Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Ditadbirkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melindungi pekerjapekerja berinsurans terhadap kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan

perusahaan,ilat dan kematian akibat dari sebarang sebab melalui dua skim keselamatan sosial,iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Perlindungan di bawah akta ini terpakai untuk semua pekerja di seluruh Malaysia tanpa mengira besar atau kecil firmanya yang menerima gaji sehingga RM2000 sebulan. Pekerja asing dikecualikan daripada perlindungan-perlindungan di bawah Akta ini kerana mereka dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja 1925. Untuk mendapat perlindungan majikan mestilah mendaftarkan pekerjanya sebagai ahli dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial dan mencarum secara bulanan kepada pertubuhan tersebut. Majikan yang gagal untuk mendaftarkan pekerjanya dan membuat sumbangan bulanan boleh didenda. Skim Keselamatan Sosial boleh dibahagikan kepada dua iaitu skim insurans bencana pekerjaan dan skim pencen ilat.

SKIM KESELAMATAN SOSIAL

Skim Insurans Bencana Pekerjaan:Faedah Perubatan Faedah Hilang Upaya Sementara Faedah Hilang Upaya Kekal

Skim Pencen Ilat:Pencen Ilat Bantuan Ilat Pencen Penakat

Elaun Layanan Sentiasa


Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pemulihan

Elaun Layanan Sentiasa


Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pemulihan

Bencana kerja ialah bencana terhadap tubuh badan seseorang pekerja disebabkan oleh kemalangan atau sesuatu penyakit yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaan. Skim ini adalah wajib dan majikan dikehendaki melindungi pekerjanya dengan PERKESO walau mungkin majikan telah melindungi pekerjanya di bawah skim lain, antara faedah yang disediakan oleh skim ini ialah: Faedah perubatan: Seseorang pekerja yang mengalami bencana kerja berhak menerima rawatan percuma di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Apabila seseorang pekerja mendapat kecederaan,dia boleh mendapat rawatan di mana-mana klinik panel PERKESO atau di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Faedah hilang upaya sementara: Diberikan kepada seseorang pekerja yang disahkan oleh doktor tidak berupaya bekerja selama tempoh sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Faedah akan dibayar sepanjang cuti sakitnya(Seksyen 22(a)). Kadar harian faedah hilang upaya yang kena dinayar bersamaan dengan 80% daripada gaji harian anggapan purata sebagaimana yang diperuntukkan oleh Jadual Keempat.

Faedah hilang upaya kekal: Satu pembayaran seumur hidup bersamaan 90% daripada gaji harian anggaran purata sebagai mana yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat. Elaun layanan sentiasa: Dibayar kepada pekerja yang mengalami hilang upaya langsung yang kekal manakala hilang upaya mencari nafkah ditaksirkan sebanyak 100% yang sentiasa memerlukan layanan sendiri oleh orang lain. Kadarnya ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal tertakluk ke[ada bayaran maksimum sebanyak RM250 sebulan. Faedah orang tanggungan: Sekiranya seseorang pekerja mati akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya maka tanggungannya berhak mendapat faedah orang tanggungan mengikut kadar tertentu yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat. Faedah pengurusan mayat: Jika seseorang pekerja berinsurans meninggal dunia akibat sesuatu bencana kerja atau lain-lain sebab semasa dia sedang menerima faedah hilang upaya,faedah pengurusan mayat akan dibayar kepada ahli keluarganya yang tertua dan masih hidup sebanyak RM1000. Faedah pemulihan: Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan pemulihan vokasional disediakan oleh PERKESO kepada pekerja yang menghidap hilang upaya kekal.

Memberikan perlindungan sepanjang hayat daripada sebarang punca ilat dan kematian. Ilat adalah istilah yang digunakan untuk keuzuran yang serius dan berkekalan yang tiada kemungkinan untuk sembuh sehingga menyebabkan dia tidak berupaya untuk mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan yang menguntungkan. Antara faedah yang boleh diperolehi ialah: Pencen ilat: Seseorang pekerja adalah berhak kepada pencen ilat jika ia disahkan mengalami keuzuran yang berkekalan,belum mencapai umur 50 tahun pada masa notis ilat dikemukakan dan telah menemui syarat kelayakan caruman. Batuan ilat: Batuan ini dibayar kepada pekerja yang tidak layak menerima oencen ilat oleh kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman tetapi telah membuat sekurang-kurang 12 bulan caruman. Amaun bantuan ilat ini adalah sebanyak jumlah caruman telah dibayar oleh pekerja dan majikan termasuk faedahnya. Pencen penakat: Jika seseorang pekerja sedang menerima pencen ilat,atau jika seseorang pekerja yang belum genap umur 55 tahun tetapi telah memenuhi syaratsyarat untuk mendapat pencen ilat di bawah akta ini mati,maka pencen penakat mengikut kadar yang sama akan diterima olehnya kenalah dibayar kepada tanggungannya. Pencen ini dibayar kepada tanggungan pekerja yang mati tanpa mengambil sebab kematian . Kadar pencen yang kena dibayar adalah sama seperti yang diperuntukkan di bawah faedah orang tanggungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

Elaun layanan sentiasa. Faedah pengurusan mayat. Faedah pemulihan. Peruntukan berkenaan dengan 3 faedah yang terakhir itu adalah hampir sama sebagaimana yang diperuntukkan oleh Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

Bertujuan untuk mengawal sungai dan anak sungai daripada pencemaran. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang paling kmprehensif berkenaan dengan alam sekitar di Malaysia. Diwujudkan apabila pihak kerajaan berpendapat adalah perlu diwujudkan satu akta pengurusan alam sekitar yang komprehensif untuk merancang dan melaksanakan program berkenaan alam sekitar sebagai mana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima. Antara perkara yang dinyatakan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima ialah penyenggaraan alam sekitar yang sihat dan bersih,mempertahankan kualiti alam sekitar,meminimumkan kesan ke atas alam sekitar walaupun terdapat pertambahan penduduk dan pertambahan aktiviti manusia,melaksanakan langkah mencegah lebih baik dari mengatasi dan menggalakan kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkenaan alam sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan instrumen asas untuk mencapai objektif alam sekitar peringkat kebangsaan. Bertujuan untuk memberi nasihat kepada Ketua Pengarah untuk melaksanakan tugasnya berkenaan dengan alam skitar. Antara tugasnya ialah menyelaras semua aktiviti yang bersangkutan dengan pelupusan bahan buangan,mengawal pencemaran,menjaga kualiti alam sekeliling, mengisukan lesen untuk pelupusan bahan buangan dan lain-lain.

Leeson (1995) mendefinisikan pencemaran sebagai the introduction by man into

the enviroment of substance or energy liable to cause hazards to human health, harm to living resources and ecological systems,damage to structures or amenity, or interference with the legitimate uses of the enviroment. Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa
pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal,haba,kimia,kesan biologi,ke atas mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan perkara-perkara yang membahayakan alam sekitar,mencemar barangan-barangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah,menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam,atau kepada binatang,burung ,hidupan-hidupan liar,ikan atau hidupan-hidupan dalam air,atau kepada tumbuh-tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat,had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini. Pencemaran mestilah mempunyai empat elemen tersebut: a)sumber pencemaran. b)ejen pencemaran. c)perantaraan yang mana ejen pencemar itu disampaikan. d)kesan pencemaran.

Pencemaran tanah: Terjadi akibat berlakunya hakisan atau runtuhan tanah dan boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara runtuhan geologikal atau akibat daripada perbuatan manusia. Runtuhan secara geologikal atau semula jadi contohnya akibat daripada tindakan pertembungan angin jarang berlaku. Namun runtuhan akibat daripada perbuatan manusia seperti peningkatan kadar pembangunan,pembalakan,perlombongan dan aktiviti pertanian mencatatkan kadar yang paling tinggi. Boleh menyebabkan pencemaran kepada air sungai sekiranya tanah yang runtuh itu dibawa oleh air hujan ke sungai. Kejadian tersebut menjadikan sungai semakin cetek,tidak sesuai untuk kegiatan rekreasi dan air sungai tidak lagi bersih untuk diminum. Boleh mengakibatkan ketidaksuburan kepada tanah itu sendiri apabila tanah ini dihanyutkan ke dalam kawasan tanaman padi yang mana akan menyebabkan percampuran tanah yang tidak lagi sesuai untuk tanaman jenis itu. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya banjir. Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa melainkan jika memperolehi lesen,seseorang tidak boleh mencemarkan,menyebabkan atau membenarkan mana-mana tanah dicemar.

Seksyen 24 (3) memperuntukkan,jika didapati bersalah,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada seratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ribu ringgit setiap hari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatnan tersebut. Pencemaran air(perairan daratan): Terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti bahan buangan daripada industri berteraskan pertanian seperti kelapa sawit,getah dan industri pembuatan seperti makanan,tekstil,kertas,getah yang masuk ke dalam sungai dan tasik. Pencemaran air juga terjadi akibat daripada aktiviti penternakan,hakisan tanah,pengeladakan sungai dan bahan buangan daripada aktiviti perlombongan. Kesan utama pencemaran air terjadi ialah ketiadaan air bersih untuk dijadikan minuman dan sungai atau tasik tercemar hal ini akan menjejaskan hidupan di dalamnya dan juga menggangu aktiviti seperti rekreasi. Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa melainkan jika memperoleh lesen tiada seseorang pun boleh melepaskan atau meletakkan apa-apa buangan ke dalam mana-mana perairan darat. Sekiranya dilanggar,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 000 atau penjara selama tempoh tambahan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menhendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.

Pencemaran bunyi: Berlaku akibat daripada kesesakan lalu lintas apabila terdapat bunyi daripada enjin kenderaan,ekzos,hon dan juga hentaman pintu kenderaan apabila ditutup. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang pencemaran bunyi juga berlaku daripada bunyi kapal terbang naik atau turun. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan bangunan dan bunyi mesin dari industri perkilangan juga merupakan punca pencemaran ini terjadi. Boleh menyebabkan keupayaan mendengar menjadi berkurangan akibat kebiasaan mendengar bunyi yang kuat dan boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Seksyen 23 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan jika diberi lesen,tiada seorang boleh mengeluarkan atau menyebabkan atau dibenar keluar apa-apa bunyi bising yang lebih kuat bahana,keamatan atau kualitinya. Jika didapati bersalah seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM500 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalam itu.

Pencemaran laut: Berlaku akibat daripada pembuangan atau tumpahan minyak yang berlaku akibat perlanggaran atau kerosakan kapal. Pencemaran juga boleh berlaku apabila laut dijadikan sebagai tempat buangan bahan buangan pejal daripada pelbagai industri seperti radioaktif dan sisa toksik. Apabila laut tercemar hidupan akuatik termasuk ikan dan makanan laut yang lain yang merupakan sumber makanan manusia akan termusnah dan aktiviti pelancongan dan rekreasi akan terjejas. Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan jika seseorang itu telah diberi lesen,tiada seorang pun boleh melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia. Sekiranya peruntukkan ini dilanggari,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM500 000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya. Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan jika diberi lesen,tiada seorang pun dibenarkan untuk melepaskan buanganbuangan ke dalam perairan Malaysia. Sekiranya didapati bersalah,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau keduaduanya.

Pencemaran udara: Berlaku akibat daripada asap kenderaan,asap yang dikeluarkan daripada industri-industri lain yang berasakan kayu,getah,kejuruteraan dan lain-lain. Ia juga boleh berlaku akibat daripada kebakaran hutan,pembakaran sisa pertanian,letupan gunung berapi dan ribut pasir. Kesan buruk apabila berlakunya pencemaran ini ialah gangguan pernafasan kepada hidupan bernyawa di mana akhirnya boleh mengakibatkan maut. Ia juga boleh menjejaskan kadar penglihatan dan mengakibatkan gangguan terhadap beberapa aktiviti seperti pengangkutan,reakreasi dan lain-lain. Seksyen 22 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan jika dilesen,tiada seorang boleh mengeluar atau melepaskan apa-apa buangan ke dalam udara. Jika seseorang didapati bersalah,dia boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya.

Bil. Jenis 1 Pencemaran tanah

Seksyen Seksyen 24

2 Pencemaran air (perairan daratan)


3 Pencemaran bunyi

Seksyen 25

Seksyen 23

4 Pencemaran laut

Seksyen 27

Seksyen 29

5 Pencemaran udara

Seksyen 22

Hukuman Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tidak lebih RM100 000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

You might also like