Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.0 1.

Pengenalan Undang-undang mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi maksud kepada beberapa istilah iaitu hukum atau peraturan, adat hukum kepada jenayah, istilah ini biasanya mempunyai hukum berkanun yang diluluskan oleh undang-undang. Istilah kedua dari kamus dewan ini juga memberi maksud suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan oleh sesuatu autoriti politik, suatu sistem guaman. Undang-undang juga merupakan satu set peraturan yang konsisten iaitu tuntutan samada boleh atau tidak boleh sebagian daripada undang-undang yang ditetapkan , menyeluruh yang diterbitkan secara meluas harus atau boleh diterima secara umum oleh masyarakat bagi memahami semua yang diterbitkan dan akhirnya undang-undang akan dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa yang ditetapkan. Biasanya apabila undang-undang telah dikuatkuasa masyarakat dipaksa untuk mematuhi undangundang. Kesalahan jenayah syariah ini boleh dianggap sebagai jenayah tanpa mangsa (victimless crime). Menurut pandangan Alan Kalmanoff (1976),

undang-undang ini adalah yang dicipta bersabit dengan jenayah tanpa mangsa ini seringkali mencetuskan kontroversi. Ianya seperti perjudian, pelacuran,

penyalahgunaan dadah, minum arak dan hubungan terlarang. Sebaliknya, undangundang terhadap keganasan, rompakan, pembunuhan dan sebagainya pula mendapat sokongan daripada masyarakat. Undang-undang anti-maksiat

seringkalinya bersangkutan dengan tingkahlaku dan standard moral yang dianggap urusan peribadi. Manakala menurut pandangan Emeritus (2010) pula, undangundang diadakan untuk memberi faedah kepada seluruh masyarakat. Dengan perkataan lain, adanya undang-undang dapat menjamin ketertiban etika

masyarakat, ia bererti orang dapat hidup dengan lebih selesa dan bahagia. Tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum walaupun biasanya bila orang melanggar undang-undang, mereka harus dikenakan hukuman. Sekiranya mereka tidak mematuhinya, maka mereka akan kehilangan keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka yang sering berada dalam ketakutan. Dalam

masyarakat masa kini sekarang, undang-undang mempunyai pengertian yang semakin kompleks kerana fahaman undang-undang memang tidak statik dan tidak menentu iaitu kadang-kadang undang akan berubah-berubah dari masa ke semasa

[Type text]

atau tahun ke tahun atau berlaku perubahan dari perwakilan rakyat yang lain kepada yang lain. Di dalam proses pembentukan undang-undang pula boleh dibahagikan kepada empat jenis proses iaitu proses individu, proses kumpulan, proses politik dan proses sosial. Secara umumnya perkara yang akan dibincangkan selanjutnya

dalam tugasan selanjutnya. Proses pembentukan undang-undang ini ialah proses individu dan proses politik yang merupakan perkara penting dari masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan beragama mengikut pandangan mereka masingmasing.

2.0

Proses Individu dalam pembentukan undang-undang

2.1

Proses individu ialah melibatkan pendirian norma individu (individual norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) di dalam undang-undang. Ini menunjukkan bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain untuk bertindak atau apabila berhadapan dengan situasi tertentu yang di anggap tidakpuashati oleh sesetengah pihak . Kepercayaan (belief), iaitu bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu dan nilai (values) iaitu peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayaan. Kebiasaannya peraturan sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan masa

berpandukan ukuran (standard) moral masyarakat sekitar. Kesedaran dan desakan masyarakat sekeliling boleh menyebabkan sesuatu undang-undang boleh dibentuk bermula dari wujud kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dari orang-orang kampung, seterusnya sesuatu masalah akan di bawa berbincang ke perwakilan Dewan Undangan Negeri (DUN), Wakil rakyat DUN pula akan dibawa permasalahan ini ke Parlimen dan akhirnya undang-undang akan dibincangkan dan digubalkan menjadi akta undangundang yang ditetapkan. Pelbagai aspek yang boleh melibatkan proses individu serta memutuskan bahawa sesuatu tindakan terhadap seseorang individu atau sekelompok individu, ini merupakan tindakan yang baik untuk semua masyarakat seluruh negara.

2.2.

Terdapat pelbagai contoh dapat di katakan bagi mewujudkan proses individu untuk menunjukkan pembentukan undang-undang mula-mula dibentuk. Antaranya adalah

[Type text]

melibatkan kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa. Setiap tahun kes pembuangan bayi semakin meningkat. Menurut kajian dan fakta dari

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh ( forblogger.net, 2012) bermula dari tahun 2009, kadar pembuangan bayi terus meningkat sehingga ke tahun 2012. Fakta tersebut

menunjukan kadar kes buang bayi meningkat dari tahun 2009 sebanyak 79 kes, pada tahun 2010 pula menjadi 91 kes dan akhir sekali pada tahun 2011 kadar pembuangan bayi terus meningkat menjadi 98 kes. Ini dianggap satu data yang amat membimbangkan masyarakat di seluruh Malaysia. Menurut kata beliau lagi,

peningkatan bilangan itu disebabkan oleh kekerapan laporan yang dibuat oleh masyarakat dan mereka menganggap kes ini dengan lebih prihatin. Fakta ini juga menunjukkan kadar pembuangan bayi semakin meningkat kepada golongan berbangsa melayu yang dianggap golongan yang paling tinggi yang melakukan kes yang tidak bermoral ini berbanding bangsa lain.

2.3

Tetapi akhir-akhir ini semua individu pelbagai tidak kira Melayu, India mahupun Cina masing-masing menyuarakan pendapat masing-masing dan mengkritik bagi dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya di berikan kepada pesalah tersebut apabila ditangkap dan meminta agar undang-undang perlembangan di

tubuhkan iaitu bagi dikenakan tindakan yang setimpal terhadap yang melakukan kes yang tidak bermoral ini. Hukuman ini harus dikenakan kepada tidak kira untuk lelaki dan wanita yang bersubahat melakukan kesalahan tersebut. Pelbagai agensi bukan kerajaan (NGO) cuba membuat pembantahan agar undang-undang perlu dibentuk bagi menangani masalah ini. Undang-undang yang ditubuhkan mesti sewajarnya antaranya pelbagai cadangan yang dikemukakan iaitu pesalah seharusnya dikenakan penjara semaksimum mungkin atau jika pembuangan bayi melibatkan kematian mesti di kenakan hukuman gantung yang sama dengan undang-undang yang dilaksanakan terhadap kes bunuh dengan sengaja. Apabila adanya undang-undang ini yang di kenakan dengan setimpal dapat mengurangkan sedikit demi sedikit kes pembuangan bayi dan seterusnya mengelakkan kes penzinaan atau melahirkan anak luar nikah yang menjadi salah satu faktor kes pembuangan di Malaysia.

[Type text]

2.4

Pembentukan undang-undang perlu bentukkan, setiap individu pelbagai lapisan tua dan muda, berpendidikan tinggi atau sebaliknya bebas menyuarakan pendapat tersendiri dan semestinya mempunyai mengkritik, pandangan yang berbeza, menyokong,

mahupun bersama-sama menganggotai apa-apa pertubuhan bagi

mengatasi gejala sosial yang semakin rumit dan hangat diperkatakan. Perkara sebegini harus di bawa segera ke Parlimen oleh wakil-wakil yang dipilih secepat mungkin dan disegerakan dijalankan untuk membentuk undang-undang baru dengan dengan berkesan dan diterima masyarakat. Secara umumnya dapat dikatakan, tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh

Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

3.0

Proses politik dalam pembentukkan undang-undang

3.1

Proses politik ialah proses wakil yang dilantik dan dipilih dengan rasmi oleh rakyat adalah bertanggungjawab untuk membuat rumusan mengenai undang-undang di dalam sistem yang diwakili dan menentukan samada sesuatu keputusan di terima atau tidak oleh rakyat di dalam kawasan yang di wakili. Biasanya organisasi, kumpulankumpulan masyarakat yang kecil atau kumpulan-kumpulan masyarakat yang besar dan setiap individu telah ada mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap pentadbiran seseorang pemimpin atau presiden, persetujuan antara kongres-kongres kerajaan atau bukan kerajaan dan ketidakpuashati tindakan undang yang dibentuk dari perwakilan daripada pengundi dalam satu kawasan yang di wakili. Sesetengahnya apabila seorang wakil yang di lantik oleh rakyat hanya dapat memberikan janji-janji saja walahal kenyataannya janji tersebut tidak pernah terlaksana, tentu akan memberi pandangan buruk terhadap kepercayaan rakyat kepada wakil rakyatnya, lebih-lebih lagi jika ia hanya mencari keuntungan peribadi dan menggunakan peruntukan untuk rakyat demi kepentingan diri atau mengambil kesempatan ke atas nama rakyat. Wakil rakyat yang betul-betul yang prihatin selalu memperhatikan setiap masalah yang di hadapi oleh rakyat dan memperjuangkan bersamadan mendengar suara rakyat setiap masa bukan hanya turun padang pada saat-saat akhir pemilihan wakil rakyat baru pula atau pilihanraya umum.

[Type text]

3.2

Terdapat beberapa contoh yang boleh dikaitkan dalam terhasilnya pembentukan undang berteraskan proses politik yang di kehendaki oleh rakyat iaitu salah satunya masalah air di negeri selangor yang sehingga kini tiada kesudahan atau jalan

penyelesaian dari pihak perwakilan. Menurut penulis Nurkhairini & Norhaspida (2012), Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus (%) berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat Dua, Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air dan perlu ditangani dengan segera. Mesyuarat antara lembaga-lembaga kabinet negeri telah bersetuju menubuhkan

sebuah jawatankuasa khas untuk tangani isu krisis air di Selangor. Ia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Menteri Teknologi Hijau,Tenaga dan Air Datuk Seri Peter Chin yang merupakan jawatankuasa berkenaan akan meneliti semua isu berkaitan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam konteks isu kerajaan Selangor dan Syarikat Air Syabas. 3.3 Masalah air ini telah mencetuskan kemarahan kepada pelbagai lapisan masyarakat dari individu, kumpulan kecil iaitu kumpulan mahasiswa mahupun jawatan-jawatan kuasa kampung diseluruh negeri selangor, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat seluruh negara. Ia menunjukkan semua penduduk yang mengalami masalah ini inginkan perubahan dari segi undang-undang yang di laksanakan oleh wakil yang di pilih. Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (SMI) Malaysia juga, mendesak kerajaan negeri Selangor bertindak segera mengatasi masalah air yang berada di tahap membimbangkan agar ia tidak menjejaskan perniagaan mereka selama ini. Oleh itu, pihak persatuan berharap kerajaan negeri akan mengambil keputusan yang wajar serta dapat mengkaji keperluan rakyat bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk jangka masa pendek dan panjang. Pihak yang terlibat harus mengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana ia berkaitan dengan kepentingan rakyat. (Utusan,2012). Sekiranya tiada perubahan

dalam menyelesaikan masalah ini kemungkinan wakil rakyat mesti ditukarkan kepada wakil rakyat yang lain yang boleh diharap dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan segera.

[Type text]

4.0 4.1

Hubungan antara undang-undang dan standard moral Undang-undang seperti yang diketahui dapat memberi maksud yang merupakan satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh yang diterbitkan secara meluas,

boleh diterima secara umum oleh masyarakat dan akhirnya undang-undang dibentuk dan akan dikuatkuasa. Masyarakat harus menerima undang-undang yang telah ditetapkan walaupun secara paksaan. Manakala standard moral pula seringkali bersangkutan dengan tingkahlaku atau perbuatan yang dianggap urusan peribadi.

UNDANG-UNDANG

STANDARD MORAL

4.2

Di dalam gambarajah di atas menunjukkan undang-undang dan standard moral saling berhubung antara satu sama lain, ini kerana undang-undang dan standard moral ditafsirkan apabila bertindih antara keduanya maka ini memberi maksud undangundang dan standard moral telah mewujudkan satu penilaian moral dan tuntutan undang-undang secara bertulis dan harus di laksanakan dengan segera. Seterusnya apabila kedua-duanya dipersetujui dan diterima oleh masyarakat boleh membuat satu keputusan dan kemungkinan keputusan akan atau harus dicapai dengan segera.

4.3

Terdapat beberapa contoh yang lebih jelas untuk menunjukkan apabila tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan standard moral bagi kebanyakan dalam masyarakat iaitu penyalahgunaan dadah. Pada masa kini dadah menunjukkan penggunaan dadah tidak dapat ditangani. Berdasarkan laporan Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan ( PEMADAM ) , masalah penyalahgunaan dadah telah bermula

[Type text]

sejak tahun 1970 an lagi. Angka penagih dadah dijangka terus meningkat walaupun usaha membanteras gejala tersebut terus digiatkan sehingga ke masa kini. Di

sebabkan penyalahangunaan dadah berleluasa sehingga tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa, maka tertubuhnya Undang-Undang Dadah Malaysia yang telah menetapkan menurut Akta Dadah Merbahaya (1952) iaitu sesiapa yang memiliki ganja, heroin dan yang berkaitan seberat 200 gram akan dikenakan hukuman penjara dan boleh disabitkan kesalahan. Sekiranya lebih berat memiliki ganja atau heroin maka akan dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati dan sekiranya seseorang itu telah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Merbahaya 1952, ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam sebatan yang ditetapkan. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Apabila berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas dua kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari lima hingga tujuh tahun dan sebatan tidak lebih dari tiga sebatan.. Manakala berbandingan dari segi ukuran pandangan moral

(standard moral) masyarakat sekeliling juga tidak mempersetujui dan menganggap tindakan sewajarnya harus di kenakan segera kerana banyak kesan buruk akan diterima oleh masyarakat sekeliling salah satunya kes ragut yang boleh mendatangkan maut kepada mangsa terutamanya kepada kaum wanita, selain ragut kemungkinan akan berlaku kes pecah rumah dan curi kereta atau motosikal. Ini jelas menunjukkan undang-undang dan standard moral boleh diterima dan dipersetujui oleh masyarakat yang demokratik yang dianggap tidak boleh diterima dan harus dikenakan hukuman. Ini kerana penyalahangunaan dadah memang di anggap salah samada di sisi undangundang dan dianggap tidak bermoral dari pandangan masyarakat, maka dengan ini penagih-penagih harus ditangkap dan dikenakan hukuman yang telah telah ditetapkan oleh perlembagaan negara. 4.4 Apabila salah satu kawasan pertindihan tidak lengkap atau tidak bertindih antara satu sama lain, ini menunjukkan samada undang-undang telah ditetapkan jika tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman tetapi bagi pandangan masyarakat menganggap perkara yang dilakukan tidak penting atau salah yang boleh memberi kesan negatif kepada mereka. Salah satu contoh iaitu tidak membayar sewa parking yang ditetapkan
[Type text]

oleh undang-undang pembandaran telah di anggap salah dan telah melanggar undangundang tetapi pada bagi kehendak moral masyarakat jika dilanggar undang-undang sekalipun tidak memberi kesan kepada mereka di tidak dianggap perkara ini tidak bermoral dan jika tidak mematuhinya masih boleh diterima masyarakat . Oleh sebab itu bukan semua masyarakat yang bersetuju untuk membayarnya malah ramai menganggap bayaran sewa parking tidak penting untuk di bayar.

4.5.

Jika tuntutan undang-undang ke arah negatif manakala standard moral biasanya agak positif akan menyebabkan tiada pertindihan dalam kawasan undang-undang dan standart moral boleh menunjukkan perkara yang dilakukan tidak bermoral tetapi masih boleh diterima pakai oleh undang-undang dan tidak dianggap kesalahan Sebagai contoh, membantu orang lain dalam kesusahan seperti mengalami kebakaran sehingga memerlukan bantuan sumber kewangan, bantuan tempat tinggal baru atau bantuan lain yang perlu oleh mereka. Ini tidak dianggap dan tiada undang-undang

perlembagaan ditetapkan untuk diharuskan membantu atau menolong mereka malah dalam keadaan ekstrim sekalipun tetapi dari ukuran moral masyarakat boleh di jadikan panduan dan sudah pasti ramai masyarakat akan menolong mereka mengikut kemampuan masyarakat, sesetengahnya membantu tenaga dan ada setengahnya dari memberi bantuan kewangan. Jika tidak melakukan perkara ini, masyarakat sekeliling menganggap seseorang itu tidak bermoral dan mempunyai belasan kasihan terhadap mangsa.

5.0

Kesimpulan

5.1

Secara keseluruhannya tugasan ini telah menceritakan tentang proses penciptaan undang-undang boleh memberi maksud satu set peraturan yang konsisten, menyeluruh yang diterbitkan secara meluas, boleh diterima secara umum oleh masyarakat dan akhirnya undang-undang akan dikuatkuasa. Apabila undang-undang telah ditetapkan maka semua masyarakat di dalam sesebuah negara harus mamatuhi undang-undang tersebut. Jika seseorang telah melanggar undang-undang yang telah dibentukkan kemungkinan akan menerima kesusahan iatu mereka akan kehilangan selesa, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Kini pada pandangan masyarakat, undang-undang mempunyai pengertian yang semakin kompleks kerana fahaman undang-undang memang tidak statik dan tidak menentu iaitu kadang-kadang undang-undang akan

[Type text]

berubah-berubah dari tahun ke tahun atau perubahan oleh wakil politik yang dipilih rakyat. Seterusnya, daripada undang-undang ini maka wujud proses pembentukan undang-undang iaitu empat proses tetapi yang hanya di bincangkan dua proses yang merupakan proses penting . Antara proses tersebut ialah proses individu, proses ini akan bermula dari seorang individu seterusnya kepada membentuk kumpulan kecil dan daripada itu akan ambil alih oleh kuasa politik dan akhirnya akan membentuk undangundang baru. Manakala proses kedua adalah proses politik yang diberi tugas sepenuhnya kepada perwakilan untuk membentuk undang-undang. Masyarakat boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-undang melalui tinjauan umum, email, surat-menyurat atau media elektronik. Jika undang-undang telah dibentuk, maka ukuran moral (standard moral) masyarakat harus di kaitkan dengan keduaduanya. Ini kerana apabila undang-undang dan standard moral masyarakat berkaitan, maka undang-undang yang dibentuk akan diterima oleh masyarakat sepenuhnya seterusnya akan menggambarkan nilai-nilai asas masyarakat. Tetapi jika undangundang dan standard moral saling berlainan arah maka menunjukkan hubungan yang lemah antara kedua-duanya dan wujud ketidakpuas hati masyarakat kepada undangundang. Oleh sebab itu, undang-undang yang di bentuk atau akan dibentuk seharusnya dipersetujui sepenuhnya oleh semua masyarakat tetapi sehingga kini masih belum ada persetujuan dari pelbagai lapisan masyarakat. Undang-undang kadang-kadang dibentuk boleh menyusahkan dan ada juga yang menyenangkan.

[Type text]

Rujukan
1. Alan Kalmanoff (1976), Criminal Justice: Enforcement and Administration. Boston: Little, Brown & Co., hh. 93-108.

2. Isu air Selangor Serius, 11Mei 2012, Nurkhairini Jumari dan NorhaspidaYatim, Sinarharian

3. Kes pembuangan bayi semakin meningkat, Harian Malaya , on 6 July 2011, Info Riadah . http://www.forblogger.net/2012/07/kadar-kes-buang-bayi-semakin-meningkat.html

4. Isu air selangor, Utusan Melayu (M) Bhd, 31 Julai 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120731/dn_06/Isu-air-Selangorharus-ditangani-segera---Kee-Sin#ixzz2Aexjy4uY

[Type text]

You might also like