Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pasukan khas ditubuh jejak perompak pengurup wang

JOHOR BAHRU - Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki penjenayah yang terlibat dengan kes rompakan pengusaha kedai pengurup wang sehingga menyebabkan seorang pengwal keselamatan cedera ditembak di pusat beli-belah Holiday Plaza di sini Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Johor,Datuk Ismail Yatim berkata,hasil siasatan lanjut mendapati,terdapat empat suspek yang terlibat dengan rompakan tersebut.

KERATAN Kosmo ! semalam

Katanya , tiga daripada suspek berkenaan bertindak menyerang mangsa dan merampas beg berisi wang RM100,00 manakala seorang lagi di dalam kereta.Hasil siasatan melalui kamera litar tertutup,kita dapati terdapat empat suspek yang terlibat dengan seorang daripada mereka menunggu didalam kereta. kita telah menubuhkan sati pasukan khas dan kini masih mengumpul lebih banyak maklumatkatanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam. Ismail berkata,pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada mangsa yang kini beradi dalam keadaan stabil dan polis hanya menunggu laporan daripada jabatan kimia. Kosmo! Semalam melaporkan seorang pengawal keselamatan R.Paul,50,cedera selepas terkena lima das tembakan oleh perompak bersenjatakan pistol ketika dia mengiringi pemilik kedai pengurup wang ke keretanya. Akibatnya kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Paul cedera di perut,belakang leher, tangan kiri , peha kanan dan pinggang dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sementara itu,Paul ketika ditemui di HSA berkata, dia tidak pernah menyalahkan seseiapa akibat insiden tersebut kerana tahu risiko yang perlu dialami apabila menjadi pemgawal keselamatan. Saya tidak akan menyalahkan sesiapa cuma kalau boleh,saya ingin simpan peluru yang dikeluarkan dari badan saya ini sebagai kenangan-kenangan dan sebagai peringatan mengenai betapa berharganya nyawa kita, katanya.

You might also like