Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

Topik

X Pengenalan

Teknologi Maklumat

HASIL PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum tahun 1940an hingga kini; 2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan; 3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia; 4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer; 5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer; 6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan 7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.

PENGENALAN

Sedarkah anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Perkembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan, khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan pengajaran. Sedarkah anda juga sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

bertambah pesat ke arah meningkatkan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman penggodam (hackers) dan penyenggaraan komputer.

1.1

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat? Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.

1.1.1

Pekembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:

Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

AKTIVITI 1.1
Cuba anda fikirkan dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan ciri-ciri komputer generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan menepati cita rasa sebagai seorang pengguna dan pendidik. (a) Sumbangan Awal Sebelum 1940 Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus? Sebagai seorang guru, anda sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat Kemeteriam Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin Abakus sebagai pengira 3000 SM yang lalu. Pada tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.

Rajah 1.2: Mesin aritmetik Pascal Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif

Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Enjin Analitikal (Rajah 1.3) telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Mesin ini mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1,000 nombor, setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.3: Enjin Analitikal oleh Clarles Babbage Sumber: http://www-groups.dcs.stand.ac.uk/~history/Diagrams/ Babbage_engine.jpeg

Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki lima bahagian seperti rajah di bawah.

Rajah 1.4: 5 Bahagian analitikal enjin

George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan mereka cipta Logik Boolean satu simbol Algebra 'betul dan salah'. Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada tahun 1890, kad tebuk untuk memasukkan dan memproses data diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan aritmetik secara automatik. (b) Generasi Pertama (1940-1958) Terciptanya tiub vakum, masalah tindak balas mekanikal dapat diatasi. Ia merupakan, masalah utama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu tindak balas mekanikal yang lambat dan terbatas. Hasil daripada ciptaan tersebut, maka terhasilnya komputer seperti berikut:

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jadual 1.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama Tahun Ciptaan Tahun 1943 Keterangan Ciptaan dan Pencipta Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum. Sumber: http://www.digibarn.com/collections/locations /bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG

Tahun 1945

J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC). Komputer ini memerlukan ruang 1,500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi 19,000 tiub vakum. Anda boleh melihat laman web berikut untuk melihat sejarah perkembangan komputer ENIAC Sumber: http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HT ML http://wwwetsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa ndo%20Eniac.jpg

Tahun 1946

UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951. Sumber: http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univ ac.jpg

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun 1953

IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat gambar sebelah). Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output, konsol dan bekalan. Sumber: http://www8.ibm.com/au/70years/more_detail/1953.html

(c)

Generasi Kedua (1959-1963) Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada transistor. Kesan penggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi. Pertukaran ini juga membuatkan kos pembinaan komputer menjadi semakin murah, di mana lebih 17,000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputer yang terkenal termasuklah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.

(d)

Generasi Ketiga (1964-1980) Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepadu, tercipta komputer seperti berikut: x x x x x Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel 4004. Pada tahun 1975, Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh Robert Metcalfe. Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh Steve Woziniak dan Steve Job. Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan. Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(e)

Generasi Keempat (1980 - Kini) Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala. Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga kini, Intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984, Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan Windows 3.0, seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 menggabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dapat menggabungkan kesemua media dalam multimedia.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output. 2. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga generasi keempat.

1.1.2
(a)

Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan

Pendidikan Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh dibahagi kepada dua kategori: (i) Alat Membantu Pengurusan Dalam satu organisasi pendidikan, terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Antara contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. Sebagai contoh, dengan bantuan aplikasi ini seorang pentadbir boleh mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan data pelajar. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk mengurus dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang, status permohonan, maklumat kursus yang diambil, status kewangan dan status peperiksaan mereka. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia

Selain itu, jaringan Internet dan laman web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Sebagai contoh, laman web Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar, memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. Di samping itu, laman web ini juga membolehkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar. (ii) Alat Bantu Mengajar Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu: x x x x Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial; Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan; Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi; dan Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kelebihan mod-mod yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut: Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah: Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini, pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan Pelajar dapat belajar dengan sendiri dan ini membolehkan mereka: 1. 2. 3. Mengaplikasi teori pembelajaran kontekstual dalam pengajaran konstruktif dan

Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif

Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah: Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Membolehkan pembelajaran simulasi Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah: Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama Menjimatkan masa pembelajaran Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah: Membenarkan pembelajaran jarak jauh Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.

10 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMAK KENDIRI 1.2


Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik.

(iii) Internet dalam Pendidikan Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan cepat, mudah dan murah. Perkongsian maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Internet dapat digunakan di mana-mana dengan pelbagai media dalam aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.

Rajah 1.6: Telesidang Sumber: http://www.mainesenate.org/diamond/images/ Diamond%20Video%20Teleconference-high%20res.JPG

Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. Capaian Internet juga mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 11

SEMAK KENDIRI 1.3


Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda.

(b)

Perindustrian Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai hasilan dan meningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori industri: (i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk. Antara contohnya ialah industri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lainlain lagi. Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan, insurans serta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat.

(ii)

Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan. Terdapat empat kategori aplikasi komputer seperti dalam Jadual 1.2 di bawah.
Jadual 1.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer Kategori (a) Kejuruteraan berbantukan komputer (Computer Aided Engineering atau CAE) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design atau CAD) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided Manufacturing atau CAM) Automasi kilang Keterangannya Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji komponen-komponen Program ini membantu jurutera menghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk Dalam aplikasi ini, komputer akan mengawal robot atau mesin yang digunakan untuk memasang barangan Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian pemasangan dan menjaga kualiti barang

(b)

(c)

(d)

12 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(c)

Perdagangan Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Teknologi maklumat juga digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna, contohnya ada peniaga menyediakan kios untuk membantu peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan. Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi mengantikan penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic contohnya, menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran menggunakan online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secara online dan setempat digunakan.

AKTIVITI 1.2
1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang sedang anda gunakan setiap hari. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada jangkaan anda, apakah kesulitan yang akan anda mengalami serta-merta? Bincangkan dalam kelas anda.

2.

1.1.3

Koridor Raya Multimedia (MSC)

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020. MSC telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D, membina dan menyebar maklumat serta produk berunsurkan teknologi maklumat. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia adalah seperti dalam Rajah 1.7 di bawah.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 13

Rajah 1.7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia

(a)

Kerajaan Elektronik Kerajaan elektronik merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensiagensi kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti berikut: (i) Hubungan antara Agensi Kerajaan Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang mengunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen, maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan, bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi. Hubungan Rakyat dengan Kerajaan Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah: Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap; Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara jabatan; Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos; dan Meningkatkan keselamatan data.

(ii)

14 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.8: Kerajaan elektronik

SEMAK KENDIRI 1.3


1. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia. 2. Beri sebab kenapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya. 3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan. (b) Sekolah Bestari Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran, serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilainilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagai bahan sejarah. Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat perbezaan jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari, cara gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti, penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 15

Jadual 1.3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari

Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciriciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Antara ciri-ciri tersebut ialah: Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui online' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah; Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi; Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari; dan Pentadbir berfungsi sebagai pengurus yang berkesan. (c) Teleperubatan Teleperubatan ialah aplikasi jaringan maklumat yang digunakan bagi kerja pengurusan dan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, teleperubatan membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor dilakukan di pelbagai lokasi. Dalam teleperubatan, jaringan aplikasi teknologi maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.

16 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.9: Teleperubatan Sumber: http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg

Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit dilakukan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik. Selain daripada itu, teknologi maklumat dalam menganalisis data terutama dari data mesin X-ray. Objektif teleperubatan ialah: Membentuk pusat kecemerlangan teleperubatan yang bertaraf dunia; dan Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia. (d) Pusat Penyelidikan Pusat Penyelidikan dan pembangunan adalah aspek yang cukup penting dalam membangunkan sebuah negara maju. Dengan kerjasama syarikatsyarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti-universiti tempatan dan luar negara, adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. Penubuhan Universiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia, juga diharap membina masyarakat penyelidik. Secara keseluruhan, objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia ialah: Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia; Berkerjasama dengan universiti tempatan bagi menghasilkan produk multimedia; dan Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 17

(e)

Kad Pintar Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar, tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di dalam cip ini juga terdapat, maklumat imigresen seperti nombor pasport dan tarikh luput pasport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Di dalam cip juga menyimpan maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di dalamnya, boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat membaca kad mudah alih. Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad pintar pertama di dunia yang dapat menggabungkan empat aplikasi kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan maklumat imigresen. Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah: Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat diri pemilik; dan Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.

Rajah 1.10: Kad pintar Sumber: http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg

18 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(f)

Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi yang canggih dan terkini. Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia atau MSC sebagai pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. MSC boleh menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkhidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpa sempadan ialah: x x x Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik; Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia; dan dan

Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi golongan peniaga.

(g)

Jalinan Perkilangan Dunia Melalui hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sokongan daripada sistem pengangkutan yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang dengan cepat. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh dunia, dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. Melalui hubungan komunikasi ke serata dunia, kilang-kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah. Kesemua infrastruktur ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusat jalinan perkilangan dunia. Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah: Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 19

1.1.4
(a)

Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia

MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut:


Jadual 1.2: Tiga Fasa MSC

Fasa Fasa 1 x x x x x Fasa 2 x x x x x x Fasa 3 x x x x

Keterangannya Menubuhkan satu lebuh raya maklumat; Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk Rajah 1.3); Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan Menbentuk bandar raya Cyberjaya sebagai bandar raya bertaraf dunia. Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya Multimedia MSC kepada beberapa bandar raya siber dunia; Membina lebuh raya web; Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama; Undang-undang siber bersifat global dan terkini; dan Empat hingga lima bandar raya bijak (intelligent cities) dapat dihubungkan dengan bandar raya siber yang lain. Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap perubahan dunia teknologi; Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di Koridor Raya Multimedia (MSC); dan Menghubungkan lebih daripada 12 bandar raya bijak kepada lebuh raya global.

20 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(b)

Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan daripada kerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan kejayaan. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional Berhad, seharusnya dilihat sebagai titik permulaan penggemblengan tenaga ke arah kecemerlangan. Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC Oktober 2002). Ketua Pegawai Eksekutif MDC, menyatakan pihaknya telah dan terus berusaha mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor Raya Multimedia (MSC) melabur di Malaysia. Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan syarikat seperti Satyam, DHL, Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25 Disember 2002). Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat multimedia, sejumlah 500 kesemuanya dengan jumlah 30 bertaraf dunia (bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun 2002, jumlah syarikat yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf dunia.

AKTIVITI 1.3
Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang Pendidikan. Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya Multimedia?

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 21

1.2

ASAS SISTEM KOMPUTER

Struktur komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan output. Lihat Rajah 1.11 di bawah:

Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer

Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat berbagai peranti input, namun hanya empat peranti input yang biasa digunakan oleh pendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan penyentuh skrin.

1.2.1
(a)

Peranti Input

Tetikus Tetikus atau mouse adalah satu peranti komputer yang bergerak mengikut gerakan tangan pengguna. Pergerakan tetikus boleh dikesan oleh komputer berdasarkan gerakan dan digambarkan di atas skrin dengan gerakan kursor. Tetikus terdiri daripada dua atau tiga butang yang boleh ditekan untuk memberi isyarat kepada komputer.

22 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Rajah 1.12: Tetikus (mouse)

Tetikus digunakan untuk: Menggerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin dengan cara mengklik pada ikon-ikon; Tetikus membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke mana saja di atas skrin dengan mudah dan lancar; Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan cepat; dan Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah menggunakan butang interaktif, objek interaktif, hiperteks dan hipermedia. (b) Skrin Sesentuh Skrin Sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Skrin Sesentuh merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan untuk menyentuh skrin boleh terdiri daripada pen elektronik atau jari pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan.

Rajah 1.13: Skrin sesentuh Sumber: http://www.satphonestore.com/SatTV/ SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%20(2).jpg

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 23

(c)

Pengimbas

Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam komputer sebagai fail. Maklumat yang dibaca kemudiannya akan diproses oleh komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu: x Pengimbas Tangan Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan membaca kod bar atau barcode di pasar raya atau di perpustakaan.

Rajah 1.14: Pengimbas tangan Sumber: http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG

Pengimbas Buku Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks, imej dan grafik.

Rajah 1.15: Pengimbas buku

1.2.2

Mikropemproses (Pemproses Utama)

Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.

Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar jalurnya, kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit yang dapat diproses contohnya Pentium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz

24 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertz yang mana dapat memproses 3.4 bilion pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh dilaksanakan setiap saat. Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data kepada maklumat. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik dan aritmetik.

1.2.3

Peranti Output

Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses. Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak dan alat pembesar suara.

(a)

Monitor Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk memaparkan output yang kehendaki. Monitor merupakan peranti output yang penting dan selalu digunakan oleh pengguna. Monitor terbahagi kepada dua iaitu monokrom dan warna. Monitor monokrom mempunyai paparan hitam putih dan monitor warna mempunyai paparan warna. Kedua-dua monitor ini disambung dengan komputer menggunakan kad grafik.

Rajah 1.16: Monitor

Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad grafik dan RAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai peleraian. Peleraian 640X480 piksel 800X600 piksel 1040X786 piksel 1280X1054 piksel Jelas Imej Kasar

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 25

(b)

Pencetak Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk 'hard copy'. Dengan mencetak, pengguna boleh menyimpan maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal. Pencetak boleh terdiri daripada tiga jenis: (i) Pencetak Dot Matrik Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.

Rajah 1.17: Pencetak dot matrik

(ii)

Pencetak Pancutan Dakwat Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan dakwat ke atas kertas.

Rajah 1.18 Pencetak pancutan dakwat

(iii) Pencetak Laser Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat. Hasil cetakannya bermutu tinggi.

Rajah 1.19: Pencetak laser

26 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMAK KENDIRI 1.4


Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari?

1.2.5

Storan

Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya setiap kali anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak sebagai input sebaliknya jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan, storan bertindak sebagai output. Storan Primer dikenali sebagai Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM), manakala storan Storan Sekunder pula terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras, cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat. (a) Storan Primer

Random Access Memory (RAM) dalam bahasa Melayu bermaksud ingatan


capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elektronik yang mengandungi cip transistor logik dalam komputer. Litar elektronik ini mempunyai kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses. RAM berfungsi untuk: (i) (ii) Menyimpan program yang sedang digunakan; Menyimpan data yang sedang diproses; dan

(iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output. RAM boleh mencapai secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja. Jika bekalan kuasa terputus, ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang.

Rajah 1.20: RAM

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 27

Read Only Memory (ROM) atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk
menyimpan maklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal, biarpun bekalan kuasa diputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah dimasukkan ke dalamnya oleh pembina komputer. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set atur cara rutin asas dalam komputer.

SEMAK KENDIRI 1.5


Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM.

(b)

Storan Sekunder

Storan sekunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data secara kekal. Storan sekunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan kuasa dihentikan. Kandungan storan sekunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh pemproses. Data yang disimpan dalam storan sekunder hendaklah dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan untuk memproses data.

Rajah 1.21: Storan sekunder

AKTIVITI 1.4
Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah yang anda jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega bait dalam komputer anda?

28 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.3

KESELAMATAN

Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi seperti yang akan dibincangkan berikut:

1.3.1

Peraturan dan Penyenggaraan Komputer

Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai peraturannya. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer demi keselamatan komputer dan mengelak kemalangan. Antara peraturan penggunaan makmal, ialah: x x x x x x x x x x x x (a) Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali bersama guru; Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal; Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas kebenaran guru; Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal; Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan komputer, perkakasan atau perisian); Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah di dalam tong sampah; Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal; Jika terdapat masalah, dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan membantu sahaja; Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke komputer lain; Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal; Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru. Penjagaan Perkakasan Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelak komputer menjadi rosak:

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 29

Elakkan komputer daripada terkena air atau diletak berhampiran dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah pendingin udara, dapur dan lain-lain); Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu dan bersuhu tinggi; Elakkan komputer diletak berhampiran dengan berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet; tempat yang

x x x x

Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7sm untuk membenarkan peredaran udara; Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau aseton, bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis; Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer, pastikan meja komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja; Rehatkan komputer setelah terlalu kerap atau digunakan secara berterusan; Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket sebelum meninggalkan komputer; Gunakan bahan anti-statik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas statik; Bagi mengelak ralat Windows, sentiasa keluar dari Windows dengan cara yang betul; Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi mengelak tumpahan berlaku; Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted Power Supplies), SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik; Gunakan SP (Surge Protector) bagi memberi pelindungan akibat kesan panahan kilat. (Namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat kilat sepenuhnya); Jangan ambil atau masukkan cakera liut ketika lampu pemacu cakera masih menyala; dan Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan imbas cakera keras.

x x x x x x

x x

30 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(b)

Tugasan Penyenggaraan Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat diperlukan bagi memastikan komputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang dicadangkan:
Jadual 1.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer Tugasan Tugasan harian x x x Keterangannya Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain. Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan. Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain. Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan. Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan yang terdapat. Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini sekadar memenuhi ruang cakera keras. Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem. Kemaskini program utiliti dan perisian anti virus. Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan monitor). Gunakan program

Tugasan mingguan

x x x

Tugasan bulanan

x x x x x x

monitoring

utiliti seperti S.M.A.R.T (SelfAnalysis and Report Technology) untuk

memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera, masa putaran, kuasa motor, kegagalan carian dan gegaran kepada kekisi pemacu. Begitu juga program utiliti seperti Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan komputer.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 31

SEMAK KENDIRI 1.6


Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi memanjangkan jangka hayat komputer.

1.3.2

Menjaga Keselamatan Data

Terdapat data-data cukup bernilai malah lebih berharga daripada komputer. Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail program lain. Datadata ini perlu diutamakan untuk disimpan. Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangan data yang berharga atau data kita disalahgunakan. (a) Jenis Penyalahgunaan Data Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data: (i) Mencuri Data Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat berharga, sebagai contoh data pelanggan amat berharga kepada peniaga. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi membolehkannya merampas pelanggan. Data akaun bank selalu menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cuba memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat keuntungan. Memanupulasi Data Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu. Contohnya, ada penjenayah yang menggunakan kebolehan menggunakan komputer dengan menukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Terdapat juga yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.

(ii)

(iii) Mengintip Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih baik. Begitu juga data keselamatan sebuah negara sering menjadi intipan pihak musuh. Kekurangan penjagaan keselamatan menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data yang penting.

32 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(b)

Keselamatan Data (i) Membentuk Kata Laluan Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat sistem data. Kata laluan berguna bagi mengelak orang yang tidak dingini melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Bagi memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluan perlulah berlainan antara individu. Susunan huruf atau nombor dalam kata laluan jangan mudah diteka atau perkataan biasa digunakan. Kata laluan juga perlu sentiasa dikemaskini, matikan kata laluan dengan cepat bagi pegawai yang tidak lagi bertugas. Pegawai maklumat juga perlu sentiasa melakukan audit sistem.

Rajah 1.22: Kata laluan

(ii)

Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna sebelum membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di sekolah pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa mengubah data. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar dapat memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah data peperiksaan mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh itu, sistem mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu dilaksanakan demi keselamatan data.

(iii) Prosedur Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem pangkalan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh pentabiran data dan pengaturcara. Prosedur perlu disimpan di tempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 33

(iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan Selamat Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati di pasaran terdedah kepada risiko mudah digodam. Selain daripada itu, perisian yang dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu mudah diceroboh. Oleh itu pentabir data perlu memilih perisian yang mempunyai aspek keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh, perisian jenama ORACLE antara perisian pangkalan data terbaik.

Rajah 1.23: Perisian pangkalan data Oracle Sumber: http://www.foldersgalore.com/Resources/galroracle.jpeg

AKTIVITI 1.5
Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan seharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu dalam kehidupan anda? (c) Membuat Salinan Data Data yang disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam storan sekunder yang lain bagi mengelak data rosak, dimanupulasi atau hilang. Menyimpan data secara tetap merupakan jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikut perlu difikirkan dalam menyimpan data: (i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan dan menyalin. Data boleh disalin secara manual, menggunakan aplikasi Windows atau menggunakan perisian ketiga. Menyimpan secara manual digunakan bagi menyalin data semasa, kerap berubah dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas (mesej e-mel, ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi windows atau perisian ketiga agak sesuai.

34 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(ii)

Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting. Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. Antara faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah: Keupayaan peranti menyimpan data; Saiz fizikal peranti atau media; Harga peranti; dan Selain daripada menyimpan data terdapat juga aplikasi lain contohnya seperti permainan MP3, kamera dan jam.

(iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data.

1.3.3

Virus

Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit dari satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kepada kehilangan data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakkan registry pada Windows. Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan. Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan kesesakan dalam sistem rangkaian. (a) Punca Serangan Virus Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu dikenal pasti.
Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus Punca x E-mel Keterangan E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama. Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mel kadang-kadang mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi virus ini dibuka, virus akan merebak ke dalam komputer. Terdapat virus yang memasuki alamat yang disimpan di dalam buku alamat di e-mel, virus ini akan menghantar emel yang mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat yang terdapat dalam buku alamat.

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 35

Cakera padat, pen drive dan storan sekunder mudah alih Perisian program atau bahan yang dimuat turun dari Internet Selitan mesej

Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem. Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk memperolehi pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya digunakan untuk mencari bahan atau maklumat. Virus juga boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat turun dari Internet. Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga kemungkinan membawa virus.

(b)

Tanda-tanda Serangan Virus x x x Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot secara tiba-tiba. Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang dipasang atau fail yang disimpan. Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Paparan mesej kesilapan (error message) atau amaran kehilangan fail program dalam sistem sering berlaku. Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan boot sector. FAT yang rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau dikesan. Kegagalan sector boot berfungsi menyebabkan sistem computer tidak boleh dimulakan. Terdapat fail tersembunyi atau hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang. Mesej yang dipaparkan agak ganjil. Contohnya tanda wujudnya virus Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando". L Terdapat laman web yang disekat daripada dilayari biarpun tiada arahan sekatan laman web dilakukan. Format atau label fail yang disimpan terubah. Fail-fail data atau program hilang. Kandungan dan kod fail berubah menyebabkannya rosak dan tidak dapat digunakan. Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras. Kesannya menyebabkan data hilang atau gagal dicapai.

x x

x x x x x

36 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(c)

Cara-cara Mengelak Serangan Virus Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan keluar dari rangkaian. Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang berkaitan dengan Internet terutamanya e-mel. Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti virus perlu dipasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan virus. Jangan membuka e-mel yang tidak diketahui sumbernya atau diragui kandunganya, sisipan e-mel perlu diimbas oleh perisian anti virus sebelum membukanya. Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual. Muat turun fail dari Internet yang mempunyai sumber keselamatan yang tinggi. Jangan muat turun fail-fail lucah yang mempunyai sumber keselamatan yang rendah. Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer awam. Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan terkini.

AKTIVITI 1.6
1. Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan siapakah menyebarkan virus tersebut? 2. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yang menyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer?

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W 37

Topik ini membincangkan mengenai pengenalan teknologi maklumat yang mencakupi sejarah teknologi maklumat dan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik. Koridor Raya Multimedia, yang merupakan mercu tanda kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, turut dibincangkan dalam topik ini. Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data. Dalam topik ini, cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik turut dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data.

Analitikal Enjin AVR Bios Centrino COBOL CAE CAD CAM

Fortran Gigahertz RAM ROM S.M.A.R.T Sistem Binari SP UPS

IT Subjek Teras di Sekolah. 2002. Berita Harian 2 Julai: muka depan. Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. Utusan Malaysia 20 Jun 2002: megabit ms 4. Jurang Digital. Aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. 2002. Utusan Malaysia 28 Disember: Megabait 4.

38 X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam perniagaan ICT. Majalah PC September: 56-57. Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Mendefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC, September: 58-59. Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan diminta elak ICT jadi industri monopoli. Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11. Mohd Ridzwan Md Iman. 2003. ICT 2003 di mana kita. Utusan Malaysia 2 Januari: Mega Bit ms 4. Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. 1992 Pengajaran Berbantukan Komputer. Wawasan September. Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember: 16. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. Berita Harian 7 Januari: Pendidikan ms. 8. Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.

You might also like