Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PANDUAN PENGGUNA SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG 1)

Langkah 1:
Kajian SKPG 1 boleh dicapai dengan mengakses laman rasmi kajian iaitu di http://graduat.mohe.gov.my (tanpa tambahan perkataan lain selepas .my)

Langkah 2:
Klik butang untuk akses ke dalam system. Graduan boleh memilih untuk menjawab soal selidik ini dalam versi B.Inggeris dengan klik pada

Langkah 3:

Di ruangan Log Masuk, masukkan No. Kad Pengenalan /Pasport/Tentera - tanpa dash (-) dan pilih jenis Institusi.

Contoh:
IC/Passport: 880408____ (tanpa dash -) Institusi: IPTS Pilih: Taylors University

Klik butang Hantar/Send

Nota:
Sekiranya anda gagal untuk akses ke dalam sistem:

Sila cuba akses semula dengan


browser yang berbeza. Capaian dan paparan terbaik adalah menerusi Google Chrome & Mozilla Firefox

Sila klik pada link di sini untuk


melihat status akses sistem bagi institusi anda atau sila berhubung terus dengan pihak IPT anda

Langkah 4:
Skrin
akan memaparkan maklumat profil graduan. Sila pastikan maklumat di Bahagian Profil (yang dibekalkan oleh pihak IPT) adalah benar sebelum menjawab soalan. dengan mengisi maklumat yang dikehendaki sehingga selesai.

Sila lengkapkan borang kajian

Langkah 5:
Slip Kajian Pengesanan Graduan akan dipaparkan setelah graduan selesai menjawab kajian. Klik pada ikon PRINT untuk cetakan dan diserahkan kepada pihak IPT masing-masing semasa pengambilan jubah/scroll/transcript akademik.

Antara masalah-masalah hadapi:

lain

yang

mungkin

anda

Sila pastikan maklumat di Bahagian Profil (yang dibekalkan oleh pihak IPT anda) adalah benar sebelum menjawab soalan. Sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang perlu diubah, mohon emelkan maklumat yang perlu dikemaskini beserta maklumat pengenalan diri anda sebagai rujukan pihak kami. Namun begitu, bagi maklumat CGPA, anda perlu merujuk kepada pihak IPT anda berhubung kesilapan tersebut dan pihak IPT anda sendiri perlu memaklumkan kepada pihak kami sekiranya sebarang perubahan perlu dibuat Sekiranya anda menghadapi masalah untuk ke muka surat seterusnya selepas selesai di bahagian Profil (muka surat pertama), sila cuba login semula dengan browser atau server berlainan. Sekiranya masalah yang sama berlaku, mohon kerjasama untuk melengkapkan keseluruhan maklumat di muka surat tersebut dan hantarkan screenshot jawapan kepada pihak kami melalui emel. Pihak kami akan cuba menjawab bagi pihak anda untuk membenarkan anda ke bahagian seterusnya. Sila pastikan anda memahami soalan sebelum membuat sebarang pilihan jawapan (terutamanya di BAHAGIAN E: Status terkini). Anda diminta untuk tidak teruskan menjawab soalan sehingga ke slip pengesahan sekiranya anda tersalah memilih jawapan. Mohon maklumkan kepada pihak kami melalui emel bagi sebarang pembetulan yang perlu dibuat.

Nota: Pihak kami nasihatkan agar anda elakkan copy & paste untuk mengisi maklumat, sila isikan maklumat seperti alamat, dsb nya dengan taip secara terus di ruangan yang disediakan.

Bagi graduan yang memilih status bekerja separuh/sepenuh masa, sekiranya anda menghadapi masalah untuk ke muka surat seterusnya di bahagian F (maklumat pekerjaan) mohon pastikan maklumat/ruangan keterangan pekerjaan diisi dengan ringkas iaitu tidak melebihi 255 HURUF.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah dalam menyelesaikan soal selidik ini selepas segala arahan diikuti, anda boleh emelkan maklumat seperti dibawah untuk tindakan segera pihak kami:
No.kp/passport No.matrik Nama Institusi Nama Penuh Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut)

1. 2. 3. 4. 5.

Emelkan ke tracerstudy@mohe.gov.my PERHATIAN : PILIHAN JAWAPAN ANDA ADALAH MUKTAMAD. SISTEM TIDAK MEMBENARKAN ANDA KEMBALI KE BAHAGIAN SEBELUMNYA. PASTIKAN ANDA MEMAHAMI SOALAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PILIHAN JAWAPAN.

TERIMA KASIH
Terima kasih di atas kerjasama anda melengkapkan kajiselidik ini dan membantu menjayakan Kajian Pengesanan Graduan 2012

You might also like