Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA RAYUAN JENAYAH NO.

2009
-------------------------------------------------------------------------

(Dalam Mahkamah Majistret (4) Melaka No. 83-48-06) DI ANTARA

10

PENDAKWA RAYA DAN MOHD AZRUL BIN OTHMAN

PERAYU

RESPONDEN

15
ALASAN PENGHAKIMAN

Pertuduhan terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) atau Responden di dalam

20

rayuan ini adalah seperti berikut: 1. Pertuduhan Bahawa kamu pada 11/01/2006 jam lebih kurang jam 11.30 malam di Jalan Lebuh Ayer Keroh di dalam Daerah Melaka Tengah di Negeri Melaka sebagai penunggang motosikal No. : JCJ 9118 telah menunggang kenderaan tersebut di

25

atas jalanraya dengan keadaan yang membahayakan kepada penggunapengguna jalan yang lain, dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999). 2. Latar belakang Pertuduhan terhadap OKT atau Responden

30

Di dalam kertas pertuduhan, OKT telah dituduh bagi pertuduhan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang mana jika sabit kesalahan OKT hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit.

35

OKT atau Responden di dalam kes ini telah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan di atas pertuduhan ini. Di akhir kes pendakwaan, OKT telah dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT.

Keputusan ini dibuat selepas Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan sepertimana yang akan dinyatakan seterusnya. 3. Saksi dan Ekshibit a) Pihak pendakwaan dan juga pembelaan semasa perbicaraan telah mengemukakan seramai empat orang saksi:-

10

SP1- Lans Koperal 96327 Baharom Bin Amat (Jurugambar) SP2- Sarjan 54999 Abd Jalal Bin Mohd Yusoff (Pegawai Penyiasat) SP3- Sarjan 99587 Mohd Fauzi Bin Abu Bakar (Anggota Serbuan) SP4- ASP G/11483 Abdel Nasser Bin S. Salleh (Pengadu)

15

b) Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan ekshibit-ekshibit seperti berikut semasa perbicaraan:P1 (A-B): P2 & P2K: P3: 2 keping gambar motosikal JCJ 9118 Rajah kasar dan kekunci Melaka Tengah Trafik Repot 481/06

20
Saya berpendapat perintah pelepasan dan pembebasan diberikan kepada OKT ini adalah wajar, adil dan sesuai berdasarkan alasan-alasan seperti berikut:-

25
2

4. Alasan Penghakiman 4.1 Terdapatnya percanggahan keterangan yang material Mahkamah percaya SP3 dan SP4 merupakan saksi utama di dalam kes ini

memandangkan kedua-dua mereka telah menyaksikan kejadian yang berlaku semasa operasi dijalankan oleh pihak berkuasa. Tidak ada sebab untuk mahkamah menafikan fakta bahawa SP3 dan SP4 telahpun menyaksikan sekumpulan penunggang motosikal telah melakukan aksi-aksi merbahaya pada masa dan tempat kejadian.

10

Walaubagaimanapun, setelah mendengar keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP3 dan SP4 Mahkamah mendapati wujud beberapa percanggahan keterangan yang perlu dipertimbangkan secara berhati-hati. Percanggahan yang wujud adalah berhubung dengan operasi yang dijalankan pada masa dan tempat kejadian.

15

Sebagai contoh, wujudnya percanggahan keterangan di antara SP3 dan SP4 berkenaan dengan tempat pemantauan anggota semasa operasi dilakukan. SP3 di dalam keterangannya menyatakan tempat pemantauan beliau adalah di titik Y pada eksibit P2 (rajah kasar) iaitu di stesen pam minyak Mobil. Akan tetapi, SP4 pula di dalam keterangannya mengatakan bahawa tempat pemantauannya pada masa

20

kejadian adalah bersama-sama dengan SP3 di hadapan Dataran MBMB dan Sarjan Sanib (salah seorang anggota operasi) yang berada di stesen pam minyak Mobil. Mahkamah berpendapat adalah mustahil untuk seseorang itu berada pada kedudukan yang berbeza dalam masa yang sama. Terdapat juga percanggahan di antara kedua-dua saksi utama ini berkenaan

25

dengan kenderaan yang digunakan semasa operasi dijalankan. SP3 di dalam keterangannya menyatakan hanya 2 buah motosikal milik persendirian yang digunakan semasa operasi. Manakala SP4 pula menyatakan terdapat 3 buah motosikal milik persendirian yang digunakan pada masa tersebut. Percanggahan-percanggahan yang wujud ini menimbulkan persoalan kepada

30

mahkamah adakah operasi tersebut benar-benar dijalankan pada masa kejadian? 3

Bagaimana boleh berlakunya percanggahan di antara SP3 dan SP4 kerana mereka bertugas dalam pasukan yang sama pada masa kejadian? Ataupun keterangan SP3 dan SP4 ini merujuk kepada operasi bersama yang dijalankan pada masa yang lain? Hal ini disebabkan SP3 sendiri di dalam keterangannya mengakui terlibat

dalam operasi di tempat kejadian 3 kali seminggu.

4.2 Pengecaman identiti yang tidak memuaskan Setelah meneliti keterangan daripada SP3 dan SP4 yang merupakan saksi utama yang berada di tempat kejadian, mahkamah mendapati wujudnya kekurangan

10

dalam pengecaman yang dilakukan terhadap OKT pada masa kejadian. Ini disebabkan pengecaman yang dilakukan hanya merujuk kepada jenis motosikal sahaja serta warna motosikal yang dikatakan menunggang secara melulu dan merbahaya pada kejadian. Meskipun SP3 di dalam keterangannya melihat aksi yang dilakukan sebanyak 3

15

kali pusingan tersebut dan telah mengekori OKT pada masa kejadian, SP3 masih lagi gagal untuk mengecam nombor plat motosikal, helmet yang dipakai penunggang serta pakaian yang dipakai OKT pada masa kejadian. Begitu juga dengan keterangan SP4 yang mengakui bahawa pengecaman dilakukan hanya pada jenis dan warna motosikal yang terlibat pada masa kejadian.

20

Memandangkan kejadian tersebut melibatkan sekumpulan penunggang motosikal, mahkamah berpendapat pengecaman yang dilakukan oleh SP3 dan SP4 yang hanya berdasarkan jenis dan warna motosikal sahaja adalah tidak memadai untuk membuktikan identiti OKT sebagai penungganh pada masa kejadian. Persoalan yang timbul adakah penunggang yang dilihat membuat aksi pada masa

25

kejadian dan penunggang yang ditangkap pada malam tersebut merupakan orang yang sama? Mahkamah berpendapat isu pengecaman identiti OKT adalah amat penting memandangkan keterangan yang ada menunjukkan terdapatnya 3 buah motosikal pada masa kejadian.

30
4

4.3 Saksi utama yang tidak dipanggil Ini merupakan salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah dalam memutuskan kes ini. Mahkamah berpuashati dengan penemuan fakta terdapatnya seorang individu yang ditangkap bersama-sama OKT pada masa

kejadian iaitu Amirul Bin Ahad K/P No: 851230-06-5471. Fakta ini dibuktikan melalui keterangan daripada SP2 selaku pegawai penyiasat serta SP4 sendiri selaku ketua operasi dan juga dinyatakan secara jelas di dalam eksibit P3 yang dikemukakan di mahkamah. Mahkamah percaya adalah amat penting untuk pihak pendakwaan memanggil Amirul Bin Ahad ke mahkamah bagi tujuan pengecaman ke atas OKT

10

memandangkan beliau berada di tempat kejadian dan turut berada di dalam kelompok motosikal sepertimana dalam keterangan SP4 pada masa kejadian.. Ketiadaan keterangan daripada saksi utama ini gagal membuktikan identiti OKT yang melakukan aksi pada masa tersebut. Mahkamah juga percaya adalah penting untuk pihak pendakwaan memanggil 1

15

orang saksi lagi iaitu Koperal 111993 Sanib memandangkan beliau turut terlibat dalam penahanan OKT semasa operasi tersebut. Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi-saksi penting ini telah membuka kepada pelabagai tafsiran dan andaian. Justeru, mahkamah berpendapat kegagalan ini juga merupakan suatu kegagalan yang material seterusnya percaya disebabkan faktor-faktor yang

20

dinyatakan di atas, maka faedah keraguan /benefit of the doubt seharusnya diberi kepada OKT di dalam kes ini

Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya berpendapat bahawa setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta ekshibit-ekshibit yang dikemukakan, pihak

25

pendakwaan telah gagal membuktikan suatu prima facie kes terhadap OKT. Oleh yang demikian, saya tiada pilihan lain selain merekodkan suatu perintah pembebasan ke atas OKT selaras dengan peruntukan Seksyen 173 (f)(ii) Kanun Acara Jenayah yang mana saya berpendapat perintah tersebut adalah munasabah, wajar dan adil. Walaubagaimanapun, Mahkamah menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Arif Hakim

30

Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

Bertarikh pada 21 Mei 2009.

(MOHD. FAIRUZ BIN JOHARI)

Majistret, Mahkamah Majistret 4, Melaka.

You might also like