Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:


Memastikan setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar Mengadakan pemeriksaan dan pengawalan Menentukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan

DEFINISI TASKA Mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah

KATEGORI TASKA 1. TASKA di Institusi- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan 2. TASKA di Tempat Kerja- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaanDitubuhkan di tempat kerja 3. TASKA Komuniti- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 4. TASKA di Rumah- Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA 1. Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) 2. Premis mendapat sokongan/kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu:

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan Jabatan Kesihatan Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

3. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

STANDARD MINIMUM JKM

Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut: 1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi- Di bawah umur 3 tahun - 1:5- 3 hingga 4 tahun = 1:10- Kanak-kanak OKU = 1:4 2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas 3. Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) 4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak dan 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak TASKA di rumah 5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak 6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak 7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA 8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA 1. Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran 2. Pengusaha TASKA di Rumah perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk direkodkan 3. Garis Panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran 4. Permohonan pendaftaran TASKA yang LENGKAP diproses dalam tempoh 21 hari 5. Bayaran pendaftaran RM50.00 6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak melalui laman web www.jkm.gov.my KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK

Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh JKM Permohonan untuk mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak boleh dibuat dengan melayari portal ezi2care (https://ezi2care.jkm.gov.my/portal/)

TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP TASKA Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

Didakwa di mahkamah dan boleha) didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanyab) bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan TASKA dilak (seal) Pendaftaran TASKA dibatalkan

TASKA diarah tutup

MAKLUMAT LANJUT DAN MAKLUMBALAS

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai maklumat mengenai mana-mana TASKA yang tidak berdaftar, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau Talian NUR 15999 untuk membuat aduan.

You might also like