpaki bagi menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih 8 Hadirin yang dikasihi, YDP PIBG Pengacara Majlis

GB

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati En. Sondit b. Hj. Mail, Yang Dipertua PIBG SK Limpaki bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Bagi melengkapkan ucapan perasmian majlis ini, marilah sama-sama kita mendengar ucapan Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Keemerlangan SK Limpaki 2010 ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha di atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis kita ini.

PPDL

10

Jalur Gemilang Berkibar Megah, Dihormati orang serata dunia, Majlis dirasmi terlaksana sudah, Menandakan bermulanya majlis kita.

Pengacara Majlis

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

Bagi menyerikan majlis gilang gemilang ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid sekolah ini. Dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan Deklamasi Sajak yang disampaikan oleh Mohd Amirudin b. Munggu@Ahmad dan Nuraziyah bt. Amat ,Murid Tahun 5 sekolah ini. Mereka berdua telah mewakili sekolah dalam pertandingan Sayembara Puisi sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Bahagian Limbang pada 23.10.2010 lalu dan telah mendapat tempat ke-4 & saguhati. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka.

AJK Persembaha n

11

Raja Lawak orangnya kelakar, Membuat orang ketawa tak sudah, Semua ibubapa nampaknya tak sabar, Melihat anaknya menerima hadiah. Hadirin yang dimuliakan,

Pengacara Majlis

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu acara penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang tahun 2010. Bagi menyempurnakan majlis ini, dijemput Yang Berusaha En. Samsudin b. Hj. Bakar. Guru Besar SK Limpaki bagi mengiringi Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan ,Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang untuk meyampaikan hadiah kepada muridmurid cemerlang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebelum itu, bagi melicinkan majlis kita, hanya seorang saja di kalangan ibubapa boleh mengiringi anak-anak mereka naik ke pentas. Penyampaian hadiah dimulakan dengan Murid Cemerlang Semester 1/2010 Dimulakan dengan murid-murid Tahun 1. Dijemput ke pentas adik :............ Bagi murid-murid cemerlang Tahun 2 . Dipersilakan adik.......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 3 . Dipersilakan adik.......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 4 . Dipersilakan adik.......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 5 . Dipersilakan adik.......... Manakala bagi murid-murid cemerlang Tahun 6 . Dipersilakan adik.......... Seterusnya penerima hadiah murid-murid cemerlang bagi Semester 2/2010. Bagi murid-murid cemerlang Tahun 1. Dijemput ke pentas adik :............ Disusulii pula murid-murid cemerlang Tahun 2. Dipersilakan adik......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 3 . Dipersilakan adik.......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 4 . Dipersilakan adik..........

12

AJK Protokol

AJK Hadiah, AJK Penyelaras Murid

13

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

Bagi murid-murid cemerlang Tahun 5 . Dipersilakan adik.......... Bagi murid-murid cemerlang Tahun 6 . Dipersilakan adik.......... Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang tadi. Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid yang cemerlang. Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori Pencapaian Terbaik Bagi Mata pelajaran. 15 Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis menjemput Yang Dihormati En. Sondit b. Hj. Mail, Naib YDP PIBG SK Limpaki untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya. Mendahului penerima hadiah ini ialah murid-murid Prasekolah yang mencapai Penguasaan Terbaik Dalam Standard Pembelajaran Prasekolah 2010. Bagi murid 6 Tahun dipersilakan: adik................................................ (-sebut kategori & nama) Manakala bagi murid 5 Tahun pula dipersilakan adik........................................... Seterusnya Penerima hadiah bagi Pencapaian Terbaik Matapelajaran bagi Semester Pertama 2010: i. Bagi murid-murid Tahun1 dipersilakan adik....terbaik dalam matapelajaran........ ii. Diikuti murid-murid Tahun 2 pula dipersilakan adik.........terbaik dalam matapelajaran...... iii. Bagi murid-murid Tahun 3 pula dipersilakan adik...............terbaik dalam matapelajaran..... iv. Seterusnya murid-murid Tahun 4 pula dipersilakan adik..........terbaik dalam matapelajaran. v. Manakala bagi murid-murid Tahun 5 dipersilakan adik............terbaik dalam matapelajaran vi. Bagi murid-murid Tahun 6 pula dipersilakan adik.........terbaik dalam matapelajaran Seterusnya bagi kategori Pencapaian Terbaik Matapelajaran bagi Semester Kedua Tahun 2010: i. Bagi murid-murid Tahun1 dipersilakan adik.................terbaik dalam matapelajaran.......... ii. Diikuti murid-murid Tahun 2 pula dipersilakan adik............terbaik dalam matapelajaran..... iii. Bagi murid-murid Tahun 3 pula dipersilakan adik...............terbaik dalam matapelajaran..... iv. Seterusnya murid-murid Tahun 4 pula dipersilakan adik........terbaik dalam matapelajaran.. v. Bagi murid-murid Tahun 5 pula dipersilakan adik......terbaik dlm matapelajaran AJK Protokol

14

Pengacara Majlis

AJK Hadiah, AJK Penyelaras Murid

AJK Hadiah, AJK Penyelaras Murid

16

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

vi.

Manakala bagi murid-murid Tahun 6 dipersilakan adik...........terbaik dalam matapelajaran

17

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Naib YDP PIBG di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya Hadirin yang dihormati,

Pengacara Majlis

18

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menunjukkan Peningkatan Prestasi Terbaik Dalam Akademik Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormat Ayahanda Ketua Kampung..................................................................... bagi menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya. Dipersilakan. i. Bagi Murid Prasekolah 1. Peningkatan Prestasi Akademik Terbaik ( 5&6 Tahun ) dipersilakan adik : 2. Peningkatan Drastik Sepanjang Tahun ( 5&6 Tahun ) dipersilakan adik : Bagi murid Tahun 1 dipersilakan adik : Bagi Murid Tahun 2 dipersilakan adik : Bagi Murid Tahun 3 dipersilakan adik : Bagi Murid Tahun 4 dipersilakan adik : Bagi Murid Tahun 5 dipersilakan adik : Manakala bagi murid Tahun 6 pula dipersilakan adik :

ii. iii. iv. v. vi.

vii.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada murid terbaik peningkatan drastik dalam program Pemulihan Khas, dipersilakan adik : 19 Seterusnya penerima hadiah bagi Program j-QAF 2009, dipersilakan adik : Tahun 1 :....Tahun 2 :.....Tahun 3 :......Tahun 4 :.....Tahun 5 :......Tahun 6 : Majlis diteruskan lagi dengan penyampian hadiah kepada murid yang berjaya dengan cemerlang dalam program Banyak Membaca NILAM. Dipersilakan ke pentas adik : 20 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Ayahanda Ketua Kampung.............................di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Hadirin yang dihormati, AJK Hadiah AJK Penyelaras Murid

21

Pengacara

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

Bagi meredakan kehangatan majlis, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid Prasekolah . Dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan daripada murid-murid Prasekolah. Tahniah diucapkan kepada mereka. Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil. Untuk itu majlis dengan hormatnya menjemput sekali lagi Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang diiringi oleh Yang Berusaha En. Samsudin b. Bakar, Guru Besar SK Limpaki ke pentas bagi menyampaikan sijil kepada murid-murid. Dipersilakan. Mendahului senarai penerima sijil ialah Sijil Penghargaan Penyertaan Dalam Deklamasi Sajak Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Bahagian Limbang 2010. Dipersilakan adik Mohd Amiruddin bin Munggu@Ahmad yang mendapat tempat ke-4, dan adik Nuraziyah binti Amat yang mendapat saguhati. Seterusnya penyampaian Sijil Tamat Tahun 6, dipersilakan adik : Seterusnya Sijil Tamat Prasekolah bagi murid-murid 6 tahun, dipersilakan adik : Diikuti dengan murid-murid Prasekolah 5 tahun. Dipersilakan adik : Diikuti pula dengan penyampaian hadiah kepada Pelajar Cemerlang UPSR Tahun 2009, dipersilakan adik : Penyampaian sijil dan hadiah kita diakhiri dengan Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SK Limpaki Bagi Tahun 2010.

Majlis

22

Pengacara Majlis

AJK Hadiah AJK Penyelaras Murid

1. Penerima Anugerah Murid Harapan Prasekolah 2010 bagi 5 Tahun,


dipersilakan adik : baca biodata 2. Diikuti dengan Anugerah Murid Cemerlang Prasekolah 2010 bagi 6 Tahun. Dipersilakan adik : baca biodata 3. Manakala Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Bagi Kategori Kurikulum / Akademik disandang oleh : baca biodata : 4. Seterusnya Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Bagi Kategori Kokurikulum pula disandang oleh : baca biodata : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada murid-murid terbaik tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Hadirin yang dihormati sekalian,

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

Majis Anugerah Cemerlang 2010

SK Limpaki, Limbang

Majlis sekali lagi diserikan oleh persembahan pelajar. Dipersilakan. 23 Demikianlah tadi persembahan daripada murid-murid Tahun 6. Tahniah diucapkan kepada mereka. Hadirin yang dikasihi,

24

Majlis kita telah sampai ke kemuncaknya. Sebelum itu, majlis berkenan ingin menyampaikan cenderamata kepada perasmi kita. Untuk itu dijemput Yang Berusaha Guru Besar SK Limpaki, En. Samsudin b. Bakar bagi menyampaikan cenderamata tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cik Gloria Sigar, Pegawai Kumpulan Guru Kebangsaan Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Limbang di atas kesudian hadir merasmikan majlis ini. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia di atas kesudian menerima cenderamata tadi. Sokongan dan komitmen Yang Berusaha yang diberi kepada majlis ini amat kami hargai. Dengan selesainya upacara penyampaian cenderamata tadi maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Cemerlang SK Limpaki Tahun 2010 ini. Saya mewakili seluruh warga SK Limpaki dengan sukacitanya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini.

AJK Persembaha n

Pengacara Majlis

25 Kerjasama dan sokongan hadirian sekalian amat kami hargai. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya majlis ini dari awal hingga akhir. Bagi pihak saya, pohon kemaafan jika tersalah bahasa terlanjur kata tersilap bicara sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Segala apa yang baik dan lebih itu datangnya dari Allah Taala dan segala apa yang lemah dan kurang itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan pihak kami. AJK Jamuan, Sebagai tanda sokongan hadirin semua, majlis menjemput semua hadirin ke dewan sekolah bagi menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan. Dipersilakan. Bagi murid-murid pula sila tunggu di dalam dewan ini. Semoga bertemu lagi di lain waktu. Insya Allah. Akhir kalam wabillahi taufik wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. AJK Protokol

SKRIP TAMAT

Disediakan oleh : zeirok@GPIj-QAF

You might also like