Berita DBP

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BERITA HARIAN Rabu, 20 Ogos 2008

Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Peraduan Teka Silang Kata Ogos


1 1 1 1 1 6 8 1 1 9 9 11 1 1 12 1 1 1 15 1 21 19 1 1 1 1 15 1 17 14 18 1 1 1 1 1 17 20 19 1 1 1 1 10 1 1 14 1 1 1 16 1 10 1 1 12 2 1 1 7 3 1 4 5 1 4

BH PILIH L9 20 (emel)

Terbitan DBP di Laman Sesawang


Oleh Abdul Razak Mohammad

aman sesawang www. kedaidbp.my dibangunkan untuk mempromosi dan memasarkan terbitan elektronik DBP yang berbentuk VCD/ DVD, e-komik dan e-buku. Kini terdapat sebanyak 71 judul terbitan elektronik DBP yang berada di pasaran. Dengan adanya kemudahan ini, pembeli tidak perlu ke kedai buku atau pengedar berhampiran untuk mendapatkan produk tersebut. Produk yang dibeli akan di-

hantar kepada pengguna melalui pos laju dan jaminan akan sampai terus ke rumah. Pembeli hanya dikenakan caj penghantaran sebanyak RM 4 bagi setiap produk. Kaedah pembayaran boleh dibuat melalui debit daripada akaun pengguna atau melalui kad kredit Mastercard atau Visa. Sistem ini menerima debit melalui akaun bank seperti Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank, RHB Bank, AmBank, Alliance Bank, Mobile Wallet, Meps Cash, Web Cash, Pos Pay,

dan China Online Banking. Pembelian adalah selamat dan mudah kerana sistem ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk melindungi pengguna membeli secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www. kedaidbp.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hantarkan e-mel anda kepada pesan@aspati.com.my, telefon 03-51929151, 013-3058129. Pembelian melalui www.kedaidbp.my lebih mudah, cepat dan selamat.

1 1 13 1 13

Melintang
1. Sikap positif individu atau isntitusi merangka atau melakukan sesuatu jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan. 4. Sejenis ubi. 7. Pertanda, pelebaya. 8. Orang yang dalam ihram semasa ibadah haji atau umrah. 10. Ketetapan hati. 11. Surat kuasa yang dikeluarkan oleh majistret. 12. Benang emas. 15. Terjemahan .. adalah antara kaedah dalam proses pinjam terjemah. 19. Memproses atau membuat buah-buahan atau sayur-sayuran menjadi puri. 20. Liang-liang halus pada kulit. 21. Bekrapoh kata orang Kelantan. TERKINI: Portal kedai DBP.

Ke Bawah
1. Hal yang berkaitan dengan pawang. 2. Lampu atau api untuk memberi isyarat. 3. Bahan yang digunakan oleh Mama Filza dalam sesi berceritanya. 4. Gaya rambut orang Kelantan. 5. Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat. 6. Khalifah kedua daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Abu Bakar r.a. 9. Penulis Haruskah aku berlari. 13. Kalau anjing menyalak, kalau kambing. 14. Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja. 16. Alat yang menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal untuk menghasilkan gerakan. 17. Logam berwarna kuning. 18. Halangan, gendala, rintangan.

AKTIVITI BAHASA
Oleh Zaidi Ismail

ada umumnya, ahli-ahli bahasa sebelumnya tidak membahagikan kata majmuk kepada bentuk-bentuk yang khusus, kecuali Nik Safiah dan rakanrakan dalam buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku tersebut kata majmuk dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya gambar rajah, air hujan, dan Perdana Menteri; 2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya segi tiga; garis pusat, dan kertas kerja; serta 3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya kaki ayam, anak emas, dan duit kopi. Walau bagaimanapun, menurut Hasan Alwi dalam manuskrip Tatabahasa Dewan dan Tata Bahasa Indonesia: Suatu Perbandingan (2006: 269), pembahagian bentuk ini kurang tepat kerana berdasarkan pertimbangan yang berbeza. Jenis pertama didasarkan pada bentuk unsur pendukungnya, iaitu kata bebas (kata yang belum memperoleh apa-apa imbuhan). Pada jenis kedua pula, yang digunakan sebagai dasar pertimbangan ialah ranah pemakaiannya, iaitu sebagai istilah khusus (dalam bidang ilmiah).

Bentuk Kata Majmuk Berdasarkan Data Korpus


Adapun jenis ketiga, iaitu simpulan bahasa sebagai kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, didasarkan pada aspek makna. Pada pandangan penulis juga, hal yang diperkatakan oleh Hasan Alwi itu ada benarnya. Dengan hal yang demikian, penulis telah melakukan satu kajian yang berkaitan dengan kata majmuk, khususnya dari segi pembahagian bentuk dan hasil kajian tersebut telah diperturunkan dalam risalah "Kata Majmuk Bahasa Melayu: Bentuk Berdasarkan Data Korpus". Kajian ini berdasarkan proses pembentukan kata, kata majmuk dibahagikan kepada tiga bentuk utama, iaitu kata majmuk dasar, kata majmuk berimbuhan, dan kata majmuk ganda. Selain memaparkan temuan bentuk kata majmuk berdasarkan data korpus yang terdapat dalam Pangkalan Data Korpus (PDK), dalam risalah kajian ini juga turut dipaparkan temuan rangkai kata yang berkedudukan dua posisi, iaitu kata majmuk dan frasa, contohnya ibu ayam, kaki ayam, dan rumah ibu. Rangkai kata ini hanya dapat ditentukan kedudukannya sama ada kata majmuk atau frasa apabila berada dalam ayat lengkap. Kajian kata majmuk ini merupakan salah satu kajian yang termasuk di bawah Projek Kajian Tatabahasa, yang ditangani oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tujuan utama kajian ini adalah untuk memantapkan lagi tatabahasa bahasa Melayu, khususnya dalam aspek morfologi, dan mencari satu penemuan baru dengan memanfaatkan data yang terdapat dalam PDK. Bagi yang berminat untuk mendapat risalah edaran percuma ini, bolehlah berhubung dengan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa melalui alamat Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, Tingkat 24, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur; atau e-mel: selidik@ dbp.gov.my.

SyaRaT PENyERTaaN Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 September 2008. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada: Peraduan Teka Silang Kata Ogos, Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2894 / Faks: 03-2142 2029
Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Mansur

JAWAPAN DAN PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA JULAI


U N T U K I S A A L A R U N G E M U R U H K P U A N D I P U N G U R E J N E R A N J I N D
6. 7. 8. 9. 10.

P P P S M A N D B U L A L V U K E J A A M E A N N A I D A W A M A S I S I P A N L A A N A T

K O N G R E S B A H A S A

PEMENANG
1. 2. 3. 4. 5. Nur Amirah Kamarulzaman No. K.P.: 910608-05-5222 Nornazurah Nasri No. K.P.: 911225-14-6316 Hasnah Bibun No. K.P.: 510502-04-5170 Haryati Hussin No. K.P.: 761228-01-5572 Siti Nurulain Jamil No. K.P.: 880416-14-6010 Noor Zuliana Zulkifli No. K.P.: 850420-14-5494 Haniza Mat Hassan No. K.P.: 770811-02-5684 Mohannad Izwan Ibrahim No. K.P.: 760211-04-5121 Mohd Naim Zainul No. K.P.: 700731-02-5437 Azami Taib No. K.P.: 610331-01-5425

You might also like