Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 1.0 PENGENALAN 1.

1 Latar Belakang

Pelajar-pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling dikehendaki menjalani Latihan Praktikum bagi memenuhi syarat Pengurniaan Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling Oleh kerana Program Psikologi Kaunseling ini menekankan kemahiran dalam memberi pertolongan dan kemahiran pula biasanya diperolehi dengan cara penerapan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam latihan praktikum, maka latihan praktikum adalah wajib bagi semua pelajar di bawah Program Psikologi Kaunseling. Latihan Praktikum ini memberi peluang kepada pelajar- pelajar mengendalikan sesi kaunseling dengan klien di bawah penyeliaan dengan mendapat maklum balas daripada penyelia- penyelia lapangan dan penyelia akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar di SPKS atau yang dilantik. Melalui Latihan Praktikum, pelajar- pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang dipelajari daripada kerja- kerja kursus yang telah selesai diambil. Setiap aspek dalam hubungan kaunselor- klien dikendalikan secara profesional dan menurut kod etika kaunseling. Dalam kes- kes yang memerlukan pemerhatian, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran daripada klien. Hormat kepada individu setiap masa merupakan aspek penting dalam setting praktikum. Pelajar- pelajar boleh menjalankan Latihan Praktikum hanya selepas mereka mengambil kursus- kursus yang telah ditetapkan di bawah Program Sarjana Psikologi Kaunseling dengan lengkap dan menduduki peperiksaan dengan jayanya. 1.2 Objektif

Latihan Praktikum

Pada akhir Latihan Praktikum ini, pelajar-pelajar berupaya menunjukkan kemahiran/ kebolehan. 1.2.1 Memerhati, menganalisis dan menginterpretasi keputusan dan aktivitiaktiviti kaunseling dengan penyelia lapangannya sebagai mentor dan mendemontrasikannya secara perbincangan di dalam seminar dan buku catatan pandangan personal.

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 1.2.2 Menyumbang dalam pembelajaran secara aktif selaras dengan identiti seorang kaunselor professional. Menunjukkan ketrampilan diri sebagai kaunselor terlatih dengan menggabungkan segala pengetahuan yang dipelajari dalam kursus dengan kesedaran kendiri dan perkembangan personal.

1.2.1

2.0

DESKRIPSI LATIHAN PRAKTIKUM

2.1 Kerjasama Perkara yang penting bagi latihan praktikum yang efektif ialah kerjasama dan penyelarasan matlamat serta kaedahkaedah untuk mencapai tujuan praktikum tersebut. Jalan ke arah pencapaian matlamat praktikum ini berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran adalah tanggungjawab bersama semua pihak yang terlibat iaitu institusi penempatan, penyelia lapangan, pelajar dan Universiti Malaysia Sabah yang diwakili oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. 2.2 Masa dalam Praktikum

Kerjasama
a) Institusi Penempatan b) Penyelia c) UMS

Seorang pelajar sarjana akan menjalani Latihan Praktikum di sebuah tempat atau agensi yang menjadi matlamat pengkhususannya. Tugasan ini memakan masa selama 25-28 minggu. Dari segi masa jumlah jam dimana seorang pelajar harus berada di setting institusinya adalah sebanyak 720-750 jam/ 25-28 minggu bersamaan dengan 9 jam kredit. 2.3 Tempat Institusi Penempatan dan Minat

Masa dan tempoh praktikum

Jumlah jam

Pelajar-pelajar yang mengikuti program Psikologi Kaunseling terdiri daripada pelbagai latar belakang, peringkat umur dan pengalaman. Oleh sebab kepelbagaian latar belakang, kemahiran dan minat antara pelajar- pelajar ini, usaha akan dibuat untuk mendapatkan penempatan Latihan Praktikum yang selaras dengan minat mereka dan peraturan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, UMS. Program Psikologi Kaunseling menggalakkan pelbagai pengalaman kaunseling untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran kaunseling.

Tempat penempatan dan minat

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING Bagi mencapai matlamat di atas, penempatan pelajar adalah di pelbagai tempat sekolah dan organisasi yang memberi pengalaman dalam hal rawatan dan pemulihan penagih dadah, pemulihan, pendidikan moral dan akhlak, hospital, klinik, rumah anak- anak yatim dan sebagainya. Sekiranya seseorang pelajar ingin mendalami minatnya di bidang- bidang lain yang juga ada hubungan dengan kaunseling, beliau boleh berhubung dengan Penyelaras PLUMS Pascasiswazah Program Sarjana Psikologi Kaunseling di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk dipertimbangkan dan satu kemungkinan pengalaman latihan praktikum yang khusus baginya. Hal ini seelok- eloknya dilakukan awal lagi. 2.4 Penempatan Latihan Praktikum

Institusi Penempatan

Kes Khas

Seperti yang telah disebut, pengalaman pembelajaran yang didapati daripada penempatan Latihan Praktikum pada sebahagian besarnya bergantung kepada tempat atau institusi di mana pelajar ditempatkan. Pemilihan penempatan adalah berdasarkan beberapa faktor dan antara yang penting adalah: 2.4.1 Minat institusi atau agensi untuk melibatkan diri dengan universiti yang membantu program Psikologi Kaunseling dalam usaha untuk membekalkan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. 2.4.2 Penerimaan pelajar Psikologi Kaunseling sebagai seorang ahli keluarga oleh agensi atau institusi dengan melibatkannya dalam mesyuarat, perbincangan, aktiviti dan lain- lain lagi. Setakat yang mungkin diharapkan, institusi yang berkenaan dapat berusaha melibatkan pelajar di dalam pentadbiran dan urusan hariannya supaya pelajar ini menjadi seorang kakitangan yang berfungsi.

Faktor Tempat

Pemilihan

a) Minat

b) Penglibatan Pelajar

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 2.4.3 Peluang bagi pelajar untuk mendalami dan membina kemahiran tertentu yang diminatinya di samping memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan institusi dan pelajar. Peruntukan sedikit masa pegawaipegawai institusi penempatan untuk memberi bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan seliaan kepada pelajar. Penyediaan ruang pejabat dan kelengkapan yang sesuai bagi pelajar berfungsi sebagai seorang pekerja yang akan menjalankan perkhidmatan kaunseling. c) Kerjasama Institusi

2.4.4

2.4.5

Lawatan ke tempat penempatan akan dilakukan oleh Penyelia Akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk mentaksir potensi pembelajaran bagi pelajar. Apabila penempatan telah dibuat, lawatan lanjutan ke tempat- tempat penempatan akan juga dilakukan oleh pensyarah- pensyarah yang terlibat dalam penyeliaan sebagai daya usaha untuk mengadakan komunikasi terbuka dan juga penyelarasan matlamat- matlamat Latihan Praktikum. 2.5 Tugas dan Peranan Latihan Praktikum 2.5.1 Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

Lawatan Penyelia

Tugas utama Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial adalah untuk menentu dan menyelaras tempat latihan praktikum bagi semua pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling. Penyelia akademik akan melawat tempat praktikum pelajar dan akan berbincang dengan penyelia lapangan tentang Latihan Praktikum yang bermakna bagi pelajar. Untuk menolong sekolah menentukan minat dan keperluan praktikumnya, pelajarpelajar digalakkan berbincang dengan pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial mengenai keperluannya di awal semester lagi.

Tugas Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 2.5.2 Penyelia Akademik 2.5.2.1 Membimbing pelajar menilai kemajuannya dan menerokai falsafah dan kemahiran kaunseling. 2.5.2.2 Sentiasa berbincang dengan penyelia lapangan supaya mereka dapat memberi bantuan dan sokongan terbaik kepada pelajar dalam perkembangan profesionalismenya 2.5.2.3 Menyemak dan menilai pita rakaman, video, nota kes, jurnal, dan buku log harian serta memberikan maklum balas, cadangan dan sokongan yang diperlukan. 2.5.3 Penyelia Lapangan

Tugas dan Peranan Penyelia Akademik

Pelajar- pelajar yang mengikuti Latihan Praktikum memerlukan penyeliaan daripada tenaga pengajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan juga penyelia lapangan di tempat praktikum. Penyelia Lapangan adalah pegawai- pegawai yang berkelayakan, berminat dan mempunyai masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Penyelia lapangan akan ditentukan oleh institusi yang berkenaan. Penyelia lapangan yang mewakili institusi adalah bebas untuk mengemukakan jenis pengalaman pembelajaran yang beliau dan pelajar merasakan pengalaman tersebut memenuhi jangkaan kedua- dua belah pihak. Hal-hal berikut diandaikan dapat disumbangkan oleh penyelia lapangan/ institusi: I. II. III. Memberi maklumat mengenai polisi, dasar dan tatacara institusi. Memberi gambaran yang menyeluruh tentang khidmat yang diberi oleh institusi. Memberi maklumat tentang falsafah institusi dan pendekatannya dalam hal kaunseling.

Tugas dan peranan Penyelia Lapangan

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING IV. Memperkenalkan pelajar kepada personaliti institusi dan kedudukan fizikal bangunan serta pejabatpejabat. Menolong pelajar menentukan matlamat dan objektif bagi latihan- latihannya dan juga menentukan senarai jangkaan prestasi dimana pencapaian objektif dapat dinilai. Menolong dan membantu pelajar menyediakan satu perjanjian mengenai praktikum yang termasuk di dalamnya tarikh dan hari pelajar perlu berada di tempat penempatan, jumlah jam yang ditetapkan seminggu, objektif pendidikan dan senarai prestasi yang dijangkakan seperti yang dikehendaki oleh pelajar Menyelia pelajar melalui konferensi, pemerhatian terus atau menerusi cara- cara lain. Mengisi borang penilaian prestasi pelajar setelah tamat latihan praktikum.

V.

VI.

VII. VIII.

Contoh borang-borang Perjanjian antara pelajar dan institusi dan latihan praktikum adalah seperti di dalam Lampiran A. 2.5.4 Pelajar

Tugas Pelajar

Pelajar mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pengalaman pembelajarannya. Sekiranya seseorang pelajar tidak diberi tugas yang cukup atau sebaliknya dibebani dengan tugas yang banyak, beliau seharusnya mencuba untuk menyampaikan perasaannya kepada penyelia lapangan. Pelajar juga diingatkan bahawa penyesuaian di peringkat awal mungkin kurang selesa bagi kedua- dua belah pihak. Hubungan komunikasi yang jujur dapat menolong mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi besar. Di bawah merupakan senarai tanggungjawab pelajar ketika menjalani Latihan Praktikum. a) Oleh sebab pelajar yang ditempatkan di sesuatu institusi itu diandaikan menjadi salah seorang atau kakitangan institusi berkenaan mestilah mematuhi waktu pejabat, peraturan- peraturan yang lain berkaitan dengan pakaian, tatatertib dan sebagainya. b) Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang pelajar tidak mematuhi hal- hal di atas dan 6

Penyesuaian Pelajar dengan Institusi

Tanggungjawab pelajar di Institusi

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING menunjukkan sikap yang tidak komited pada aspek praktikumnya. c) Masa yang dihabiskan oleh pelajar di institusi adalah termasuk bacaan, persediaan projek dan kerja luar institusi di samping tugas-tugas kaunseling. d) Dengan pertolongan dan bantuan penyelia lapangan, pelajar dikehendaki menghasilkan satu persetujuan antaranya dengan institusi tersebut yang mengandungi hal- hal berikut: I. Tarikh bermula dan berakhirnya latihan praktikum. II. Jumlah jam yang ditentukan seminggu di tempat penempatan dengan menentukan waktunya (jumlah masa pelajar berada di tempat penempatan mestilah 720- 750 jam. III. Senarai matlamat dan objektif latihan praktikum. IV. Senarai jangkaan prestasi yang boleh dinilai bagi setiap matlamat dan objektif. Persetujuan ini merupakan perjanjian bersama dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak (Lampiran A). Satu salinan perjanjian ini mestilah dihantar kepada penyelia akademik Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tidak lewat dari minggu kedua selepas pelajar berada di institusi. Satu salinan juga mesti diberi kepada penyelia lapangan. e) Mempelajari dan mendalami teknik- teknik kaunseling menerusi bacaan, perbincangan dengan penyelia lapangan dan personaliti institusi yang lain. f) Berusaha secepat mungkin memberi perkhidmatan yang bernilai tinggi mengenai tugas yang telah diamanahkan. g) Menjaga harta benda, maklumat dan kerahsiaan yang ada kaitannya dengan institusi dan kelayakan sebagai profesional yang bertanggungjawab. Etika kaunseling mestilah sentiasa dipatuhi. h) Mengambil tanggungjawab memberitahu pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tentang tarikh dan hari cuti di institusi penempatan selain daripada cuticuti am yang diistiharkan oleh kerajaan. i) Mendapatkan kelulusan dan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah sekiranya terpaksa mengambil cuti (cuti kecemasan). Kebenaran ini mestilah diserahkan kepada pihak institusi untuk makluman dan tindakannya. j) Menyediakan satu buku catatan/ log harian yang mesti ditulis setiap hari. Buku log ini hendaklah

Kandungan Kontrak

a) Permulaan tamat b) 720-750 jam c) Matlamat d) Jangkaan

dan

Teknik Kualiti

Amanah

Cuti

Cuti Kecemasan

Buku Log
7

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING diserahkan kepada penyelia lapangan setiap hari. Satu rumusan tugasan mestilah diserahkan kepada institusi penempatan pada setiap hari terakhir dalam setiap minggu. Semua borang rumusan tugasan ini mestilah disediakan dan diserahkan kepada Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial bersama buku log dan projek kaunseling seminggu tamatnya sesi praktikum. Kelewatan menyerahkan semua perkara di atas akan mengakibatkan pemotongan markah. k) Pelajarpelajar sendiri bertanggungjawab menguruskan makan minum dan perjalanan, persiapan dan lain-lain keperluan semasa penempatan. l) Pelajar dikehendaki berada di institusi selama 5 hari dalam seminggu dengan 6 jam sehari sehinggalah mencukupi 720-750 jam yang diperlukan oleh program kaunseling. Kehadiran pelajar di institusi hendaklah dicatat di dalam borang kehadiran pelajar (Lampiran B) dan buku catatan institusi juga jika ada. Hari Sabtu adalah hari pertemuan dengan penyelia akademik dan perbincangan kes di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Kehadiran pelajar- pelajar adalah wajib. Diharap pelajar dapat bertemu dengan penyelia akademik masingmasing bagi menentukan masa pertemuan. Sekiranya pelajar dipanggil oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk tujuan tertentu yang dianggap ada hubungan dengan Program Psikologi Kaunseling selain hari Sabtu, maka masa yang dihabiskan di atas kehendak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tidak diambil kira sebagai komponen daripada 720-750 jam/ 25-28 minggu. 3.0 REKABENTUK LATIHAN PRAKTIKUM

Urusan Keperluan

Hari dan Status

Sabtu

Latihan Praktikum adalah sebahagian daripada aspek praktikum, iaitu: a) Rancangan Kaunseling Ciri utama pengalaman latihan praktikum ini adalah aspek pencegahan dan terapi atau pemulihan dengan penekanan khas kepada kaunseling dan lain-lain hal yang berhubung dengannya. Pelajar mempunyai pilihan pendedahan di beberapa bidang: rawatan pesakit-dalam (in-patient), pesakit luar (out-patient), usaha pemulihan,

Aspek Praktikum
a) Kaunseling

Aktiviti Kaunseling

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING kerja kumpulan, terapi individu, terapi kumpulan, terapi keluarga, bimbingan dan kaunseling atau sebarang kombinasi bidang- bidang di atas. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial sentiasa menggalakkan pengalaman di berbagai- bagai bidang. Perlu juga disebutkan bahawa idea- idea lain mengenai pengalaman Latihan Praktikum juga perlu dipertimbangkan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. 3.1 RANCANGAN KAUNSELING

Bahagian ini mempunyai 4 aspek iaitu praktis kaunseling, aktiviti bimbingan atau kaunseling, pembentangan, kajian kes kaunseling dan buku log harian. 3.1.1 Praktis Kaunseling Bagi bidang ini, pelajar dikehendaki memenuhi keperluan- keperluan berikut: 3.1.1.1 Menjalankan sesi kaunseling individu dengan kelayakan sebanyak lebih kurang 120-150 sesi. Seelok- eloknya setiap kelayakan melalui sekurang- kurangnya 3 sesi dan yang paling baik adalah melebihi 6 sesi. 3.1.1.2 Menjalankan sesi Kaunseling Kelompok dengan klien sebanyak 30-35 sesi. Setiap kelompok dianggotai oleh sekurangkurangnya 8-12 ahli. 3.1.1.3 Sesi lengkap bagi 5 orang klien hendaklah dirakam sepenuhnya (audio/visual) bagi tujuan penyeliaan dengan penyelia akademik. 3.1.1.4 Pada setiap minggu selepas minggu pertama latihan praktikum, pelajar dikehendaki membuat temujanji dan berjumpa dengan penyelia akademik untuk tujuan penyeliaan. 3.1.1.5 Pelajar akan diambil tindakan sekiranya gagal menjalankan sebarang penyeliaan dengan penyelia akademik.

Rancangan Kaunseling

Keperluan Bidang
a) Kaunseling Individu

b) Kaunseling Kelompok c) Rakaman

d) Penyeliaan

Pelajar-pelajar dikehendaki membawa rakaman audio visual daripada 3 klien individu untuk penyeliaan pada setiap minggu. Kekalkan dengan klien-klien yang sama untuk penyeliaan pada setiap minggu berikutnya. Aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan peribadi pelajar sebagai

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING seorang kaunselor in the making akan dibincangkan. Persoalan- persoalan seperti sikap, kebimbangan, keyakinan diri, keraguan- keraguan yang ada, arah untuk bertindak, frustasi dan kecekapan akan diberi tumpuan. Dengan ringkas perhubungan ini adalah juga dapat dianggap sebagai hubungan mentor dengan mentee. 3.1.1.6 Setiap sesi kaunseling sama ada individu atau kelompok hendaklah dibuat laporannya di dalam borang laporan sesi yang berkenaan, sebaik- baik sahaja sesi kaunseling dijalankan. Format laporan adalah seperti di lampiran F dan G. 3.1.1.7 Borang Laporan sesi (Nota Kemajuan) terdiri daripada 2 jenis: a) Borang Laporan Sesi Kaunseling Individu b) Borang Laporan Sesi Kaunseling Kelompok 3.1.1.8 Kandungan Nota Kemajuan Individu: a) Tarikh b) Jangka Masa c) Nama orang terlibat disamping klien d) Sifat hubungan (i.e. sesi individu, panggilan telefon, sesi kumpulan) e) Kenyataan tentang: i) Isu yang dikemukakan oleh klien ii) Matlamat kaunseling (matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang, dll) iii) Matlamat penilaian (penggunaan ujian psikologi, dll) iv) Maklumat proses kaunseling v) Tindakan vi) Tindakan susulan vii) Refleksi kaunselor viii) Tandatangan kaunselor 3.1.1.9 Kandungan nota kemajuan kaunseling kelompok perlu ditulis secepat mungkin selepas sesi kaunseling. Nota kemajuan dibuat untuk tiap-tiap ahli. Kandungan nota: a) Tarikh b) Jangka masa

i) Individu ii) Kelompok

Kandungan Individu

Nota

Kandungan Kelompok

Nota

10

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING c) d) e) f) Jenis sesi (sesi kelompok) Sama seperti 3.1.17 (e) Jenis sesi (sesi kelompok) Sama seperti 3.1.17 (e)

Nota kemajuan hendaklah disimpan di dalam fail klien dan meminta penyelia akademik menandatanganinya semasa penyeliaan. Penulisan nota kemajuan adalah aspek penting yang tidak seharusnya diabaikan oleh seorang kaunselor pelatih. 3.1.1.10 Borang maklumat peribadi klien hendaklah diisi selewat-lewatnya pada sesi kaunseling kedua. Sekiranya tidak ada borang yang disediakan oleh institusi penempatan, gunakan borang yang disediakan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (Lampiran D dan lampiran E yang mana bersesuaian) 3.1.1.11 Selepas berlaku 4 sesi kaunseling dengan klien, borang rancangan rawatan (jika perlu) hendaklah diisi. Rancangan ini hendaklah disemak untuk tujuan kemas kini dan apaapa perubahan yang diperlukan. 3.1.1.12 Pelajar dikehendaki mengemukakan laporan kes kaunseling (case review) sekurangkurangnya sekali di dalam kelas pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Format laporan adalah seperti yang ditaklimatkan semasa taklimat praktikum. Setiap pelajar mestilah diberi satu salinan persembahan kes tadi sebelum persembahan dibuat. 3.1.1.13 Fail klien yang mengandungi segala catatan hendaklah disimpan baik- baik di tempatnya di institusi berkenaan dan tidak boleh dibawa keluar oleh kaunselor pelatih. 3.1.1.14 Selepas tempoh latihan praktikum, fail-fail klien hendaklah dibawa balik dan diserahkan kepada penyelia akademik masing-masing.

Nota Kemajuan

Maklumat Peribadi

Laporan Kes

Fail

11

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 3.1.2 Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling 3.1.2.1 Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengendalikan satu aktiviti atau kegiatan kaunseling yang boleh meningkatkan perkembangan peribadi atau profesionalisme. Aktiviti atau kegiatan ini boleh dimulakan sebelum latihan praktikum dan dipersetujui oleh pensyarah. Contoh-contoh aktiviti atau kegiatan termasuklah: Seminar, bengkel, kursus yang dihadiri Seminar, bengkel kaunseling yang dibantu pengendaliannya. Kertas kerja atau artikel yang ditulis di dalam media massa (cetak). Ceramah, forum yang dianjur atau disertai Lawatan sambil belajar yang disertai dan penilaiannya. Penyertaan dalam kajian, projek dan lain-lain. Lain-lain aktiviti yang sesuai untuk perkembangan peribadi / profesionalisme. 3.1.2.2 Pelajar-pelajar diminta berjumpa dengan penyelia akademik untuk mendapat persetujuan sebelum memulakan aktivitinya. 3.1.2.3 Rancangan aktiviti ini hendaklah komprehensif dan mengandungi aspekaspek berikut: tarikh, tempat, taraf penyertaan, kegiatan, kandungan, prosedur, peralatan, kos dan lain-lain. 3.1.2.4 Tarikh akhir penyerahan laporan praktikum adalah seminggu selepas tamat praktikum. Pembentangan Kajian Kes Kaunseling 3.1.3.1 Setiap pelajar dikehendaki membentangkan satu kes kaunseling. Kes yang ingin dibentangkan hendaklah datang daripada salah satu kes-kes kaunseling yang sedang dikendalikan dan sudah melalui sekurangkurangnya 8 sesi. 3.1.3.2 Setiap pembentang dikehendaki membuat salinan laporan kes bagi setiap pelajar.

Kegiatan ke arah Peningkatan Profesionalisme

Contoh Aktiviti

Persetujuan Pensyarah Kandungan Aktiviti

Tarikh Serahan

3.1.3

Pembentangan kaunseling

kes

Salinan Laporan Kes

12

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 3.1.3.3 Salinan asal akan diserah kepada penyelia akademik masing-masing. 3.1.3.4 Peruntukan masa untuk pembentangan adalah tidak melebihi 20 minit. 3.1.3.5 Panduan format penulisan laporan adalah seperti disertakan dalam manual. 3.1.4 Buku Catatan Harian 3.1.4.1 Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan ringkas praktikum pada tiap- tiap hari di dalam buku catatan harian atau dikenali sebagai Buku Log. 3.1.4.2 Catatan harian merangkumi pengalaman mengadakan sesi kaunseling dan kerja- kerja yang dilakukan di tempat praktikum 3.1.4.3 Penyelia akademik akan menyemak buku log catatan semasa lawatan.

Masa Pembentangan Format Penulisan Catatan Harian

13

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING Rumusan Penting 1. Latihan praktikum adalah selama 25-28 minggu. 2. Jumlah keseluruhan jam adalah 720 - 750 jam. 3. Latihan Praktikum adalah terdiri daripada aspek: a) Rancangan kaunseling i) Bidang kaunseling ii) Aktiviti kaunseling iii) Pembentangan kes kaunseling iv) Buku catatan harian 4. Untuk praktis kaunseling, anda disyaratkan menjalani sekurang-kurangnya 120-150 sesi Kaunseling Individu dan 30-35 sesi Kaunseling Kelompok yang dirakamkan. Pitapita ini adalah untuk tujuan perbincangan dan pada akhirnya rakaman-rakaman ini diserahkan kepada penyelia akademik apabila tamat praktikum. Tarikh akhir penyerahan ditentukan oleh pihak sekolah. Pelajar dinasihatkan untuk membuat salinan pita-pita ini untuk simpanan sendiri. 5. Laporan kes akan dibincangkan semasa penyeliaan bersama dengan penyelia akademik. Tarikh pembentangan kes ditentukan oleh pihak sekolah. 6. Pastikan anda menulis nota kemajuan klien (Individu/Kelompok) selepas sahaja sesi kaunseling atau bimbingan dijalankan. Pastikan anda menurunkan nama dan tanda tangan anda. 7. Buku catatan hendaklah ditulis setiap hari dan ditandatangani oleh penyelia akademik. Serahkan juga buku ini kepada penyelia akademik apabila praktikum telah tamat. Contoh buku log ini akan ditunjukkan oleh penyelia akademik masing-masing. 8. Pastikan anda membuat Aktiviti Kaunseling dan menyerahkan kepada penyelia akademik. 9. Jika anda menghadapi masalah, berbincanglah dengan penyelia lapangan/pegawai kanan di tempat praktikum anda ataupun penyelia akademik dengan segera dan tidak menunggu saat akhir. 10. Hantarkan persetujuan (kontrak) antara anda dengan institusi pada minggu kedua dan menghantarkan salinan-salinan kepada pihak-pihak tertentu. 11. Tarikh penyerahan pita-pita rakaman, laporan kes-kes kaunseling, aktiviti program bimbingan kaunseling dan buku log adalah selewat-lewatnya pada satu minggu selepas latihan praktikum. 12. Pelajar menghadapi risiko untuk GAGAL kursus PK6509 Praktikum jika tidak berada di tempat praktikum semasa latihan praktikum dan tidak berjumpa dengan penyelia lapangan/ penyelia akademik sepertimana syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh organisasi praktikum, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial serta Peraturan Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah.. Pelajar hanya boleh berjumpa dengan penyelia akademik pada hari Sabtu. Cara Menulis Rujukan Sila rujuk Gaya Penulisan UMS

14

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

Jadual Praktikum Kaunseling dan Penyeliaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mula berada di tempat praktikum. Perjumpaan dengan penyelia akademik mengikut tarikh-tarikh penyeliaan. Serahan borang perjanjian antara pelajar dan institusi Perbincangan kes bermula Tamat praktikum Serahan semua dokumen Latihan Praktikum (yang disediakan semasa di tempat praktikum)

Lampiran Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F Lampiran G Lampiran H Surat Perjanjian dengan Institusi Borang Kehadiran Latihan Praktikum Borang Rumusan Jam Borang Maklumat Peribadi Klien (sekiranya klien berada dalam institusi pendidikan) Borang Maklumat Peribadi Klien Laporan Sesi Kaunseling Individu Laporan Sesi Kaunseling Kelompok Rumusan Mingguan

15

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

LAMPIRAN A Tarikh:______________________ SURAT PERJANJIAN PELAJAR DAN INSTITUSI

NAMA PELAJAR

:___________________________________________________________________________________

NAMA INSTITUSI

:___________________________________________________________________________________

Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang diantara kedua belah pihak kami bersetuju tentang hal-hal berikut: a) Tarikh bermula praktikum di institusi ini ialah pada: jam______________, hari_______________, bulan_____________, tahun_____________ b) Tarikh tamat praktikum di institusi ini ialah pada: jam______________, hari_______________, bulan_____________, tahun______________ (Jumlah jam ialah sebanyak 720-750 jam) c) Jumlah jam kehadiran pelajar seminggu ialah seperti berikut: Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Waktu Masuk Waktu Keluar Jumlah

Jumlah jam : _____________________________

16

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING d) Objektif Latihan Praktikum Pelajar ialah : i) ii) iii) e) Jangkaan prestasi pelajar adalah seperti berikut : i) ii) iii)

Sekian, terima kasih.

Tandatangan dan cop wakil institusi Nama:________________________

Tandatangan pelajar Nama:_________________________

17

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN B BORANG KEHADIRAN LATIHAN PRAKTIKUM Nama Pelatih Institusi Nama Penyelia Lapangan Nama Penyelia Akademik Minggu Tarikh :__________________________________________________________________________ :_________________________________________________________________________ :_________________________________________________________________________ :_____________________________________________________________________ Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia Lapangan Tandatangan Penyelia Akademik

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

18

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia Lapangan Tandatangan Penyelia Akademik

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8

Minggu 9

Minggu 10

Minggu 11

Minggu 12

19

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia Lapangan Tandatangan Penyelia Akademik

Minggu 13

Minggu 14

Minggu 15

Minggu 16

Minggu 17

Minggu 18

Minggu 19

20

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING Minggu Tarikh Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia Lapangan Tandatangan Penyelia Akademik

Minggu 20

Minggu 21

Minggu 22

Minggu 23

Minggu 24

Minggu 25

Tandatangan Penyelia Lapangan __________________________________ Nama dan cop

Tarikh:______________________ 21

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN C BORANG RUMUSAN JAM Latihan Praktikum Kaunseling
Minggu kaunseling Individu Kaunseling Kelompok Aktiviti Bimbingan Aktiviti Konsultasi Pengurusan & Pentadbiran Jumlah jam &

Jumlah sesi

Jumlah jam minit &

Jumlah sesi

Jumlah jam minit &

Jam Minit

dan

Jam dan Minit

Dokumen (jam&Minit)

Minit

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 Jumlah

Tandatangan Penyelia Akademik __________________________________ Nama dan cop: Tarikh:________________________

22

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN D MAKLUMAT PERIBADI KLIEN Nama : __________________________________________________________ Jantina : _____________________________ Umur : ________________________________________________ Agama : __________________________________ Darjah / Tingkatan : ____________________________________ Bangsa : __________________________________ Sekolah : ____________________________________________________________________________________________ Alamat : ____________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________ No. Tel. (R) :________________________________________ No. Tel. (P) : __________________________________ Pekerjaan Ibu : _____________________________________ pekerjaan Bapa : _________________________________ Bilangan adik beradik / kedudukan kelahiran : ____________________________________________________ Pencapaian akademik : ____________________________________________________________________________ Jawatan di sekolah : ________________________________________________________________________________ Kegiatan Ko-Kurikulum : ___________________________________________________________________________ Sejarah kesihatan : __________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ Sebab datang berjumpa kaunselor : ________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________ Keterangan tentang keluarga : _____________________________________________________________________ Lain-lain : _____________________________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor :

Tarikh :

Nama Kaunselor : ___________________________________

_____________________________

23

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN E MAKLUMAT PERIBADI KLIEN

Nama :_________________________________ Jantina : __________________________ Umur :_________________________________ Agama : __________________________ Darjah/Tingkatan:_________________________Bangsa: ____________________ Sekolah :__________________________________________________ Alamat : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ No.Tel.(R) : _______________________No. Tel.(P):_______________________________ Pekerjaan Ibu: ______________________Pekerjaan Bapa:__________________________ Bilangan adik beradik/kedudukan kelahiran : ______________________________________ Pencapaian akademik :________________________________________________________ Jawatan di sekolah : __________________________________________________________ Kegiatan Ko-Kurikulum :_______________________________________________________ Sejarah kesihatan : __________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Sebab datang berjumpa Kaunselor :______________________________________________ ___________________________________________________________________________ Keterangan tentang keluarga : _________________________________________________ Lain-lain:___________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor : _____________________ Tarikh : _________________________ Nama Kaunselor : ___________________________

24

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN F LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
(Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D atau E)

Nama klien : ________________________________________________________________ Sesi : __________________ Tarikh : _____________________ Masa: _________________ 1. Isu yang diketengahkan/Isu (Butiran masalah/konflik,emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

2.

Matlamat Kaunseling/Individu (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

3.

Maklumat Penilaian

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

25

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 4. Tahap Kemajuan Proses Kaunseling

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

5.

Tindakan (Rancangan tindakan, prosedur, tugasan, latihan dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

6.

Tindakan Susulan (Sesi susulan, rujukan lanjut, keperluan laporan dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

7.

Refleksi Kaunselor Pelatih

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor Pelatih : _________________________ Nama: ____________________________

26

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

LAMPIRAN G LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK


(Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D atau E)

Sesi: ______________________ Tarikh : _____________________ Masa : _____________________ Nama Kelompok : ___________________________________________________________________ Bil Nama ahli Jantina Catatan

1.

Isu yang dibincangkan (Butiran masalah/konflik/isu/emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 27

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING 2. Matlamat Kaunseling/Individu (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang dan sebagainya)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

3.

Tahap Kemajuan Kaunseling Kelompok

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

4.

Isu yang dibincangkan (Butiran masalah/konflik/isu/emosi/tingkahlaku dan sebagainya)

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

5.

Refleksi Kaunselor Pelatih

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor Pelatih : _________________________ Nama: ____________________________

28

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING LAMPIRAN H RUMUSAN MINGGUAN NAMA KAUNSELOR PELATIH : __________________________________________________________________________________ NO.MATRIK : __________________________________________________________________________________ REKOD MINGGUAN : MINGGU KE _________________ MULAI ____________________ HINGGA _____________________
8.00 9.00 ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU RUMUSAN JUMLAH JAM Jumlah Jam Minggu Ini Jumlah Jam Minggu-Minggu Lepas Jumlah Jam Himpunan Keseluruhan 9.00 10.00 10.00 11.00 11.00 12.00 12.00 1.00 1.00 2.00 2.00 3.00 3.00 4.00 4.00 5.00 5.00 6.00 JAM

________________________________ TANDATANGAN PENYELIA LAPANGAN KAUNSELOR PELATIH

_______________________________ PENYELIA AKADEMIK

__________________________ TANDATANGAN

(Dibuat dalam tiga salinan. Satu salinan adalah untuk Institusi Penempatan, satu salinan untuk Penyelia Akademik dan satu salinan untuk simpanan Kaunselor Pelatih.) 29

You might also like