Gendang 24 Musim

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.1.

4: GENDANG 24 MUSIM

Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim. Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina. Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988. Persembahan pertama ensemble ini hanya

menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai, pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15 gendang untuk melengkapkan ensemble ini.

Gendang-gendang ini mempunyai badan yang berbentuk seperti tong dan mempunyai satu bahagian permukaan sahaja. Permukaan gendang ini diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau yang ditegangkan diatas permukaan gendang dan kemudiannya dipakukan dengan paku besi pada bahagian atas gendang. Bahagian dalam gendang mengandungi beberapa dawai besi seeprti spring yang bertindak untuk memberikan timbre yang istimewa ketika dipukul menggunakan alat pemukul. Setiap gendang akan dilengkapi dengan dua alat pemukul. Pukulan pada permukaan dan sudut yang berlainan menghasilkan timbre yang berlainan. Bunyi dung yang berresonance rendah terhasil apabila bahagian tengah permukaan dipukul. Bunyi tik yang berresonance tinggi dan pendek terhasil apabila pemain memukul kedua-dua kayu manakala bunyi tak pula dihasilkan apabila kayu memukul bahagian tepi gendang. Gendang juga boleh dimainkan dengan menggunakan tapak tangan untuk menghasilkan timbre yang diingini. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Seperti yang sedia maklum, ensemble ini dimainkan secara

berkumpulan. Bagi mengendalikan kumpulan ini adalah satu tugas yang agak rumit kerana ketua kumpulan harus memastikan bahawa setiap ahli kumpulan mengetahui peranan masing-masing dan dapat memainkan peranan dengan betul. Pergerakkan pemuzik dan corak irama menggambarkan pergerakkan petani dan suasana pertanian. Pemuzik harus arif mengenai tempo dan irama serta dinamik lagu yang hendak dipersembahkan. Corak irama yang asas diperkenalkan En. Chen Wei Chong yang menggambarkan suasana para petani yang bekerja di sawah. Para pemain akan dibahagikan kepada dua atau empat kumpulan kecil dimana setiap kumpulan akan memainkan corak irama yang berbeza. Kostum pemain ketika persembahan ialah pakaian tradisional lelaki Cina. Aksesori-aksesori sampingan adalah seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang pelbagai warna. Gendang ini mempunyai beberapa fungsi seperti mengiringi tarian singa untuk upacara-upacara rasmi dan perayaan, mengadakan

persembahan secara solo untuk hari kebudayaan serta untuk membuka tirai ketika mahu melakukan persembahan kebudayaan Cina. Oleh kerana, ensemble ini mempunyai pelbagai fungsi, permainan ensemble ini telah

digabungkan dengan permainan alatan perkusi tradisional lain seperti rebana ubi dan tabla. Gabungan permainan alatan tradisional dengan ensemble adalah semasa sambutan Hari Kemerdekaan untuk menunjukkan perpaduan yang sekian lama terjalin dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dahulu, permainan ensemble ini hanya boleh dimainkan oleh kaum lelaki tetapi tidak lagi. Kaum wanita dan kaum-kaum lain juga dilihat semakin meminati alat muzik ini. Persembahan ini juga tidak lagi dipersembahkan hanya semasa perayaan besar kaum Cina sahaja tetapi juga ketika majlis-majlis rasmi kerajan.

You might also like