Mesin Kawalan CNC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MESIN KAWALAN BERANGKA BERKOMPUTER (CNC)

Takrifan CNC Satu bentuk sistem yang prosesnya dikawal oleh nombor, huruf dan simbol-simbol yang membentuk satu aturcara suruhan yang dijana oleh system komputer bagi mengendalikan proses memesin satu komponen tertentu atau kerja tertentu. Sistem kawalan pergerakan komponen mesin/peralatan dilakukan oleh mikrokomputer atau mikropemproses yang berada dalam panel kawalan Konsep CNC Mempunyai unit kawalan mesin (MCU) soft wired, iaitu semua fungsi bagi mesin adalah diencodekan dalam mini komputer atau mikropemproses. Aturcara komponen boleh disediakan ditempat lain oleh pengaturcara (programmer). Aturcara dan fungsinya tidak akan hilang walaupun mesin diberhentikan operasinya. Semua data program selamat disimpan di dalam ROM (Read Only Memory). JENIS JENIS MESIN CNC : CNC Milling ( Mesin Kisar ) CNC Turning ( Mesin Larik ) CNC Electro Discharge Machine (Sinking) CNC Electro Discharge Machine (Wire Cut)

Fungsi CNC : CNC wujud dalam tahun 1970-an berfungsi meningkatkan kuantiti produk tanpa mengurangkan kualitinya. Digunakan untuk mengawal operasi mesin seperti pergerakan mata alat pemotong dan penukaran mata alat melalui penggunaan unit servo yang di pasangkan pada unit kawalan sesebuah mesin tersebut

Kaedah penggunaan mesin CNC Pengaturcara akan menulis kod-kod arahan berangka beratucara secara manual dan kemudian memasukkannya ke unit kawalan mesin melalui papan kekunci pada mesin Membuat aturcara mesin CNC dengan menggunakan lukisan terbantu komputer (CAD) dan dipindahkan kepada sistem Pembuatan Terbantu Komputer (CAM). Dengan kaedah ini lukisan produk akan dilukis dalam komputer menggunakan CAD. Kemudian lukisan yang telah siap itu, akan diterjemahkan oleh sistem CAM kepada kod-kod berangka aturcara proses pemesinan sistem CNC. Kod arahan berangka ini boleh disalin ke cakera liut atau dihantar terus melalui kabel (interface RS232) ke memori unit kawalan mesin CNC.

Cara pembuatan dengan menggunakan mesin CNC Sediakan lukisan yang berasaskan koordinat Tuliskan program menggunakan kod G dan Kod M.

Prinsip pergerakan mesin CNC 1) CNC Milling Terdapat 3 paksi gerakan iaitu paksi X,Y dan Z. 2) CNC Turning Terdapat 2 paksi gerakan iaitu paksi X dan Z. Paksi X = Pergerakan bagi meja mesin pada arah mengufuk. Paksi Y = Pergerakan bagi meja mesin pada arah melintang. Paksi Z = Pergerakan pengumpar ( mata alat ) pada arah menegak. Pengubahsuaian maklumat boleh dilakukan pada komputer bagi mesin tersebut (ubahsuai, persediaan program pada bahagian yang berbeza menyimpan program) Maklumat/data adalah dari perisian NX6 Unigraphic, dimasukkan melalui panel kawalan Pergerakan mesin CNC milling Aliran proses pemesinan mesin CNC milling

Kelebihan CNC Pita aturcara boleh disunting dalam bengkel yang mana mesin ditempatkan. Kawalan berangka komputer berupaya menukarkan unit kepada sistem matrik. Boleh meningkatkan produktiviti kerana kerja yang dilakukan mesin CNC adalah cepat dan jitu. Kos tenaga kerja boleh dikurangkan kerana hanya seorang pekerja boleh mengawal beberapa buah mesin CNC.

Kelebihan CNC berbanding NC Lebih fleksibel Lebih tepat Mudah dikendalikan, tidak memerlukan operator yang berkemahiran tinggi Mempunyai memori-program boleh disimpan dan mudah digunakan semula apabila diperlukan Lebih serba guna

Perbezaan NC dan CNC NC : Aturcara bagi sesuatu komponen dimasukkan ke dalam sistem kawalan mesin pada setiap kali hendak mula memesin benda kerja,walaupun bentuk benda kerja itu serupa.

CNC : Aturcara suruhan dibaca sekali sahaja, iaitu sebelum memulakan kerja memesin beberapa komponen dalam dalam satu kelompok.

M-CODE Sistem kod M dikenali sebagai kod pelbagai yang mengawal keseluruhan system sokongan permesinan, menyebabkan ia berhenti,bermula, memasang pendingin (coolant), dan sebagainya. Alatan mesin yang berbeza boleh menggunakan kod yang sama untuk melaksanakan fungsi yang berbeza, walaupun mesin yang mengunakan pengawal CNC yang sama. Contoh arahan menggunakan kod M :-Arahan membuka pelincir, Arahan pergerakan pusingan ikut jam atau lawan jam bagi alat pemotong, arahan menukar mata alat, mula memesin dan berhenti memesin. Contoh M Code

G-CODE G-code dikenal sebagai arahan persediaan kerja (pergerakan mesin), ia digunakan bagi bahasa pengaturcaraan yang mengawal mesin dan memberitahu peralatan mesin jenis kerja yang perlu dilakukan, contohnya : a) Pergerakan yang cepat b) Satu siri pergerakan suapan c) Mengawal pergerakan suapan dalam garis lurus atau lengkungan d) Mengatur peralatan maklumat seperti penimbang.

Contoh G Code

Contoh Kod yang lain

You might also like