Agama Dan Kepercayaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Agama dan kepercayaan Agama merupakan suatu sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sebuah masyarakat yang berasaskan

kepada pegangan, idea, perlakuan terhadap kuasa ghaib, dewa dewi, kuasa halus, roh-roh termasuk upacara tertentu dan pantang larang yang sering di amalkan oleh sesebuah masyarakat. Agama juga menjadi landasan kepada sesuatu kaum untuk hidup dan merangsang sesebuah masyarakat lebih berdisplin serta patuh kepada pegangan agama masing-masing. Antara kepecayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di asia ialah animisme, confuciansme,taoisme, shintoism, agama islam. Buddha dan kristian.

1)

Kepercayaan animisme

Menurut Wikipedia kepercayaan animisme ialah kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur-unsur ghaib melalui kemunculan dewa dewi yang menjaga alam semesta daripada musnah. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.

~ Thailand~

~ Myamar~

Kedua-kedua Negara ini mempercayai semangat atau roh mempunyai kuasa yang luar biasa yang boleh menjaga serta mengawal kehidupan mereka. Mereka juga berpendapat dengan menghormati dan memuja semangat atau roh akan memberi kemakmuran dan keamanan kepada Negara mereka. Dari segi ekonomi pula, mereka percaya semangat atau roh ini memberi pelbagai kekayaan. Contohnya hasil-hasil pertanian yang banyak.

Masyarakat tempatan di Thailand mengelarkan semangat atau roh sebagai Phi manakala masyarakat tempatan di Myanmar menamakan sebagai Nat . Mereka mempercayai bahawa semangat dan roh tersebut berada di setiap sudut bumi ini. Semangat-semangat ini juga akan dipuja dan disembah setiap hari atau berkala dengan melalui ramalan ahli-ahli nujum bagi mengelakan sebarang bala bencana dan malapetaka.

~ Vietnam ~

Masyarakat Vietnam juga mengamalkan kepercayaan animisme yang beranggapan bahawa ada kehidupan alam lain selepas kematian dan ini membantu manusia hidup di alam dunia untuk berhubung dengan orang yang telah mati. Hal ini bertujuan, untuk membantu manusia supaya lebih berjaga-jaga dan lebih mengetahui alam selepas kematian. Masyarakat tempatan mengamalkan pemujaan roh nenek moyang kerana hal ini mengambarkan bahawa wujud kestabilan dan keperibadian bagi sesuatu tempat dengan penegasaan bahawa hubungan keluarga dengan hierarkinya tidak boleh diubah sama ada hidup atau mati. Kepercayaan tradisi juga secara jelas mendasari kewujudan Buu Son Ky Hong ( tukang tilik ) di Vietnam yang menggunakan pelbagai kebolehan seperti menilik nasib, menyembuhkan penyakit dan sebagainya. Hal ini menjadi satu tarikan kepada masyarakatnya agar menhikut ajaran atau kepercayaan animisme ini.

~ Filipina ~

Di Filipina masyarkatnya memperpercayai bahawa fenomena dan kejadian alam yang wujud di muka bumi mempunyai roh-roh dewata dan perlu dipersembahkan dengan menjamu makanan kepada roh-roh ini sebagai tanda hormat dan memuja dewata. Masyarakat di Filipina juga percaya bahawa perlu menyembah dewata jahat kerana mereka akan mencegah kehidupan daripada malapetaka, manakala memuja dewata baik pula akan melindungi mereka daripada aspek jiwa dan kerohanian. Mereka mempercayai bahawa selepas kematian, mereka akan berada di suatu tempat yang menerima cahaya matahari yang tidak bergitu panas sepertimana cahaya matahari semasa mereka hidup di dunia. Selain itu, masyarakat Filipina juga percaya kepada roh nenek moyang dan mereka melakukan upacara pengorbanan mengikut tradidi bagi meghormati nenek moyang. Roh-roh nenek moyang dikenali sebagai nono atau anito dan percaya bahawa mereka yang ke neraka mempunyai api kerana nenek moyang nereka cerada disana.

~ Kemboja ~

Masyarakat tempatan juga mempercayai kewujudan benda-benda ghaib yang sentiasa mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Mahluk-mahluk ghaib dan nenek moyang mereka dikenali sebagai Neak Ta ini wujud dalam roh-roh tanah yang berkuasa. Kepercayaan seumpama ini menyebabkan masyarakat kemboja mengamalkan upacara-upacara ritual mengikut adat tradisi agar mahluk-mahluk ghaib dan nenek moyang tidak menggangu kehidupan mereka, memurahkan rezeki dan melindungi keselamatan serta kesejahteraan mereka daripada malapetaka atau bencana.

~Cina~

Masyarakat cina turut menyembah roh nenek moyang yang telah meninggal dunia kerana mereka percaya kepada kehidupan selepas kematian dan mahukan hubungan kekeluargaan terus berkekalan. Mereka percaya bahawa walaupun roh nenek moyang tinggal di dunia Yin, tetapi roh-roh ini mempunyai keinginan yang sama seperti manusia yang tingal di dunia Yang. Oleh itu, upacara pemujaan dan penghormatan perlu dilakukan untuk menghantar keperluankeperulan seperti pakaian, makanan, wang, dan harta-harta dunia untuk digunakan oleh nenek moyang mereka di alam roh atau alam Yin. Jika ini tidak dilakukan, maka roh-roh nenek moyang akan menggangu kehidupan anak cucunya atau sanak saudara yang masih hidup. Masyarakat cina turut takut dan mengagumi kuasa-kuasa yang tidak dapat ditafsirkan oleh mereka atau difahami oleh mereka. Maka bagi menggambarkan perasaan kagum atau takut ini, mereka telah mengadakan upacaraupacara tertentu dan menyembah gunung ganang, batu dan sungai kerana mereka percaya bencana alam seperti banjir, kemarau dan runtuhan gunung atau batu-batu adalah akibat daripada kemarahan dewa dewi. Oleh itu, masyarakatnya dilarang untuk memarahi setiap bencana yang wujud, mencabar langit atau gunung, menunding jari ke bulan kerana dewa Kuan Yin dikatakan tinggal dibulan dan terdapat dewa-dewa yang tinggal dilangit, gunung, sungai dan sebagainya.

~ India ~

Masyarakat india pula memuja pelbagai unsur alam seperti matahari, api, angin pokok-pokok besa, sungai, gunung ganang dan sebagainya kerana mereka percaya bahawa semua unsur ini bernyawa sama ada membawa unsure kebaikan atau unsur kebaikan kepada mereka. Bagi memuja unsur unsur tersebut, masyarakat india juga mengamalkan upacara-upacara pemujaan dengan membaca kata-kata pemujaan atau jampi serapah atau nyanyian tertentu ( mazmur) daripada veda. Unsur-unsur alam itu telah diberi kuasa dan disembah seperti dewa langit ( Dyaus), dewa dunia ( varuna ), dewa matahari ( surya ) dan dewa dinihari ( usas). Unsur-unsur alam ini dianggap dan digambarkan sebagai anggota badan kuasa-kuasa tertentu sesame mereka membaca atau menyanyikan mazmur.

~ Agama hindu ~

Perkataan atau istilah hindu berasal daripada perkataan Sindhu yang bermaksud permulaan tamadun di lembah Indus. Oleh sebab agama ini tidak mempunyai tarikh permulaan dan pengasasnya yang tepat, maka agama ini turut dikenali sebagai sanatana-dharma atau agama yang abadi. Agama sanatana-dharma ini mempunyai 4 veda yang penting, iaitu: a) b) c) d) Rig veda Atharva veda Yajur veda Dama veda

Setiap veda mempuntai 4 bahagian iaitu mantra/ samhita, brahmana, aramyaka dan Upanishad. Kitab-kitab veda ini menyatakan bagaimana upacara-upacara keagamaan, tafakur, pemujaan, doa dan lain-lain yang harus di lakukan. Agama hindu mengamalkan upacara pengorbanan disebabkan kesan rasa takut pengikutnya terhadap dewa dewi dan mereka mahukan kehidupan mereka sejahtera dan sempurna. Upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kalangan Brahim dengan menggunkan api sebagai perantaraan kepada dewa dewi.

Dengan upacara yang sebergini, mereaka lebih percaya bahawa dewa dewi akan memberikan ilham dan ganjaran atau balasan baik buat mereka. Penganut ajaran ini juga percaya kepada 3 dewa utama Trimurti : a) Dewa Brahman ( dewa pencipta ) b) Dewa Vishnu ( dewa pelindung) c) Dewa siva ( dewa pemusnah ). Dalam agama hindu, kuil-kuil menjadi elemen penting dalam aktiviti keagamaanya serta merupakan perlambangan kepada kuasa tuhan. Antara kuil yang penting ialah : a) Kuil siva b) Kuil Vishnu c) Kuil sakit Agama hindu juga mempunyai kitab-kitab pentingnya yang harus dipegang ialah : a) Kitab brahmanas bermaksud segalanya yang berkaitan dengan Brahman dan mengandungi ajaran-ajaran berkaitan pentafsiran dan keagaman yang terdapat dalam kitab veda. b) Kitab Upanishad mengandungi anjaran-ajaran berhubung alam semesta, kewujudan atman serta perbahasan tentang ajaran teologi ( keagaman ) c) Epic Ramayana dan mahabrata menceritakan perjuangan dan pengorbanan dewa-dewi serta sift kepahlawanan mereka sebagai panduan dan ajaran buat masyarakat atau pengikutnya. Ajaran agama hindu juga mekankan kepercayaan kepada hukan karma ( kelahiran semula ) iaitu seseorang yang telah meninggal dunia akan dilahirkan semula bergantung kepada perbuatan yang dilakukannya semasa hayat/hidup di dunia. Maka, penganut hindu akan berusaha mencapai Nirvana atau Moksha supaya mereka tidak dilahirkan semula. Setiap penganutnya mempunyai isyta-dewa atau tuhan kesukaannya, namun mereka tidak dihalang untuk menyembah dewa-dewa lain. Dalam ajaran ini, terdapat sekurang-kurangnya lima mazhab : a) Ganapathy

b) c) d) e)

Saura Vaisnava Saiva Sakta

~ Agama Buddha ~

You might also like