Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

HNS 2013 : KENEGARAAN

4. Perlembagaan merupakan asas penting dalam penubuhan sesebuah negara. Bincangkan.

Group MELAKA02(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NG NYET YUN NO. ID D20112055433 NO. TELEFON 0173386154

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK YUNUS BIN SAUMAN @ SABIN

TARIKH SERAH: 07.05.2012

1.0 PENGENALAN Negara bermaksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Setiap negara berdaulat di dunia memerlukan undang-undang. Undang-undang tertinggi ini ialah Perlembagaan. Perlembagaan adalah suatu suratan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sesebuah negara moden, undang-undang inilah menjadi punca bagi semua undang-undang sama ada yang sudah ada atau yang akan dibuat. Di Malaysia, kita ada Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang Dipertuan Agung hinggalah rakyat biasa. Justeru itu, Perlembagaan merupakan komponen penting dalam Kenegaraan.

2.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN Keamanan dan ketenteraman dalam negara yang kita nikmati sekarang adalah disebabkan kejayaan kerajaan menguruskan negara melalui undang-undang negara. Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang

mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Ia mengandungi peruntukan-peruntukan umum mengenai sistem kerajaan, hak asasi dan tanggungjawab rakyat, kewarganegaraan, hak istimewa Bumiputera, agama, bahasa dan perkara-perkara lain. Undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

Perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal perhubungan anatara autoriti awam dengan rakyat. Perkataan Perlembagaan lazimnya digunakan dengan sekurang-kurangnya dua makna dalam sebarang perbincangan biasa mengenai hal-ehwal politik. Ia digunakan untuk memperihalkan keseluruhan sistem kerajaan sesebuah negara dan merupakan satu himpunan kaedah-kaedah yang menubuh dan mengawal atau menguasai kerajaan itu. Ada di antara kaedah-kaedah ini yang berbentuk undang-undang, iaitu yang diiktiraf dan digunakan oleh mahkamah undang-undang, dan ada pula yang tidak berbentuk undang-undang atau di luar undang-undang , iaitu mengambil bentuk kelaziman, fahaman, adat atau konvensyen yang tidak diiktiraf sebagai undangundang oleh mahkamah, tetapi tidak kurang kesannya dalam mengawal kerajaan berbanding undang-undang dalam erti katanya yang ketat.

3.0 KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan dikonsepkan sebagai Keluhuran Perlembagaan. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen

mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkaraperkara yang berada di luar bidang kuasanya. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak Perlembagaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang luhur dan sesuai dengan sifatnya Perlembagaan Persekutuan dikenali dengan konsep Keluhuran Perlembagaan. Kabinet ( Jemaah Menteri ) adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selama ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ( Bahagian 4, Bab 3, Perkara 43 ( 2 ) b).

4.0 KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa adalah berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ia juga berlaku dalam sisitem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam Perlembagaan dapat dikesan dalam perkara-perkara berikut: Perkara 73 ( had sempadan kuasa perundangan ) Perkara 74 ( bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan ) Perkara 75 ( Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undangundang negeri ) Perkara 76 ( Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri ) Perkara 76A ( Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri ) Perkara 80 ( Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan ).

5.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Fungsi atau tujuan Perlembagaan adalah untuk menentukan corak

pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara dengan memberikan garis-garis

panduan kepada sesebuah kerajaan untuk memerintah dengan berkesan. Ia menjamin kestabilan sesebuah negara. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Ia juga dapat mengekalkan ketenteraman dan keamanan dalam negara. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan agama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya mernegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan

Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.

Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Ia juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Ini mewujudkan suasana harmoni dan stabil dalam masyarakat dan menentukan arah masa depan negara.

6.0 ASAS PERLEMBAGAAN Mengasaskan Malaysia sebuah negara persekutuan. Raja berpelembagaan Demokrasi berparlimen Islam agama rasmi BM bahasa rasmi Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera Pengasingan kuasa cabang kerajaan Kehakiman yang bebas dari kawalan parlimen dan eksekutif

7.0 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan tak bertulis. Perlembagaan bertulis adalah jenis Perlembagaan yang dilaksanakan di Malaysia. Enakmen-enakmen yang ada dalam Perlembagaan jenis bertulis ini ialah parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan. Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Perlembagaan boleh dipinda oleh Parlimen dengan syarat mendapat sokongan dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli parlimen, kecuali perkara-perkara tertentu yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak. Perlembagaan tak bertulis pula contohnya dilaksanakan di United Kingdom mempunyai enakmen seperti Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa juga jenis undang-undang tanpa sekatan. Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada Parlimen. Ia berdasarkan tradisi, amalan, sikap serta pengalaman politik atau terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan ataupun berdasarkan keputusan mahkamah.

8.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis yang berasaskan demokrasi. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Malaysia terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara. Tujuan Perlembagaan dibentuk adalah untuk menjamin dan melindungi rakyat, menentukan kewajipan warganegara terhadap bangsa dan negara serta memantapkan undangundang. Asas Perlembagaan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perkembangan Perlembagaan bermula dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 dan mendapati ideologi Malayan Union telah gagal kerana wujudnya penentangan dan perpaduan orang Melayu. Malayan Union hanyalah strategi politik British yang gagal. Ini kerana kedaulatan sultan-sultan telah dihapuskan. Para sultan

hanya berhak dalam perkara yang melibatkan agama dan adat istiadat. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa perkara yang menyebabkan orang Melayu menolak kerajaan sendiri ala British ini kerana Malayan Union memberikan kewarganegaraan secara sesuka hati kepada semua orang tanpa mengira keturunan dan etnik. Ini dapa menjejaskan negara kerana hak kewarganegaraan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah negara. Pemberian kewarganegaraan yang diberi secara saksama ini dipanggil Jus Soli . Sistem ini memberi kewarganegaraan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu. Setelah kegagalan Malayan Union pada 1946, British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu ini wujud disebabkan oleh penentangan dan perpaduan orang Melayu terhadap Jus Soli dan penghapusan kuasa sultan. Dalam Persekutuan Tanah Melayu, syarat kewarganegaraan telah

diperketatkan iaitu bagi mereka yang lahir di Tanah Melayu hendaklah bermastautin di Tanah Melayu selama 8 tahun daripada 12 tahun dan bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu yang ingin memohon kewarganegaraan hendaklah bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun di Tanah Melayu. Ini bermaksud bagi mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu, mereka hendaklah tinggal di Tanah Melayu selama 12 tahun dan 8 tahun daripada itu hendaklah bermastautin di Tanah Melayu. Bagi mereka yang memohon kewarganegaraan, mereka hendaklah tinggal di Tanah Melayu selama 20 tahun dan jika mereka bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun, mereka boleh memohon kewarganegaraan Tanah Melayu. Ini bertujuan menyemai semangat cintakan Tanah Melayu mereka selama pendudukan mereka di Tanah Melayu. Di dalam Persekutuan Tanah Melayu ini, ia telah diketuai oleh Pesuruhjaya tinggi British dan mempunyai sebuah majlis perundangan yang mempunyai 75 ahli yang terdiri daripada 50 ahli rasmi di mana kebanyakan mereka adalah Melayu dan 25 ahli tidak rasmi. Sultan juga telah diberi hak kuasa bagi memerintah negeri mereka. Perlembagaan Malaysia telah digubal oleh Suruhanjaya Reid di mana ianya diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh empat orang hakim dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings ( Britain ), Sir William Mckell ( Australia ), Hakim B. Malik ( India ) dan Hakim Abdul Hamid ( Pakistan ).

Suruhanjaya Reid ini telah ditugaskan bagi membentuk sebuah kerajaan pesat yang kuat dan berkuasa di atas negeri-negeri, menentukan kedudukan Raja-raja Melayu, menentukan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan menyebarkan ideologi satu rupa satu bangsa bagi seluruh negara. Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali dari Jun hingga Oktober 1956. Setelah itu, rang Perlembagaan yang pertama telah diumumkan oleh Suruhanjaya Reid pada Februari 1957. Namun, terdapat beberapa bantahan awal terhadap pengesyoran Suruhanjaya Reid. Di antaranya ialah pemberian hak rakyat Common Wealth bagi memiliki dua kerakyatan. Ini telah dibantah kerana dengan memiliki dua kerakyatan, jika seseorang itu telah melakukan jenayah di Tanah Melayu, seseorang itu dapat melarikan diri ke satu lagi negara. Selain itu, seseorang yang mempunyai dua kerakyatan, kesetiaan mereka terhadap negara boleh dipersoalkan dan boleh memberi ancaman kepada Tanah Melayu sendiri dan menggugat keamanan dan kestabilan negara. Cadangan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaaan tetapi selepas 10 tahun merdeka, Bahasa Inggeris hendaklah dijadikan bahasa rasmi telah ditentang. Ini adalah kerana bahasa memainkan peranan penting dalam menentukan identiti sesebuah negara. Selain itu penggunaan bahasa Kuo Yu dan Tamil hendaklah dibenarkan dalam Majlis Perundangan telah ditolak. Ini kerana jika keadaan sebegitu berlaku, tidak akan wujud satu permuafakatan dan muhibah di kalangan pemimpin kaum. Pengekalan taraf negeri Pulau Pinang dan Melaka sebagai sebuah tanah jajahan British dan terasing daripada Persekutuan Tanah Melayu supaya menjadi hak British juga telah ditentang. Pulau Pinang dan Melaka masing-masing meminkan peranan penting dalam sektor ekonomi dalam membangunkan Tanah Melayu. Parti Perikatan juga telah menyuarakan penentangan mereka kerana Islam tidak diakui sebagai agama rasmi Tanah Melayu. Setelah menerima 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu, sebuah jawatankuasa telah mengkaji semula rang undangundang di mana ia terdiri daripada 11 orang ahli. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil kerajaan Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi

British, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. Tunku Abdul Rahman, Datuk abdul Razak Hussien, Encik Ong Yoke Lim dan Encik V. T Sambanthan telah pergi ke London bagi mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah pada bulan Mei 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kemudian telah dipinda berdasarkan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah menangani pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan wilayah tersebut dalam gagasan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold yang mengambil sempena nama Lord Cobbold dibentuk bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan dan penyertaan mereka dalam Malaysia. Suruhanjaya ini kemudian telah mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962. Menurut laporan ini, lebih kurang 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gagasan Malaysia. Setelah mendapat persetujuan dari Sabah, Sarawak dan Singapura, Malaysia bersertakan Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Sehingga 31 Disember 1988, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali. Dari tahun 1957 sehingga 1988, sebanyak 29 kali Perlembagaan Persekutuan telah dipinda. Pindaan yang pertama ialah pindaan sementara Ordinan 1958 dan pindaan terakhir pada tahun 1988 ialah Akta 1988. Bagi meminda Perlembagaan, ianya perlu mendapat kelulusan atau keizinan daripada lebih dua per tiga daripada ahli parlimen dan keizinan Majlis Raja-raja Melayu, persetujuan lebih daripada dua per tiga ahli dewan dan persetujuan Yang Di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak, mendapat kelebihan suara yang mudah ( 50 % atau lebih ) ahli dewan dan mendapat kelebihan dua per tiga ahli dewan parlimen. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa sejarah dan perkembangan Perlembagaan negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Malayan Union ditolak kerana tidak dapat memelihara kesejahteraan Tanah Melayu. Ia juga tidak dapat membentuk sebuah negara yang aman dan stabil. Perlembagaan yang kini digunakan adalah hasil usaha tokoh-tokoh terdahulu bagi menjamin kemerdekaan negara kita tidak tergugat dan bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara kita. Pandangan jauh para tokoh terdahulu telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan dikenali di seluruh dunia.

9.0 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 15 bahagian 183 perkara 13 jadual

Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang bagi Persekutuan Kebebasan Asasi Kewarganegaraan Persekutuan Negeri-negeri Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-negeri Peruntukan-peruntukan Kewangan Pilihanraya Perhakiman
Perkhidmatan awam

10.0 PERLEMBAGAAN MENJAMIN KEAMANAN NEGARA Perlembagaan adalah asas kepada pembentukan undang-undang di dalam sesebuah negara dan juga merupakan undang-undang yang tertinggi. Ahli Parlimen yang merupakan Badan Perundangan Persekutuan memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Ahli Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang di luar bidang kuasanya. Ini menunjukkan ketertinggian Perlembagaan itu sendiri. Meskipun Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara, baginda menjalankan kuasanya berlandaskan kehendak-kehendak Perlembagaan

Persekutuan. Baginda tidak boleh membuat undang-undang sendiri atau melakukan sesuatu sesuka hati walaupun baginda adalah orang yang terpenting dalam negara. Mahkamah mempunyai kuasa yang mutlak untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen sekiranya ia berada di luar kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, sekiranya sesuatu undang-undang itu dapat menggugat keamanan rakyat dan negara, undang-undang itu juga boleh dibatalkan dengan kuasa Mahkamah Negara walaupun undang-undang ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri. Kehakiman mahkamah juga tertakluk kepada kehendak-kehendak

Perlembagaan. Ini menunjukkan Perlembagaan itu menjamin keamanan dan kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, Perkara 153, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak merupakan salah satu perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh wakil Persatuan Cina Malaya ( MCA ) dan Kongres India Malaya ( MIC ) sebagai mambalas budi apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) telah mempersetujui syarat-syarat kerakyatan longgar jus soli bagi orang bukan Melayu. Ini menunjukkan Perlembagaan kita merupakan hasil tolak ansur antara kaum-kaum Melayu, Cina dan India demi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sekiranya ada pihak yang ingin membuat satu undang-undang baru sama ada ianya datang daripada ahli parlimen atau mana-mana persatuan berdaftar di negara ini, dan undang-undangnya berbaur untuk menafikan atau memansuhkan hak kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, undang-undang tersebut akan terbatal secara automatik. Ini berlaku kerana jika undang-undang tersebut diluluskan, mungkin akan membawa kepada keparahan rakyat dan menggugat keamanan dan perpaduan rakyat. Justeru itu, tiada sebarang institusi di Malaysia mahupun Badan-badan Bukan Kerajaan ( NGO ) mempunyai kuasa tertinggi melainkan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Inilah yang diertikan dengan konsep ketertinggian Perlembagaan. Selain itu, ini menunjukkan Perlembagaan wujud demi menjamin keamanan dan kepentingan rakyat di Malaysia agar rakyat dapat hidup dalam aman dan harmoni. Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Ada peruntukan yang dilindungi daripada dilanggar oleh

undang-undang biasa iaitu kebebasan asasi yang dilindungi sepenuhnya. Kebebasan asasi boleh digolongkan dalam 2 kategori berlainan iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad. Di Malaysia, tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasab dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan sebeberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap. Dia juga mempunyai hak untuk dibenarkan berunding dengan seseorang peguam yang dipilih olehnya dan dibela oleh peguam. Akta ini menunjukkan setiap ndividu mempunyai hak untuk dibicarakan atas kesalahan-kesalahan yang dituduh terhadapnya. Ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada sesiapa sahaja rakyat yang dituduh melakukan kesalahan untuk membela diri masing-masing melalui perbicaraan. Tujuan penahan di bawah undang-undang Perlembagaan tersebut adalah bagi menjamin keselamatan atau kepentingan orang awam. Walaubagaimanapun, terttuduh masih mempunyai hak untuk membela diri sendiri. Namun demikian, terdapat Akta Dalam Negeri 1960 ( ISA ) yang mana pihak polis boleh menahan seseorang itu tanpa perbicaraan di mahkamah kerana kesalahannya yang mengancam keselamatan negara. Antara contoh kesalahan yang membawa kepada ancaman keselamatan negara adalah menyebarkan maklumat sulit negara dan menubuhkan anggota militan bersenjata yang menggugat keselamatan orang awam. Walaupun hukuman yang dikenakan melanggar hak asasi seseorang tersebut, namun demikian, ia adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan negara dan perpaduan kaum dalam negara ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya Perlembagaan dalam menjamin keamanan negara. Kesamarataan merujuk kepada adil atau saksama yang mana dalam konteks ini ia menerangkan atau membawa erti yang jelas iaitu semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia mementingkan hak-hak asasi rakyatnya dan membuat undang-undang yang adil bagi semua rakyatnya.

Berdasarkan kepada Perlembagaan Negara, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan menubuh atau

menjalankan apa-apa perniagaan, profesion, vokesyen atau pekerjaan. Dengan ini, hak sebagai rakyat akan terjamin dan tidak perlu untuk menindas orang lain dalam mendapatkan sesuatu hak yang diberikan. Undang-undang Malaysia juga tidak membenarkan wujudnya pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab dia merupakan rakyat Raja bagi mana-mana negeri. Ayat ini menjelaskan bahawa tiada hak seseorang itu untuk melepaskan diri jjika dia merupakan rakyat bagi sesebuah negeri. Dia juga harus dikenakan hukuman yang setimpal seperti orang lain bagi kes-kes yang sama dengannya tanpa sebarang pengecualian yang khas. Dengan ini, hak sebagai rakyat akan terjaga dan terpelihara. Perkara lain yang dinyatakan dalam Perlembagaan juga ialah tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu. Ini bermakna setiap pendatang yang menjalankan perniagaan di sesuatu tempat di luar kawasan mereka tidak akan mendapat layanan yang buruk daripada pihak berkuasa. Perkara-perkara berkaitan kesamarataan ini tidak membatal atau melarang apa-apa peruntukan yang membuat praturan-peraturan mengenai undang-undang diri. Peruntukan ini juga tidak berkaitan atau tidak membantalkan apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan jawatan atau pekerjaan berhubung dengan hal ehwal sesuatu agama atau sesuatu yayasan yang diurus oleh sesuatu kumpulan yang menganuti apa-apa agama, kepada orang-orang yang menganuti agama itu. Ini menerangkan bahawa perkara mengenai kesamarataan rakyat tidak akan menghalang aktiviti agama atau menyekat pengaruh agama. Hak-hak kesamarataan ini tidak membatal atau menghalang apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautin di sesuatu negeri atau di sebahagian sesuatu negeri selagi satu kelayakan untuk pilihan raya atau perlantikan bagi mana-

mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di negeri atau di bahagian itu sahaja, atau untuk mengundi dalam pihan raya itu. Bagi golongan orang Asli, mereka mempunyai kelebihan dalam Perlembagaan iaitu peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang-orang asli semenanjung Tanah Melayu ( termasuk merezabkan tanah ) atau merezabkan bagi orang-orang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan. Perkara ini merupakan kelebihan atau hak orang asli yang tidak dapat dicanggah oleh perkara kesamarataan ini. Apa-apa peruntukan mengenai peruntukan Perlembagaan sesuatu negeri yang berkuatkuasa atau bersamaan dengan peruntukan yang berkuatkuasa sebelum sahaja hari Merdeka tidak akan dihalang oleh perkara-perkara kesamarataan ini yang mana peruntukan Perlembagaan sebelum hari Merdeka ini merupakan asas kepada Perlembagaan Malaysia. Hak-hak ini juga tidak bercanggah dan menghalang peruntukan yang menghadkan kemasukan perkhidmatan dalam pasukan askar kepada orang Melayu. Di sini dapat disimpulkan bahawa setiap rakyat diberikan hak yang sama bagi setiap individu untuk memberikan keistimewaan kepada setiap rakyat tanpa perlu rasa bimbang atau tekanan daripada pihak berkuasa. Hak-hak kesamarataan ini dapat menjamin setiap individu mendapat jaminan untuk hidup selesa dan aman. Akta kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan tertakluk pada Fasa 1, 2, 2 dan 4. Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan tidak dengan bersenjata. Setiap warganegara berhak menubuhkan persekutuan. Namun demikian, Parlimen boleh mengenakan sekatan tentangan bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam serta moral. Sebagai contohnya, kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran boleh disekat sekiranya ia didapati mengancam kepentingan keselamatan persekutuan. Ini bagi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya melakukan sesuatu kesalahan. Sebagai contohnya, adalah menjadi kesalahan untuk menyoalkan perkaraperkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera atau mempersoalkan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Warganegara Malaysia boleh berhimpun secara aman di mana-mana kawasan dalam persekutuan dengan syarat perhimpunan bukan bertujuan untuk membuat satu rusuhan bersenjata. Parlimen ada kuasa untuk mengenakan sekatan atas mana-mana himpunan yang didapati boleh menggugat keselamatan orang awam. Langkahlangkah untuk mengawal aktiviti orang ramai dikenakan melalui Akta Pendaftaran Negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menubuh apa-apa persatuan sama ada persatuan buruh atau pelajaran. Melalui Akta Pertubuhan 1966, tiap-tiap pertubuhan tempatan yang mengandungi 7 atau lebih orang hendaklah didaftarkan. Syarat yang ditentukan oleh akta itu hendaklah dipatuhi sebelum pertubuhan didaftar. Namun demikian, hak tersebut boleh disekat sekiranya persatuan tersebut didapati mampu atau dapat menggugat keamanan rakyat awam dan keselamatan dalam negara. Sekiranya pertubuhan itu bersifat politik dan ditubuhkan mempunyai perhubungan atau gabungan dengan persatuan di luar negara. Sekatan yang dikenakan bukanlah untuk menyekat kebebasan mutlak seseorang individu, tetapi ianya adalah bertujuan untuk menjamin kepentingan negara serta keselamatan orang awam. Sekiranya kebebasan ini tidak dipantau atau dikawal, akan berlakunya pelbagai revolusi-revolusi pemikiran yang akan mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan ini, mungkin agak sukar untuk kita mengecapi keamanan yang ada pada hari ini sekiranya kebebasan ini tidak terkawal. Dengan ini, Perlembagaan penting untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara. Mahkamah persekutuan telah mentakrifkan bahawa maksud agama adalah merujuk kepada hhubungan pandangan seseorang kepada penciptanya dan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka sebagai penghormatan tertinggi untuk penciptanya serta juga penurutan kehendaknya. Agama rasmi kerajaan Malaysia adalah Agama Islam. Namun begitu, tidaklah membawa erti bahawa setiap rakyat harus mengikut atau menganuti setiap ajaran yang diajar oleh Agama Islam. Setiap orang berhak untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agamanya tersendiri. Tetapi terdapat undang-undang negeri yang menyekat penyebaran agama atau kepercayaan di kalangan orang Islam.

Menurut Perlembagaan Malaysia, ada menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai-cukai itu adalah diperuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Contohnya, pungutan zakat yang hanya mewajibkan umat Islam untuk membayarnya. Setiap kumpulan beragama mempunyai hak dalam menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Mereka bebas untuk melakukan urusan agama mereka seperti upacara pemujaan, ceramah, pesta dan lain-lain lagi. Contohnya pada Tahun Baru Cina, kaum cina dibenarkan untuk menyambut perayaan mereka secara besar-besaran dengan membenarkan upacara tarian naga, membakar colok dan pembakaran bunga api. Bagi agama Hindu pula, mereka dibenarkan untuk menyambut perayaan Thaipusam yang mana perayaan ini akan dilangsungkan secara besar-besaran. Setiap kumpulan agama dibenarkan atau berhak untuk menubuhkan atau menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairiat seperti penubuhan masjid, kuil, tokong, gereja. Setiap penubuhan agama ini juga diberikan hak untuk memperolehi dan mempunyai harta untuk urusan pentadbiran agamanya tetapi berlandaskan undang-undang Malaysia. Memang tidak boleh dinafikan bahawa Perlembagaan Persekutuan dapat memberikan keamanan kepada rakyat Malaysia, tertakluk kepada Perkera-perkara tersebut, didapati bahawa setiap Perkara memberi sumbangan terhadap kepentingan rakyat Malaysia, seperti Perkara 14, tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysiandan ianya adalah seorang warganegara Persekutuan. Berdasarkan Perkara ini, semua rakyat yang lahir sebelum Hari Malaysia dapat menikmati

kewarganegaraan tanpa mengambilkira kaum Melayu, Cina dan India. Menurut Perkara 15, isteri dan anak kepada warganegara juga boleh memperolehi kewarganegaraan melalui pendaftaran. Sebagai contoh,, jika Cik Siti Fatimah yang berasal dari Indonesia telah berkahwin dengan Encik Ali di Malaysia boleh didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan dan Cik Siti Fatimah telah bermastautin di Malaysia sepanjang tempoh dua tahun dan dia harus berkelakuan baik. Dengan itu, Perlembagaan ini memainkan peranan untuk memberi kepentingan kepada keluarga Encik Ali.

Selain itu, keamanan negara Malaysia juga dapat dijamin dengan adanya Perlembagaan Persekutuan, menurut Perkara 19, kewarganegaraan melalui cara Naturalisasi menghuraikan permohonan kewarganegaraan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan seorang warganegara. Sebagai contoh, jika Encik Robinson yang berasal dari Amerika Syarikat ingin menjadi warganegara Malaysia, dia harus bermastautin tetap di Persekutuan, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai. Jika Encik Robinson ialah seorang yang jahat dan dia pernah disabit kesalahan seperti merogol, dia tidak dibenarkan menetap di Persekutuan dan dia tidak boleh menjadi warganegara Malaysia. Jadi dalam hal ini, Perlembagaan telah memainkan peranan yang penting demi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Menurut Perkara 23, Penolakan Kewarganegaraan, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih dan yang sempurna akal dan ianya juga adalah seorang warganegara bagi sesuatu negeri lain boleh menolak kewarganegaraan persekutuan dengan suatu akuan yang didaftarkan oleh kerajaan persekutuan. Apabila yang demikian berlaku, maka terhentilah ia daripada menjadi warganegara kepada luar negeri. Menurut Perkara 24, Penolakan Kewarganegaraan melaluli perlucutan, Perkara ini memperuntukkan bahawa kerajaan persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau cara masukan. Sebagai contoh, jika Encik A dalam masa sesuatu peperangan, dia telah mengambil bahagian membuat perhubungan dengan musuh dengan menyalahi undang-undang, maka kewarganegaraandia akan dilucutkan. Perlembagaan menjaga kepentingan rakyat dalam hal ini.

11.0 RUMUSAN Perlembagaan merupakan satu proses perkembangan kenegaraan. Ia mewujudkan keharmonian, mengekalkan keamanan dan menggambarkan kedaulatan negara.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini harus dijunjung oleh rakyat warganegara Malaysia ke mana mereka pergi di peringkat persekutuan.

RUJUKAN 1. Abdul Aziz Bari. Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. 2. Mohamed Suffian Hashim. (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Mohd Aris Hj. Osman ( 1983 ). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Nazaruddin Haji Mohd Jali, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid ( 2001 ). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. 5. Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 6. cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab7.pdf 7. http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/ 8. http://tamila.org/2010/11/stpm-pengajian-am-kertas-1-bab-2.html 9. http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia 10. http://www.slideshare.net/kita1malaysia/bab3-perlembagaan 11. http://www.voy.com/66209/

You might also like