Pantun 4 Kerat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal

ilmu

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya Terang bulan di malam sepi Cahaya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru

PANTUN NASIHAT (ALISYA MAISARAH)

Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang-bayang

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

You might also like