Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1

PENDIDIKAN KONTEMPORARI DI MALAYSIA DALAM MENANGANI


ARUS CABARAN GLOBALISASI DAN SEMASA
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
1. Pendahuluan

Dasar-dasar pendidikan penjajah yang melahirkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan
masyarakat berbilang kaum dan yang lebih khusus memundurkan bangsa Melayu telah dicanai
semula apabila pemerintah Melayu mengambil alih kuasa daripada penjajah. Pendidikan di
Malaysia sudah bermula sejak zaman berzaman. Berikutan proses kemodenan, pendidikan
berubah wajah kepada pemantapan dan keutuhan sistem pendidikan yang sudah lapuk dan
ketinggalan zaman. Bangsa Melayu Islam sedar bahawa penyertaan mereka dalam proses
pembangunan negara perlukan anjakan paradigma. Mereka dikuasai oleh kelemahan dalam
bidang ekonomi. Walau bagaimanapun, bangsa Melayu Islam dilindungi oleh warisan dan
kedaulatan politik dan penguasaan bidang pendidikan. Kita percaya penguasaan bidang
pendidikan dan ilmu pengetahuan mampu mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu Islam.
Tidak ada satu bangsapun akan berjaya di dunia ini sekiranya aspek pendidikan dan
penguasaan ilmu pengetahuan diabaikan. Hasil daripada penguasaan pendidikan dan ilmu
pengetahuan, bangsa Melayu Islam akan melonjak dalam bidang ekonomi, industri,
keusahawanan dan perniagaan pula.


2. Ringkasan Perkembangan Pendidikan
Pada tahun 1890, pihak Bristish telah mengasingkan matapelajaran agama dengan akademik di
institusi pendidikan Inggeris. Pihak British enggan membayar gaji pengajar al-Quran walaupun
bersetuju membayar gaji guru bahasa Melayu. Sejak awal 1900, orang Melayu sudah mula
prejudis dengan sekolah Inggeris. Ini lebih menjurus kepada prasangka mengenai aktiviti
misionari dan pendakyahan agama di kalangan orang British. Terdapat sarjana yang
menegaskan bahawa di antara tahun 1910 hingga 1930, orang Melayu semakin meningkatkan
amalan dan komitmen beragama.
1
Barangkali kerana pendidikan tidak formal yang diperolehi,
mempertingkatkan kefahaman masyarakat Melayu tentang agama.

Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperkenalkan kursus Tamadun Islam sejak tahun
1973. Pada akhir 1970an, kursus berkaitan Islam telah diperkenalkan di Institut Teknologi Mara



2

(ITM, sekarang ini dikenali sebagai UiTM). Sekitar 1980an, kursus Tamadun Islam
diperkenalkan di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada tahun 1983, kursus
perbandingan agama menjadi kursus wajib di beberapa fakulti di IPTA. Pada tahun 1998,
kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) diwajibkan kepada pelajar Islam dan bukan
Islam di IPTA.
2
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula mengambil kursus
Pengajian Islam walaupun terdapat ura-ura subjek TITAS akan diperkenalkan.
3
Bahkan,
terdapat cadangan untuk memperkenalkan modul TITAS ke luar negara.
4
Universiti Putra
Malaysia pula telah dinobatkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Pertanian pada
tahun 2005 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Di Malaysia, setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan dan mengurus
institusi pendidikan untuk kanak-kanak seagama mereka sendiri.
5
Oleh yang demikian, semua
kaum di Malaysia menikmati akses pendidikan yang tiada sebarang batasan termasuk semua
tahap umur. Inilah yang dinyatakan demokrasi pendidikan.


3. Matlamat Pendidikan

Di antara tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan manusia yang kamil, beradab, baik
tingkahlaku, bersopan santun dan berakhlak mulia. Imam Al-Ghazali berpendapat, andaikata
akhlak itu tidak dapat berubah, maka tiada ertinya nasihat-nasihat, petunjuk-petunjuk dan
pendidikan. Rasulallah s.a.w. sering menggalakkan manusia memperbaiki akhlak. Proses
pembaikan akhlak akan lebih berkesan dengan adanya pendidikan berkualiti. Imam Al-Ghazali
berhujah bahawa binatang boleh diarah dan dididik ke arah suatu tingkahlaku, inikan pula
manusia yang mempunyai akal fikiran. Burung helang dapat dialihkan kepada sifat liar kepada
sifat jinak dan anjing (yang dilatih menjadi pemburu) dapat diajar daripada gelojoh makan hasil
buruan dan membiarkannya. Kuda pula dapat dialihkan daripada degil menjadi patuh dan
penurut. Kesemuanya itu adalah membuktikan bahawa akhlak boleh berubah dan dibentuk.
6


Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa tabiat manusia itu bermacam-macam, sebahagiannya
cepat menerima perubahan dan sebahagiannya lambat menerima perubahan tersebut. Hal ini
disebabkan oleh dua sebab:

Pertama, kekuatan naluri pada asal-usul tabiat dan ianya begitu berkembang sejak
kewujudannya. Manusia mempunyai kekuatan syahwat, amarah dan takabbur. Kekuatan
syahwat paling sukar dikawal kerana ianya merupakan kekuatan yang paling awal wujud di
dalam diri manusia. Bayi yang baru lahir mempunyai syahwat, setelah berumur tujuh tahun baru
mempunyai ammarah dan sesudah itu baru mempunyai kekuatan tamyiz (membezakan yang
baik dan buruk). Kedua, budipekerti itu dikukuhkan oleh amalan yang banyak, yang sesuai
dengan tuntutan akhlak, tunduk kepada Allah dan juga dengan keyakinan bahawa adanya

2
Mohd Fuad Razali, TITAS Diajar Mulai Sesi 1998/1999, Berita Harian, 17.4.1998.

3
Mohd. Feroz Abu Bakar, Pelajar IPTS Perlu Wajib Ikuti Kursus TITAS, Berita Harian, 7.10.2004.

4
Modul TITAS Mungkin Dieksport Ke Luar Negara, Utusan Malaysia, 17.4.1998.

5
Artikel 12 (2) Perlembagaan Persekutuan.

6
Untuk penjelasan lanjut, lihat Amini Amir Abdullah (1990), Konsep Akhlak Islamiah Menurut Imam Al-Ghazali, Tesis Bacelor
Usuluddin, (Belum diterbitkan), Lembah Pantai: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.
3

perbuatan itu baik dan mendapat keredaan Allah. Manusia dalam sebab kedua ini mempunyai
empat tingkat:

i. Manusia yang tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil, antara baik dan buruk dan
hatinya kosong daripada segala kepercayaan. Orang seperti ini hanya memerlukan seorang
guru dan juga memerlukan gerakan daripada jiwanya yang membawa dia kepada Mujahadah.

ii. Orang yang tahu sesuatu itu perlakuan jahat, tetapi ia tidak membiasakan dirinya beramal
soleh disebabkan ia tunduk kepada syahwatnya dan berpaling daripada fikirannya yang benar.
Orang seperti ini lebih teruk daripada orang pertama. Mula-mula ia harus mencabut kejahatan
yang telah meresap ke dalam dirinya. Ia juga harus membiasakan dirinya dengan kebaikan.
Pada dasarnya orang hendaklah melatih dirinya betul-betul ke arah akhlak yang baik.

iii. Orang yang mempercayai bahawa akhlak yang terkeji adalah suatu perkara yang baik dan
wajib. Orang dalam tingkat ketiga ini hampir-hampir tidak dapat diubati dan tidak diharapkan
dapat sembuh. Hal ini disebabkan oleh berlipat-gandanya sebab-sebab kesesatan.

iv. Orang yang bangga melakukan kejahatan dan merosakkan jiwanya sendiri. Ia menyangka
dengan kejahatan tadi boleh mengangkat martabatnya. Orang yang seperti ini adalah orang
yang paling sukar diubati.
7


Kekuatan ilmu pengetahuan perlu dititikberatkan melalui pendidikan mengikut syarat-syarat dan
tatacara yang telah ditetapkan oleh Islam. Tujuan pendidikan dalam Islam adalah jelas iaitu
agar insan dengan mudah dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu pada kata-
kata dan di antara kebenaran dan kebatilan. Melalui ilmu juga insan dapat membezakan antara
yang baik dan yang buruk dalam perbuatan dan tingkah laku. Jika kekuatan ilmu dan
pendidikan baik dan luhur, maka daripadanya diperolehi hasil Hikmah iaitu mengetahui
kebenaran melalui ilmu pengetahuan dan amalan. Hikmah tersebut adalah sumber budi pekerti
yang luhur. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:


OTuNC OE-:^- T4` +7.4=EC T4`4
=uNC OE-:^- ^ 4OT+ -LOOE=
-LOOR1 4`4 NOOO4C T W-Q7+
U4:^- ^=R_
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal
fikirannya.

Orang yang mempunyai ilmu akan memperolehi banyak kebaikan dan manfaat berbanding
dengan mereka yang tidak berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu wajib beramal dengan
ilmunya untuk memperolehi kebaikan dan manfaat.


7
Lihat O.E. Moad (2005), Al-Ghazalis Occasionalism and the Natures of Creatures, International Journal for Philosophy of Religion,
Vol. 58, Issue 2, hal 95-101.
4

Insan yang bijak sentiasa mencari teman yang sentiasa benar, bijaksana, beragama dan
menjadikannya sebagai pembimbing bagi segala tingkahlaku dan perbuatannya. Apabila tidak
senang melihat cacat-cela batin ataupun zahir, maka teman itu akan mempertingkatkannya.
Dalam hal ini Saidina Umar r.a. pernah berkata: . . . Semoga Allah merahmati dan mengasihani
orang yang menunjukkan kepadaku tentang kelemahan.
8


Al-Ghazali telah menulis masalah pendidikan dalam sejumlah karangannya meskipun
pendapat-pendapatnya yang terpenting dalam topik ini terdapat dalam kitab Fatihah al-

Ulum,
kitab Ayyuha al-Walad dan kitabnya Ihya Ulumuddin. Orang yang mengamati tulisan al-
Ghazali tentang pendidikan dan persoalan-persoalannya akan mendapati bahawa al-Ghazali
telah mengutarakan suatu konsep dan prinsip pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan
Sunnah. Al-Ghazali menggambarkan tujuan pendidikannya sesuai dengan pandangan hidupnya
dan nilai-nilai yang terkandung di dalam falsafah hidupnya. Al-Ghazali merumuskan satu
metodologi yang menepati matlamat dan sasaran dalam konteks keberkesanan pendidikan. Al-
Ghazali juga telah melakukan usaha mengklasifikasikan ilmu menurut epistemologi dan
aksiologi Islam, meletakkan hirarki ilmu dan memperjelaskan kemanfaatan ilmu. Beliau juga
telah menghuraikan dengan panjang lebar peranan, tanggungjawab dan fungsi guru. Imam Al-
Ghazali memberikan perhatian yang besar terhadap ilmu dan pengajaran. Beliau percaya
bahawa mengajar secara benar adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta
memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.
9


Al-Ghazali juga telah mengangkat darjat guru-guru yang soleh di mana beliau berkata bahawa
manusia adalah makhluk yang paling mulia berbanding dengan penciptaan lain. Bahagian
manusia yang paling mulia pula ialah hati. Mengajar adalah suatu ibadah manakala di pihak
yang lain mengajar itu sebesar-besar profesion di sisi Allah.
10


Tujuan pendidikan menurut al-Ghazali adalah mengwujudkan kesempurnaan manusia di dunia
dan akhirat. Manusia itu akan sampai kepada kesempurnaan sebab manusia itu mendapatkan
keutamaan melalui ilmu pengetahuan. Keutamaan itulah yang membuatkan manusia itu
bahagia di dunia dan dekatnya dirinya kepada Allah yang menyebabkan dia bahagia di
akhiratnya. Dia berpendapat ilmu itu sendiri secara mutlak adalah kemuliaan yang tertinggi.
Oleh kerana itu beliau berpendapat, menghidupkan ilmu merupakan matlamat pendidikan
kerana ilmu mempunyai nilai tertentu kerana kedapatan di dalamnya kelazatan dan sesuatu
yang mengenyangkan. Pendidikan al-Ghazali menekankan aspek-aspek keagamaan dan
keakhlakan. Malahan beliau tidak lupa menekankan kepentingan berbagai urusan dunia iaitu
budaya dan bekal hidup dan juga aspek-aspek yang mempunyai nilai-nilai manfaat. Al-Ghazali
telah menekankan tiga perkara pokok sebagai asas bagi pendidikan, antaranya ialah kelebihan
ilmu, penjenisan ilmu dan asas kurikulumnya serta disiplin guru dan murid.
11



4. Kepentingan Ilmu


8
Ibid.
9
Imam Abi Hamid al-Ghazali (t.t.), Ihya Ulumuddin, Juz 2, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Juzuk 2, hal. 103-104.
10
Untuk penjelasan lanjut, lihat Amini Amir Abdullah (1990), Konsep Akhlak Islamiah Menurut Imam Al-Ghazali, Tesis Bacelor
Usuluddin, (Belum diterbitkan), Lembah Pantai: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.
11
Fahtiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan, (terj: H.M. Mocktar Zoerni), Pustaka Nasional
Pte. Ltd., Singapura, Cet. 1, hal. 13-14.

5

Al-Ghazali pernah menulis tentang kelebihan ilmu keutamaan dan kepentingannya. Katanya: . .
. Ilmu yang paling utama ialah ilmu yang berguna dan bermanafaat terhadap agama, iaitu yang
dapat menghantar anda menuju ketakwaan kepada Allah, membuka kesedaran anda untuk
menyaksikan aib yang terdapat dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah
kepada tuhanmu. Mengurangi hasratmu yang berlebihan terhadap cacat cela segala macam
amal perbuatanmu sehingga anda dapat menjaga jangan sampai terulang lagi perbuatan yang
buruk itu, malah membuat anda lebih waspada dan berhati-hati terhadap godaan syaitan dan
cara tipu dayanya.

Al-Ghazali juga menegaskan bahawa hakikat ilmu yang sebenarnya ialah yang mengandungi
suatu pengertian hingga orang yang mencari ilmu dapat melihat hubungan ghaib antara
manusia dan Maha Pencipta yang menjadikannya kemudian hendaklah seluruh jiwaraga
mengabdi diri dengan penuh rasa takut dan khusyuk kepada Allah. Sikap fikiran seperti ini
harus dipelajari kerana ia akan membawa rasa tawaduk dan dapat menangkis sifat sombong
dan angkuh. Al-Ghazali membahagikan ilmu-ilmu itu kepada tiga himpunan besar, iaitu
pertama, Ilmu-ilmu yang tercela, sedikit maupun banyak dan kedua ilmu-ilmu yang terpuji,
sedikit maupun banyak. Ketiga, ilmu yang di antaranya pada tingkat tertentu dipuji dan
mendalaminya dicela. Ilmu-ilmu yang dicela ialah ilmu yang tidak dapat diharapkan manfaatnya
di dunia dan di akhirat, umpamanya ilmu sihir, ilmu nujum dan ilmu ramalan. Al-Ghazali
menjelaskan sebab-sebab ilmu ini dicela, iaitu:

Sebab Pertama: Ilmu ini kadang-kadang membahayakan pemiliknya atau membahayakan lain.
Sihir misalnya seringkali dipergunakan untuk memecahkan di antara kaum kerabat dan sahabat
taulan. Sebab Kedua: Kadang-kadang ilmu itu membahayakan pemiliknya seperti ilmu nujum
yang dibahagikan oleh al-Ghazali ke dalam dua bahagian, iaitu: Ilmu nujum yang berdasarkan
hitungan atau astronomi. Beliau berpendapat ilmu ini tidak tercela. Keduanya ilmu nujum
berdasarkan mencari keterangan iaitu astrologi dan tukang ramal yng meramalkan sesuatu
dengan petunjuk bintang. Astrologi dicela oleh syarak kerana kadang-kadang menyebabkan
manusia ragu-ragu mengenai Allah sehingga mereka kufur kepada Allah. Sebab Ketiga:
Kadang-kadang menyelami sebahagian ilmu-ilmu itu tiada faedahnya, kerana itulah ia menjadi
ilmu yang tercela. Kadang-kadang dalam membahaskan pelajarannya menjurus ke arah
kekufuran kepada Allah. Ilmu-ilmu ialah seperti Ilmu Metafizik.
12


Ilmu-ilmu yang terpuji secara mutlak pula ialah pelajaran-pelajaran agama dan ibadat yang
merangkumi segala aspek. Ilmu-ilmu itu membawa kepada kebersihan jiwa dan
membersihkannya daripada kekotoran dan membantu mengetahui kebaikan dan
mengamalkannya. Juga mengajarkan manusia cara-cara berusaha dan mendekatkan diri
manusia untuk menghadapi dunia yang terakhir yang merupakan dunia yang kekal. Ilmu-ilmu
yang di antaranya mempunyai tingkat terbatas ialah ilmu-ilmu yang bila dipelajari secara
mendalam menyebabkan keraguan dan kebimbangan fikiran manusia dan seringkali
mendatangkan kufur, misalnya sebahagian cabang-cabang falsafah seperti teologi dan
sebahagian aliran ilmu Kalam.
13



5. Tugas Guru dan Sifat Pelajar

12
Op.cit., hal. 85.
13
Ibid., hal 86.
6

Guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat tentulah mempunyai tugas yang baik serta
memegang peranan yang penting di dalam masyarakat. Tugas guru bukan sahaja mengajar
atau memberi ilmu pengetahuan, malah mereka juga ditugaskan untuk memberi pendidikan
yang berkesan kepada murid-murid sebagai generasi muda. Untuk melaksanakan segala tugas
tersebut, guru mestilah membuat persediaan mengajar, mesti membaca dan membetulkan
kerja-kerja murid, mesti membuat persediaan-persediaan peperiksaan dan seterusnya mesti
juga membuat berbagai penyelidikan dari masa kesemasa untuk mendapatkan maklumat-
maklumat pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan.

Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa tugas dan adab yang perlu dijaga oleh para
guru di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka bagi melahirkan manusia yang berguna di
dunia dan akhirat, antaranya ialah penyayang kepada para pelajar dan memperlakukan mereka
seperti anak-anak sendiri, meneladani Nabi Muhammad s.a.w., tidak mengharapkan pujian atau
balas jasa daripada murid-muridnya, tidak mengungkit-ungkit kebaikannya, mensyukuri bila
muridnya berjaya, menasihati pelajar dalam segala hal, menasihatkan murid mempelajari
sesuatu yang rendah dahulu sebelum mempelajari ilmu yang lebih tinggi, menggalakkan
pembelajaran ilmu zahir sebelum mempelajari ilmu batin, mengingatkan pelajar bahawa tujuan
belajar segala ilmu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk mengajar pangkat
atau kemegahan atau menunjuk-nunjuk. Al-Ghazali juga menganjurkan supaya guru menjauhi
kekejaman, sentiasa menjaga disiplin murid mengikut psikologi, memuliakan ilmu yang bukan di
bawah kemahirannya dan tidak merendahkan ilmu yang bukan di bawah penguasaannya,
memahami kaedah dan teknik pengajaran dengan mendalam supaya mereka dapat
menyampaikan pelajaran mengikut peringkat kemampuan murid, memberi perhatian yang lebih
kepad pelajar-pelajar yang lembab. mempelajari jiwa murid, mengamalkan ilmunya sehingga
ucapannya tidak bercanggah dengan perbuatannya. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-
Baqarah ayat 44:

4+O> "EE4- TO^T
4Q=O4>4 7=O^ +^4
4QUu-> =U4-^- E 4QUu>
^
Bermaksud:

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri
kamu sendiri padahal kamu semua membaca kitab Allah tidakkah kamu beraqal.

Imam Al-Ghazali menganjurkan agar pembersihan jiwa daripada akhlak yang keji sebagai tugas
pertama dalam deretan adab dan tugas seorang pelajar. Imam al-Ghazali turut menyenaraikan
sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seorang pelajar iaitu, menjauhi dan mengurangi perkaitannya
dengan dunia, mengutamakan akhirat lebih daripada keutamaan dunia, mempunyai sifat
tawaduk iaitu rendah diri terhadap gurunya, menghindarkan diri daripada perdebatan dengan
para ulama kerana ia masih kurang ilmunya, menganjurkan agar murid mengambil kesempatan
mempelajari apa sahaja ilmu yang terpuji baik ilmu agama maupun ilmu keduniaan, menilai
pendidikannya dengan ilmu-ilmu agama dan kemudiannya memantapkan ilmu-ilmu itu, tidak
menceburi sesuatu cabang ilmu sehingga ia menyelesaikan cabang ilmu, tidak bermegah-
megah dengan ilmu yang ada, mengucapkan salam apabila berhadapan dengan gurunya,
mengurangkan percakapan di hadapan gurunya, menghormati gurunya, tidak bergelak ketawa
apabila gurunya sedang bercakap, tidak mengeluarkan isyarat menunjukkan pendapatnya
berlainan dengan pendapat gurunya, tidak bertanya sesuatu perkara kepada gurunya semasa
7

dia berada di tengah jalan sebaliknya hendaklah bertanya semasa berada di rumahnya, tidak
membanyakkan pertanyaan terhadap gurunya apabila beliau sudah tidak berminat menjawab
pertanyaan itu, tidak menyakiti hati guru dengan perasaan salah sangka, tidak bertanya
sebelum mohon izin untuk berbicara, tidak banyak bertanya ketika guru sedang menumpukan
fikiran untuk memecahkan persoalan sesuatu masalah berkaitan ilmunya.
14


Pendidikan anak-anak penting dalam konteks era globalisasi. Ia adalah tanggungjawab utama
ibubapa. Mendidik anak-anak pada permulaan mereka adalah termasuk di dalam perkara yang
utama dan penting. Anak-anak itu pada prinsipnya diciptakan Allah dengan fitrah yang dapat
menerima kebaikan atau kejahatan. Hanya ibu bapa sahaja yang membuat si anak cenderung
kepada salah satu pihak. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Setiap bayi itu dilahirkan atas
sesuatu fitrah, hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani dan Majusi. Ibubapa
mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak dan keluarga mereka
daripada api neraka. Allah S.W.T berfirman dalam Surah at-Tahrim, ayat 6:

O&^4C 4R~-.- W-QNL4`-47
W-EQ~ 7=O^ 7OTUu-4
-4O4^ E-1Q~4 +EEL-
7E4OER4^-4 O&OU4 NO^U4`
7+ERN 1-ER- 4QOu4C -.- .4`
-4O4` 4QUE^4C4 4` 4+OuNC
^R

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.

Di antara tanggungjawab ibubapa ialah mengawasi anak-anak pada permulaan
pemeliharaannya, memberikan makanan-makanan yang halal, memperbaiki pengawasannya
kepada anak, mendidik dalam soal makan dengan akhlak Islam, memuji anak-anak yang
bersopan santun ketika makan, mendidik anak supaya mendahulukan orang lain dalam soal
makanan dan berpuas hati dengan hidangan makanan yang disediakan untuknya, membuatkan
anak-anak suka berpakaian putih, menegah anak-anak daripada membiasakan diri dengan
kehidupan yang bermegah-megah, menyibukkan anak dengan mempelajari al-Quran, Hadis
dan berbagai riwayat ulama dan pahlawan, tidak dibiarkan anak-anak melihat dan mendengar
sesuatu melalaikan, setiap kali menegur anak, janganlah berleter, tegurlah anak-anak di masa
yang amat diperlukan, jangan biarkan anak-anak tidur siang, anak-anak juga harus dilarang
melakukan sesuatu secara sembunyi, anak-anak dibiasakan berjalan-jalan dan bersukan pada
waktu siang, laranglah anak-anak daripada berbangga dengan teman-temannya yang hidup
bersenang lenang dan mewah. Anak-anak juga haruslah dibiasakan beradab.
15




14
Bab ini dibahaskan dengan panjang lebar dalam bab adab murid dan guru. Lihat kitab Ihya Ulumuddin untuk penjelasan lanjut.
Untuk penjelasan lanjut, lihat Amini Amir Abdullah (1990), Konsep Akhlak Islamiah Menurut Imam Al-Ghazali, Tesis Bacelor
Usuluddin, (Belum diterbitkan), Lembah Pantai: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.
15
H.R. Alavi (2007), Al-Ghazali on Moral Education, Journal of Moral Education, 36 (3), hal. 309-319.
8

6. Peranan Kerajaan Dalam Memperkasa Bidang Pendidikan

Ilmu pengetahuan dijadikan sebagai asas oleh kerajaan untuk memajukan dan membangunkan
negara kerana Al-Quran menyuruh kita untuk menguasai ilmu pengetahuan. Kemudahan
pendidikan, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran disediakan oleh kerajaan dengan
begitu ekstensif untuk melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat. Kerajaan menggesa
agar masyarakat memberikan keutamaan kepada aspek kualiti dalam semua urusan
termasuklah bidang pendidikan. Jelas YAB. mantan Perdana Menteri Malaysia:

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang
Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang
pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan
budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan
diberikan pengiktirafan.
16

Kerajaan telah mengwujudkan lebih 400 bidang ilmu pengetahuan dan pembelajaran bermula
daripada peringkat menengah hinggalah ke peringkat tertinggi untuk dipelajari dan diungguli
oleh masyarakat Malaysia. Banyak institusi pendidikan sama ada pada peringkat rendah
maupun peringkat tinggi yang mencakupi ilmu-ilmu konvensional, fardu Ain dan fardu Kifayah
yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan.
Setakat ini terdapat 5 buah universiti penyelidikan, 16 buah institusi pendidikan tinggi awam
(IPTA) dan sekurang-kurangnya 400 buah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Pihak swasta juga diberikan peluang yang luas untuk menawarkan peluang-peluang
pembelajaran berbagai jenis ilmu pengetahuan. Dengan lain perkataan, kerajaan telah
mengwujudkan pembudayaan kepentingan ilmu di kalangan masyarakatnya dan juga
penghapusan kadar buta huruf yang terus menjadi antara agenda utama kerajaan.

Penubuhan ribuan Taski, Taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik,
sekolah vokasional, sekolah berasrama penuh, sekolah Bestari, sekolah menengah
kebangsaan agama, institut-institut kemahiran, politeknik, kolej matrikulasi dan seumpamanya
adalah bukti sikap prihatin kerajaan untuk mengwujudkan peluang-peluang pendidikan bagi
setiap warganegara. Setiap rakyat diberikan hak untuk memperolehi pendidikan dan
pembelajaran. Ia juga memberi peluang kerjaya yang lebih meluas. Di samping itu, kerajaan
juga berusaha memartabatkan profesion perguruan dan bidang pendidikan dengan
meningkatkan status semua institut perguruan kepada institusi pengajian tinggi.

7. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan aspek pembangunan dan kemajuan jasmani,
emosi, intelek, dan spirituil. Pada masa yang sama, aspek kepemimpinan, kokurikulum dan
kemahiran-kemahiran lain turut dititikberatkan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan meningkatkan potensi insan secara komprehensif
dan berintegrasi melibatkan kekuatan fizikal, minda, emosi dan kerohanian berdasarkan
keyakinan dan ketaatan kepada Tuhan. Usaha yang berterusan dalam sektor pendidikan dijana

16
Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ucapan Dasar Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September 2004, Pusat
Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
9

dalam segenap aspek untuk melahirkan rakyat yang berilmu, mempunyai moral yang tinggi,
bertanggungjawab dan berkemampuan untuk mempertingkatkan diri sendiri dan menyumbang
kepada komuniti, masyarakat dan juga negara.
17


Penekanan telah dititikberatkan oleh kerajaan kepada pendidikan Islam peringkat TASKA,
pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, pengenalan Kurikulum Pendidikan
Islam dan Moral, penubuhan Maktab Perguruan Islam, penubuhan universiti-universiti
berorientasikan Islam seperti UIAM, USIM, UDIM dan juga penubuhan Darul Quran. Selain
daripada itu, pengukuhan pendidikan Islam juga telah berlaku pada semua tahap berbanding
dengan zaman sebelum merdeka. Usaha kita memperkasa bidang pendidikan telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa. Sejak tahun 1996 lagi Kelas Aliran Agama (KAA) telah
diperluaskan ke semua sekolah harian. Setakat ini terdapat 55 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), 95 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN termasuk Sekolah
Menengah Agama Rakyat (SMAR)). Kerajaan juga memantau 1649 Sekolah Agama Rakyat
(SAR). Program J-QAF mula diperkenalkan sejak tahun 2005. Pihak Jabatan Agama Negeri
pula telah mengelola 962 kelas pra sekolah (Islam) untuk masyarakat dan komuniti setempat.
Pendekatan Islam Hadhari juga telah diterapkan dalam pendidikan perdana. Dalam usaha
menggemilangkan pendidikan Islam, kerajaan juga bercadang menubuhkan Institut
Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI).

Pendidikan juga boleh diterapkan melalui kebudayaan. Islam menjadi asas dalam pembentukan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Elemen Islam dalam DKK telah diperkenalkan di
sekolah-sekolah. Budaya bangsa lain tidak dihalang selagimana ia serasi dengan aspirasi
agama dan negara. Melalui dasar ini juga, hubungan kaum dapat dimantapkan. Dato Seri
Hishamuddin pernah menyuarakan harapan agar proses membangunkan modal insan bukan
sahaja melahirkan bangsa yang maju bahkan terlonjak budi bahasa dan pekerti yang mulia di
samping modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, progresif dan beretika tinggi.
18


Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengwujudkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Melayu)
yang juga termasuk mata pelajarannya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil berasaskan
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Apabila diwujudkan sekolah satu
aliran kebangsaan sahaja, tidaklah bermakna mata pelajaran kaum-kaum lain tidak boleh diajar
di sekolah satu aliran (iaitu aliran kebangsaan). Jika kita ingin membentuk satu Bangsa
Malaysia yang bersatu padu, maka kita perlu memikirkan bagaimana memperkasa sekolah satu
aliran kebangsaan secara kolektif dan bukannya menumpukan kepada perkara trivial. Jika kita
akui bahawa perpaduan kita rapuh berpunca daripada kewujudan pelbagai sistem persekolahan
berbagai aliran, maka kita perlu lakukan sesuatu sekarang ini.
19
Kita mesti mengikuti secara
rapat susur galur perjuangan orang Cina dalam menambahbaik sistem pendidikan vernakular
mereka. Kita akur dengan kegigihan mereka memperjuangkan masa depan sistem pendidikan
mereka sendiri. Walaupun di peringkat pimpinan atasan politik kelihatan mereka berselisih-
faham, hakikatnya mereka mempunyai agenda tersendiri dan sangat utuh di peringkat
masyarakat bawahan. Ini yang tidak disedari oleh orang-orang Melayu-Islam. Apapun, orang-
orang Melayu Islam perlulah meneladani perjuangan bangsa lain dalam memperkasa kekuatan
pendidikan masing-masing. Kita perlu menguasai sistem pendidikan yang bakal melahirkan

17
Akta Pendidikan 1996 - (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).
18
Lihat Kata Alu-aluan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein dalam Kesatuan Kebangsaan Guru-
guru Besar Malaysia (2008), Falsafah Tradisi Penting Untuk Kejayaan Hidup, Kuala Lumpur: KKGGBM, hal. i.
19
Lihat perbahasan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut dalam Amini Amir Abdullah, Teladani Orang Cina Dalam
Memperjuangkan Sistem Pendidikan Vernakular, Suara Pusat Islam Universiti, UPM, 26 Mac 2010.

10

insan kamil (sempurna) dan genius. Kita perlu kekuatan pendidikan untuk melahirkan insan-
insan soleh dan solehah untuk sejahtera di dunia dan sejahtera di Akhirat!



8. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

PSPTN adalah satu pelan tindakan strategik yang bertujuan merealisasikan hala tuju pengajian
tinggi negara pada masa hadapan. Ia berfokuskan kepada pembangunan modal insan pada
peringkat pengajian tinggi untuk mentransformasikan aspirasi negara menjadi negara maju dan
rakyatnya berpendapatan tinggi. Tujuh teras strategik menjadi tumpuan ke arah pemartabatan
pengajian tinggi ke kemuncak kegemilangan. Ketujuh-tujuh teras itu ialah seperti berikut:

1. Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti;
2. Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
3. Memperteguh penyelidikan dan inovasi;
4. Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
5. Mempergiatkan pengantarabangsaan;
6. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan
7. Mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
20


Dalam PSPTN, terdapat empat faktor kritikal diberikan penekanan kritikal yang mencakupi
elemen tadbir urus, budaya, infrastruktur dan sumber. Elemen tadbir urus melibatkan aspek
kerangka fundamental, aras autonomi, jaminan kualiti, penarafan dan penyetaraan, insentif,
integriti, kuasa (delegasi, agihan dan penurunan kuasa), struktur organisasi, kepemimpinan,
pentadbiran dan keseimbangan. Elemen budaya pula merangkumi budaya persaingan, budaya
berprestasi tinggi, tanggungjawab kemasyarakatan, aksiologi, orientasi profesion, soft skills,
keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, solidariti dan etika serta moral, perkongsian
ilmu, kolaborasi global dan inovasi. Elemen infrastrutur pula melibatkan aspek pembangunan
prasana fizikal dan bukan fizikal yang mengambil kira aspek kos, kepentingan teknologi
maklumat dan perisian, latihan dan pembangunan kurikulum. Manakala elemen sumber pula
melibatkan aspek penajaan, penanggungan kos, penggunaan bakat, pengagihan, pembabitan
industri, kerajaan dan swasta serta pengkomersialan.

Adalah menjadi harapan kerajaan untuk melihat Malaysia menjadi hab pengajian tinggi
antarabangsa dengan IPTA dan IPTS yang mempunyai sistem yang bermutu tinggi dengan
para warganya mempunyai ilmu dan mengaplikasinya secara optima dalam semua disiplin
untuk kelangsungan hidup dalam menghadapi masa hadapan yang serba mencabar.


9. Pembudayaan Penguasaan Ilmu, Pendidikan dan Perkaitan dengan Pendekatan
Islam Hadhari
Allah s.w.t. mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Allah telah meletakkan darjat orang
yang berilmu pengetahuan lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu pengetahuan kerana
Allah meletakkan kepentingan ilmu itu pada tempat yang sewajarnya.


20
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (2007), Cetakan pertama, Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi, hal. 17.
11

Seperkara lagi berkaitan dengan pendekatan Islam Hadhari ialah perlunya di kalangan umat
Islam membudayakan membaca dan berfikir. Aktiviti berfikir dalam Islam sentiasa berkembang
dan Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk berfikir, berkreatif dan sebagainya. Islam juga
tidak pernah menghalang kemajuan yang dikatakan sebagai salah satu faktor kemunduran
umat Islam dewasa ini. Oleh kerana itu, Jamaluddin al-Afghani dan Muhamad Abduh antara
contoh yang sebegitu banyak, lebih menekankan di dalam dakwah mereka bahawa Islam itu
tidak menghalang kemajuan dan juga tidak menentang ilmu dan akal. Berkembangnya budaya
berfikir dalam Islam untuk memajukan agama dan ummah adalah sesuai dengan kedudukan
yang tinggi diberikan oleh Islam terhadap akal dan pendayagunaan fikiran di dalam mencari
kebenaran.

Dalam pengejaran ilmu konvensional, kita juga perlu memenuhkan di dada kita dengan ilmu
keagamaan dan keakhiratan agar perjalanan kehidupan kita di dunia terarah dan mengikut
keredhaan Allah s.w.t. dan kita beroleh kejayaan juga di Hari Akhirat. Adalah menjadi tugas
jihad kita juga memperlengkapkan diri dengan ilmu konvensional dan ilmu keagamaan agar nilai
kehidupan kita mempunyai erti di sisi Allah s.w.t.

Dalam Islam, tiada ibadah yang lebih afdal melainkan menuntut ilmu. Beribadah dengan ilmu
adalah lebih baik berbanding ibadah tanpa ilmu. Mencari ilmu dan menuntut ilmu adalah jihad
kerana orang yang berilmu dan cemerlang keilmuannya mampu membangunkan agama,
negara dan masyarakat dan orang yang tidak berilmu dan yang tidak cemerlang dalam ilmunya
menunjukkan kelemahan agama. Rasulallah s.a.w. bersabda:



Bermaksud: Kelebihan mukmin yang berilmu berbanding mukmin yang sekadar abid iaitu yang
sekadar beribadah tanpa ilmu adalah 70 darjat.

Umat Islam perlulah menguasai semua jenis ilmu pengetahuan dalam usaha kita
memartabatkan bangsa dan agama kita. Kita perlu memperlengkapkan dan memperkasa diri
dengan kekuatan ilmu Fardhu Ain mahupun ilmu Fardhu Kifayah. Ayat suci Al-Quran bermula
dengan kalimah Iqra yang bererti Bacalah. Membaca adalah asas untuk memperolehi ilmu
pengetahuan dan anak kunci dalam pencarian segala jenis ilmu pengetahuan. Kita perlu juga
memperkasa diri kita dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan. Generasi kita perlu ditanamkan
semangat untuk cemerlang dalam pengajian dan pembelajaran agar mereka mampu
menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Kita perlu tanamkan dalam generasi kita
sikap dan semangat untuk unggul dan berjaya dalam semua jenis ilmu pengetahuan.

Dalam satu ucapan, YAB. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (ketika menjadi Perdana
Menteri Malaysia), beliau menegaskan:

Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan. Pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi
fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem
perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik. Pembangunan sepadu dan seimbang bagi
12

melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi
amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
21


Umat Islam harus berusaha demi untuk kesejahteraan hidup keduniaan agar tidak ketinggalan
dalam era mengejar kemajuan di dunia. Maka bidang pendidikan dan penguasaan ilmu
pengetahuan perlu diberikan keutamaan oleh umat Islam sekarang ini. Namun begitu, umat
Islam tidak harus lupa bahawa kehidupan di dunia merupakan tempat untuk menguji tahap
keimanan seseorang.

YAB. mantan Perdana Menteri juga memberikan penekanan kepada pembangunan organisasi
dengan penekanan kepada prinsip dan pendekatan learning organization dan kemajuan modal
insan. Selain daripada penekanan kepada aspek latihan, penguasaan ilmu semestinya menjadi
agenda penting kita semua. Penekanan kepada penguasaan ilmu amatlah penting bagi
masyarakat Malaysia. Melalui penguasaan ilmulah kita dapat merealisasikan objektif
pendekatan Islam Hadhari iaitu ...melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai
kekuatan rohani (spiritual), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing,
melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
22
Misi Nasional mempunyai lima teras. Teras yang
berkaitan dengan penguasaan ilmu melalui pendidikan ialah meningkatkan nilai tambah dalam
ekonomi negara melalui pewujudan aktiviti berasaskan pengetahuan. Peningkatan keupayaan
pengetahuan. Penumpuan dan peranan lebih menjurus kepada penambahbaikan semua
peringkat sistem pendidikan negara dan inisiatif rakyat mencari dan menambah ilmu. Begitu
juga peningkatan kreativiti dan inovasi negara. Kerajaan juga memberikan perhatian kepada
persoalan persekitaran yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan terutamanya
institusi pengajian tinggi dan institusi-institusi penyelidikan.
23


Budaya menyelidik, mengkaji, berfikir, kreatif dan inovatif perlu dibudayakan pada peringkat
pendidikan rendah juga. Pemupukan minda kelas pertama juga adalah di antara ciri penting
Misi Nasional. Perkara ini menyentuh kualiti modal insan yang menjadi impian YAB. Perdana
Menteri seperti ketinggian intelektual dan sahsiah serta memiliki dan membudayakan kekuatan
etika, moral dan akhlak. Teras Keempat Misi Nasional menekankan aspek peningkatan kualiti
hidup termasuklah; 1. Dunia pekerjaan 2. Pengangkutan dan komunikasi 3. Kehidupan
berkeluarga 4. Keselamatan dan ketenteraman awam 5. Pendapatan dan pengagihannya 6.
Kesihatan 7. Pendidikan 8. Perumahan 9. Alam sekitar 10. Penglibatan sosial 11. Budaya dan
Hiburan. Teras kelima Misi Nasional memberikan penekanan kepada aspek: Pelaksanaan,
implementasi dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam agensi-agensi kerajaan dan
separa kerajaan. Keupayaan melaksana adalah paling penting di samping perancangan,
penilaian, pemantauan dan pengimplementasian. Tiada gunanya merancang tanpa melaksana.
Penekanan juga diberikan kepada semua rakyat dalam aspek integriti, akauntabiliti dan
tanggungjawab menunaikan amanah.
24



9. Menangani Arus Cabaran Semasa

21
Abdullah Haji Ahmad Badawi (2007), Islam Hadhari Approach: Towards A Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, hal xv-xvi.
22
Kerajaan Malaysia (2007), Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari (2006-2010), cetakan kedua, Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hal. hiii.
23
Kerajaan Malaysia (2005), Rancangan Malaysia Kesembilan, Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, hal.
3-19.
24
Ibid.
13


Era globalisasi dan kepesatan informasi, teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa
perubahan pesat kepada sektor pendidikan di Malaysia. Tumpuan untuk menangani arus
cabaran semasa dalam konteks pendidikan mencakupi pendidikan awal, prasekolah,
pendidikan asas, pendidikan tertiari, alam pekerjaan dan pasaran kerjaya kedua. Dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), kerajaan telah merancang untuk merombak
sistem pendidikan demi menambahbaik prestasi pelajar, menumpukan perhatian kepada
kebolehpasaran pelajar tertiari melalui peningkatan kemahiran dan menstruktur semula pasaran
pekerjaan ke arah negara Malaysia yang berpendapatan tinggi.
25


Kerajaan Malaysia juga telah merancang untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
menggalakkan inovasi dalam sistem pendidikan dan universiti. Dalam usaha mengekalkan
Malaysia sebagai sepuluh destinasi pelancongan utama di Malaysia, kerajaan telah
mempromosikan produk pelancongan pendidikan di samping eko-pelancongan dan
pelancongan kesihatan.

Sebanyak RM4.8 juta telah dibelanjakan di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan yang
memanfaatkan 7,000 pelajar bagi menambahbaik pencapaian pendidikan. Seramai 3,923
kanak-kanak OKU telah menerima manfaat apabila kerajaan telah menaikkan elaun bulanan
daripada RM50 kepada RM150 untuk setiap kanak-kanak OKU yang berdaftar di sekolah
pendidikan khas kelolaan badan bukan Kerajaan (NGO).
26


Untuk memupuk modal insan berprestasi tinggi pula, Malaysia telah memperuntukkan sebanyak
27.2% daripada jumlah perbelanjaan negara bagi tahun 2010. Oleh yang demikian, kerajaan
telah memberikan penekanan khusus dalam National Key Result Area (NKRA) (aspek
pendidikan) untuk memantapkan pendidikan prasekolah, mengurangkan kadar buta huruf
dengan meningkatkan kadar celik huruf dan numerasi, memajukan sekolah berprestasi tinggi
dan pemberian insentif baru kepada para guru. Untuk menampung pertambahan pelajar
prasekolah, seramai 2060 guru tambahan telah dilatih dari sektor swasta dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
27


Kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-
kanak (PERMATA Negara). Kerajaan telah memperkenalkan empat lagi program PERMATA
telah pada tahun 2010. Sehingga 2010, Program PERMATA Negara telah diperluaskan kepada
647 pusat asuhan kanak-kanak semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2007. Empat program ini
berfokuskan kepada kecemerlangan dalam seni, kepintaran luar biasa, pemahaman ajaran
Islam dengan lebih mendalam dan menggilap sikap remaja agar lebih bertanggungjawab dan
menyumbang secara positif kepada masyarakat.

Bagi sektor pengajian tinggi pula, para mahasiswa yang cemerlang dimotivasikan dengan
peralihan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditukar
menjadi biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Satu pakej
netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma telah diperkenalkan pada Januari 2010
bagi membolehkan pelajar universiti daripada keluarga berpendapatan rendah mengakses
kemudahan ICT. Program ini telah dimanfaatkan oleh 87,343 pelajar dengan jumlah
perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta.

25
Kerajaan Malaysia (2010), Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri, hal. 196.
26
Kementerian Kewangan Malaysia (2010), Laporan Ekonomi 2010/2011, Putrajaya: Kementerian Kewangan Malaysia, hal. 8-25.
27
Ibid.
14


Kerajaan juga telah menawarkan biasiswa kepada semua pelajar yang berjaya mendapat 9A+
atau lebih dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kerajaan juga telah
memperkenalkan 1Malaysia KTM Diskaun Kad dengan memberi diskaun 50% ke atas tambang
perjalanan jauh bagi pelajar Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas dalam usaha
meningkatkan kebajikan pelajar. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM4 juta dan
bilangan pelajar yang mendapat manfaat daripada skim ini adalah 53,190 orang.
28


Sebanyak 20 sekolah berprestasi tinggi telah dipilih oleh kerajaan dengan diberikan autonomi
terhad dari segi penentuan kurikulum, pengambilan kakitangan dan pelajar. Apa yang penting
ialah penggalakan inovasi dan prestasi sekolah sebagai penanda aras dan model untuk
sekolah-sekolah lain dengan insentif hampir sejuta ringgit. Kerajaan juga telah memberikan
penghargaan kepada guru yang meningkatkan pencapaian pelajar dan kualiti pendidikan
sekolah. Pengetua dan guru yang telah meningkatkan kedudukan sekolah akan menerima
insentif dalam bentuk wang.
29


10. Pendidikan Seks: Satu Dilema

Kepentingan pendidikan seks akhirnya diiktiraf sebagai satu disiplin ilmu di Barat apabila buku
karya Dr. David R. Reuben bertajuk Everything You Always Wanted to Know About Sex
diterbitkan pada tahun 1969 di Amerika Syarikat. Buku ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Dalam tempoh 3 bulan selepas diterbitkan, ia telah terjual sebanyak 400,000
naskhah. Ia merupakan sebuah buku best seller di Amerika dan menjadi di antara buku yang
paling banyak terjual dalam tempoh yang amat singkat. Buku ini juga terjual dengan begitu
banyak kerana tiada buku sepertinya pernah ditulis sebelum ini dari segi subjek perbincangan
dan kedalaman perbincangan. Buku ini kemudiannya diterbitkan pula di United Kingdom dan
mendapat sambutan yang menggalakkan juga. Buku ini membincangkan segala perkara
berkaitan dengan pendidikan seks tanpa sebarang rasa malu. Buku ini juga menceritakan
kemampuan fizikal seseorang dari sudut tingkah laku seksual dan bagaimana manusia dapat
mencapai kepuasan seksual pada tahap tertinggi.

Dari segi konseptual dan falsafah, pendekatan Islam dan pendekatan Barat dalam pendidikan
seks amatlah berbeza (Rajah 1). Di negara kita, perbahasan mengenai kepentingan pendidikan
seks telah bermula sejak tahun 1980 lagi. Dalam Simposium Seksualiti Manusia pada tahun
tersebut, para doktor perubatan telah mendedahkan bahawa ramai remaja Malaysia yang
merujuk kepada buku dan majalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan seks sedangkan
maklumat tersebut boleh didapatkan melalui ibu bapa dan para guru secara lebih sahih.











28
Ibid.
29
Ibid.
15





Rajah 1: Perbandingan Pendekatan Islam Dengan Pendekatan Barat Dalam Pendidikan
Seks (Isu dan masalah)


Satu kajian yang telah dilakukan oleh Lembaga Kependudukan dan Perancang Keluarga
Kebangsaan di antara tahun 1994 hingga 1996 mendapati para remaja tidak sahaja terlibat
dalam aktiviti seks pada usia muda bahkan kurang kesedaran dan pendidikan berkaitan
maklumat-maklumat asas berkaitan seks, tumbesaran manusia, alam remaja dan aktiviti
seksual manusia. Kajian itu juga mendapati para remaja lebih cenderung merujuk kepada rakan
sebaya berkaitan isu-isu seks berbanding ibu bapa dan guru.

Ada yang berhujah bahawa pendidikan seks tidak perlu diajarkan kepada manusia kerana ia
adalah fitrah dan tabii manusia. Ada juga yang berpendapat bahawa pendidikan seks itu akan
tercerna secara tabii apabila manusia membesar dan menjadi dewasa. Ada juga yang berhujah
bahawa haiwan tidak pernah belajar mengenai pendidikan seks, tetapi masih mampu
menghasilkan zuriat dan bersenggama tanpa rasa kekok. Kita perlu kembali kepada asas
apabila membincangkan mengenai pendidikan seks dari perspektif Islam. Apakah tujuan
diciptakan insan dan berlainan jantina pula?
16


Kalau Allah mengkehendaki nescaya Allah akan cipta jantina manusia sama sahaja sama ada
lelaki semata-mata atau perempuan semata-mata, dengan satu peribadi dan identiti. Walau
bagaimanapun, Allah telah merancang kepelbagaian jantina manusia dan bangsa untuk
berkenal-kenalan dan bermesra serta menjalani kehidupan dengan aman dan damai.

Allah mencipta manusia berbeza dan berbagai rupa daripada segi bangsa, bahasa dan warna
kulit. Perbezaan-perbezaan ini bukanlah untuk menonjolkan perbezaan kelas atau status serta
darjat tetapi adalah untuk manusia menjalin hubungan dan mengenali serta berkenal-kenalan
antara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t.:
O&^4C +EEL- ^^T
7E4^UE= TR)` OEO 6^+4
7E4UEE4 6QN7- *.4l~4
W-EQ4OE4-R ET 74`4O-
E4RN *.- 7^> ET -.-
N7TU4N OOTlE= ^Q
Bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang
lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat, 49 : 13)
Perbezaan jantina dan keupayaan seksual serta fizikal tidaklah merujuk kepada pengertian
bahawa yang satu mempunyai kelebihan berbanding dengan lainnya. Allah mengkehendaki
manusia Muslim agar saling menyayangi dan bersaudara antara satu sama lain. Islam tidak
mengajarkan diskriminasi jantina dan gender. Setiap jantina adalah setara dalam konteks status
sosial tetapi tidak dalam konteks akidah dan kepercayaan.

Islam membangunkan masyarakat yang luhur jiwa raganya dengan memberikan ruang kepada
nafsu syahwat disalurkan melalui perkahwinan. Hubungan itu bukan hanya terbentuk dalam
konteks hubungan seksual bahkan juga dalam bentuk hubungan keinsanan, kekeluargaan dan
kasih sayang serta mengharapkan antara satu sama lain untuk melahirkan masyarakat yang
bertakwa, harmoni dan maju ke hadapan. Melalui perkahwinan juga, ketenteraman jiwa,
perasaan dan emosi dapat dicapai. Memang terdapat perbezaan emosi antara yang sudah
berumahtangga dan yang belum lagi. Hal inilah sebenarnya apa yang dikatakan sebagai
falsafah pendidikan seks dalam Islam.

Dalam satu firman Allah s.w.t., dijelaskan:

^TR`4 ROR-4C-47 u 4-UE 7
^TR)` 7O^ ~wT4^e
W-EQNL7O4Rm E^1T EE4
:4LuO4 LEE14QE` OE^O4O4 ET OT
17

ElRO e4CE QRm 4NO-E4-4C
^=

Bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir. (Surah Al-Rum: 21)

Islam telah meletakkan insan sebagai sebaik-baik kejadian. Keperluan kebendaan dan
kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu dengan niat yang ikhlas
semata-mata untuk Allah s.w.t. dan untuk mendapat keredaanNya. Pendekatan ini memberi
tempat yang utama kepada kesepaduan nilai etika dan moral dalam semua keperluan dan
tindak-tanduk manusia termasuklah dalam kehidupan kekeluargaan, kemasyarakatan dan
perhubungan sosial. Falsafah tauhid menganjurkan kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk
mendidik manusia dalam konteks seksualiti dan hubungan antara jantina. Apa yang penting
dalam konteks matlamat pendidikan seks ialah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
dan di Akhirat serta keredaan Allah s.w.t. Pendidikan seks mestilah berperanan yang pada
akhirnya mengangkat martabat insan dan kemuliaan Islam bukannya mencaca-merbakan
maruah insan dan merencatkan imej Islam.

Pendidikan seks mestilah dilihat secara bersepadu dan komprehensif dengan penekanan yang
lebih diberikan kepada dimensi kerohanian dan keinsanan bukannya kerosakan akhlak dan
kejatuhan moral. Penghayatan akhlak Islam mestilah sentiasa diutamakan dalam pendidikan
seks agar kita tidak menjadi ternoda dengan daki dosa dan nafsu ammarah yang merosakkan
para remaja dan belia kita serta akhirnya merosakan tamadun Melayu-Islam. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu
(kebahagiaan) di akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dari (kenikmatan)
duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik,
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di mukabumi. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. [Surah Al-Qasas: 77]

Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam mengenai pendidikan seks? Apakah kita
perlu meniru pendekatan Barat apabila membincangkan tentang pendidikan seks? Apakah
pendidikan seks masih menjadi taboo dalam masyarakat kita? Apakah pendidikan seks itu
penting untuk diajarkan kepada anak-anak kita di sekolah?

11. Saranan dan Cadangan

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan ialah suatu proses menerapkan
nilai Islam dan merealisasikan hasilnya di dalam bidang pembinaan Insanul Kamil supaya
terbentuk sebuah masyarakat yang rela hidup di bawah lindungan dan ketentuan Allah S.W.T.
kerana menurut al-Ghazali, pendidikan adalah suatu gagasan konsep yang mengandungi
langkah-langkah dan kaedah-kaedah ilmiah yang dibawa oleh Islam untuk menjamin
pembentukan peribadi yang sesuai dengan kaedah Islam.

1 Hendaklah kefahaman yang tepat tentang keperibadian insan dan psikologinya sebagaimana
yang ditanggapi oleh Islam dan berdasarkan huraian para ulama muktabar disebarkan kepada
18

mayasrakat Islam melalui pendidikan yang formal dan tidak formal demi untuik menghadapi
cabaran pemikiran sekular dalam hubungan dengan permasalahan tersebut. Hendaklah
pemikiran-pemikiran sekular yang merosakkan dibasmi dan kefahaman akhlak yang
menyeleweng diperbetulkan dan dibersihkan serta diberikan jawapan-jawapan menurut
kacamata Islam supaya masyarakat dapat menanggapi situasi serta realiti yang sebenarnya.

2. Tokoh-tokoh popular di dalam Islam dan pahlawan negara seharusnya diperkenalkan dalam
kokurikulum sekolah dan institusi pengajian di Malaysia agar masyarakat pelajar bukan saja
dapat mengenal peribadi tokoh-tokoh tersebut malah dapat menanggapi pemikiran dan idea-
idea yang dikemukakan oleh tokoh tersebut.

3. Cabaran utama ialah daripada segi keupayaan, kekuatan, iltizam, dan istiqamah untuk terus
menyumbang tenaga, masa, buah fikiran dan jasa serta meneruskan tanggungjawab dan
amanah untuk memperkasa pendidikan ke mercu kejayaan idaman.

4. Pengayaan minda yang cerdas dan tubuh badan yang sihat sejahtera. Maka perlu usaha
untuk memperkasa segala aspek berkaitan dengan pendidikan kesihatan dan aktiviti penyihatan
tubuh badan (dengan tekad bahawa ia adalah ibadah) yang dapat memperkukuhkan ketahanan
mental, emosi, rohani dan fizikal serta pembentukan akhlak dan disiplin dalam mendepani
pelbagai cabaran masa kini.

5. Pendidikan perlu memberikan penekanan kepada kesejahteraan kesihatan yang sempurna,
kekuatan fizikal, kekentalan mental, kemantapan rohani dan sumber rezeki yang halal.

6. Pelaksana polisi pendidikan perlu mencapai keunggulan dalam usaha meneruskan tradisi
keilmuan dan kecemerlangan akademik dan sahsiah di semua peringkat pendidikan bagi
melahirkan intelektual dan cendekiawan dalam pelbagai bidang dan disiplin seterusnya
menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.

7. Pendidik mestilah melahirkan generasi yang mempunyai ketrampilan diri, sahsiah dan disiplin
yang tinggi. Ini adalah satu cabaran yang cukup besar.

8. Pendidik mestilah menyahut cabaran bagaimana memperkasa kesejahteraan dan kesihatan
fizikal, emosi dan mental yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan
agama, masyarakat dan negara.

9. Tanggungjawab membentuk akhlak patut diberikan perhatian oleh semua pihak, bukan
sahaja para pendidik dan ibubapa atau pensyarah sahaja, malah pihak yang menggubal
kurikulum dan dasar-dasar pendidikan negara lebih mempunyai peranan yang besar dan
mencabar. Konsep Pendidikan Bersepadu seharusnya menitikberatkan perkembangan sahsiah
yang seimbang antara keperluan rohani dan jasmani yang menuju kepada ketaqwaan kepada
Allah. Ibubapa pula seharusnya membentuk akhlak anak-anak sejak kecil dengan akhlak Islam
yang lebih menitikberatkan hal-hal kerohanian dan jasmaniah yang seimbang.


12. Kesimpulan

Pendidikan ialah satu proses yang melibatkan akal, minda, emosi, rohani dan jasmani bagi
melahirkan insan yang kamil (sempurna), berkebolehan, berkemahiran, berketrampilan,
berakhlak, berilmu, beriman dan taqwa serta beramal yang menyedari tanggungjawab dan
19

tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Matlamat pendidikan Islam memberikan
penekanan kepada pembentukan dan pemupukan aspek-aspek akhlak, fitrah, intelek dan
merealisasikan tujuan kejadian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas mukabumi
ini. Dengan penguasaan ilmu, manusia dapat melakukan penyumbangan kepada kemajuan dan
pembangunan masyarakat, agama dan negara seterusnya menyumbang kepada kebaikan dan
kebahagiaan sama ada di dunia maupun di akhirat. Menuntut ilmu adalah kewajipan semua
Muslim dan digalakkan pembelajaran berterusan dan seumur hidup.Dalam memperkasa bidang
pendidikan kontemporari dan menangani arus cabaran semasa, semua pihak perlukan
keazaman, kekuatan dan ketekunan yang berterusan serta keupayaan untuk penjanaan
kecemerlangan generasi Ulul Al-Bab, memantapkan sistem pengurusan berkualiti yang cekap
dan berkesan, telus dan mesra pelanggan, membangunkan sumber manusia serta persekitaran
professional yang cemerlang, kecemerlangan kerja berpasukan bekerjasama, berpadu tenaga
dan saling bantu membantu serta bertolak ansur bagi merealisasikan misi dan visi serta
matlamat negara. Resipi rahsia kejayaan terletak kepada keazaman, kekuatan dan ketekunan
yang berterusan serta keupayaan untuk sentiasa menjana dan melahirkan pelajar yang
cemerlang, berkualiti, bersahsiah tinggi, berkemahiran, berkebolehan dan mempunyai daya
kepimpinan dan berketrampilan sejati. Aspek lain yang perlu diambilkira ialah
mempertingkatkan kecergasan badan, kekuatan mental dan fizikal, kesihatan yang baik dan
pencegahan daripada sebarang penyakit dan wabak.


13. Bibliografi

Al-Quran Al-Karim

Abi Hamid al-Ghazali (t.t.), Ihya Ulumuddin, Juz 2, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut.

Abdullah Haji Ahmad Badawi (2007), Islam Hadhari Approach: Towards A Progressive Islamic
Civilisation, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi, Ucapan Dasar Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 23
September 2004, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan 1996 Bahagian Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Amini Amir Abdullah (1990), Konsep Akhlak Islamiah Menurut Imam Al-Ghazali, Tesis Bacelor
Usuluddin, (Belum diterbitkan), Lembah Pantai: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.

Amini Amir Abdullah, Pendidikan Kontemporari Dalam Menangani Arus Cabaran Semasa,
Seminar Pemerkasaan Pendidikan, Institut Pendidikan Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada
8 Ogos 2007.

Amini Amir Abdullah, Teladani Orang Cina Dalam Memperjuangkan Sistem Pendidikan
Vernakular, Suara Pusat Islam Universiti, UPM, 26 Mac 2010.

Amini Amir Abdullah, Menelusuri Permasalahan Pendidikan Menurut Imam Al-Ghazali, Suara
Pusat Islam Universiti, UPM, 9 Oktober 2009.

Fahtiyah Hasan Sulaiman (1986), Al-Ghazali dan Plato Dalam Aspek Pendidikan, (terj: H.M.
Mocktar Zoerni), cetakan pertama, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd..
20


H.R. Alavi (2007), Al-Ghazali on Moral Education, Journal of Moral Education, 36 (3), hal. 309-
319.

Kementerian Kewangan Malaysia (2010), Laporan Ekonomi 2010/2011, Putrajaya: Kementerian
Kewangan Malaysia.

Kerajaan Malaysia (2010), Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, Putrajaya: Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan Malaysia (2007), Perancangan Strategik 5 Tahun Pendekatan Islam Hadhari (2006-
2010), cetakan kedua, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kerajaan Malaysia (2005), Rancangan Malaysia Kesembilan, Putrajaya: Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia (2008), Falsafah Tradisi Penting Untuk
Kejayaan Hidup, Kuala Lumpur: KKGGBM.

Malaysia, Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Fuad Razali, TITAS Diajar Mulai Sesi 1998/1999, Berita Harian, 17.4.1998.

Mohd. Feroz Abu Bakar, Pelajar IPTS Perlu Wajib Ikuti Kursus TITAS, Berita Harian,
7.10.2004.

Modul TITAS Mungkin Dieksport Ke Luar Negara, Utusan Malaysia, 17.4.1998.

O.E. Moad (2005), Al-Ghazalis Occasionalism and the Natures of Creatures, International
Journal for Philosophy of Religion, Vol. 58, Issue 2, hal 95-101.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (2007), Cetakan pertama,
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Reuben, David R. (1970), Everything You Always Wanted to Know About Sex, London: W.H. Allen and
Co. Ltd.

You might also like