Penamaan Sekolah Dan Pendidikan Swasta

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAHAGIAN PENDAFTARAN SEKOLAH DAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEL : 03-2534677 PARAS 1, BLOK K 2534673 PUSAT BANDAR

DAMANSARA 2534703 5064 KUALA LUMPUR FAX : 03-2535463 ________________________________________________________________________ KP(BPGS)5195/396/(13) 26 April 1995 Pendaftar Sekolah-Sekolah, Semua Negeri. ----------------------------Tuan, SURAT PEKELILING PENTADBIRAN 13/1995 Penamaan Sekolah/Institusi Pendidikan Swasta (IPS). ----------------------------------------------------------------Surat pekeliling ini dikeluarkan untuk menyelaras dan menyeragamkan penggunaan nama bagi sekolah/IPS. 2. Bagi tujuan tersebut diperturunkan di bawah ini garis panduan am untuk dipatuhi dalam mempertimbangkan penamaan sekolah/IPS :2.1 Nama Institusi Pendidikan Swasta (IPS) 2.1.1 2.1.2 Nama IPS yang dicadangkan hendaklah sesuai dan dalam Bahasa Malaysia. Nama-nama yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Nama negeri, bandar atau daerah Nama parti politik atau ringkasan nama parti politik. Nama pemimpin atau orang kenamaan luar negara. Nama orang kenamaan yang masih hidup Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya. Nama yang menggunakan perkataan Yayasan/Politeknik.

2.1.3

Perkataan-perkataan yang dibenarkan untuk menamakan IPTS: i) Akademi Perkataan ini boleh digunakan bagi institusi yang mengendalikan kursus-kursus dalam jurusan khusus yang mempunyai kampus sendiri yang lengkap dengan segala kemudahan. Maktab/Kolej Perkataan ini boleh digunakan bagi IPTS yang mempunyai kampus sendiri yang lengkap dengan segala kemudahan. Institut Perkataan ini biasanya digunakan bagi IPTS yang tidak mempunyai premis sendiri yang dibina khusus untuk pendidikan.

ii)

iii)

2.2.

Nama Sekolah 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 Nama sekolah hendaklah sesuai dan didalam Bahasa Malaysia. Sekolah expatriate dibenarkan menggunakan nama Bahasa Inggeris/Bahasa komuniti berkenaan. Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia memerlukan kebenaran warisnya. Nama-nama yang tidak dibenarkan Nama negeri, Bandar atau daerah Nama parti politik atau ringkasan nama parti politik. Nama pemimpin atau orang kenamaan luar negeri Perkataan sekolah hendaklah digunakan bagi menamakan sekolah rendah dan menengah sepenuh masa. Perkataan lain tidak dibenarkan.

2.2.5

2.3

Taman Didikan Kanak-Kanak 2.3.1 Nama Taman Didikan Kanak-Kanak perlu mengandungi istilah TADIKA

-32.3.2 Penggunaan istilah seperti Kindie, Playhouse, Taman Bimbingan, Sekolah Nursery, Pusat Aktiviti dan lain-lain pada nama TADIKA tidak dibenarkan.

3.

Penggunaan/Pertukaran Nama Sekolah/Institusi 3.1 Nama yang telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah hendaklah sentiasa digunakan sepenuhnya di papan tanda dan dalam semua urusan sekolah berkenaan. Semua pertukaran nama sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pendaftar Sekolah-Sekolah/Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru (BPSG) Kementerian Pendidikan sebelum ianya dipinda dalam Sijil Pendaftaran Sekolah.

3.2

4.

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Dengan penguatkuasaan pekeliling ini maka pekeliling Kementerian Pendidikan bil. KP(BPSG)5195/106(1) bertarikh16 Mac, 1987 Penamaan Sekolah-Sekolah Swasta dibatalkan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, tt (ARFAH BTE HAJI MOHAMAD) Timbalan Pendaftar Besar Sekolah Dan Guru, Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru, s.k. Pendaftar Besar Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. ------------------------------------------

You might also like